Part 3









🌹🌹🌹🌹🌹










Aku berjalan menuju ke kelas . Dengan tiba-tiba muncul seekor spirit di sebelahku. Laa aku ingatkan dia ni menghilang tinggal aku dengan cikgu tadi.

"So... Hyo nak jumpa Kyle ke kat tempat biasa tu?" Tanya jae yang baru muncul.

"Macam mana tau?" Tanyaku pula. Hebat dia ni boleh baca fikiran aku ke?

"Lupa lagi... Jae ni spirit. Tadi haa mengintai korang, terdengar pulak kan HAHAHAHAHAH" Ketawa Jae .

Haihh kawan aku sekor ni pun pelik jugak ni. Aku pun kadang tak boleh kontrol si minah ni.

"Jap... Jae nak ke tandas. Hyo pergi la kelas dulu." dengan tu Jae berlari pecut menuju ke tandas dan tinggal aku seorang kat sini. Dia ni suka sangat tinggal aku sorang-sorang.

Aku ni nampak la garang kan kadang aku ni kurang jugak aware. Aku tak perasan ada asap hitam di belakang aku. Aku terhenti ... Bukan.... Tapi macam ada yang sengaja hentikan aku ni!!!

Tiba-tiba aku dapat rasakan belakang badan aku  sakit bagaikan tercucuk besi. Ada someone yang sedang cuba cederakan aku!!!

Tidak sempat aku toleh belakang, badan aku terasa lemah dan terus rebah ke atas lantai. Semuanya menjadi gelap selepas aku nampak kasut lelaki berwarna merah.




🌹🌹




Aku terjaga dari kegelapan. Kenapa semuanya putih? Aku...dah mati ke? Eh aku zombie tak kan la senang je nak mati! Ke aku mimpi je?

Aarrkkk!!! Kenapa aku rasa sakit sikit ni? Mimpi boleh rasa sakit ke?

Bau ubat-ubatan menyegat rongga hidungku. Entah kenapa bau ni teruk sangat sampai aku tak tahan! Aku perhati sekeliling rupanya aku dalam bilik rawatan. Nasib baik tak mati lagi. Belum sempat aku nak balas dendam kat Vampire tu.

Fuh lega ~

Tiba² seperti ada tiupan angin yang laju berselisih di tepi ku.  Seolah-olah masa berjalan begitu pantas. Aku dapat lihat seperti ada seseorang tersenyum padaku lalu meninggalkan sehelai kertas di atas meja bersebelahan dengan katilku dan dia hilang begitu sahaja.

Kertas tersebut aku ambil lalu membukanya dengan kebingungan . Sebaris ayat aku baca perlahan.  Semakin bingung aku dibuatnya.

" Cepat sembuh Hyo Na! "

Sebaris ayat yang mampu membuatku blurr memikirkannya. Siapa dia?  Tak mungkin Jae hee.  Arrhh serabut lah! Tak boleh ke cakap depan² aku.  Tak pon bagi lolipop ke kan?  Haish.

BUNG

Bunyi pintu dibuka dengan kasar.  Aku perhati dua makhluk yang menghampiri aku dengan wajah yang kerisauan.

" Hyo okey tak ni?  Sorry for leaving you alone!!  Jae tak tahan sangat tadi sbb tu yang ke tandas tu.Tak tau pulak Hyo.... sorry!!!"

Aku perhati jae ni tinggi pendek tinggi pendek je haih...

" Spirit pon boleh kencing ke?  " Tanyaku. Mataku kecikkan memandangnya.

Jae hanya tersengih² disisi katilku dengan muka yang tak bersalahnya.  Haih nasib kawan.. Kalau tak aku kunyah² daging kau.  Eh.. Boleh ke aku kunyah? Maybe rasa angin je.

" Noona!!! Kenapa ni??? Macam mana boleh pengsan ni?" Dyo tanya dengan gelisah sambil periksa badan aku.

"Kau dah kenapa? Noona okay la" kataku dengan nada tegas. Rasa nak je cepuk dua ekor ni.

"Yah, Hyo lupa ke? Hyo pengsan tadi. Terbaring atas lantai." Kata Jae.

Aku menyilangkan kedua tanganku. Lupa jugak diorang ni zombie mana boleh pengsan. "Hyo zombie kan mana boleh pengsan... pelik la korang ni!"

"Sebab tu la Dyo tanya macam mana boleh pengsan?"

"M-mana la noona tau. Ish dah la Dyo pergi masuk kelas!!" arahku dengan tegas.

" Yelah...!!! Nanti belanje Dyo daging kat kedai fav tu tau!  Bye!  " Kata dyo dengan sengihannya dan terus berlari keluar .

" Jae.. Macam mana hyo boleh pengsan? Apa yang dah jadi?  " Tanyaku yang masih pelik.

" HAH NI YANG JAE NAK CITER!!  TAHU TAK MASA TU... "

" shhhhhh slow sikit "

" Ouh sorry hehehehe... Jae tak pergi tandas pon sebenarnya.  Jae menyorok kat situ disebalik dinding.  Jae nampak ada jejaka ni muncul belakang and dia ada buat something kat belakang hyo. Pastu hyo pengsan. Not sure dia buat apa"  Terang Jae.

" Macam menipu je..... " Aku kecikkan mata sambil perhatikan jae.  Aku yang suka gigit orang pun takde sampai pengsan.. Orang tu jerit balik ada lah pastu nangis. Inikan... apa yang dia buat boleh pengsankan aku.

" Tak pelah... tak nak percaya. Jae balik dulu la macam ni " Kata jae. Mukanya pon dah berubah sedih.  Haih dia ni sengaje betul!

" Yelah hyo percaya! "

Bila difikirkan... ni mesti kerja Kyle. Ye la dia kan tak puas hati lagi dengan aku.




🌹🌹🌹🌹🌹




[AUTHOR POV]

" Gomapta hyung!  " Ucap kyle dengan senyuman melebar.  Diingat abangnya itu tidak mahu lagi datang untuk membantunya. Rasa tak puas hati masih lagi dipendamnya.

" Kau suka sangat buat masalah!  Tak pernah tak menyusahkan aku.  Bila nak matang hah?  " Marah abangnya dengan tenang. Makin sakit kepala dipikirkan tentang adiknya itu .

Kyle hanya tersengih disitu seperti tidak membuat kesalahan. 

" Hyung.. Kenapa hyung tak gigit dia biasa je?  " Tanya kyle pelik.

" Sebab.... Aku suka dia "

" what? "

" SIKE! tipu je "






🌹🌹🌹🌹🌹




[SOMEONE POV]


Aku meninggalkan surat kepada Hyo. Maaf Hyo, Aku hanya boleh perhatikan kau dari sini.  Aku kena terima takdir yang dunia gelap dan cahaya tak akan boleh bersatu.  Maaf, aku tak mampu jadi yang terbaik untuk kau tapi aku akan cuba jadi yang terbaik.





🌹🌹🌹🌹🌹






[HYO POV]


Beg sandang aku capai di kerusi . Harini tolonglah...aku nak balik dengan aman. aku berjalan menghampiri jae yang masih berada di pintu kelas.

" Dah jom " Ajakku.

Kami berdua berjalan dan berborak seperti biasa sebelum melangkah keluar dari pagar sekolah. Bermacam topik dibualkan. Sampailah....

Seekor makhluk melanggar bahu aku dari arah yang bertentangan.

" Ingatkan zombie boleh tahan sakit.  Rupanya lemah.  Orang kata zombie ni susah nak mati even kena tembak bertubi macam dalam movie manusia tu. Kena cucuk sikit pon dah tumbang ke?  " Perli kyle dengan sengaje.

Aku berhentikan langkah ku bersama Jae. Dia ni kan....ada je bahan nak perli aku. Tak bosan ke?

" Jae.. Ada dengar bunyi nyamuk tak?  " Tanyaku pada jae.

" Hmm... agaknya nyamuk aedes ke nyamuk longkang?  " Tanya Jae semula. 

" Yang longkang.. Sebab bau busuk sangat ni" Aku tutup hidungku seolah-olah memang ada berbau busuk.

" Iye kan. Macam bau longkang pun ada. Jap bau ni macam dari belakang " Kata jae dengan kepalanya memandang ke belakang.

Aku pon pusingkan badanku menghadap nyamuk..tak maksud aku makhluk ni.

" Ouh nyamuk ni ke.. Tch.  Eleyh aku tarik rambut kau pon dah tertunduk-tunduk " Perliku semula. Senyuman sini aku ukirkan .

Aku perhati matanya yang tadi bewarna hitam telah bertukar ke warna merah. Nampaknya dia memang nak lawan dengan aku. Kau saba jap.

Dapatku rasakan urat² merah menjalar di seluruh wajahku. Mataku juga bertukar je warna kelabu. Jae yang tadi berdiri rapat denganku sudah menjauhkan diri sedikit .

" Fight me "

" Jom "




[No One Pov]

Senyuman Sinisnya terukir melihat dua makhluk dari puak yang berlainan sedang bergaduh. Memang ini yang dia mahu.  Menunggu masa untuk menghancurkan kedua² puak .



🌹🌹🌹🌹🌹











[AUTHOR POV]


" Omma!!!  Solji dah balik!  Mana janjinya daging adabi yang enak " Laung solji dari pintu rumah. Kasut ditanggalkan dan disusun pada rak kasut.

Siapa cakap zombie ni pengotor and tak ada adab?

" Daging je ada.. Adabi dah habis lah!  Pergi lah makan.. Ada atas meja tu hah.. " Laung omma dari ruang tamu .

Padahal anaknya ada je dibelakangnya.  Baru nak masuk rumah. Terlaung² macam jauh sangat.

Besar kecik je solji perhati ommanya.

" Kakak kamu mana?  " Tanya omma.

" entah. Alah dia kan selalu balik lambat.  Nanti balik lah tu "

" haih....."

🌹🌹🌹🌹🌹

"Jangan risau tempat ni aku dah kaburkan. So manusia tak akan nampak kita." kata Kyle sambil menyelak lengan bajunya.

"Cis, penakut rupanya"

"Kau kata aku penakut? Siap la kau!!!"

"WEYH JAP!!" Jae Hee menjerit sebelum Kyle cuba serang Hyo Na

"Apa lagi hantu? cepat la..."

"Eii dia pun hantu tak sedar diri. Ni dah kenapa libatkan aku sekali?"

"Tu pun nak tanya. Kau tunggu situ nanti bawa balik dukung kawan kau ni. sebab nanti dia yang kecundang lagi"

"APA KAU CAKAP?!" kata Hyo Na dengan api yang semakin marak.

Hyo mulakan serangannya dan dibalas oleh kyle. Kali ni bukan biasa-biasa lawannya kerana mereka menggunakan kuasa masing-masing.

Kyle menggunakan kuasanya menolak dan menjatuhkan Hyo Na. Jae Hee di penjuru sudah mula kerisauan. Tetapi Hyo Na tidak berputus asa lalu membalas serangan Kyle semula.

Pada saat ini Kyle dicederakan teruk oleh Hyo Na. Well... bila orang dah mula marah api, tiada siapa dapat tandinginya.

"Sedialah... aku akan tamatkan kau!" Sebelum Hyo Na menyerang Kyle yang terbaring di atas tanah, ada sesuatu kelibat asap hitam muncul di depan Hyo Na.

"Apakah..." tidak sempat Hyo Na mengelak, lelaki yang memakai hoodie tu melemparkan Hyo Na lalu terhempap di dinding.

"Hyo!!!!!" jerit Jae Hee yang berlari ke arah Hyo Na. Jae Hee memandang ke arah lelaki itu yang cuba melarikan diri bersama Kyle. Jae Hee tidak sempat melihat wajah lelaki itu kerana mukanya dilindung bersama hoodie.

Jae Hee melihat pula ke arah Hyo Na yang pengsan tidak sedarkan diri lagi.


"Hyo... bangun la" Kejut jae dengan kening yang sudah dikerutkan.  Berharap yang hyo akan sedar.


























-Bersambung-






Jangan lupa vote and komen also subcribe.. Eh... Tu youtube ehehehe.. Hah pegi lah subcribe youtube channel author tu hah shiraishi hyo.

Hope anda enjoy dengan cerita ni (/ω\)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top