Part 2


Maaf ye.. Author tukar jalan citer sikit ehehehehehehehe





🌹🌹🌹🌹🌹










Dengan paniknya pintu dibuka. Langkah dipercepatkan menuju ke arah sahabatnya yang berada di hujung sudut rooftop tersebut.

" Jae hee! J-jae nak bunuh diri ke duh?  " Tanya hyo yang gelisah. Dipandang tubuh jae hee yang berdiri betul² pada hujung tembok bumbung itu.  Seolah-olah bersedia untuk terjun.

" Apa?  Bunuh diri?  Siapa cakap?  " Tanya jae hee semula.  Haih siapa lah sampaikan berita palsu ni . Badan dipusingkan menghadap hyo.  Dengan sekelip mata dia turun dari hujung tembok itu dan menghampiri hyo.

" Ji han... Dia bawak hyo ke sini sebab katanya jae nak bunuh diri " Terang hyo. Angin sepoi meniup lembut rambutnya.

" HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA " Ketawa jae meletus setelah dia menyedari perbuatannya tadi yang membuatkan mereka salah faham.

PAKKKKKKKK.

Dahi hyo ditepuk kuat. Haih kenapalah chingu dia ni tak pernah nak pikir panjang.  Ada masa jadi pandai sangat.. Ada masa jadi lembab sangat.. Ada masa jadi gengster sangat.. Ada masa jadi budak sangat.. Haih.

" Setakat terjun dari bagunan ni.. Mana boleh mati. Logik lah sikit hyo woiii... Jae ni spirit. Mana boleh senang² mati macam tu je haih.  Jae yang mintak dia panggilkan hyo datang sini nak lepak... . Tak tahu pulak dia cakap macam tu kat hyo "

" Ouh ha ah..  Yelah.. Hehehehehe.  Tapi bukan salah hyo jugak.  Dah si ji han tu gelabah panggil hyo datang sini... Takkan kita nak cool je.. Mesti gelabah sekali " bibir di muncungkan .

" Mana dia?  "

" Siapa? "

" Jihan "

" Entah... Dia dah masuk kelas kot "








🌹🌹🌹🌹🌹






Dia berlari menuruni anak tangga menuju je kelas adiknya. Baru je nak masuk kelas semula dah si reporter bagitahu adiknya bergaduh.

" Cepat jae!  "

" Eish sabarlah.. Kaki tu pendek pon masih lagi boleh laju ye.  " Sempat lagi jae memuji hyo yang tengah gelabah ingin mendapatkan adiknya.




Bertubi² tumbukan dilayangkan pada wajah musuhnya. Panas hatinya mendengar kata cacian dari puak zombie itu. Walaupun kata cacian itu tidak menyebut pun siapa diri kami sebenarnya kerana kami masih tahu yang identiti kami perlu dirahsiakan dari manusia. Orang ramai yang sedang menyaksikan pergaduhan mereka tidak diperdulikan.

" Kau cakap macam tu lagi memang kena dengan aku. Dasar jantan tak sedar diri! "

" Tch... kau ingat aku takut. Lagipun kakak kesayangan kau pasti akan sampai untuk saksikan riwayat terakhir adik dia yang sorang ni" Tumbukan terakhir dilayangkan. 


HYO POV

" Dyo!!!! " Jeritku selepas menyaksikan pergaduhan antara Kyle dan Dyo. Aku pantas menghampiri ke arah dyo.  Mukanya aku belek . Bibirnya sudah pecah dikerjakan oleh mamat vampire taguna ni. Chill gaissss. Cakap dalam hati je manusia tak tau.

" PE MASALAH KAU HAH?! " Tengking ku.  Kalini aku berhadapan pula dengan Kyle. Musuh aku dari first masuk sekolah. Puak dia dengan puak aku memang susah nak berbaik.

" Hey pompuan...kau jaga lah adik kau ni elok². Kau pon perangai tu elok sikit ye.. Sedar diri kau tu bukan la dari keluarga yang baik. Orang mcm kau ni memang lemah! Orang macam aku ni... paling berkuasa, kau pun tau kan"

Dahi aku ditolaknya kasar.  Okey ini dah melampau.

" Kau cakap apa tadi?  " tanyaku sengaje.

"Orang macam kau ni... yang paling lemah.... zombie" kata Kyle mengulangi ayatnya dengan ejekkan. Namun perkataan terkahir tu dia berbisik, hanya aku saje yang tau.

" Noona.. Pastu dia cakap noona ni penuh berlemak tadi " tambah Dyo yang berada di belakangku.

Tch

Dengan perlahan aku menghampiri rapat dengannya. Jari jemariku menari² di dadanya dan dengan perlahan naik ke atas hingga ke bahagian kepala. Dapatku lihat senyuman sinisnya terukir.  Kau pikir aku tergoda hah? Rambutnya aku usap perlahan seperti seekor kucing.

" Berlemak hah?  Kau suka sangat cari pasal dengan aku kan?  Macam takde orang lain je dalam sekolah ni.  Kenapa eh suka ganggu hidup aku? " 

" Sebab kau senang digganggu dan lemah"

" heh "

Aku menarik rambutnya sekuat hati.  Tertunduk kepalanya.  Mukanya aku dapat lihat sedang menahan kesakitan.

"Orang jenis aku ni lemah hah?  Kau tu yang lemah.  Bukan ke jenis kau boleh tahan sakit?  Oppssss kau dengan nyamuk sama je... Sekali kena tampo terus mati " Aku tarik lagi rambutnya. Ingat senang nak lepaskan?

" Woi sakit bongok!!  Lepaskan lah! " Pinta Kyle.

"Naiseu la Hyo" kata Jae yang juga menyaksikan aku dari jauh. Lah kenapa duduk jauh tu? 






" weh blah weh!!  Cepat²! "

Aku perhati semua makhluk berlari meninggalkan kami disini.  Kenapa semua kabut lari?  Cikgu datang ke?  Tapi aku tak dengar bunyi kasut cikgu. Dyo pon lari sekali. Aku ternampak Jae berdiri membuntang mata sambil memandang belakang aku di hujung. Pehal dowh... jangan buat aku cuak please.

"Kim Hyo Na!"

Dengar saje suara garang bagaikan singa tu aku dah tau siapa. Alamak habis la aku...

"Ikut cikgu ke pejabat. SEKARANG!"

Aduh, kan dah kena pulak dengan cikgu disiplin. Aku dengar Kyle gelak terkekek di sebelah aku sambil kata 'padan muka'. Eiii sialan pun vampire busuk sundal malam.

"Kamu pun sama Jeon Kyle! Ikut cikgu!"



🌹🌹🌹🌹🌹

"Saya rasa ini dah masuk kali ke seribu saya pesan kat kamu bertiga jangan bergaduh dalam sekolah! Kamu tak faham lagi ke peraturan sekolah? Nak saya ajarkan?!"

Lupa nak mention, Dyo memang kena sekali sebab muka dia yg berlebam tu tak dapat nak cover.

"Tak cikgu. Kami minta maaf." kata kami bertiga serentak sambil menunduk kepala.

Seketika sesaat Cikgu Han diam. Yelah... mesti dia stress sangat dengan kami yang tiap hari bergaduh. Dah macam sekolah juvana kami buat kat sekolah manusia ni.

"Patut ke saya tahankan kamu bertiga masuk ke kelas detention?"

"S-saya tak nak cikgu..." tiba Dyo berkata sambil buat muka kesian.

"Dia ingat buat muka macam tu boleh buat orang tua ni melting ke? Tak comel langsung" bisik Kyle dengan dirinya sendiri sambil memandang ke arah lain supaya dia tak kena notice apa yang dia cakap.

"Dengar ye. Hari ni cikgu lepaskan kamu bertiga tapi dengan syarat."

"Syarat?" aku berkata sbb hairan kan... tetiba main syarat pulak pakcik ni

"Esok akan ada kelas tambahan matematik bagi kamu bertiga."

Kami bertiga terkejut dan speechless. KELAS TAMBAHAN MATH???? AGAK² LA WOII. ..

"Itupun kalau kamu bertiga bergaduh lagi kat sekolah."


🌹🌹🌹🌹🌹

"Sebab kau la... buang masa aku je nak rehat otak" kata aku sambil menjeling kepada Kyle.

"Ehh kau ada otak ke? Aku sangkakan zombie mana ada otak." perli Kyle sambil menyelak rambutnya. Eeuuuww pikir ko hensem sangat??!

"Dah la malas aku nak layan katak kodok ni. Jom Dyo." kata aku sambil bawa Dyo beredar dari tempat tu. haa rasakan kau!!!

"Aku tak habis lagi la dengan kau. Kita jumpa kat tempat biasa!!"

Aku tau Kyle tengah pandang tajam kat aku skang ni. Biar la... sedar sikit diri tu. Pantang betul main tak de otak ni. Nak cabar sangat? Ingat aku ni takut sangat



"Tunggu kau..."






















-Bersambung-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top