Part 14
Author POV
"Hah... hah... hah..."
Bunyi tapak kaki berlari kedengaran di kaki lima itu. Seorang gadis berlari-lari tanpa hala tuju sambil memandang ke arah belakang dan hadapan, seakan-akan dikejar oleh orang jahat.
"Hah... tolong... penat... aaaaa"
Gadis itu terus berlari tanpa henti. Dia berasa amat takut. Peluh di dahi dilap menggunakan lengan dengan pantas . Liur di telan . Berdoa semoga dia tidak ditangkap semula .
Berlari dan terus berlari, tiba-tiba...
BUKKK
"Aarkk!"
"Ouch!"
Tanpa sedari dia telah berlanggar dengan seseorang mengakibatkan dia terjatuh ke belakang .
"Aduh... apa tu? Tiang ke? Ouch..."
"Hyo?!"
Setelah dengar namanya disebut, dia terus memandang ke arah orang yang memanggilnya tadi. Lalu dia diangkat perlahan-lahan.
"Gwaenchanha?"
"N-nae "
Kemudian badan Hyo terus dipeluk oleh orang itu. Dapat dirasakan badannya masih menggeletar dengan hebat . Dia juga bersyukur kerana berjumpa dengan sahabatnya .
"Jae..."
Pelukan tadi dilepas. Hembusan lega keluar dari mulut Jae tetapi kerisauan di mukanya tidak hilang. Jae pandang ke arah sekeliling seakan-akan mencari seseorang.
'Mana dia pergi? Kenapa Hyo sorang je?' bisik jae dalam hati .
"Ermm... jom Jae bawa Hyo balik rumah Jae dulu. Kita rawat Hyo sampai sembuh baru boleh balik. Nanti mak Hyo syak something pulak."
"Okay..." jawab Hyo dengan suara yang agak lemah. Lengannya dipimpin lembut oleh Jae Hee .
Di fikiran Jae pula masih terfikir apa yang terjadi dekat Hyo masa dia kena culik? Apa mereka cederakan Hyo teruk? Lagi satu... mana dia pergi dan biarkan Hyo pulang keseorangan...?
Hyo POV
Jae bawa aku pulang ke rumahnya. Kalau ikutkan ni kali pertama aku pergi ke rumah dia. Selama ni dia tak pernah ajak aku, kadang kalau aku nak pergi rumah dia pun mesti dia akan mengelak. Aku tak tau kenapa.
Sampai la hari ni, aku kena jugak tanya dia ni .
Tiba je di rumah Jae, baru aku sedar yang kitorang ada kat apartment! Jae tinggal di apartment? Aku fikirkan hantu akan tinggal di rumah lama yang ditinggalkan macam dalam movie tu. Tapi apartment ni macam bersih and kemas. Macam ada pembantu rumah je eeee. Mataku masih meneroka setiap inci di dalam rumah jae .
"Kenapa? Hyo expect yang Jae tinggal dalam rumah berhantu?"
"Hmm... macam tu la yang Hyo sangkakan. Lagipun Jae tak pernah bagi Hyo datang rumah Jae.!"
"Ada la sebabnya..." Jae berkata dengan nada serius.
Silence...
"Jom. Jae tunjukkan bilik. Pastu rehat okay, esok tak payah pergi sekolah lagi."
"Okay~"
"Tapi kan... Hyo balik sorang je ke tadi?"
Aku terdiam seketika dengan soalan jae hee tadi . Sorang? Why soalan jae macam something wrong .
"Ha ah... memang sorang je. Tapi yang hairan masa Hyo keluar tak de siapa pulak nak cari Hyo or kena tangkap. Macam..."
"Macam...?"
"Macam diorang sengaja buat Hyo terlepas."
Author POV
Keesokkan hari di sekolah
Seperti biasa Jae berjalan kaki di tengah dewan sekolah untuk ke kelas tapi kali ni dia keseorangan memandangkan Hyo perlu berehat di rumahnya. Sedang dia berjalan, dia terpandang seorang lelaki dengan sut hitam 7 meter di depan yang merenung ke arahnya membuatkan dia berhenti berjalan. Jae kaku dan menggigil tanpa sebab, mata membuntang melihat lelaki aneh itu.
'Kenapa dia datang sekarang...? Bukan ke...'
Fikirannya terganggu apabila disapa oleh suara yang sedikit husky...
"Selamat pagi sunbaenim!"
Dia memandang ke arah orang yang menyapanya.
"Eo... Junho-ya. Selamat pagi." dia balas sapaan Junho sambil senyum. Bila dia pandang semula tempat yang lelaki aneh tu berdiri, tiada sesiapa di situ! Lelaki itu pun dah tiada!
'Dia dah pergi...'
"Erm... sunbaenim kenapa tercegat kat sini? Dari tadi saya perasan."
"Eh... ah... hahahaha terlupa nak tunggu kawan sebenarnya. Ahaha... tu yang... berdiri kat sini." dia memberi alasan palsu (pppffttt) berharap si junior ni tak syak apa-apa.
"Hmm okay. Saya pergi dulu."
"Ne..."
Otaknya mula kosong, masih lagi fikir tentang lelaki aneh tadi. Sekali lagi diganggu apabila dengar suara memanggilnya.
"SEO JAEHEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!"
Dia pandang ke arah belakangnya. Dengar suara je pun dah tau siapa.
Guess who?
"Yes?"
Lelaki itu tercungap-cungap selepas berlari ke arahnya. Seorang perempuan berjalan biasa dari belakang lelaki tu ke arah mereka.
"Bila... Hyo noona... nak... balik?"
"Wae? Mak korang suruh balik ke??"
"Well technically, Hyo unnie kakak kitorang. Omma tak de la suruh balik sebenarnya but... you know dia pun kena balik rumah dia sendiri."
Jae teringat yang Dyo masih belum tau perkara sebenar terjadi kepada Hyo. Apa-apapun dia kena tahu jugak at the end. Jae mengeluh sebelum berkata...
"Kita jumpa waktu rehat ni..." dengan tu dia pun pergi dari situ dan mula langkahnya untuk masuk ke kelas meninggalkan dua beradik berdiri dengan kehairanan.
"Hmm..?"
Jungkook POV
"Kau yakin dengan keputusan kau?"
Aku mengeluh. Entah apa aku perlu buat lagi.
"Bukan apa... kau tak rasa ke apa perasaan dia bila dia dapat tau perkara sebenar?"
"Aku tau. Aku tau dia akan broken tapi ni je cara yang aku dapat fikir. It's better for now aku tak cerita kat dia. Aku tak nak bagitau siapa-siapa. Aku bagitau kat kau je."
Bahu aku ditepuk olehnya. Dia mula berdiri di sebelah aku, kami berdua memandang ke luar tingkap.
"Pasal plan kau aku rasa dia tak kisah sangat.... tapi pasal 'tu' macam mana?"
"Tu bukan niat asal aku... aku tak de niat buat kat dia macam tu pun."
"... maybe kali ni aku patut percaya kan kau."
Setelah mendengar kata-katanya tadi, aku menoleh ke arahnya sambil mengerut dahi.
"Selama ni kau tak percayakan aku?"
Dia ketawa. Aku tau dia cuma bergurau. Dari kecil tak pernah berubah. Makin matang je.
"This isn't only related to you but the whole dark world. Aku cuma mampu support, kalau perlukan tentera or anything just tell me."
"Thanks Wonwoo. Kau satu-satunya cousin yang aku boleh harap."
"No problem kid."
Someone's POV
"Heyyyyy kamuuuuu~"
"Nak apa?"
Tiba-tiba aku rasa aku dipeluk oleh lelaki dari belakang gosh I'M NOT GAY!!
"Lekk arr jangan serious sangat hahahaha"
Aku menjeling dan menepis tangannya as isyarat untuk NOT HUGGING ME AGAIN LIKE THIS AGSFAJAKAK
"Kau turun lagi tadi cari budak tu?"
"Hmm..."
"So macam mana?"
"Wdym?"
"Macam mana budak tu? Cantik? Sexy?... eh memang tak la aku nak tanya tu. Maksud aku budak tu apa dah jadi kat dia. Haihh"
"What da... well dia okay cuma nanti masa tu dah tiba maybe agak sukar nak convince dia."
"Maksudnya...?"
"Dia pandang aku. Tapi pandangan dia tu aku dapat rasa yang dia belum sepenuhnya sedia and terima hakikat. Idk aku nampak mata dia tu macam takut something."
"Well kau nak tahu tak... semua di antara kita, kau sorang je yang macam faham orang macam dia."
"Jangan bagi peluang kat dia kalau dia merayu pun. Kau pun tahu apa risikonya nanti untuk kau."
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top