Part 12
"Tunggu aku... Datang selamatkan kau.. "
🌹🌹🌹🌹🌹
[FLASHBACK]
Author POV
" Jungkook! Mana Hyo?"
" Diorang... diorang dah culik Hyo"
" C-culik? Siapa?"
" Ahli sihir... the last witch yang masih hidup..."
" What?... how..."
" Aku minta maaf! Aku... aku tak sempat nak selamatkan dia..." Kepalanya ditunduk kebawah dengan perasaan yang sangat kecewa.
suasana agak sunyi seketika. Jae pula hanya memandang ke arah Jungkook yang masih menundukkan kepalanya. Fikirannya ligat memikirkan sesuatu.
" Masih belum terlambat, Jungkook. Aku tau diorang bawa dia ke mana. " Bahu kiri milik Jungkook ditepuk.
" Mana?" Kepala didongak semula memandang ke arah Jae.
" Tempat asal kita. Hidden World. "
[END OF FLASHBACK]
"Jae... kau rasa... kita dapat bawa Hyo balik?"
"Of course la. Tapi kita kena buat dengan senyap and hati-hati jugak. Ahli sihir tu masih perhatikan gerak geri kita."
Jae dan Jungkook kembali ke Hidden World. Tetapi belum ke tempat di mana Hyo di sembunyikan. Mereka ke istana diraja vampire, hanya satu-satunya tempat ahli sihir atau musuh lain tidak tahu kerana tempat itu sudah diselubungi oleh kuasa pelindung yang cukup kuat.
Di situlah mereka boleh berbincang dan mulakan rancangan apa sahaja tanpa pengetahuan musuh lain.
"Jungkook? Kamu buat apa lagi kat dewan ni." suara seorang wanita memanggil anaknya. Siapa lagi kalau bukan ibu kepada Jungkook.
"Omma... sebenarnya..." sebaik dengar suara ibunya, Jungkook terus berdiri dari tempat duduk.
Jae juga yang disitu turut berdiri akan tetapi belakang badannya masih menghadap ibu Jungkook.
"Hmm? Seo Jaehee?" ibu Jungkook memanggil Jae dengan nada perlahan dan lembut.
Kemudian Jae pun memusingkan badannya menghadap ibu Jungkook. Mata saling bertentangan namun riak wajah masing-masing tidak dapat dinyatakan perasaan.
"Apa khabar, tuanku."
"Jae... dah lama tak jumpa. Omma rindu kamu." ibu Jungkook terus peluk Jae dengan erat.
"Tuanku..."
Pelukkan dilepaskan setelah mendengar panggilan hormat dari Jae.
"Kamu ni masih lagi degil. Dah banyak kali suruh panggil omma pun tak nak jugak. Dah lama kami jaga kamu, macam keluarga dah." ibu Jungkook tersenyum.
"Saya tahu tu... saya berterima kasih sangat sebab jaga saya dengan baik. Kenalkan saya dengan semua benda kat dunia ni. Tapi saya hanya menumpang saja... dan saya masih hormat raja dan permaisuri puak ini."
Pipi Jae diusap lembut, senyuman terukir di wajah ibu Jungkook. Permaisuri Vampire yang riang, kuat dan baik hati... tak hairan la kalau Jungkook tak pernah ada perasaan bencikan sesiapa. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Ehh...
"Berapa hari lagi tinggal?" tanya permaisuri itu.
"Dalam... 30 hari lagi."
"Hmm... kejap je masa berlalu kan?"
"Ye la omma. Lepas ni dah tak dengar lagi dah suara dia." Jungkook mencelah.
Serentak Jae dan permaisuri ketawa, lengan Jungkook ditumbuk kuat oleh Jae.
"Auch... tengok tu omma, sempat lagi pukul. Tak padan dengan perempuan." bibir dimuncungkan. Tak sangka juga, dengan ibu bermanja tapi dengan ayah lain pula jadinya.
"Jadi Jae... macam mana dengan bakal 'menantu' omma tu?" tanya permaisuri itu. 'Menantu' yang dimaksudkan itu tak lain tak bukan... Kim Hyo Na.
Ya... ibu Jungkook juga tidak membenci puak zombie. Dia yakin dan percaya bahawa ada salah faham yang berlaku antara puak zombie dan vampire sehingga menjadi musuh begini. Ibu Jungkook juga amat menginginkan seorang anak perempuan malangnya tidak dapat. Dapat menantu pun jadi la.
"Well... dia kelakar sometimes... blur sikit hahaha but dia baik and jenis kuat semangat. Dia jenis pantang bila ada yang cari pasal dengan dia. Memang nahas la" Jae menggambarkan ciri Hyo. Permaisuri, ibu Jungkook begitu geli hati mendengarnya. Senyuman terukir.
"Oh ye... dia pun pandai masak. Nanti boleh la dia ajarkan."
"Oh ye? Tak sabarnya nak jumpa. Dia kat mana?"
Raut wajah Jae dan Jungkook serta merta berubah. Mereka saling berpandangan sebelum memberitahu sesuatu kepada ibu Jungkook.
"Itu la masalahnya omma..."
"Masalah? Apa masalahnya... cuba cerita. Jungkook? Jae?"
"Macam ni omma, tadi masa Hyo nak balik ke rumah dari kedai... ada sekumpulan serigala dengan ahli sihir kepung Hyo. Jungkook muncul nak selamatkan Hyo then lepastu diorang serang kami... pastu..."
"Pastu apa Jungkook??" Tanya wanita itu ingin tahu.
"Jungkook tak sempat nak selamatkan Hyo, dia dah kena sihir oleh ahli sihir. Dan... ahli sihir dah culik Hyo."
"Dan sekarang kami tak tahu mana ahli sihir tu bawa Hyo pergi. Jae yakin dia dibawa ke dunia ni... cuma lokasi tu tak tau mana."
"Jadi betul la ahli sihir terakhir tu masih hidup? Kenapa dia culik Hyo..."
"Kami buntu ni omma. Kalau boleh nak keluarkan Hyo dari tempat persembunyian tu secepat yang boleh! Omma tolong la..." Jungkook merayu pertolongan dari ibunya. Hanya ibunya sahaja dapat membantu, tak mungkin la nak mimta tolong dengan ayahnya. Tak pasal kena hukum bunuh sebab khianat.
"Baiklah... nanti omma tolong apa yang patut. Kamu berdua tu hati-hati okay?"
"Okay." jawab mereka serentak.
"Omma masuk bilik dulu ye."
Tanpa disedar, perbualan mereka bertiga telah didengar dan diperhatikan oleh seseorang.
🌹🌹🌹🌹🌹
~Keesokan hari di sekolah~
Jae POV
Aku berjalan seorang diri di dewan sekolah. Rasa janggal pulak, selalu mesti Hyo je yang berjalan dengan aku kat sebelah ni....
"JAE!!!!"
Kedengaran jeritan seorang perempuan dari belakang aku pun dah tau siapa. Aku pusing melihat dia berlari-lari ke arah aku.
"Haih... Jae... haahhh... be... betul ke?" tanya dia dengan termengah-mengah. Penat berlari ye...
"Apa yang betul?"
"Hyo kena culik dengan ahli sihir??"
Pantas aku menutup mulutnya dengan tangan aku. Memang stalker + reporter betul. Reporter ke dia?
"Diam la Jihan. Kalau ada orang tau, habis la kita. And lagi satu... mak Hyo tak tau langsung pasal ni okay."
Tangan aku yang menekup mulutnya itu dibuka. Raut wajah terkejut terukir di muka Jihan. Matanya juga sudah membulat.
"Jadi betul la? Macam mana ni... kita kena selamatkan Hyo!"
"Perlahan sikit suara tu."
Aku memandang sekeliling aku. Memerhati pelajar-pelajar yang berjalan menuju ke kelas masing-masing. Tidak hiraukan kami yang masih berdiri di tengah dewan.
"Bukan senang nak selamatkan dia. Sebab Hyo sekarang jadi umpan. Target diorang adalah Jungkook. Ahli sihir tau gerak geri kita, faham tak?"
Jihan mengangguk berkali-kali. Takut gerak geri mencurigakannya itu ditangkap.
"Dah buat masa sekarang ni... kita buat macam tak ada apa yang berlaku. Kalau cikgu tanya, cakap je Hyo sakit or apa-apa alasan yang boleh buat cikgu-cikgu percaya."
"Okay. Aku faham."
"Dah, jom masuk kelas."
Lalu aku berjalan memasuki kelas. Belum sampai ke kelas aku ternampak seorang jejaka bersut serba hitam di hujung dewan. DIA LAGI?! Lelaki yang aku terserempak di taman tempoh hari. Kenapa dia ada pulak ni? Dah la perhati aku bukan main seram lagi... please bukan sekarang.
Aku terus pecut lari masuk ke kelas sebaik saja nampak dia. Buat masa macam ni... aku dah tak kisah dah tinggal Jihan sorang-sorang.
"Jae!!! Tunggu!!!"
🌹🌹🌹🌹🌹
Someone POV
Hyo kena culik... ni semua salah Jungkook!!!!!
Kalau bukan sebab dia tak dekati Hyo, semua tak akan jadi macam ni!! Hyo dalam bahaya dan tu semua salah Jungkook!!
Saya minta Hyo tak dapat selamatkan awak di dunia tu. Saya tetap akan bebaskan awak.
-Bersambung-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top