Part 10

Kehadirannya buat aku rasa selamat.

🌹🌹🌹🌹🌹





AUTHOR POV

Setelah waktu sekolah tamat, Kei terus membawa Jimin ke sebuah cafe seperti yang dijanjikan tadi. Mereka memesan makanan masing-masing di situ.

"Ermm... Jimin, awak asal dari mana eh? Kenapa pindah ke sini?" Tanya Kei memulakan bicara antara mereka berdua.

Namun Jimin hanya mendiamkan diri. Bagaimana dia mahu memberitahu asal usulnya? Nak menipu takut disyak apa-apa oleh Kei. Kantoi la plan dia nanti. Ini kan pula Kei seorang vampire ~ kena hati-hati juga.

"Oh.. privasi eh? Maybe awak ada masalah yang tak dapat nak kongsi kan? Saya faham..." ini salah satu taktik Kei untuk buat Jimin tergoda dengannya. Dia tersenyum sahaja memandang Jimin. Dengan wajahnya yang comel pasti mampu menunbangkan jejaka itu.

"Maafkan saya, ini makanan kamu berdua yang pesan tadi." kata seorang pelayan lelaki sambil menghidangkan makanan mereka di atas meja.

"Kamsahabnida" Kata Kei dan Jimin serentak .

Setelah pelayan itu pergi, Jimin mula bercakap.

"Mari makan? Sambil makan boleh la kita kenal sesama sendiri kan?"

"Ne." Jawap Kei dengan senyuman yang tampak gembira. Gembira yang Jimin mula menerima untuk berkawan dengannya.

🌹🌹🌹🌹🌹

HYO POV

"Hyo... petang ni free tak?" tanya Jae.

Kami berdua berjalan pulang bersama dari sekolah menuju ke rumah. Plastik lolipop aku buka lalu buang ke dalam tong sampah yang ada di tepi jalan. Lolipop yang di tangan aku sumbat ke dalam mulut aku sambil Memikir mungkin aku ada waktu lapang petang ni. Kerja sekolah pun dah buat habis kat sekolah. Nasib baik la ada Jae tolong cepatkan kerja aku HAHAHAHAHAHAHA.

"Hmm free kot. Kenapa?" Tanyaku.

"JOM LEPAK KAT TAMAN!!"

"Hish Jae. Perlahan la suara tu, Hyo tak pekak lagi kot." Kataku dengan kening yang dah dikerutkan. Terkejut pon ada tetibe dia jerit.

"Sorry... excited sangat ni. Lama tak lepak kat taman." Kata Jae dengan wajah yang betul-betul tampak tidak sabar untuk ke tempat tersebut.

"Dah kenapa nak sangat ke taman?"

"Well... rindu. Lagipun taman tu kan tempat pertama pertemuan kita~ ECEWAHHHH BOYFRIEND GITEWWW!"

"Hmm boyfriend apa selalu pentingkan tandas dari girlfriend sendiri?"

".... alaa jangan la terasa.  Jae bukan pergi tandas pun..."

Aku terus berhenti setelah mendengar kata-kata Jae tadi.  What?  Bukan pergi tandas pun?! Jae yang dihadapanku pun turut berhenti dan berpusing menghadap aku yang berada di belakang.

"Kenapa?"

"Tak pergi tandas? Habis tu pergi mana selama ni??" Tanyaku dengan perasaan yang ingin tahu. Jae hanya memandang aku. Dia ni nak rahsia apa lagi dengan aku?

Tiba-tiba saja Jae tersenyum sinis memandangku.

"Nak tau tak..."

"Apa?"

"Well this 'boyfriend' yang selama ni pentingkan tandas ni sebenarnya..."

At the end, ayat terakhirnya buatkan aku geram lalu mengejarnya.

"Cari 'girlfriend' baru~"

"WHAT??!! YAH!! SEO JAEHEE!!!!!! SIAP LA KAU NANTI."

🌹🌹🌹🌹🌹

IU POV

"Jangan lupa... Tepat 10 malam kita mulakan plan kita. Tapi ingat, make sure hanya ada Hyona je! ."

"Are you sure Hyona tu akan ke sana seorang diri je? Kot dia tau ni prank ke apa dia tak jadi pergi."

"Seulhye, Seulhye. Apa kau ni masih ada akal atau dah hilang kena kebas? Kau lupa aku ni witch. Aku boleh nampak dan ramal. Si HyoNa tu pulak lurus bendul. Tak mungkin kalau dia tak percaya apa yang kita akan buat kat dia."

"Tapi... Jaehee macam mana pulak? Kan tadi kau cakap diorang nak keluar lepak petang ni... Kalau nanti masa kita nak serang Hyona tu ada Jaehee macam mana?"

Ish! Bengang betul ada serigala tak de akal macam diorang ni! Banyak tanya!!! Itu macam mana, ini macam mana... MACAM TU LA!!!

Disebabkan aku terlampau geram, aku lempar segelas kaca yang ada di tangan aku jatuh ke lantai. Aku lihat cermin dinding di sebelah aku. Reaksi ketakutan jelas terpampang di wajah Seulhye dan Minji.

"Kan aku dah kata aku ni witch!! Jangan sesekali korang nak pandang rendah dengan kebolehan aku!!!"

.....

Semuanya senyap. Termasuk 5 orang suruhan terkuat aku. Hmm...

"Untuk plan seterusnya, aku akan pastikan ianya berhasil." aku tergelak sinis.

🌹🌹🌹🌹🌹

AUTHOR POV

-Petang, 05:30-

Jae dan Hyo lepak di taman seperti yang dijanjikan. Sambil berjalan mereka menikmati aiskrim yang dibeli tadi di kedai serbaneka berhampiran. Cuaca panas begini, elok juga menjamu aiskrim. Dapat sejukkan badan sedikit. Jangan ingat manusia je suka aiskrim.

"Jae...." Panggil Hyo perlahan.

"Hmm..."

"Budak baru kelas kita tu, Jimin. Dia tu nampak pelik la... lain macam je..."

Jae terhenti dari berjalan dengan mukanya yang jelas terkejut. Dia fikirkan bahawa mungkin Hyo sudah tau siapa Jimin sebenarnya. Kalau macam tu tak perlu la dia nak jelaskan pada Hyo.

"...."

"Kenapa terkejut? Tak maksud Hyo, Jimin tu pelik macam... dia tu... playboy je. Suka flirt dengan yeoja, cara dia pandang Hyo pagi tadi pun macam byuntae..."

Jae mengeluh. Menyesal kerana 'expect' tinggi sangat kat si Hyo ni. Ingatkan dah tau...

"Jangan risau ye Hyo. Jae kan ada." Jae ajuk suara kartun Nana dalam Didi n Friends. Hyo terus membulatkan matanya. 'Jungshook!!'

"Pfftt... okay kalau si Jimin tu buat something and cuba cederekan Hyo, Jae tak teragak-agak tumbuk dia biar tulang rusuk dia patah. Pastu Jae akan tendang dia, buat flying kick... turning kick, front kick, double turning kick... double punch... pisheewww"

Kata Jae sambil membuat aksi langkah taekwondo seperti dikatanya tadi satu persatu. Nasib baik saja dia sudah habiskan aiskrimnya. Hyo hanya mampu tengok sahaja kawan dia ni yang terlebih perasan.

"Amboi. Cakap besar ehh, kalau jadi betul-betul Hyo nak tengok. Betul ke tak Jae mampu buat macam tu...nak tengok semua kick-kick tu keluar..."

"Bo- boleh pulak cakap macam tu. Mesti la Jae akan buat! Hyo kan satu-satunya kawan yang Jae ada. Tak kan la tak protect."

"Okay kalau macam tu..." Hyo pun mula berjalan tinggalkan Jae dibelakangnya.

Jae mula mengejar langkah Hyo yang sudah meninggalkannya dan akhirnya mereka berjalan bersebelahan semula.

"Hyo.. kenapa Jae rasa macam..." Jae menunduk sedikit memandang ke arah Hyo yang berada di sebelahnya.

"Macam apa?" Tanya Hyo.

"Macam tengah bawak adik bersiar-siar kat taman ni."

"Hei... pendek Hyo ni boleh tak jangan dibawa main. Cepuk kang! Tak pasal terpelanting ke atas pokok."

Jae hanya ketawa mendengar apa yang dibalas oleh kawannya. Kemudian, di sebalik satu pokok  besar yang rendang di tepi taman ada seseorang yang sedang melihat gerak geri mereka. Secara tidak sengaja Jae mengalih pandangannya ke arah pokok itu dan dia ternampak kelibat seseorang di situ. Lelaki bersut kemas serba serbi berwarna hitam. Bersarung tangan berwarna putih dan di tangan kanannya memegang sebuah buku yang aneh.

Jae membutang mata dan terhenti di trek. Dia kelihatan sungguh takut dan mula menggigil. Hyo yang mula perasan Jae tiada lagi disebelahnya juga berhenti dan memandang kebelakang.

"Jae? Kenapa tercegat kat situ? Jae tengok apa?" Hyo cuba melihat di sekitar kawasan yang Jae sedang perhati , tetapi pandangannya serta merta dihalang oleh Jae yang tinggi darinya.

"Errr... Hyo. Jom kita ke sana! Kat sana ada tasik, tenang sikit kat sana kita nak lepak. Lagipun cantik, ada itik pulak tu."

Anak itik tokwi mandi dalam kolam~

"Itik??? NAK!!! Hyona su~ka itik. Jae suka itik ke suka brokoli?" kini giliran Hyo mengajuk kartun tu.

"Haihh hang ni mai mana brokoli. Dah jom kita pi lekaih." Tangan Hyo segera ditarik lalu meninggalkan tempat tadi, cuba mengelak dari lelaki itu.

🌹🌹🌹🌹🌹

AUTHOR POV

-Malam, 21:40-

Pintu rak dapur dibuka satu persatu. Barang yang ada dia dalam rak itu dialih ke tepi. Apa yang hendak dicarinya tidak jumpa.

"Hyo!!! Tolong pergi kedai jap belikan kicap sebotol. Eomma nak guna esok tapi cari tak jumpa pulak. Tak pe la kamu pergi beli dulu." Kata Eomma lalu menghulurkan duit kepada Hyo.

Hyo yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton siaran kegemarannya di tv mula bangun dengan malas.

"Alaa eomma ni... Hyo nak tengok Park Seojun hensem tu~! Kacau la...suruhlah Dyo ke.. Solji ke ~"

BUKKKK

Kepala Hyo dipukul manja oleh Eommanya.

"Apa tv tu penting lagi ke dari mak kamu ni? Esok kamu makan la tv tu, tak payah makan apa yang mak hidangkan.Lagipon diorang tu tengah study , Bukan macam kamu asyik tengok tv je "

"Ye la ye la. Hyo pergi. Tak yah la merajuk, mengalahkan Hyo je."

"Kamu nak kena cubit ke?"

"Tak tak... Hyo pergi sekarang ye."

Sebaik saja Hyo melangkah keluar, ibunya berjalan ke dapur semula. Apabila dia hendak mengalih microwave di dinding, terdapat dua botol kicap di sebalik microwave itu.

"Laaa sini rupanya. Siapa la yang gatal tangan letak kat sini. Haish... Hyo pun dah pergi. Tak pe la."

🌹🌹🌹🌹🌹

Satu botol kicap diambil olehnya lalu menuju ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

"Kamsahabnida."

"Hati-hati pulang."

"Baik pakcik."

Setelah selesai membeli, Hyo pun segera pulang menuju ke lorong yang sunyi. Hanya itu saja jalan terpantas untuk sampai ke rumah. 'Alaa aku zombie, kalau ada yang pelik muncul aku akan bertukar!'

Sedang dia berjalan, dia terdengar bunyi yang begitu aneh.

'Grrrrrrrrrlllllrrlrlrlrl'

"Bunyi apa tu?" Hyo cuba menghidu bau sekitar lorong itu.

"Bau ni... bau..."

Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya, muncul tiga ekor serigala di hadapannya. Hyo terkejut. Tekaannya tepat! Memang tidak salah lagi. Hyo juga dapat mengecam serigala yang bermata biru di tengah itu.

'Serigala yang serang aku tempoh hari tu!'

Hyo cuba berpatah semula untuk larikan diri tetapi di belakangnya di halang oleh seorang gadis bertopeng muka dan 5 orang lelaki berbaju hitam dan bertubuh besar. Dia telah dikepung oleh 9 makhluk!!

'Ramainya... sesiapa tolong!!! Aku tak boleh nak berlawan dengan ramai macam ni..why aku jadi mangsa ni?!  Apa salah aku!!!  Sesiapa tolong!!!!' Kata hyo dalam hati dengan kuat. Dia juga berdoa agar sesiapa dapat membantunya ketika ini.

Tiba-tiba satu asap hitam berkepul muncul di hadapan Hyo membuatkan dia terbatuk seketika akibat asap tersebut.

Seorang lelaki berhoodie merah muncul di hadapannya. Hyo kenal sekali lelaki ini. Dia datang lagi!

"Jungkook?!"

-Bersambung-







Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top