Prolog (Their Wedding Day)
A smile can hide the truth. The mouth can whisper lies. But the eyes always reveal what's hidden below the surface.
***
***
Ciuman sepasang suami isteri yang baru sahaja disatukan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh para tetamu yang hadir.
***
"Tahniah Na Jaemin. Sekarang kamu dah jadi seorang suami. Papa harap kamu jalankan tanggungjawab kamu untuk jaga menantu papa dengan baik". Pesan Na Daewon sambil menepuk perlahan bahu anak tunggalnya itu.
"Baik papa. Jae akan jaga dia dengan baik. Papa jangan risau." Jaemin menjawab dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.
Mana mungkin dia mengabaikan insan yang kini telah sah bergelar isterinya. Sudah lama dia mengimpikan untuk bernikah dengan gadis itu.
Jung Jieun, wanita yang merupakan cinta pertamanya.
Dan hari ini, impian itu menjadi kenyataan.
Dia berjanji dengan dirinya sendiri, bahawa dia akan menjaga Jieun walau apa pun yang terjadi dan dia akan melindungi wanita itu sebaik mungkin.
***
"Kamu dah jadi isteri Jaemin. Lepasni kamu tak perlu jejakkan kaki ke rumah ayah lagi."
Jieun hanya diam.
Jaemin yang perasan akan perubahan pada wajah Jieun, mula memegang dan mengusap lembut tangan isterinya itu.
"Jae akan jaga putri ayah ni dengan baik."
Jaemin tetap tersenyum walaupun dia tahu kata-kata Jung Tae Joon itu telah mengguris hati wanitanya.
Sejak Jieun terjaga daripada kemalangan 6 bulan lalu, dia tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ayah.
Kadang-kadang dia terfikir, betulkah Jung Tae Joon itu ayahnya? Kenapa dia selalu mendapatkan layanan yang dingin? Mana kasih sayang seorang ayah kepada anak yang selayaknya?
Dia tertanya-tanya.
Adakah sikap ayahnya memang begini sejak dulu? Atau layanan itu berubah menjadi dingin sejak kematian kembarnya?
Jieun masih tidak dapat mengingat apa-apa. Dia hanya percayakan kata-kata orang yang berada disekelilingnya.
Bahkan perkahwinan ini juga bukan atas kerelaan dirinya seratus peratus.
Selepas keadaan kesihatan Jieun sudah stabil, dia diberitahu bahawa dia adalah tunang kepada Na Jaemin. Pertunangan mereka sudah berlangsung selama 2 tahun.
Pada mulanya Jieun tidak mahu percaya. Apatah lagi Jaemin adalah doktor yang merawatnya ketika itu. Semua yang terjadi dirasakan tidak masuk akal.
Namun, melihat kesungguhan lelaki itu menceritakan segalanya tentang kisah mereka berdua, serta gambar-gambar yang menjadi bukti percintaan antara Jaemin dan Jieun, dia mula menerima kenyataan tersebut.
Apatah lagi keluarganya turut membenarkan apa yang terjadi pada waktu itu, membuatkan Jieun semakin yakin dengan kata-kata mereka.
Walaupun pada hakikatnya dia masih gagal untuk ingat.
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top