Sploh

👆🏿👆🏾👆🏼👆🏻👆🏼👆🏾👆🏿

' Memori Berkasih '

×××👄💦×××

None POV

" Tempat apa ni? " kata Sena , perlahan.

" UHUK OHOKKGHHH. " Sena terbatuk dek tersedut asap tebal disekelilingnya.

Disedutnya asap di lantai , lalu di buat O.

" Fuhh fuhh fuhh " sekali 3 O Sena buat , padu bang.

" WOI HARAMM " CozBall menerjah Sena macam nampak sumbang mahram. Ala buat O je pun.

" KAU LA HARAM MAIN MAIN TOLAK ORANG PULAK "

Sena mendekati Cozball dengan langkah laju macam nak main mosh kat gig. Terbantut niat Sena ingin meneruskan aktiviti O-nya.

" Aku terpaksa , kalau tak nanti Goyah tu ternampak pulak kau kat kamera. " Kata CozBall sambil menampal semula daun basah pada lens kamera.

" Tch. Ah banyak la alasan kau. " Sena mula berjalan meninggalkan CozBall.

" Oi , kau nak pergi mana tu? " Jerit CozBall dari jauh.

" Err.. escape? "

CozBall menepuk dahi lalu berlari ke arah Sena walaupun dia tak ada kaki hm.

" Kalau kau nak tahu ,kita di Zon Memori Pakai Buang. Ini lah tempat segala memori berkasih , rindu berkasih , gurauan berkasih , suka duka cinta lara Goyah Joyah kat sini. Kau takkan jumpa jalan keluar kat sini , tapi kau mungin jumpa cara keluar. " CozBall menjungkit-jungkitkan keningnya.

Sena macam blur kejap , sel sel esofagusnya berkerja untuk proses perkataan memori berkasih , rindu berkasih dan gurauan berkasih tu. Hmmmm macam lagu je ,jadi Sena ingin meneka kepada CozBall tapi jikalau salah , malu nanti. Sena tak nak kemaluan itu terjadi dan berlarutan maka dia diamkan sahaja.

" Err .. k-kenapa memori berkasih , rindu berkasih dan gurauan berkasih tu macam...pernah dengar eh? " kata Sena perlahan. Sena cuba bagi hint kepada CozBall , mana la tahu kalau CozBall kata memang tu lagu. Haa lega sikit Sena . Tapi--

" Aik takkan kau pernah dengar segala memori , rindu dan gurauan berkasih diorang kat sini? " CozBall berkerut dahi. Pelik member, rasanya Sena baru pertama kali menjejakkan kaki di Zon Memori Pakai Buang ni.

" Err... Tak ada apa-apa lah! Abaikan. " Sena menggaru kepalanya lalu dihidu jarinya, dah 2 hari tak basuh sebab tu kepam semacam.

" Kalau kau bertuah , kau akan dengar memori memori tu. Kalau kau bertuah GILAA, kau boleh nampak memori tu. " Saja je CozBall menaikkan nada 'gila' tu seoktagon , biar Sena terasa . Ye la , Sena represent gila, gila represent Sena. Rambut pun serabai.

" Tapi.. apa motif kau bawa aku ke sini? " Sena memandang sekeliling , cantik tempatnya. Di bahagian bawah berkabus dan bercahaya biru. Bahagian atas pula terdapat air yang bergelora.

Cantik!

Bisik Sena dalam hatinya. Sena cuba menyentuh lapisan air tersebut menggunakan hujung jarinya.

Plup!

Setitik air jatuh ke atas mukanya.

" Itu la yang aku kata tadi , kau mungkin jumpa cara keluar kat sini. "

" How? " Tanya Sena.

" Kau-- "

" Pst pstt CozBall roger. " Suara hodoh tadi datang kembali. CozBall meletakkan jari dibibir ratanya.

" Pst psst CozBall in. "

" COZBALL KAU PERGI MANA?! PERGI HEADQUARTER SEKARANG. TENGOK! TENGOK! KAMERA KAU TERTUTUP LAGI " Marah Goyah.

" C-cozBall datang sekarang juga! "

Bip!

" Sena, goodluck! " Jerit CozBall sambil berlari dan memandang Sena.

Debush!

CozBall terlanggar akar pokok. Sena tergelak kecil. Tak semestinya kau robot , kau tak bodo. Maka , Sena belajar untuk bersyukur dengan kebodohannya terhadap math.

" Eh? Apa tu? " Sena berlari ke arah akar pokok tersebut. Objek di lantai , Sena kutip.

" CozBall, barang kau!! " Jerit Sena. CozBall hilang dari pandangan. Sena mengeluh. Barang kecil milik CozBall dimasukkan kedalam beg galas Sena.

Sena memulakan perjalanan , menembusi asap-asap yang menghalang permandangannya. Fikirnya , pasti ada pintu keluar atau apa-apa sahaja. Tetapi , usahanya sia-sia , dia seperti berpusing-pusing di tempat itu dan seperti tempat itu tiada penghujungnya.

Sena mula duduk bersila. Kedua belah tangannya diletakkan di lutut. Belakangnya ditegakkan , penuh disiplin.

" Aku tak ada cara lain , aku perlu tunggu sehingga memori itu datang. " Kata Sena lalu memejamkan matanya. Sena mula bertapa di tengah-tengah alam.

" Haiiiiii mambang Goyah , mambang Joyah , mambang ex-ex berkasih Goyah , kemarilah dikau , ku seru nama muuuuu " jampi serapah Sena berakhir dengan muncungnya yang dipanjangkan.

Bisikan-bisikan halus mulai kedengaran.Fuhh meremang bulu roma Sena. Menyesal dia seru.

Sena memejam mata serapat-rapatnya. Ketaq lutut member

" Ehhh yoerobunn meh la sini rasa tteokbokki akak. "

Eh bukan ke tu suara makcik Goyah?

Sena membuka sebelah matanya perlahan-lahan.

" Memori tu dah datang ke? " Monolog Sena sendirian.

Dalam samar-samar kabus , dia dapat melihat figura Makcik Goyah dan Joyah sedang berada di gerai mereka.

Sekumpulan pelajar sekolah rendah lelaki berdiri tidak jauh dari gerai Goyah dan Joyah.

×××👄💦×××

Double update ehek 🤝

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top