《11》
♡♡♡♡♡
"Kau serius ke ni? Sekejap! Jeon JungKook nak pergi camp?! Aku yang gila ke kau yang gila ni, JungKook!" Kata JiMin.
"Apa dia?" Tanya JungKook seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"JiMin, aku rasa kawan kita ni kena pukul sampai otak dia biul ni." Perli TaeHyung.
"Sedap kau je cakap aku ni biul eh, apa masalah kau ni." Tanya JungKook lagi.
"Kau ni kenapa, JungKook?! Tak pernah-pernah kau nak ikut pergi camp, tiba-tiba je nak pergi ni kenapa?" Tanya TaeHyung pula.
"Aik, aku nak pergi camp tu pun kena ada sebab eh? Agak-agaklah, aku nak pergi camp je pun. Tak payah lah nak terkejut sangat." Kata JungKook.
"Ah! Tak boleh. Kau dengan luka kau macam tu, lebih baik kau stay je rumah." Kata JiMin.
"Aku tak kira, aku nak ikut juga. JiMin, kau tak tulis nama aku dalam borang tu, aku bagitau MinJi pasal kau." Ugut JungKook.
"Bagitau apa?! JiMin! You ada sorok apa-apa ke belakang I?" Terkejut MinJi.
"
Eh, mana ada. I tak pernah sorok apa-apa lah. JungKook main-main je tu, you macam tak kenal dia." Kata JiMin.
"Ishh! JiAh, jom blah dari sini. Tak ada sesiapa yang kita boleh percaya dalam dunia ni." Kata MinJi sambil menjeling ke arah JiMin sebelum ia berlalu pergi bersama JiAh.
"JungKook! Kau nak bagitau apa ha?!" Marah JiMin.
"Hahahaha, kalau kau tak letak nama aku dalam borang tu, aku akan buat MinJi lagi marah dengan kau." Kata JungKook sebelum ia juga berlaku pergi.
"Mana boleh main tipu macam ni, woi! JungKook!" Marah JiMin.
"Adoi, kenapalah aku dapat kawan-kawan yang biul macam ni? Dah lah biul, sewel pula tu. Apa lah nasib aku?" Rungut TaeHyung sendiri.
♡♡♡♡♡
Di depan sekolah,
JungKook melihat JiAh yang sedang berjalan kaki, terus memperlahankan keretanya dan mengikuti JiAh.
"JiAh!" Jerit JungKook dari dalam kereta.
"Apa?" Kata JiAh sambil memandang ke arah JungKook.
"Jom! Aku tumpangkan kau balik." Kata JungKook.
"Tak nak. Aku boleh balik sendiri, dah shuh-shuh pergi balik." Kata JiAh.
"Eh, dia halau aku pula." Kata JungKook di dalam hati.
JungKook terus memandu laju kereta yang dipandunya meninggalkan JiAh.
"Sibuk je nak hantarkan aku, apa dia ingat aku nak sangat ke naik kereta dia tu." Kata JiAh sendiri.
JiAh berhenti di tepi simpang dan menunggu lampu pejalan kaki bertukar menjadi hijau.
Tiba-tiba, kereta milik JungKook mencul di hadapannya.
"Naik." Kata JungKook.
"Tak nak." Tolak JiAh.
JungKook turun daripada keretanya dan terus menghampiri JiAh. JiAh memandang JungKook dengan pandangan pelik.
JungKook memandang JiAh dan ia terus mendukung JiAh.
"Woi! Apa ni! Turunkan aku lah! Tak tahu malu ke?!" Marah JiAh.
"Kau Jerit lagi kuat, aku cium kau kat sini. Lebih baik kau diam, kalau kau tak nak tengok gila aku." Kata JungKook selamba.
JiAh terus mendiamkan diri, JungKook meletakkan JiAh di sebelah kerusi pemandu.
Semua orang yang berada di situ terkejut melihat JungKook mendukung JiAh masuk ke dalam kereta.
"Kau ni kenapa?!" Marah JiAh sejurus JungKook masuk ke dalam kereta.
"Apa?" Tanya JungKook.
"Kau tanya aku apa? Kan aku cakap, aku boleh balik sendiri. Yang kau beria-ria nak hantar aku balik ni kenapa?" Tanya JiAh.
"Suka hati aku lah." Kata JungKook.
"Ishhhh! Turunkan aku kat depan tu." Arah JiAh.
"Apahal pula aku kena dengar cakap kau ni? Ahh, tak ada. Biar aku hantar kau sampai rumah." Kata JungKook.
"Ha?! Nanti kalau Daddy aku nampak macam mana?" Tanya JiAh.
"Takpelah, boleh Daddy kau kenal-kenal dengan bakal menantu dia ni kan." Kata JungKook.
"Kau ni gila ke apa?!" Marah JiAh.
Tiba-tiba suasana menjadi senyap dan sunyi.
"Kau jangan risau lah, aku hantar kau area-area rumah kau je. Takkan lah aku nak hantar kau sampai rumah kau kan." Kata JungKook cuba menenangkan hati JiAh.
JiAh hanya mendiam kan diri dan memandang ke luar tingkap sambil tersenyum.
"JiAh, kau nak tahu tak kenapa aku join camp sekolah tu walaupun aku tak pernah join pun sebelum-sebelum ni." Tanya JungKook.
JiAh memandang JungKook dan bertanya "Kenapa?"
"Sebab kau." Jawab JungKook ringkas.
"Aku?" Pelik JiAh.
"Ye, sebab kau. Aku takut kat sana nanti tak ada sesiapa yang jaga kau dan buat aku lagi takut, aku takut aku rindu sangat-sangat kat kau." Kata JungKook.
JiAh hanya memandang tepat ke arah JungKook tanpa berkedip.
"JiAh, kau tak nak turun ke? Ke kau nak aku hantar kau sampai dengan rumah?" Tanya JungKook.
JiAh tidak perasan bahawa JungKook telah pun memberhentikan keretanya di tepi jalan.
"Eh, jangan-jangan. Takpe, sampai sini pun dah okey." Kata JiAh dan keluar daripada kereta milik JungKook.
Sebelum berjalan pergi, JiAh berkata "Thanks sebab hantarkan aku sampai sini."
"My pleasure." Jawab JungKook.
Sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah, JiAh tersenyum sendiri.
"Oh My God, JungKook! Kenapa kau kena cakap macam tu! Sweetnya lahai mamat ni! Kalau lamalah tadi aku dalam kereta dia tu, boleh jatuh cinta lah aku jawabnya!" Jerit JiAh di dalam hati.
"Tak tidur lah aku malam ni! Tak boleh jadi ni! Lee JiAh, kau kena kuat! Jangan jatuh cinta dengan playboy bernama Jeon JungKook tu!" Kata JiAh lagi.
JiAh memasuki perkarangan rumahnya, dan melihat ayahnya sedang memandang ke arah matahari yang hampir terbenam itu.
JiAh menghampiri ayahnya dan berkata "Jauh mengelamun tu, Daddy."
"JiAh dah balik?" Tanya Tuan Lee.
"Dah, baru je sampai tadi. Daddy tengah fikir apa tu?" Kata JiAh.
"Daddy baru balik dari kenduri kahwin anak Daddy tadi." Kata Tuan Lee.
"And then?" Tanya JiAh.
"Daddy tengah fikir, kalau JiAh kahwin nanti. JiAh mesti tinggalkan Daddy juga kan." Kata Tuan Lee.
"Awhh, Daddy. Don't say like that, JiAh tak suka tau kalau Daddy cakap macam tu. JiAh takkan tinggalkan Daddy lah even JiAh dan kahwin or dah ada 10 anak." Kata JiAh.
"Promise, don't leave me." Kata Tuan Lee lagi.
"Yes, i'm promise tapi JiAh nak tinggalkan Daddy untuk tiga hari ni je, boleh tak?" Tanya JiAh.
"Tiga hari? JiAh nak pergi mana?" Tanya Tuan Lee pula.
"JiAh nak pergi camp, sekolah ada buat camping and JiAh teringin sangat nak pergi, can I?" Kata JiAh.
"Please! I promise I will take care of myself. Boleh eh, Daddy. You know what, you look so handsome today." Sambung JiAh lagi.
"Hari ni je lah ye." Perli Tuan Lee.
"No! I mean you look more handsome today." Kata JiAh.
"Hahahahhaa. Okey, Daddy bagi JiAh pergi but you have to keep your promise, to take care of yourself." Kata Tuan Lee.
"Yeah! I love you, Daddy!" Kata JiAh sambil mencium pipinya ayah dan terus berlari masuk ke dalam rumah.
"I love you more, sweetheart." Kata Tuan Lee di dalam hati.
Colab💜; cooky_peachy
♡♡♡♡♡
Hye!💛
Amacam korang?! Setelah lama aku tak update, hari ni aku update😅 Cayalahhh👍😂 aku tak nak cakap banyak, aku just nak cakap have a nice day ye korang semua💕😙
Apa-apa pun jangan lupa vote and comment bebanyak ye semua💜!
Bye!💛
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top