《10》

♡♡♡♡♡

"JiAh, Mummy dah cuba sedaya upaya selamatkan kawan JiAh and now kawan JiAh tu dah stabil so JiAh jangan risau eh." Kata Puan Song.

"Thanks, Mummy." Jawab JiAh.

"Sama-sama, sayang. Tapi JiAh, Mummy nak tanya ni. Kenapa kawan JiAh kena pukul teruk sampai macam tu sekali? Did something happen, dear?" Tanya Puan Song kerisauan.

JiAh menceritakan semuanya kepada mummynya, apa yang telah terjadi ketika itu.

"I think you need to make a police report because this is not the small matter that you can ignore it." Kata Puan Song.

"Okey, nanti JiAh buat polis repot. You don't need to worry." Kata JiAh.

"Of course, I need to worried you are my only daughter, Lee JiAh." Kata Puan Song lagi.

"I know what I have to do, thanks, mum. Love you." Kata JiAh dan terus memeluk ibunya itu.

"JiAh balik lah rumah dulu, JiAh nampak penat sangat ni. Pasal kawan JiAh tu, biar Mummy yang setelkan. Esok lepas balik sekolah, JiAh datanglah sini." Kata Puan Song.

"Okey, JiAh balik dulu ye. Nanti kalau ada apa-apa, mummy call JiAh tau." Kata JiAh.

"Yes, I will." Jawab Puan Song.

JiAh berlalu pergi meninggalkan ibunya dan pulang ke rumahnya dengan menaiki kereta milik JungKook.

♡♡♡♡♡

"JiAh! Kau serious ke kau dengan JungKook?!" Jerit MinJi sejurus JiAh masuk ke dalam kelas.

"Ha? Kau cakap apa ni?" Pelik JiAh.

"Ishh, kau yang post takkanlah kau tak tahu. Dah pandai eh kau sekarang rahsia-rahsia dari aku." Kata MinJi.

"Serious aku tak faham." Kata JiAh lagi.

"Kau tak tengok Insta eh?" Pelik MinJi.

"Insta siapa? Aku? Ke kau?" Tanya JiAh.

"Mestilah, insta kau. Takkan lah aku pula." Jawab MinJi.

"Kau tak tahu? Satu sekolah tahu kut, untuk kali yang ketiga kau buat sekolah kita ni terkejut" Kata JiMin pula.

"Cuba korang straight to the point, aku dah malas nak fikir ni." Kata JiAh.

"Okey, biar aku tunjuk kat kau." Kata TaeHyung sambil mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan kepada JiAh.

JiAh melihat apa yang ditunjukkan oleh TaeHyung dan terkejut.

"Sejak bila aku post gambar ni?!" Terkejut JiAh.

"Aikk, patutnya kitaorang yang tanya kau. Sekarang kau pula yang tanya kitaorang." Kata MinJi.

"Aku rasa ni kerja JungKook, dia mesti sahaja-sahaja nak kenakan kau." Teka TaeHyung.

"Apa JungKook pula ni, kau macam tak kenal dia. Dia mana suka kena-kenakan orang macam ni." Kata JiMin.

"JungKook.?." Kata JiAh sambil mengingat kembali JungKook yang teruk dipukul semalam.

Tiba-tiba, "Apahal petik-petik nama aku ni?" Kata JungKook.

"JungKook." Kata mereka serentak.

"Apa?!" Marah JungKook.

"Apahal muka kau ni?! Siapa pula yang rembat kau? Kau cakap dengan aku sekarang, biar aku pula rembat dia lepas ni." Terkejut TaeHyung.

"Asal teruk sangat ni?" Kata JiMin pula.

"Aku bergaduh malam tadi, tiga lawan satu sebab tu aku teruk sikit kali ni. Diorang ingat telur aku kecut agaknya kalau aku sorang lawan diorang tiga." Jawab JungKook sambil memandang ke arah JiAh.

"Patutlah, kau bergaduh kat mana?" tanya TaeHyung.

"Kau banyak tanya ni dah kenapa, dah kalah macam polis pencen pula aku rasa." Kata JungKook.

"Tak sakit ke bibir kau tu, JungKook." Tanya MinJi.

"Sikit." Kata JungKook sambil memegang bibirnya.

Sementara mereka berborak, MinJi memandang ke arah JiAh.

"Ha! JungKook! Betul ke kau kenapa dengan JiAh couple?!" Tanya MinJi sedikit menjerit.

"Mana ada. Sejak bila pula aku syok kat kawan kau ni? Sorry sikit, aku ada taste lah." Kata JungKook sambil tersenyum.

JiAh memandang JungKook dengan pandangan maut dan berkata "Kau ingat aku ni hadap sangat ke kat kau?! Nasib kau yang tolong aku semalam, kalau tak......" Kata JiAh.

"Tolong?" Pelik MinJi.

"Tolong apa? JungKook tolong kau? Serious?!" Tanya JiMin.

"Kan aku cakap, JungKook ni syok dekat si JiAh ni. Korang tak percaya cakap aku." Kata TaeHyung pula.

"Suka hati kau je cakap macam tu, aku dengan minah tak ada apa-apa lah. Kalau korang still tak percaya, pergi mampus." Kata JungKook sambil memandang ke arah JiAh.


"Dia betul ke tak suka aku?" Tanya JiAh di dalam hati.

"Aku nak pergi cafe ni, korang nak join tak?" Tanya JungKook.

"Nak! Kau belanja eh." Kata TaeHyung.

"Tak nak aku belanja kau, boleh bankrap bapak aku tau kalau aku belanja kau tiap-tiap hari." Kata JungKook.

"Kali ni biar aku yang belanja eh." Kata JiMin pula.

"Serious? Pergh, bukan kaleng-kaleng JiMin hari ni nak belanja orang." Perli TaeHyung.

"Oi! Kau ingat aku ni kedekut sangat ke sial!" Marah JiMin.

"Hahahaha." Ketawa mereka berempat.

Sedang sibuk mereka berborak, mata JungKook tertangkap ke wajah JiAh yang sepertinya sedang mengelamun.

"JiAh, kau nak join tak?" Tanya JungKook.

Pertanyaan JungKook, membuatkan JiAh tersentak dan tersedar dari lamunannya.

"Ha? Apa?" Tanya JiAh.

"JungKook tanya kau nak join kitaorang tak pergi cafe, JiMin belanja." Jawab MinJi.

"Owh, nak." Kata JiAh sambil memandang tepat ke arah JungKook.

Tiba-tiba JungKook mengenyitkan matanya ke arah JiAh. JiAh terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

"Memang sah betul lah dia ni." Kata JiAh di dalam hati.

Di Cafe,

"JiAh, kau nak join tak kitaorang pergi camp?" Tanya MinJi.

"Camp?" Pelik JiAh.

"Haah, setiap tahun sekolah kitaorang adakan camp. Kalau kau nak join, nanti bagi nama kat aku." Kata JiMin.

"Kau tulis je lah nama aku, aku rasa aku join." Jawab JiAh.

"Senang lah macam tu, aku terus je lah tulis nama kau. Lagipun, MinJi nanti adalah kawan kalau kau ada." Kata JiMin lagi.

"Yeah, lepasni adalah kawan aku ajak gosip malam-malam." Kata MinJi pula.

JungKook datang dan terus duduk dihadapan JiAh.

"Korang cerita pasal apa ni?" Tanya JungKook.

"Pasal camp." Ringkas JiMin.

JungKook hanya mengangguk dan sambung makan makanannya.

JiAh memandang JungKook dan bertanya "Kau tak pergi ke?"

"Hahahahha! Kau tanya siapa JiAh?!" Ketawa TaeHyung.

"JungKook." Jawab JiAh.

"JungKook? Pergi camp? Dia mana nak join camp-camp macam tu. Dari tahun pertama, mana pernah dia pergi camp." Kata TaeHyung.

"Owh." Kata JiAh ringkas.

"So, kita empat je lah." Kata JiMin.

JungKook mengangkat mukanya dan memandang JiMin.

"Empat?" Pelik JungKook.

"Haah. Aku, MinJi, TaeHyung dengan JiAh." Jawab JiMin.

JungKook terus menyambung makan makanannya kembali selepas mendengar jawapan JiMin.

Tiba-tiba "Aku nak join korang pergi camp." Kata JungKook.

"Ha?!" Terkejut JiMin dan TaeHyung.

Colab💕; cooky_peachy

♡♡♡♡♡

Hye! ❤

Untuk pengetahuan semua, orang yang colab dengan Fiesyaa untuk cerita ni cooky_cheesecake wattpadnya telah dihack😭 so dia akan buat acc baru dalam masa yang terdekat. Harap korang tolong support dia sama-sama eh😊!

Thanksss! 💕😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top