《07》

♡♡♡♡♡

"Kalau kau setakat nak air teh o ais limau tapi nak minum kat sini, apa kata kau pergi je lah kedai tepi jalan tu." Kata JungKook.

Semua mata memandang tepat ke arah JungKook dengan pandangan terkejut.

JiAh tersenyum dan berkata "Yang kau sibuk aku nak minum apa ni kenapa?"

"Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya? Kalau kau tak suka aku join kau, kau cakap lah sebab aku pun tak inginlah nak join geng kau ni." Sambung JiAh.

"JungKook, kau ni kenapa?!" Marah MinJi.

"Saja, aku nak tengok kawan kau ni suka ke lepak-lepak kat tempat macam ni." Jawab JungKook.

"Kalau aku suka ke tak suka ke, bukan ada kena mengena dengan kau pun." Kata JiAh.

"Ada kena mengena. Aku tak suka future girlfriend aku lepak-lepak tempat macam ni. Dari gaya memang kau tak suka tempat-tempat macam ni." Kata JungKook.

"Future girlfriend? Aku? Seriously?! Mati hidup balik pun belum tentu aku nak kau lah." Kata JiAh.

"MinJi, aku rasa aku balik dulu lah. Lagi lama aku kat sini, lagi gila aku dibuatnya. Apa-apa nanti aku roger kau." Sambung jiAh ingin berlalu pergi.

"Ha?! Okey, tapi kau nak balik naik apa?" Tanya MinJi.

"Pandai-pandai lah aku hidup." Kata JiAh.

JiAh terus keluar menuju ke pintu utama, tetapi terhenti apabila ada seorang lelaki menghalang jalannya.

JiAh memandang lelaki tersebut dengan pandangan pelik.

"Hai, cantik. Nak pergi mana ni? Awal lagi ni kalau nak balik, jum kita happy-happy dulu." Kata lelaki tersebut sambil membelai rambut JiAh.

"Ishh, kau ni dah kenapa? Kau nak mabuk, aku tak kisah tapi jangan nak babitkan aku! Tepi aku nak jalan lah!" Kata JiAh sambil menepis tangan lelaki tersebut.

"Sabarlah sekejap, sayang." Kata lelaki itu lagi sambil memeluk JiAh dan cuba ingin menciumnya.

"Lepas lah! Tepi!" Marah JiAh cuba melepaskan diri tetapi tidak boleh kerana pelukkan lelaki itu sungguh kuat.

"Sayang." Panggil lelaki itu dan masih memeluk JiAh dengan erat.

"Lepaslah!" Jerit JiAh lagi.

Tiba-tiba tangan JiAh ditarik oleh seseorang ke dalam pelukkanya. jiAh terus memandang lelaki tersebut.

"JungKook." Panggil JiAh di dalam hati.

"Ye." Jawab JungKook di telinga JiAh.

JiAh terkejut kerana JungKook sepertinya dapat mendengar kata-katanya di dalam hati.

JungKook menarik JiAh ke belakangnya dan terus menghampiri lelaki tadi.

"Aku bagitau kau awal-awal, dia ni bakal girlfriend aku. Walaupun aku baru je lepas kena reject dengan dia, tak bermaksud kau boleh cucuk jarum." Kata JungKook.

"So kalau aku nampak kau kacau dia ni lagi, jangan tanya aku kenapa botol beer ni melekat kat kepala kau" Kata JungKook.

"Alah relax lah Kook! Kau selalu je share anak ayam kau dengan kawan-kawan kau. Setakat anak ayam macam ni takkanlah tak boleh share dengan aku kut." Kata lelaki itu.

Mendengar kata-kata lelaki tersebut membuatkan JungKook tersenyum sinis.

JungKook mencapai botol beer di atas meja dan terus memukul kepala lelaki tersebut.

(Bayangkan kalau JungKook pukul orang macam ni😂)


Semua orang terkejut dengan tindakkan JungKook. TaeHyung dan JiMin hanya mampu melihat dari tepi kerana mereka tahu, tiada sesiapa yang mampu menghentikannya JungKook ketika itu.

"Aku ingat bila kau kacau dia, baru lah nak pukul kau tapi rasanya tangan aku ni dah lama tak pukul orang so sorry lah ye." Kata JungKook selamba.

"Kalau jadi apa-apa nanti kau boleh claim kat aku, mana tahu kut-kut otak kau ni makin tak betul ke kan." Sambung JungKook dan menarik tangan JiAh keluar daripada club tersebut.

JungKook menarik tangan JiAh dan terus menuju ke kereta miliknya.

JungKook membukakan pintu dan mengarah JiAh untuk masuk ke dalam kereta dan JiAh hanya menuruti.

JungKook masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin dan terus berlalu pergi.

Setelah beberapa minit berdiam diri, JiAh berkata "Terima kasih."

"Untuk?" Tanya JungKook.

"Selamatkan aku dari lelaki tadi tu." Jawab JiAh.

JungKook terus memberhentikan keretanya dan tersenyum "Aku bukan selamatkan kau tapi aku selamat awek-awek yang cun yang kat sana tu kena balik awal sebab kau." Kata JungKook.

"Ha?!" Terkejut JiAh.

"So kau jangan nak perasan sangat boleh tak? Kau dah lah baru lepas reject aku tadi, lepas tu kau ingat aku nak buat baik ke?" Kata JungKook.

"Dah jangan banyak cakap, kau keluar dari kereta aku sekarang! Awek-awek kat sana tu tunggu aku tau tak, cepat sikit keluar tu!" Sambung JungKook lagi.

"What?! Kalau aku tahu lah tadi, lebih baik aku yang pukul kepala kau bagi betul sikit otak tu!" Marah JiAh

"Ada hati nak pukul orang, keluar cepat! Ingat sikit, ni kereta aku. Bukannya kereta kau, so keluar!" Jerit JungKook.

JiAh keluar daripada kereta JungKook dan memandang JungKook dari dalam kereta dengan pandangan benci.

"Kurang ajar betul lah mamat ni!" Kata JiAh di dalam hati dan terus berjalan pergi.

JungKook yang berada di dalam kereta, tersenyum melihat langkah JiAh yang semakin menghilang.

Dalam perjalanan balik ke rumah, JiAh berkata sendiri "Dia ingat aku hamak sangat ke nak naik kereta dia. Kalau dia tak tolong aku tadi pun, ada ramai lelaki yang lagi handsome nak tolong aku."

Sampai di perkarangan rumahnya, JiAh terus masuk ke dalam rumah.

JiAh menuju ke biliknya dan terus terjun ke atas katil sambil mengeluh.

"Penatnya hari ni, aku ingat cuti-cuti macam ni nak relax." Kata JiAh sendiri.

JiAh mencapai tuala di tepi katil miliknya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah beberapa minit, JiAh selesai mandi dan memakai baju tidurnya.


JiAh menggapai begnya di atas katil dan mencari sesuatu.

"Mana pula telefon aku ni? Aku rasa aku bawa tadi, mana pula perginya ni!" Marah JiAh sendiri.

♡♡♡♡♡

"Kalau aku buka chat dia, salah ke tak ehh? Alah! Siapa suruh dia tinggal phone dia dalam kereta aku kan." Kata JungKook sendiri.

Lagu Change milik XXXTention, menandakan ada seseorang sedang menghubunginya.

"Private number? Siapa pula ni? Nak angkat ke tak ehh?" Kata JungKook.

"Angkat je lah." Kata JungKook sambil meletakkan phone di tepi telinganya.

"Hello." Kata JungKook.

"Hello, Encik. Sebenarnya saya ni owner phone yang Encik pegang sekarang ni." Kata JiAh.

"Tahu, kau yang tinggalkan dalam kereta aku tadi." Jawab JungKook selamba.

".........JungKook!" Jerit JiAh.

Dengan terkejut JungKook terus menjauhkan telefon tersebut daripada telinganya dan mematikan panggilan.

"Ada masalah otak betul perempuan ni." Kata JungKook.

Tiba-tiba JungKook tersenyum sendiri dan berkata "Aku ada idea."

♡♡♡♡♡


Hye readers!💕

Sayang korang ketat ii sebab cerita ni otw 300 vote! Goals Fiesyaa lepas ni 400 vote pula ehh, harap korang sanggup tolong Fiesyaa😂😘

Sekarang Fiesyaa tengah menghitung hari nak sekolah, takut ii je kalau tak dapat nak update selalu!😥

Apa ii pun korang doakan ehh! Jangan lupa vote and comment bebanyak!💜 muahh!😘💋

Adious! Bye💕

Colab💕: cooky_peachy

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top