《05》

♡♡♡♡♡

Di dalam bilik guru,

"Sekarang saya nak tanya, siapa yang mulakan dulu?" Tanya Cikgu Kim

Bella atau JiAh tiada sesiapa yang menjawab pertanyaan Cikgu Kim.

"Saya tanya!" Jerit Cikgu Kim sambil memukul mejanya menggunakan rotan.

Bella tersenyum dan berkata "Yang kau pula sibuk sangat nak tahu hal aku ni kenapa?"

JiAh terus memandang ke arah Bella dengan pandangan terkejut.

"Bella! Saya ni cikgu awak tau!" Marah Cikgu Kim.

"Peduli apa aku, kau tu cikgu ke apa? Perasan bagus! Duit gaji kau tu, mak bapak aku yang bagi!" Kata Bella sambil menunding jari ke arah Cikgu Kim.

JiAh menepis jari Bella yang ditunding ke arah Cikgu Kim dan berkata "Eh perempuan! Respect lah sikit."

"Kau diam!" Marah Bella.

"Kau siapa nak suruh aku diam ha?!" Marah JiAh pula.

"Cukuplah tu! Depan saya pun kamu berdua nak bergaduh ke?!" Jerit Cikgu Kim.

Bella memandang Cikgu Kim dengan jelingan.

"Kamu, kamu ni siapa? Setahu saya tak ada murid baru yang masuk minggu ni." Kata Cikgu Kim.

"Saya.....saya....." Gugup JiAh.

Bella hanya tersengih dan berkata dengan nada yang perlahan yang cuma boleh didengar oleh JiAh.

"Perempuan simpan." Kata Bella.

Tiba-tiba datang seorang guru perempuan datang dan berkata "Cikgu Kim, saya dah call kedua-dua bapa pelajar. Sekejap lagi mereka sampai."

"Terima kasih ye Cikgu." Kata Cikgu Kim.

"Sekarang saya nak kamu berdua tunggu di bilik mesyuarat guru dan tunggu bapa kamu berdua sampai." Kata Cikgu Kim.

JiAh dan Bella terus menuju ke bilik mesyuarat guru dan duduk di kerusi yang bertentangan.

"Asal kau ni kurang ajar sangat eh dengan cikgu tadi? Ke mak dengan bapak kau memang tak ajar macam mana nak respect orang?" Perli JiAh.

"Suka hati aku lah! Bukan ada kena mengena dengan kau pun. Lagipun dia kena sedar diri yang gaji dia pun bapak aku yang bagi." Bangga Bella.

Perbualan mereka terhenti apabila kedua-dua bapa mereka tiba di dalam bilik mesyuarat tersebut.

"Tuan Lee?" Bisik hati Bella.

Tuan Kim menarik kerusi untuk Tuan Lee yang berdiri di sebelah JiAh dan itu membuatkan Bella terkejut.

"Tuan Lee silakan duduk." Kata Tuan Kim.

"Terima kasih." Jawab Tuan Lee.

Sejurus Tuan Lee duduk di kerusinya, Tuan Kim terus berlari ke arah anaknya, Bella.

Setelah mereka duduk, Cikgu Kim pun tiba dan duduk di kerusinya dan memulakan perbualan.

"Sebenarnya tujuan saya panggil Tuan Lee dan Tuan Kim ke sini disebabkan ada sedikit salah faham antara JiAh dan Bella." Kata Cikgu Kim

"Saya bukan nak tau siapa yang salah ataupun betul tapi saya cuma harap sangat salah faham ni tak sampai ke hal mahkamah." Sambung Cikgu Kim.

"Eh tak adalah, takkan lah kita nak bawa sampai hal mahkamah. Saya pasti diorang gaduh biasa-biasa je ni." Kata Tuan Kim.

"Pa! Mana boleh! Perempuan ni yang mulakan dulu, takkan Papa nak biarkan je." Bantah Bella.

"Bella, diam! Papa tak pernah ajar kamu kurang ajar depan orang!" Marah Tuan Kim.

"Maafkan saya, Tuan Lee. Saya akan pastikan anak saya tak akan cari masalah lagi dengan anak Tuan." Sambung Tuan Kim.

Bella hanya mampu mendengus dan menjeling ke arah JiAh.

"Saya pun nak minta bagi pihak anak saya." Kata Tuan Lee.

Setelah habis bermesyuarat antara mereka, mereka semua pun keluar daripada bilik mesyuarat.

"Tuan Lee, apa kata kita pergi minum dekat cafe area sini. Ada sebuah cafe yang baru buka." Tanya Tuan Kim sambil membukakan pintu untuk Tuan Lee.

"Okey, juga." Jawab Tuan Lee.

Tuan Lee dan Tuan Kim meninggalkan JiAh dan Bella di hadapan bilik mesyuarat tersebut.

Di luar bilik, terlihat MinJi, JiMin dan JungKook yang sedang tunggu di tepi pintu.

"JiAh! Kenapa kau tak cakap yang bapak kau Tuan Lee? Kau kiranya anak kepada Syarikat Lee Group yang terbesar kat Korea tau!" Jerit MinJi.

"Ushh! Kau ni macam nak bagitau satu sekolah je." Kata JiAh sambil menutup mulut MinJi.

"Tak apalah, satu sekolah dah ejek kau "anak ayam" sedangkan kau anak Pengerusi Lee, takkan kau nak biar macam tu je?" Pelik JiMin.

"Diorang tak kenal aku, sebab tu diorang boleh cakap macam-macam tapi aku tak kisah sangat, and aku malas nak layan orang-orang gila macam tu." Jawab JiAh sambil menjeling ke arah JungKook.

Bella yang hanya dari tadi mendengar perbualan antara MinJi, JiMin dan JiAh terus berkata "Berlagak."

"Bella, apa lagi yang kau tak puas hati ni?! Takkan lah depan bilik mesyuarat ni pun kau nak bergaduh?" Tanya MinJi.

"Ehh perempuan! Aku tak habis lagi dengan kau eh!" Jerit Bella.

Sewaktu Bella menjerit ke arah JiAh, YoonSeo dan YooA sedang berlari ke arah Bella.

"Wei, kau okey tak? Diorang cakap apa tadi?" Tanya YoonSeo.

"Bella? Kenapa ni?" Tanya YooA pula.

"Tak payah nak tanya macam-macam, dah jom blah!" Arah Bella.

Sewaktu Bella, YoonSeo dan YooA ingin berlalu pergi, terhenti apabila JiAh memanggilnya.

"Bella." Panggil JiAh.

Bella menoleh dan memandang tepat ke arah JiAh.

"Jangan ingat kau kaya kau boleh maki orang sesuka hati kau sedangkan ada yang lagi kaya dari kau." perli JiAh.

"And more thing, bapak kau bayar gaji Cikgu Kim tapi ingat, bapak aku yang bayar duit gaji bapak kau. So beringat kalau kau tak nak makan pasir lepas ni." Sambung JiAh dan terus berlalu pergi bersama MinJi.

JungKook tersengih apabila JiAh berkata begitu tetapi tidak bagi Bella.

Bella cuba ingin menarik JiAh tetapi dihalang oleh YoonSeo dan YooA.

"Jangan ingat bagus sangat eh perempuan! Kau tunggu nanti!" Jerit Bella.

"Lepaskan aku lah!" Marah Bella apabila YoonSeo dan YooA memegang tanganya.

"Kau jangan risau, nanti kita fikir macam mana nak kenakan perempuan jahanam tu." Bisik YoonSeo.

Tanpa berlengah JiAh dan MinJi berlalu pergi dan terus menuju ke arah kelas mereka berdua.

♡♡♡♡♡

Hye guys!

Sebenarnya Fiesyaa nak minta maaf for the late publish sebab Fiesyaa ada problem sikit. Sorry sangat-sangat!

Okey, untuk chapter ni, Fiesyaa dapat idea tetiba and terus je type. So jangan terkejut kalau ada yang merepek. Heheheh

Jangan lupa vote and comment ye!

Byee!

Colab!: cooky_peachy

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top