《02》


♡♡♡♡♡

Terdapat dua orang pelajar perempuan sedang berbisik di cafe sekolah sambil memandang ke arah JiAh.

"Kau nampak tak budak baru tu?" Tanya pelajar perempuan pertama.

"Nampak, asal? Kau kenal dia ke?" Kata pelajar perempuan kedua.

"Aku dengar budak tu "anak ayam", diorang kata dia datang sekolah jalan kaki je tapi boleh pula dia masuk sekolah macam ni. Tak ke pelik." Kata pelajar perempuan pertama lagi.

"Serious lah?! "Anak ayam" rupanya, kalau macam tu sah-sah muka fake!" Kata pelajar perempuan kedua pula.

"Oii! Rancak sembang, cerita apa?" Sergah seorang pelajar lelaki.

"Cerita pasal budak tu ha, alah yang duduk sebelah MinJi tu." Kata pelajar perempuan pertama.

"Budak baru tu! Yang lawa nak mati tu?!" Kata pelajar lelaki tersebut dengan nada terkejut.

"Lawa kau cakap? "Anak ayam" tu, sah-sah semua fake!" Kata pelajar perempuam kedua.

"Anak ayam kau cakap. Suka hati mak kau je cakap dia tu "anak ayam". Tapi kalau betullah dia tu "anak ayam", untungnya lahai "bapak ayam" tu." Kata pelajar lelaki itu sambil ketawa.

"Muka lawa macam tu kau boleh cakap fake?! Kalau kau nak tau fake tu macam mana, kau tengok Bella tu, tu baru namanya fake." Sambung pelajar lelaki itu lagi.

"Diam lah bodoh! Kena si Bella tu dengar kejap lagi, tak cukup tanah lah kau nak lari." Kata pelajar perempuan kedua.

"Tak, yang sekarang kau nak menangkan budak baru tu kenapa? Kau syok kat dia eh?" Tanya pelajar perempuan pertama.

"Gila kau tak syok! Lawa habis dia tu! Dah lah aku nak pergi usya dia kejap, annyeong!" Kata pelajar lelaki itu dan terus berlalu pergi.

♡♡♡♡♡

JungKook dan TaeHyung sedang menunggu JiMin di parking kereta.

"Mana pula si JiMin ni, tadi kata nak tumpang sekali." Kata JungKook.

"Sabar lah, kau macam tak tau. Dia tu ada girlfriend, mestilah nak hantar girlfriend dia naik kereta dengan selamat dulu baru dia boleh balik." Kata TaeHyung.

"Naik serabut aku tunggu dia ni lah. Si MinJi tu tak ada lah lawa mana pun, apa lah yang dia suka sangat kat perempuan tu." Pelik JungKook.

"MinJi tu memang tak lawa, tak cun macam perempuan-perempuan yang kau pernah couple sebelum ni tapi aku sayang dia." Sampuk JiMin.

"Kau ni dah macam bela saka, tiba-tiba je muncul." Kata TaeHyung.

"Aku tau seorang yang paling lawa dalam sekolah ni." Sambung TaeHyung.

"Siapa? Kau jangan cakap si Bella tu, dia tu fake je semua! Lawa tang mana, bukan taste aku lah?!" Teka JungKook.

"Bukan Bella lah tapi budak baru tu, apa nama dia JiMin? Kau kan kenal budak baru tu, siapa nama dia?" Tanya TaeHyung.

"Siapa? JiAh?" Jawab JiMin.

"Ha! Dia tu lah, pergh lawa nak mati dia tu! Kalau dapat jadi girlfriend aku, memang tak cari lain dah lepas ni." Kata TaeHyung.

"Tapi aku dengar budak baru tu "anak ayam"." Sambung TaeHyung lagi.

"Kepala otak kau! Dia budak baik lah, sedap je kau cakap dia "anak ayam"." Nafi JiMin.

"Anak ayam"? Asal diorang cakap budak baru tu "anak ayam" pula?" Tanya JungKook.

"Aku dengar dari budak-budak sekolah ni, katanya budak baru tu bukan anak orang kaya, tapi boleh masuk sekolah kita ni." Jawab TaeHyung.

"Nama dia JiAh lah, tak habis-habis dengan budak baru kau." Perli JiMin.

"Ha, JiAh tu lah." Kata TaeHyung memperbetulkan ayatnya.

Sibuk mendengar TaeHyung dan JiMin bergaduh mulut, mata JungKook terpandangkan seorang gadis yang sedang berjalan kaki keluar daripada pagar sekolah.

"Tu ke?" Tunjuk JungKook ke arah gadis tersebut.

TaeHyung dan JiMin memandang ke arah yang ditunjukkan oleh JungKook dengan pelik.

"Ha tu lah budak baru tu!" Kata TaeHyung.

"JiAh lah nama dia! Lee JiAh!" Jerit JiMin.

"Yang korang gaduh pasal perempuan ni kenapa? Serabut aku! JiMin, bukan kau sayang gila ke kat MinJi kau tu, tak kan lah nak cari baru dah." Perli JungKook.

"Aku nak betulkan otak si TaeHyung ni, tapi nampak gayanya macam dah tak ada harapan je." Perli JiMin sambil menjeling ke arah TaeHyung.

"Tau pun kau, kalau kau layan si TaeHyung ni, sampai ke sudah takkan habisnya." Kata JungKook pula.

JiMin dan JungKook ketawa dan terus masuk ke dalam kereta, TaeHyung yang masih bingung berkata "Yang tak elok je semua aku, yang elok je semua korang."

Mereka bertiga menaiki satu kereta dan terus keluar daripada kawasan sekolah. JungKook berhenti sewaktu lampu merah menyala di satu jalan.

Tiba-tiba TaeHyung berkata "Bapak lah, betulah budak baru tu "anak ayam", kau tengok tu."

JiMin dan JungKook melihat apa yang diperkatakan oleh TaeHyung dan mereka melihat JiAh bersama seorang lelaki yang sudah berumur menaiki kereta bersama.

"Pergh! Power perempuan ni! Kau tengok tu, pak cik tu siap buka kan pintu lagi tu. Respect habis aku dekat perempuan tu." Kata TaeHyung.

JungKook hanya mendiamkan diri manakala JiMin pula menunjukkan reaksi terkejutnya dengan apa yang dilihatnya ketika itu.

♡♡♡♡♡

"

Pin! Pin!" Bunyi hon kereta itu membuatkan JiAh berhenti daripada berjalan dan menoleh ke belakang.

"Hye, awak! Nak tumpang saya tak?" Kata Tuan Lee, cuba menyakat anak tunggalnya itu.

JiAh menoleh dan tersenyum. JiAh terus menjawab "Nak kenal dengan saya? Buka kan saya pintu, tak gentleman langsung lah awak ni."

"Sabar ye adik manis, sekarang juga saya buka kan." Kata Tuan Lee.

Tuan Lee keluar daripada kereta dan membuka pintu untuk anak tunggalnya itu. JiAh hanya tersenyum dengan perangai ayahnya yang suka bermain-main.

"Daddy! Daddy buat apa kat sini?" Tanya JiAh sejurus ayahnya masuk ke dalam kereta.

"Nak buat apa lagi? Nak ambil tuan puteri Daddy dari sekolah lah. Lagi pun ni kan first day JiAh sekolah kat sini." Jawab Tuan Lee.

"Thanks, Daddy!" Kata JiAh dengan riang.

"Most welcome, sayang." Jawab Tuan Lee.

"JiAh, Daddy nak tanya, kenapa JiAh tak bagitau sesiapa yang JiAh nak masuk sekolag minggu ni and kenapa JiAh pergi sekolah jalan kaki?" Pelik Tuan Lee dengan sikap anaknya itu.

"JiAh tak nak lah sebab JiAh ni anak Tuan Lee, usahawan yang berjaya, diorang baru nak kawan dengan JiAh." Kata JiAh.

"JiAh nak diorang accept JiAh, walau siapapun JiAh sebenarnya." Sambung JiAh lagi.

"So sekarang JiAh dah ada kawan ke?" Tanya Tuan Lee.

"Ada, tapi tak ramai. Boleh lah untuk JiAh sembang-sembang. Eh, kita nak pergi mana ni Daddy, jalan balik rumah ikut sana lah." Kata JiAh.

"Kita nak pergi birthday party anak kawan, Daddy" Jawab Tuan Lee.

"Ha! Nak pakai baju sekolah ni pergi birthday party?!" Terkejut JiAh.

♡♡♡♡♡

Yeah! Sampai sini aku dah tak ada idea! Ucapkan tahniah!😂👏

Naik botak kepala aku nak fikir idea untuk chapter ni! Nampak tak👀, effort aku nak publishkan chapter ni. Aku buat untuk korang tau! Sila bersyukur ye! Hahahhaha!🤣

Gurau, jangan kau report pula akunya ff ni nanti~ Gurau manja je wak!😊
Apa-apa pun jangan lupa vote and comment ye guys!❤ sayang korang ketat ii😊❤

Colab💕: cooky_peachy

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top