B A B 5

Selepas game 'Do you love me?' tadi aku rasa semua orang pandang mengusik dekat aku and Haziq. Ape benda lah diorang ni. Malas aku nak layan.

Aku rasa game tu dibuat sebab nak uji kepekaan seseorang dan nak tahu diorang tu fokus tak. Ni dia buat game tu untuk meluahkan perasaan pulak. Apa nak jadi lah dengan budak-budak jaman now ni. Macam lah aku ni budak-budak jaman dulu haha.

Aku berjalan ke meja yang disediakan di belakang dewan. Kami semua tidak dibenarkan main phone semasa kem. Masa nak tidur nanti je boleh. Sebab tu lah dia bagi beg untuk simpan phone dan juga dompet sebagainya.

Aku suka letak beg aku paling hujung dan tersorok sikit. Senang nk cari lepastu takde lah tertukar dengan orang lain. Maklum lah beg semua sama je. Mana nak cam kan.

Sampai-sampai je aku nampak ada sticky note tertampal dekat beg aku. Aik... siapa pulak nak tinggalkan pesan-pesan macam ni. Terus aku ambil dan baca.

Don't forget to eat this time. If you sick and die we couldn't marry in the future. Understood, little girl? I'm watching you. Remember that.

Huh! Tak perlu tanya siapa sebab aku dah tahu siapa. Aku terus pusing keliling aku. Kemudian aku nampak dia berdiri di suatu sudut.

Mata kelabu dia dah sedia nak sambut mata aku. Dia angkat sebelah kening dia dekat aku. Haish mamat ni. Aku buat muka menyampah dekat dia.

"Kau tengok apa Ana?" Kepala aku terpusing kesebelah kanan aku. Entah datang dari mana Nadia ni, tiba-tiba datang tanya aku. Dia turut memandang kearah yang aku pandang tadi.

Tapi bila aku pusing balik. Dia dah takde. Cepatnya. Dia ni ada kuasa teleportasi ke apa? Tapi nasib baik lah dia dah hilang kalau tak mampus aku kena ejek dengan Nadia.

"Takde pape pun. Jom ah pergi makan. Nanti aku kena bunuh dengan raksasa kalau aku tak makan kali ni. Haha." Sempat aku bergurau walaupun Nadia blur je. Aku terus tarik tangan dia.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

"Guys guys! Untunglah orang tu ada orang minat kat dia. Siap luahkan perasaan depan orang ramai lagi. Wuu~~" Kata-kata Feeza buat aku rasa nak cucuk je garfu ni dekat mata dia.

"Kenapa kau cakap 'no' tadi Ana. Kalau aku dah lama cakap 'yes'. Ye la bukan selalu lelaki kacak luah perasaan kan. Huhuu." sampuk Nadia pulak.

"Apa benda lah korang merepek ni? Aku tak suka lah benda-benda macam ni. Kalau korang nak, ambil je la mamat tu." Sengaja aku malas melayan sebab aku dah malas nak terlibat dengan benda-benda macam ni. Dah serik lah katakan.

"Eleh kau. Boleh lah kau cakap macam tu sebab dah ada mamat hensem tadi kan? Mesti dah tak pandang si Haziq tu. Tinggi jugak taste kau kan." Usik Izzah. Kenapa la Izzah ni bangkitkan balik pasal mamat photographer tu.

"Kalau korang nak tahu photographer yang ambil gambar kita masa aktiviti tadi tu lah mamat hensem yang selamatkan Ana masa jatuh pagi tadi." Siap terangkat kening Izzah bercerita dekat yang lain. Aku dah malas nak layan. Suka hati diorang lah baik aku makan.

"Siyes ah weh.. oemgi! Heaven nya jadi kau Ana. Dah la Mr Photographer tu hensem gila, dengan messy hair dia tu fuh cair doo aku. Aku sure 100% mr photographer tu jatuh hati kat kau. Ya la selalu dalam drama macam tu lah."

Gedik betul aku dengar suara Feeza ni. Aku tepuk dahi. Penat aku dapat kawan-kawan yang macam ni.

"Kau dah melalut sampai mana dah ni Feeza oii. Gila ke mr photographer tu nak jatuh cinta dengan aku. Lambat lagi weh. Dalam mimpi lah." Aku dah putuskan awal-awal angan-angan diorang ni.

Entah pape la. Takkan lah Haikal tu nak minat dekat aku. Dia dengan aku? Huh, jauh langit dengan bumi weh.

"Mana kau tahu perasaan orang Ana. Entah-entah dia sengaja datang selamatkan kau pagi tadi sebab nak kenal lebih rapat dengan kau. Kalau kau tak nak bagi aku je la. Aku seratus kali sudi tau." Haa Nadia dah mula dah teori-teori tak guna dia tu. Aku dah malas nak layan. Lagi dijawab lagi diorang bantai.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Malam itu selepas solat isyak hanya ada satu activity je. Tu pun sampai pukul 10.30 jer sebab pengetua bagi kami rest. Katanya dia tak nak kami penat-penat sangat hari first. Wah terharu betul dengan abi ni. Sweet sangat. Patut lah sangkut dengan umi haha.

"Our next activity is 'Radio Buruk'. Mesti semua orang dah pernah dengar kan game ni. So tak perlu lah saya nak terangkan lebih lanjut kan?" Tanya fasi Aina.

Fasi Aina ni memang cantik sebab tu ramai pelajar laki yang mungkin dah berangan-berangan kawin dengan dia kut sekarang ni. Tapi aku paling benci dia ni gedik sangat. Tak menjaga batas pergaulan pulak tu. Eee menyampah je aku tengok.

"So boleh kita mulakan. You gais jangan lupa ya setiap game yang kumpulan u olls menang ada hadiah menarik tau masa majlis penutup nanti. So grab this change now." Fasi Aina mengingatkan kembali hadiah misteri yang dijanjikan pengetua pagi tadi.

"Kita mesti menang game ni. Baru lah mata kumpulan kita banyak." Sampuk Haziq. Nampak lah dia bersemangat nak menang tu.

Setiap orang hanya dibenarkan pas maklumat yang diberitahu selama 15 saat je. Aku jadi orang kedua last. Bila sampai je maklumat tu kat telinga aku, terus berkerut dahi aku.

Takde masa nak pikir aku terus pas dekat orang last. Orang terakhir setiap kumpulan kena pergi kedepan untuk bagitahu jawapan dia.

"So kumpulan 5, boleh bagitahu jawapan awak." Arah fasi Aina dekat Maya ahli kumpulan aku.

"Pak Anjang suami Mak Anjang. Pak Anjang, Mak Anjang berlari lari." Semua bantai gelak lepas dengar jawapan Maya. Aku pun join sekaki lah dah memang kelakor. Kenapa orang tua tu nak berlari-lari pulak adoii.

"Kelakar betul korang ni kan. Meh saya baca jawapan sebenar dia. Pak Anjang suaminya Mak Anjang. Mereka tinggal dirumah panjang. Pak Anjang suka masakan Mak Anjang. Mereka hidup bahagia bersama." Tang mana pulak datangnya berlari-lari tu woi haha.

Kemudian kami mendengar jawapan dari kumpulan lain pulak. Masa aku tengah syok ketawa tu lah tiba-tiba ada cahaya dekat tepi ni. Terkejut lah jugak aku. Ingatkan kilat.

Aku terus pusing sebelah kanan aku. Dan masa tu jugak mr photographer ni ambik gambar lagi sekali. Woi apa ni ambik gambor anak dara orang tak mintak. Eee aku bagi kaki jugak pak cik ni.

Aku nampak dia tilik balik gambar yang dia tangkap tadi. Lepastu dia angkat muka dan buat thumbs up dekat aku dengan muka takde perasaan dia tu.

Kemudian dia terus kedepan ambil gambar peserta lain pulak. Amboi dia buat aku macam patung je cis. Macam mana kalau muka aku hodoh tadi. Argh benci betul pak cik tu!

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Akhirnya dah boleh blah dari dewan ni. Aku dah rimas dengan Haziq ni. Dari tadi lagi dia pandang aku dengan pandangan yang aku tak dapat nak tafsir maksud dia. Fuh.. berdiri bulu roma aku.

Okey sekarang ni semua orang dah nak balik ke bilik masing-masing. Aku memang dah mengantuk tapi aku ni jenis yang susah nak adapt dengan bilik baru. Sebab tu aku malas nak datang kem ni mesti susah nak lelap.

Baik aku keluar dulu. Lemas pulak duduk dalam bilik ni. Izzah dah lama ghaib ke alam mimpi dia. Haih penat sangat agaknya.

Lepas je aku tutup pintu. Aku menghala ke arah lif di hujung lorong. Ketika aku menunggu lif, ada seseorang memanggil nama ku. Kepala menoleh kearah kiri.

Wajah yang terkejut cuba aku cover supaya tak nampak sangat. Aku nampak Haziq menghala kearah aku. Ya Allah ape lagi mamat ni nak. Jangan dia apa apakan aku sudah.

"Eh, awak tak tidur lagi ke Haziq?" Aku memulakan perbualan.

"Tak. Awak nak pergi mana Ana?"
Di tenung aku menyebabkan aku rasa tak selesa gila.

"Err saya nak pergi bawah kejap. Ada hal." Aku main hentam je pape.

"Kenapa awak tak boleh suka saya balik Ana? Saya suka awak. Awak faham tak?" Haa sudah ni yang aku lemah ni. Jangan lah macam ni Haziq woii.

"Saya rasa saya kena pergi dulu. Jumpa nanti." Kebetulan masa tu pintu lif terbuka. Cepat-cepat aku ingin melangkah tapi langkah aku terhenti bila Haziq pegang tangan aku. Apa main pegang-pegang ni woi. Tak tahu halal haram ke?

"Apa awak ni? Main pegang-pegang pulak. Lepas lah." Marah aku. Benci betul orang yang main sentuh-sentuh ni. Tapi dia tak lepaskan tangan aku.

"Awak belum jawab soalan saya lagi Ana. Kenapa awak tak boleh suka saya?" Desak dia. Hai... mamat ni memang tak paham bahasa betul lah. Aku bagi penampor satu baru paham.

"Saya kata lepas, lepas lah. Awak tak paham apa ni?" Aku menarik-menarik tangan aku dari gengaman dia. Tapi dengan kuasa wanita aku ni apalah sangat.

Tiba-tiba muncul tangan lain yang pegang tangan Haziq dan meleraikan cengkaman dia pada tangan aku. Terus aku pegang tangan aku. Sakit siot.

"Kalau orang dah tak sudi tu tak payah nak berharap. Understand?" Dingin suara Haikal memberikan amaran kepada Haziq. Haziq sendiri nampak terkedu mungkin tak menyangka Haikal boleh muncul tiba-tiba tadi.

Aku pun terkejut habis jugak tadi tapi aku bersyukur Haikal datang. At least aku rasa selamat sikit daripada malaun Haziq ni.

"Don't you dare touch her again. If not, you're going to face me again dude. And that's not going to be fun anymore. Take it!"

Sejurus selepas dia bagi amaran dekat Haziq dia terus heret hujung lengan baju aku supaya mengikuti dia.

Aku nampak Haziq hanya menghantar pemergian kami dengan hujung mata dia.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

Aku hanya mengikut kemana Haikal membawa aku. Sampai-sampai je aku rasa sejuk tiba-tiba. Laa dia bawak aku pergi swimming pool rupanya. Patut lah sejuk semacam. Dia ni nak ajak aku terjun kolam ke apa?

"Kau tak apa apa?" Risau betul nada suara dia. Mata dia tak lepas menilik tubuh aku.

"Saya tak apa-apa lah. Dia tak sempat buat apa-apa pun dekat saya. No worries." Aku siap buat tanda OK dengan tangan. Biar jantung aku berdebar jugak tadi.

"Itu sebab aku cepat sampai. Kalau aku takde tadi, macam mana? Kau tak boleh jangka apa yang lelaki sanggup buat untuk dapatkan apa yang dia nak." Kata-kata Haikal membuat aku telan liur.

"Next time don't wandering alone. It's dangerous. Listen to my advise little girl. Understood?" Keras suara dia melarang aku. Takut jugak aku bila dah kena marah macam ni.

"Saya boring lah duduk dalam bilik. Tak boleh tidur lagi sebab tu saya keluar. Tak sangka jumpa dengan mamat sewel tu." Masam muka aku bercerita. Ya lah tak pasal-pasal kena marah.

"I'm sorry. I didn't means to mad at you. I just don't want something bad to happen to you." Oh God.. dah kenapa suara dia lembut semacam ni. Boleh cair aku macam ni.

Aku terus pusing kepala aku menghadap kolam. Huaa aku rasa muka aku dah berbahang sekarang ni. Malu aku nak menghadap muka dia sekarang ni.

"Kenapa muka kau merah ni?" Aigoo boleh dia tanya. Aku rasa nak lempang je mamat ni. Hish!

"Oh jangan cakap yang aku ni terlebih risaukan kau okey. Aku cuma tak nak kau kena apa-apa jer. Nanti aku nak kawin dengan siapa kalau kau takde?" Eee mamat ni aku humban dalam kolam ni kan biar beku baru tahu.

"Awak ni! Takde benda lain ke nak cakap. Asyik kawin jer. Kalau masin mulut awak macam mana?" Kalau masin mulut dia naya lah aku nanti huhu.

"Bagus lah kalau mulut aku masin. Boleh kawin betul-betul. Kau tak nak kawin dengan aku ke?" Lagi dia mengusik aku. Siap senyum nakal lagi.

"Dah lah. Malas layan awak." Aku pura-pura merajuk. Benci betul aku dia ni suka usik aku. Malu tahu! Dia ketawa perlahan. Terkedu aku dengar.

Biar betul mamat ni ketawa. Wah! Something new doo. Aku nampak mata dia turut naik bila dia ketawa macam tu. Giler cute. Tambah pulak dengan dimples kiri kanan pipi. Giler super cute.

"Kau tak payah lah tenung aku macam aku ni ada sepuluh mata. Aku tahu aku hensem masa ketawa. Cover sikit." Cis memalukan diri lagi Rissa. Aku buat bodoh je. Acah-acah tak terkesan lah konon.

"Btw kenapa kau tak suka mamat tu? Aku tengok dia okey jer. I means dia ada rupalah. Orang pompuan kan suka lelaki yang hensem jer." Perli dia. Amboi tak semua pompuan macam tu okey.

"Hei saya tak macam tu lah. Saya tak kesah sangat pasal rupa. Tapi entah lah saya tak suka lah Haziq tu. Kalau dekat dengan dia saya rasa tak selesa." Luah aku. Jujur aku rasa something is wrong dengan Haziq tu.

Lagipun aku malas nak ada apa-apa hubungan dengan sesiapa pun sekarang ni sebab aku nak fokus dengan spm jer. Dan aku takut aku kena curang sekali lagi. Huh teringat pasal Aiman lagi benci nyaaa! Terus berubah keruh muka aku.

Aik senyap je orang sebelah ni. Dah kenapa? Aku terus pandang sebelah. Mata dia dah sedia nak sambut anak mata aku. Renungan dia lembut jer macam nak memujuk aku. Kenapa ni?

"If you have a problems you can share with me. I'm a good listener. Don't hold it inside alone. It can kill you silently. So let carry those problems together. At least if we die, we can die together." Kata-kata dia sungguh membuatkan aku terkedu dan terharu. Sampai aku tak tahu nak balas apa.

Macam mana dia boleh tahu aku ada masalah. Nampak sangat ke dekat muka aku ni. Lepas ni aku kena cover dah air muka aku ni. Aku cuma senyap tunduk pandang lantai.

"It's already late. You should get enough sleep. Tomorrow will be a tired day. So let me escort you to your room, my princess." Dia siap letak tangan dekat perut dan satu tangan lagi kedepan untuk mempersilakan aku. Huh drama sangat dia ni. Aku ketawa kecil.

Kami berjalan beriringan ke bilik. Kami sama-sama senyap. Selesa dengan keadaan sekarang. Sampai je dekat bilik aku. Dia tunggu aku sampai lah aku masuk dalam bilik tu.

"Goodnight. Sleep well and don't forget to dream of me." Dia kenyit mata sebelah dekat aku. Ternganga aku sesaat.

"Awak pun." Aku hanya balas sekadar cukup syarat.

"Do you want me to dream of you too? Ofc my princess. Kau tak suruh pun, aku akan mimpikan kau." Dia gelak nakal.

"Bukan tu lah maksud saya. Saya maksudkan yang good night tu." geram aku dengan dia ni. Dia hanya senyum.

"Ye la ye la. Dah masuk. Bye, assalamualaikum." Dia terus berlalu lepas aku jawab salam.

Aku tersenyum sorang-sorang lepas tutup pintu tu. Lena dah tidur aku malam ni aww. Eh jap apesal gatal semacam je aku ni. Argh ape dah jadi dengan kau ni Rissa.

✿┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈✿

p/s : panjang betul aku tulis capter ni fuh sakit otak aku haha. btw enjoy ye sorry kalau bosan or cliche or bla bla bla. byee gais don't forget to vote

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top