B A B 2 8
;; actually nak update semalam tapi mcm lewat sngt so aku update hrini. kalau dah lupa boleh baca balik chapter sebelum ni huhu
"Oh my god..." Aku menekup mulut tak percaya.
Kaki terus berlari ke arah meja kecil yang berada di tepi katil. Laci di tarik dan sebuah buku nota dikeluarkan. Tangan laju menyelak helaian demi helaian muka surat sehingga terhenti di satu muka surat.
Sama! Sah tak perlu kata apa-apa!
"Macam mana dia tahu?" Aku kembali meneliti baju yang berada dalam kotak dengan lukisan yang berada di dalam buku nota aku.
Sebijik! Cuma di upgradekan sedikit jadi lebih kemas dan cantik. Sulaman manik nampak lebih details berbanding yang dalam buku. Ini baju yang aku lukis dulu. Konon-kononnya baju kawin lah kan. Zaman berhingus dulu tak berapa matang sikit otak huhu.
Cuma aku terkejut macam mana Haikal boleh tahu pasal benda ni? Dan paling penting bila dia tempah baju ni? Aku takleh tahan diri aku dari menjerit kegembiraan.
Ingin sahaja aku menelefon dia sekarang tapi aku takut menganggu dia yang tengah kerja. Lagipun malam ni jumpa jugak. Aku tak sabar nak ucapkan terima kasih dekat Haikal.
________
Aku menilik sekali lagi pantulan diri di cermin. Dress labuh yang separa kembang aku betul-betulkan. Warna favourite aku, navy blue. Dan ada sedikit bunga-bunga kecil berwarna merah di bahagian dada dan lengan.
Satu tali halus di pinggang aku ikat menjadi reben. Shawl satin berkilat yang turut berwarna navy blue aku kemaskan. Muka dimekap ringkas sekadar menaikkan seri muka. Tak perlu berlebihan nanti menyusahkan diri nak kena cuci balik.
Setelah memastikan segalanya sempurna, aku mengambil clutch bag dan heels 4 inci yang terdampar di atas katil sebelum melangkah turun ke tingkat bawah. Sebaik turun, sebuah kereta BMW X3 telah sampai di depan rumah aku.
Aku melangkah masuk setelah Arsyad, iaitu PA Haikal membukakan pintu kereta untuk aku. Haikal memberitahu aku bahawa dia akan tunggu di Hotel Del Cielo, hotel dia sendiri. Aku segera masuk sebelum kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
Arsyad ni aku tak kenal sangat. Pendiam orangnya. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, dia nampak rapat dengan Haikal. Dimana ada Haikal disitu ada Arsyad. Jangan risau aku tak jealous.
Kereta yang berhenti menghentikan segala monolog dalaman aku. Pintu kereta yang tiba-tiba terbuka mengejutkan aku. Satu tangan muncul sebelum aku mengangkat muka untuk melihat siapakah gerangan yang sudi membantu dinda.
Haikal! Terus berubah muka aku. Satu senyuman yang manis aku hadiahkan kepadanya. Tangannya yang menghulur sebagai bantuan, aku sambut dan keluar dari kereta.
"You looks stunning tonight! Really beautiful!" Dia mencium tangan aku sekali menyebabkan muka aku panas.
"Lebih-lebih lak abang ni." Aku berpura-pura marah padahal nak cover malu.
"When I tell you that you're beautiful, I don't just mean your appearance. I mean all of you, who and what you are, is beautiful."
As always he never fails to make me speechless. Aku hanya senyum membalas senyuman manis dia.
"Seronok dia puji orang. Dia tu tak perasan dia terlebih hensem malam ni." Aku kembali menyakat dia. Dia ketawa perlahan mendengar kata-kata aku.
" Well, I already know that." Dia berkata bangga sebelum tersenyum senget. Aku cuma membuat muka menyampah. Menyesal aku puji walaupun itu kemyataan.
Haikal turut memakai sut berwarna navy blue. Sedondon dengan aku. Rambut digayakan gaya pacak. Lebih kemas daripada imej biasa. Bau minyak wangi dia membuak-buak menusuk hidung aku. Berapa botol dia ni sembur?
"Let's go my princess." Dia memimpin tangan aku masuk ke dalam hotel. Seusai masuk lobi hotel sunyi tanpa seorang pun pengunjung. Yang ada cuma pekerja hotel.
"Jangan cakap abang tutup hotel semata-mata nak sambut birthday Rissa?" Aku memandang dia musykil. Dia tersenyum sekali sebelum menggeleng.
"Taklah. Abang cuma minta diorang kosongkan lobi hotel sekejap je. Tak nak la nanti tersesak-sesak lak manusia." Aku cuma mengangguk paham.
Kami berjalan menaiki lif ke tingkat atas sekali iaitu tingkat 30. Haikal ni nak ajak aku terjun bangunan ke apa?
Keluar dari lif kami menuju ke arah satu pintu yang dijaga oleh dua orang pekerja hotel. Mereka membukakan pintu kepada kami dan mata aku terus di jamu dengan pemandangan yang sangat indah.
Lantai di penuhi dengan berpuluh lilin wangi yang berada di dalam bekas kaca bagi menerangi kawasan tersebut. Satu meja makan berwarna putih untuk dua orang tersedia di tepi satu kolam renang.
Hiasan di meja biasalah hiasan hotel 5 bintang. Ada bermacam jenis makanan membuatkan perut aku berkeroncong. Lapar.
Aku mendongak kepala ke langit melihat bulan dan bintang yang bersinar terang. Angin malam menyapa muka aku lembut, menenangkan hati.
"Do you like it?" Suara Haikal mengalihkan perhatian aku. Laju-laju aku mengangguk sambil tersenyum manis.
"Good! Jom makan. Nanti orang tu mengamuk sebab lapar." Dia ketawa sambil mengheret aku duduk di meja yang disediakan.
Kami makan sambil berbual-bual kosong. Menceritakan segala macam hal sambil bergelak ketawa. Dah lama rasanya tak berborak dengan suami sendiri. Busy sangat.
"Oh btw Rissa nak tanya abang. Macam mana abang tahu pasal baju ni?" Aku menyepetkan mata ke arah Haikal. Dia ni semua benda tahu.
"Haritu abang nak cari barang abang lepastu terbuka laci meja tu. Then abang nampak buku Rissa abang bukak la. Lepastu abang dapat idea nak jadikan ianya suprise for you." Dia senyum lagi. Malam ni dia tampak murah dengan senyuman.
"Sumpah Rissa suka giler. Thank you Abang."
"Thank you je? Upah?" Dia mengangkat kening ke arah aku sambil tersenyum mengusik.
"Eleh mengada. Nak kena cubit ke?" Aku berpura-pura marah. Sikit-sikit nak upah. Eii tak ikhlas langsung.
"Garang betul. Takut la camni." Dia membuat muka takut menyebabkan tawa aku terletus keluar. Kelakar doo muka Haikal.
Tiba-tiba satu letupan kedengaran di langit menyebabkan aku terjerit kecil akibat terkejut. Oh wow, fireworks! Mata aku bersinar memandang dada langit yang terang akibat mercun yang di pasang.
Benda favourite main masa raya ni. Giler tak excited.
"Sayang, Abang nak kasi satu lagi hadiah." Aku berpaling ke arah Haikal. Ada lagi? Banyaknya.
Seutas gelang crystal berjenama Swarovski di tarik keluar dari kotaknya dan kemudian di pakaikan di tangan aku. Simple yet elegant.
"I love it! Thank you again abang!"
Kami kembali berbual selepas habis bunga api sehinggalah satu panggilan menghentikan perbualan kami. Haikal memberi isyarat kepada aku untuk mengangkat telefon dia.
Dari jauh aku nampak muka Haikal yang berubah tegang. Nampak tangan dia dikepal kuat cuba menahan marah. Dia bercakap-cakap dengan orang di sebelah sana dengan muka yang serius. Kenapa?
Aku tersentak apabila ada tangan tiba-tiba menyentuh bahu aku. Haikal!
"I think we should end this here. Let's go home. Abang ada benda yang nak di settlekan." Nada suaranya cuba dikawal sebaik mungkin supaya aku tidak syak apa-apa.
Malangnya hati aku sudah berdebar. Terasa seperti sesuatu akan berlaku. Aku cuma menurut kemana tangan aku ditarik. Kaki turun ke lobi hotel yang dah dipenuhi manusia.
Haikal membawa aku keluar sampai ke pintu hotel. Dia kemudiannya memusingkan tubuh aku menghadap dia. Terkelip-kelip mata aku memandangnya.
"Arsyad akan hantar Rissa balik rumah. Sampai rumah Rissa masuk jangan lupa kunci segala pintu. Rissa tidur dulu, jangan tunggu abang balik. And..." Suara dia berubah keras di hujung ayat menyebabkan aku menelan air liur sekali.
"Don't.open.the.door. To anyone! Abang ada kunci sendiri. Remember that!" Sepatah-sepatah perkataan yang keluar dari mulut dia menaikkan bulu roma aku.
"Abang..." Aku cuba menuturkan kata dalam keadaan yang takut. Tapi Haikal tiba-tiba menarik aku ke dalam pelukan dia menyebabkan aku tidak sempat menyudahkan ayat aku.
"Jangan takut. I will protect you no matter what. Don't worry about me." Dia mengosok-gosok kepala aku yang bertudung. Aku turut membalas rangkulan dia erat.
Aku betul-betul tak sedap hati. Haikal kemudiannya meleraikan pelukan kami dan kembali menghadap aku. Dia memandang ke dalam anak mata aku lama sebelum pusing menghadap Arsyad.
"Arsyad hantar Rissa balik. Pastikan dia selamat masuk ke dalam rumah." Dia berkata tegas sebelum mendapat anggukan dari Arsyad.
Aku kemudiannya mengikuti Arsyad ke kereta yang sama aku naiki tadi. Sempat aku berpaling ke arah Haikal yang dah lesap.
Arsyad membukakan pintu kereta untuk aku sebelum aku melangkah masuk ke dalam kereta. Sebaik sahaja pintu kereta ditutup, kereta terus memecut laju meninggalkan hotel.
_________
"Macam mana boleh berlaku pencerobohan dekat bilik kawalan? Dan macam mana mereka boleh masuk dalam hotel tanpa pemeriksaan?" Aku menengking staf-staf di bahagian sekuriti.
Mereka hanya menunduk menerima amarah aku. Aku mendengus kasar sebelum meraup rambut kebelakang.
Kepala ligat berfikir. Siapa? Aku tak boleh nak agak siapa yang cuba menjatuhkan aku kali ini. Dalam bisnes, musuh itu benda biasa. Selalu je akan ada orang tak puas hati.
Aku terpaksa menyuruh Rissa balik dahulu kerana takut apa-apa terjadi dekat dia. Dia satu-satunya kelemahan aku yang akan digunakan oleh musuh. And I will never let that happen.
"Tell me apa yang diorang dah buat dekat system kita."Suara aku cuba kendurkan walhal dalam hati hampir saja aku menengking sorang-sorang. Careless!
"They change our systems!" Agak terketar seorang staf cuba menerangkan kepada aku.
"Explain." Aku berkata sepatah menunggu sambungan bicara dari dia.
"They change the password to access every department systems. It becomes a disaster." Seorang lagi staf cuba menerangkan kepada aku.
"Then, are you going to see it only?" Aku memandang mereka tajam sehingga membuatkan mereka terdiam.
"Call Levi NOW!" Ternaik nada aku di hujung kata. Diorang ni nak kata lembab ada kelulusan semua. Apa pasal jadi slow sangat kalau cemas.
Levi. Kawan university aku yang mahir dalam bidang komputer. Should I call him a hacktivist? Dia banyak tolong aku sebelum ni dalam hal berkaitan systems syarikat.
Sedang aku menunggu diorang bercakap dengan Levi, aku memandang screen komputer yang berada di hadapan aku. Semua tertulis "ERROR" dan tanda amaran berwarna merah.
Pintu yang tiba-tiba dirempuh kuat dari luar mengalihkan perhatian aku. Muncul satu susuk yang tercunggap-cunggap dengan muka cemas di hadapan aku.
Air muka aku terus berubah. Don't say that...
"Boss! Miss Rissa!" Suara Arsyad yang kuat serta-merta membuatkan muka aku berubah pucat.
"You! Settle everything here!" Tanpa banyak bicara aku terus berlari keluar menuju ke kereta aku.
"Please Rissa... Be safe!" Aku sempat berdoa dalam hati sebelum memecut meninggalkan hotel. Hanya satu dalam kepala aku.
______________
Kereta yang tiba-tiba memecut laju membuatkan aku pelik. Takkan cepat sangat Arsyad masuk dalam kereta? Aku menjenguk ke arah seat pemandu dan melihat seorang lelaki memakai topi berwarna hitam.
Bulu roma aku tiba-tiba merinding. Perasaan tak enak kembali menguasai diri. Otak aku mula berfikir benda yang bukan-bukan.
Bukan ke Haikal suruh Arsyad yang hantar aku? Kenapa orang lain? Mata aku memerhati sekeliling kereta. Kereta yang sama aku naiki masa datang tadi.
Tiba-tiba kereta berhenti di satu lampu isyarat merah. Lelaki yang berada di depan aku memusingkan kepalanya menghadap aku sebelum mencabut topi di kepalanya.
Mata aku serta-merta terbeliak luas. Terkejut.
"Miss me beautiful?" Dia tersenyum manis sekali sebelum terasa mulut dan hidung aku ditekup dengan kain putih.
Aku dapat rasakan mata aku yang semakin memberat. Badan aku perlahan-lahan condong sebelum aku jatuh terbaring di seat belakang.
Perkara terakhir yang aku nampak lelaki tersebut yang tersenyum sinis memandang aku. Lelaki yang sama.
Lelaki itu ialah Adib Zafran!
p/s : phew after a long long long time aku tak update hahaha so sorry guys. kerajinan aku hilang di telan zaman. maafkan beta kalau chapter ini sangat lah hmm menghampakan. jangan lupa vote and comments ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top