B A B 2 7
Buka je mata perkara pertama aku nampak adalah siling putih. Tak lain tak bukan hospital la jawab dia. Huh klise sangat.
Pandang pula tepi, baru perasan ada orang tengah pegang tangan aku dan... dia sedang tidur. Jelas kepenatan diwajah dia.
Aku rasa kalau dia tak tidur ni, mesti soalan klise macam ni jugak ditanya, "Rissa dah sedar?" atau "Rissa tak apa-apa?" and so on.
Tekak rasa dahaga semacam mungkin sebab dah beberapa jam aku menangis. Tangan cuba ditarik perlahan-lahan dari genggaman Haikal supaya tak kejutkan dia. Malas nak menghadap dia nanti.
And yeah macam biasa dia tersedar. Terlebih peka dia ni!
"Rissa ingat abang?" Bersungguh dia bertanya sambil jari tunjuk diri sendiri.
Cett. Suami siapa la ni? Mohon kutip. Buat malu je. Bertanya macam aku baru bangun dari koma je. Padahal aku pengsan sebab tak makan seharian je.
Aku juling mata keatas lepastu pusing pandang tingkap. Tak kuasa nak layan!
"Sayang nak air ke?" Oh aku baru teringat yang aku nak minum air tadi.
Tanpa mendengar jawapan dari mulut aku dia terlebih dahulu menyerahkan segelas air kepadaku.
Aku menyambut dan terus diteguk rakus air tersebut. 2 jam pengsan macam sehari pengsan je rasa.
Sunyi. Dari hujung mata aku nampak Haikal serba salah. Mungkin tak tahu nak mulakan perbualan dari mana. Jarang aku nampak dia gelisah macam ni. Selalunya tenang je.
"Erm Rissa lupa ke harini hari apa?"
Senyap. Hari sabtu la. Tak reti tengok calendar ke?
"Harini birthday Rissa kan? Im being busy this week because I'm preparing your birthday party, sayang."
Hah? Automatik kepala terpusing pandang muka dia. Speechless. Tak sangka aku tak ingat birthday sendiri sobsob. Sedihnya jadi aku.
"Abang mintak maaf kalau Rissa rasa abang abaikan Rissa. Abang memang betul-betul busy. Dengan kerja bertimbun dekat pejabat lagi. I'm really sorry."
Perlahan dia menuturkan ayat. Jelas terpancar riak serba-salah di wajahnya. Tak, yang sekarang ni aku yang patut rasa serba-salah sebab dah tuduh dia macam-macam.
Jap... habis yang pasal kat kedai kek tadi tu macam mana pulak?
"Yang pasal Tasya tu, Rissa memang salah paham. Abang tak keluar pun dengan dia! Abang keluar nak beli kek je lepastu tiba-tiba dia muncul dan ikut abang. Abang dah suruh dia pergi tapi dia tak nak. Jadi abang abaikan je dia."
Dia berhenti sekejap untuk tarik nafas. Penat jugak nak bela diri ni kan?
"Jadi abang sengaja cerita macam-macam pasal Rissa dekat girl yang jaga counter tadi sebab nak suruh Tasya tu menyampah dan blah. But then, you came and..." Dia sengaja gantungkan ayat dia sebab aku sendiri lebih tahu apa yang terjadi lepas tu.
Kemudian dia mengeluh berat sambil raup rambut dia kebelakang. Adoi ni yang buat aku makin rasa bersalah ni.
"Erm... sorry. Rissa tak tahu..." Sangat perlahan suara aku macam tengah berbisik dengan nyamuk. Sumpah rasa bersalah giler. Tangan bermain-main sesama sendiri.
"Haih... takpe la benda dah lepas. Abang tak marah pun." Ragu-ragu aku pandang dia. Bila nampak muka dia kembali macam biasa aku hembuskan nafas lega.
"Sekarang baru pukul 10 malam. Masih ada baki 2 jam lagi sebelum habis hari ni. Mungkin kita boleh teruskan plan abang tu." Aku tak nak sia-siakan usaha dia.
"Benda tu tak penting sangat. Kita boleh celebrate lain kali. Yang penting sekarang Rissa kena berehat. Abang betul-betul risau tadi bila Rissa pengsan."
Pfft alih-alih pasal aku. Haih rasa sangat menyusahkan pulak.
"Now sleep! You need to rest." Dia tolak badan aku perlahan supaya kembali baring.
"Tapi abang nampak lebih memerlukan rehat berbanding Rissa." Terkaku tangan dia yang sedang membetulkan selimut aku.
"It's okey. Abang boleh rest lepas ni." Okey la sangat. Dengan mata yang lesu macam tu ingat aku tak reti beza.
"Rissa tak nak tidur kalau abang tak tidur jugak!" Aku kembali bangun duduk bersila atas katil. Okey nampak macam mengada-ngada but... kesah pulak aku. Suami sendiri biar la.
"Haih... Rissa please!" Dia nampak macam dah putus asa nak layan aku haha.
"Tak nak jugak!"
"Okey fine!" Lebar sengih aku bila dengar dia cakap macam tu. Terus aku mengensot ke tepi untuk beri ruang kepada dia.
Dia tarik aku supaya baring berbantalkan lengan dia manakala satu tangan lagi menarik selimut sampai ke bahu aku.
Kami tidur mengiring menghadap satu sama lain. Aku telan liur sekali bila jarak antara kami sangat rapat memandangkan katil hospital ni katil single.
"Now sleep sweetheart." Dia pandang mata aku sekali sebelum peluk aku dengan tangan satu lagi kemudian dia terus tutup mata.
Aku masih lagi memandang muka dia. Enggan tidur walaupun mata sudah terasa berat. Aku nak pastikan dia tidur dulu baru aku nak tidur.
Tangan diangkat kemudian diletakkan di muka dia yang lesu tu. Jari mengusap-usap pipi dia.
"I pray Allah heal every hurting place in your life... Disappointed dreams, confused mind, wounded heart and sickness in your soul. Thank you for everything abang!"
Aku cium pipi dia sekali sebelum pejam mata.
______
Lepas solat subuh aku sambung tidur. Rasa mata berat semacam mungkin kesan ubat masih belum hilang kot. Haikal pula katanya nak pergi beli breakfast.
Tapi sekarang dah pukul 9 pagi takkan tak siap lagi beli breakfast. Aku pun dah siap mandi apa semua tunggu nak balik je ni. Tak suka la duduk hospital lama-lama.
Bunyi pintu dibuka mengalihkan perhatian aku. Haa muncul pun. Ingatkan dah jadi pekerja kedai makan tu.
"Feeling better?" Aku angguk-angguk kepala.
"Abang beli nasi goreng. Makan ye?" Angguk lagi sekali.
"Ke nak suap?" Dia cuba mengusik aku.
"Haha tak payah. Rissa dah cukup kuat sekarang kalau setakat nak angkat sudu plastik ni." Aku buat muka annoying.
Dia cuma ketawa perlahan dengar jawapan aku. Kami teruskan makan sambil berbual kosong.
_______
"Duduk rumah elok-elok. Kalau ada apa-apa call abang."
"Okey."
"Jangan lupa kunci pintu."
"Alright."
"Jangan keluar rumah tanpa minta izin abang."
"Yeeee."
"Kalau lapar--"
"Oppp cukup cukup abang. Ye rissa paham. Dah pergi kerja cepat." Aku picit-picit dahi. Acah pening je sebenarnya.
"Ye lah. Ingat pesan abang tu. Apa-apa je call abang terus." Haih sempat lagi.
"Baik boss!" Aku capai tangan dia untuk bersalaman.
Dia cium dahi aku sekali sebelum tarik aku kedalam pelukan dia. Aik... dah kenapa ni?
"I'm gonna miss you..." Luahan dari mulut dia membuatkan tawa aku terhambur kuat.
"Apa abang ni? Nak pi kerja sekejap je kan? Petang ni jumpa jugak." Macam-macam la.
"You have no idea how much i miss you every single day."
"Okey cukup. Bye abang!" Aku terus tolak dia supaya pusing belakang. Bila dah start macam tu, alamaknya tak habis la drama pagi ni.
Aku melambai-lambai bila kereta Haikal keluar dari perkarangan rumah. Masuk ke dalam rumah aku terus kunci pintu macam yang Haikal pesan.
Bila kaki jejak kedalam bilik, suatu benda terlebih dahulu menarik perhatian aku. Elok terletak di atas katil. Apa benda pulak tu?
Okey aku tahu itu kotak hadiah sebenarnya tapi otak Haikal tu bukan boleh percaya sangat. Mana tahu dia nak prank aku je.
Bila sampai di depan kotak tu aku terus capai kad yang terselit.
Beautiful things will look more beautiful on beautiful person. Wear this tonight and I'll pick you to the party princess.
-your prince charming
Tergelak kecil aku baca kad tersebut. Tangan terus membuka kotak hadiah tersebut dan...
"Oh my god..."
p/s : sorry kalau hambar, bosan, cliche, entah pape 😂 hope enjoy jgn lupa vote and komen. and sorry jugak lambat update 😔 ily gais ❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top