B A B 2 0
Jari yang sejuk seperti ais itu dikepal sekuat hati untuk menenangkan hati yang tengah berkocak hebat. Sedar tak sedar lagi beberapa minit aku bakal jadi isteri orang. Huaa takutnya!
Majlis akad nikah diadakan kecil-kecilan dirumah pengantin perempuan. Hanya dihadiri keluarga terdekat aku dan keluarga terdekat Haikal. Meriah jugak lah.
Aku hanya mengenakan baju kurung moden berwarna purple muda yang mempunyai manik-manik dan sulaman di hujung lengan dan di dada. Muka dimekap sedikit untuk menaikkan seri pengantin.
Sepatutnya majlis resepsi bakal diadakan besok tetapi Mama dengan Papa terpaksa bertolak petang ni jugak ke UK. Katanya urgent sangat, tak dapat dielakkan. Entah bila pulak akan diadakan majlis tu.
Ketukan dimuka pintu mengejutkan aku dari lamunan. Terjengah muka 3 orang sahabat aku. Hanya mereka sahaja yang aku ajak. Sebab aku tak nak hebohkan lagi perihal ni.
Teringat lagi macam mana reaksi mereka masa aku bagitahu minggu lepas.
"OMG!! Serious la Rissa. Jangan main-main." - Izzah
"See. Aku dah kata dia ada hati dekat kau. Aku rasa dah boleh jadi ahli nujum." - Feeza
"Yeay tak sabarnya aku nak tengok kau kawin. Excited beb." - Nadia
Bermacam-macam reaksi sampai aku hanya mampu geleng kepala.
"Woi pengantin! Berangan apa pulak?" Sergah Feeza membuatkan aku terkejut. Kurang gula punya kawan.
"Cantiknya kawan aku harini." Nadia yang dari tadi menilik aku akhirnya melontarkan apa yang ada dimindanya.
"Rissa. Mr Photographer tu dah sampai dekat bawah. Gila super duper hensem wei. Aku pulak yang tergugat huhu." Kata-kata Izzah membuatkan aku kembali berdebar.
"Aku takut wei!! Macam mana ni?" Aku genggam tangan Feeza yang berada depan aku.
"Wo wo. Sejuknya tangan. Chill Rissa. Jangan pengsan sudah. Aku on jer ganti tempat kau. Tapi takut Mr Photographer tu je tak nak." Feeza cuba menenangkan dengan lawak bodoh dia, malangnya aku tetap berdebar.
"Jom lah turun. Kau kena ada masa akad nikah ni Rissa. Dah selawat banyak-banyak. Tenangkan hati tu."
Aku bangun perlahan-lahan menuruti langkah mereka. Sewaktu menuruni tangga, aku perasan semua mata memandang kearah aku. Buatkan aku rasa segan gila nak berjalan.
Aku duduk bersimpuh di tempat yang disediakan untuk pengantin perempuan. Sempat aku jeling Haikal yang dah sedia depan Abi. Dia segak dengan baju melayu berwarna setona dengan aku. Dengan songkok hitam diatas kepala. Nampak sangat kacak.
Pergh sempat lagi kau memuji bakal suami kan Rissa? Mungkin rasa diri diperhatikan dia angkat kepala pandang aku. Dia senyum manis menyebabkan aku rasa malu tiba-tiba. Terus tundukkan kepala.
Kemudian kedengaran suara Abi menyerahkan aku kepada Haikal. Bila dengar je sah dari mulut para saksi, aku rasa sebak tiba-tiba. Mungkin memikirkan yang aku bakal berpisah dengan Umi dan Abi nanti. Manja betul.
Bila nampak Haikal bangun dan berjalan kearah aku untuk sesi pembatalan air sembahyang, jantung kembali berdetak kuat. Kalau boleh dengar ni aku rasa mungkin satu rumah ni boleh dengar bunyi jantung aku.
Dia duduk berlutut didepan aku.
"Assalamualaikum sayang." Dapat aku rasa muka aku yang dah merah bila dengar dia cakap macam tu. Lagi-lagi bila dengar suara kawan-kawan aku yang mengusik.
Dia ambil tangan aku dan sarungkan sebentuk cincin platinum yang bertatahkan sebutir berlian dan berlian yang lebih kecil ditepinya. Cantiknya!
Kemudian giliran aku pulak menyarungkan cincin dijari Haikal. Nasib dah kurang menggigil tangan ni. Kalau tak aku rasa dah sembah bumi cincin tu.
Bila aku tunduk salam Haikal, dapat aku dengar bermacam bunyi kamera yang mengambil gambar kami. Kemudian Haikal mencium dahi aku. Walaupun aku dah tahu benda ni akan jadi but still aku rasa shock. Kaku sekejap.
Kami diminta membuat pelbagai gaya oleh photographer-photographer yang tak bertauliah. Aku hanya menurut. Ada la jugak rasa nak baling pasu dekat kawan-kawan aku tu.
Majlis akad nikah berlangsung sampai ke petang. Penat juga aku rasa. Ini baru akad nikah tak bersanding lagi.
Mama dengan Papa dah nak berangkat ke airport. Rasa sedih jugak sebab aku tak sempat berjasa dekat mereka. Ye la tak sampai berapa jam jadi menantu mereka.
"Kal, jaga menantu mama elok-elok. Kalau mama tahu kamu buat macam-macam dekat Rissa, mama piat kamu." Alahai sayangnya mama dekat aku. Ketawa aku mendengarnya lagi-lagi bila nampak muka tak puas hati Haikal.
"Mama ni mana aci. Haikal ke Rissa anak mama sebenarnya?" Cet. Dengan bini sendiri pun nak dengki mamat ni.
"Dah la. Layan kamu tak habis. Rissa jaga diri elok-elok ya. Jaga Haikal ni sekali. Dia ni kadang manja kalah budak-budak." Terhambur ketawa aku bila dengar mama cakap macam tu. Dapat aku rasakan jelingan tajam orang sebelah.
"Ye mama. Mama dengan papa pun jaga diri elok-elok dekat sana. Nanti ada masa call lah Rissa. Maaf Rissa tak boleh nak hantar mama dengan papa sampai airport." Aku tunduk bersalaman dengan mama dan papa.
"Takpe Rissa. Kami tak kesah." Giliran papa bersuara bila aku bersalam dengannya.
Aku melambai-lambai bila kereta mama dan papa meluncur keluar dari perkarangan rumah. Mata menghantar pemergian mereka.
Tiba-tiba dapat aku rasakan tangan aku digenggam seseorang. Automatik aku angkat muka pandang tepi. Berkerut muka Haikal pandang aku. Aku tahu tu muka risau.
"Kenapa nampak sedih?" Tanya dia sambil usap-usap tangan aku. Aku memang tabik dengan dia bab baca perasaan orang. Lagi-lagi aku.
"Taklah. Cuma rasa agak terkilan jugalah tak sempat berbakti dekat mama dengan papa." Aku senyum hambar.
"No worries sayang. Diorang paham. Or mungkin sayang boleh--"
Bila nampak senyum nakal dimuka dia aku dah boleh agak apa yang bakal dia cakap. Tak lain tak bukan nak mengusik aku lah tu.
"Tak nak dengar. Bye." Aku cepat-cepat leraikan genggaman tangan dia dan berlari masuk ke dalam rumah. Sempat aku jelir lidah dekat dia.
"Sayang! Abang belum habis cakap lah." Dapat aku dengar dia menjerit geram dekat aku. Haha padan muka. Tak perlu pusing belakang aku tahu dia tengah kejar aku.
-----
Mengantuk. Itulah apa yang aku rasa sekarang ni. Aku hanya duduk ditepi katil. Nak tidur kang, takut dicop kurang ajar pulak. Haikal masih ada dekat bawah tengah berbual dengan Umi, Abi.
Haih sampai bila aku kena tunggu ni. Aku menguap sekali lagi. Mata dah rasa nak tertutup ni. Sempat aku jeling jam dekat atas meja. Dah pukul 11 malam ni woi. Cepat la naik.
Bunyi pintu dibuka membuatkan badan aku kembali tegak. Mata yang mengantuk tadi pun automatik terbuka luas. Sekarang hilang rasa mengantuk berganti dengan rasa seram sejuk.
Dia mengambil tempat duduk ditepi aku. Sangat rapat sehingga bahu kami bersentuhan. Jantung kembali ber-exercise. Aku memang dah tak berani nak pandang tepi.
Dia ambil tangan belah kiri aku dan genggam. Sangat erat. Fuh rasa berpeluh tiber ni camne?
"Dah nak tidur ke?" Dia ajukan soalan yang dah sah-sah kalau dia tengok muka aku yang mengantuk ni komfem dia tak perlu tanya.
"Ye la.. Habis nak buat apa lagi?" Aku beranikan diri pandang dia.
Okey.. aku menyesal tanya macam tu. Sebab bila nampak muka dia yang berubah miang tu aku paham apa yang tengah dia pikir sekarang.
Huaa malunya.. Dasar lelaki gatal! Aku gigit bibir sambil tundukkan sikit kepala. Bila aku nampak dia berura-ura nak jawab soalan aku, terus aku tekup mulut dia dengan tangan aku.
Terkejut dia. Aku lagi la tergamam. Tapi aku buat chill jer. Acah-acah tak terkesan. Macam dah biasa bersentuhan dengan lelaki.
"Huwahhhh... mengantuknya." Aku bangun pura-pura menguap sekali pakej mengeliat. Nampak menjadi la sebab aku memang mengantuk pun.
"Kalau mengantuk jom la tidur." Ajakan dia membuatkan aku pusing badan dekat dia sepantas kilat. Mata dikecilkan merenung dia tajam.
"Abang janji tak buat apa-apa." Nampak muka dia selamba jer. Hm boleh percaya ke dia ni? Tapi aku pilih untuk percaya.
Lantas kaki diatur ke katil dan terus masuk dibawah comforter. Uish bestnya tidur!
Tiba-tiba mamat sebelah ni bangun dan buang baju T-shirt dia. Woi kau nak buat apa ni? Tindakan refleks aku terus menjerit.
"Arghh awak ni dah kenapa? Tadi kata tak nak buat apa-apa!" Aku marah dia sambil tutup mata. Umi... mata Rissa dah tak suci.
"Sayang.. orang lelaki kalau tidur, kebanyakkannya memang selalu buang baju. Including me. Ada paham sweetheart?" Muka dia memang tak boleh blah. Nampak agak bosan dengan pertanyaan bodoh aku. Apa?! Aku mana tahu pasal lelaki huh.
Aku memang tak jawab apa-apa dah. Hanya diam dan tutup mata cepat-cepat. Dapat aku rasa tilam sebelah tenggelam tanda dia dah naik katil.
Aku memang dah pegang erat-erat comforter. Kemudian aku rasa ada sebuah kucupan ringkas hinggap di dahi aku. Terus terbuka mata aku. Nampak muka Haikal betul-betul depan muka aku.
"Goodnight kiss sayang. Sweet dream." Dia terus baringkan balik diri dia.
Aku pulak masih dalam fasa terkejut. Tak terkeluar kata langsung. Hanya mampu berkelip mata pandang siling. Jantung dah siap berkompang kuat. Dia memang nak aku mati awal ke apa?
Bila dah agak kurang rasa terkejut,aku pandang dia disebelah. Baru nak marah tapi tak jadi bila nampak dia dah tertidur. Senangnya tidur.
Aku hanya membiarkan. Baik aku pun tidur. Tapi bibir sempat tersenyum bila ingat balik kejadian tadi. Gatal jugak kau Rissa.
Awww memang sweet dream lah kalau camni. Aku terus tutup muka dengan comforter.
----
Sayup-sayup kedengaran azan subuh berkumandang, tapi mata masih berat untuk dibuka. Best pulak tidur ni kan lagi-lagi ada bantal peluk. Makin erat aku peluk bantal peluk tu.
Eh kejap! Aku mana ada bantal peluk. I means aku mana suka peluk-peluk bantal ni. Tangan meraba-raba 'bantal peluk' disebelah. Uish apa yang berketul ni.
Terus mata dibuka seluas yang mungkin. Oh No! Sumpah kau gila Rissa. Apa yang aku nampak lepas buka mata buatkan aku rasa nak hantukkan kepala ke dinding.
Sejak bila aku peluk Haikal ni? Dan paling penting macam mana boleh terpeluk ni? Huaa kalau lah dia tahu mesti malu tahap babun aku. Nasib baik dia belum sedar.
Ini lah masanya nak tutup kejahatan. Perlahan-lahan aku angkat tangan daripada badan dia. Se-slow yang mungkin supaya dia tak tersedar.
Baru aku nak larikan tangan, ada tangan lain yang memegang pergelangan tangan aku. Bila aku angkat muka, zupp terus terpanah dengan tusukan mata dia. Bila masa dia bangun?
"Are you trying to seduce me?" What! Bila masa beb. Eiuw takde maknanya.
Aku cepat-cepat bangun dan duduk diatas katil. Otak merancang nak lari kedalam tandas. Tapi otak Haikal ni lebih cekap. Aku lupa dia boleh baca setiap gerak geri aku.
"Where are you going naughty girl?" Dia terus tarik aku sampai aku jatuh dalam pelukan dia. Kejung sesaat aku. Aku cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri. Tapi tak berhasil.
"Awak lepaslah dah subuh ni. Nanti terlepas." Puas meronta aku cuba merayu pulak. Tak guna guna cara kasar dengan mamat ni.
"Boleh, tapi kena tukar panggilan awak tu dengan Abang."
"Tak nak la tak biasa." Aku geleng-geleng kepala tanda tak mahu. Bukan tak biasa tapi aku geli sebenarnya huhu.
"Then, biasakan dari sekarang." Selamba dia bagi arahan. Haish nak tak nak terpaksa la aku ikut.
"Abang... boleh lepas tak? Rissa nak solat subuh ni." Bukan main lembut suara aku sampai aku sendiri rasa nak termuntah.
"Haa kan sedap dengar macam tu.." Banyak lah sedap dengar kau. Tumbuk baru tahu.
"Lepastu lepas lah." Dia masih belum melepaskan aku dari pelukan dia. Apa lagi mamat ni nak.
"Abang ada satu lagi permintaan."
"Apa lagi?" Aku pandang dia macam nak kasi tembus. Idea dalam kepala otak mamat ni bukan boleh di bawak bincang.
"Morning kiss dulu." Dia tunjuk pipi dia. Apa benda dia ni? Aku yang sebelum-sebelum ni mana pernah ber-goodnight kiss and ber-morning kiss, tiba-tiba kena buat camni. Tak ke kena kejutan budaya aku.
"Tak nak tak nak tak nak." Aku meronta kuat. Gila. Aku memang takkan buat benda gila tu. Itu namanya menjatuhkan air muka sendiri lol.
"Kena jugak. Kalau tak, tak boleh bangun." Dia pun tak nak mengalah. Makin eratkan pelukan.
"Ye la." Aku mendengus geram. Rasa nak tendang je dia ni sampai jatuh katil. Baik aku turut je. Itu nasib baik pipi kalau tempat lain memang aku betul-betul tumbuk dia ni.
Baru aku nak cium pipi dia, dia terlebih dahulu cium bibir aku menyebabkan aku kena kejutan elektrik. Apa dia baru buat tadi?
"Apa awak buat ni?" Aku menempik geram. Arghhh, rasa tak sanggup nak tatap muka dia. Tangan aku pukul-pukul dada dia. Padan muka.
Dia hanya ketawakan aku. Suka sangat lah tu. Dia leraikan pelukan dan bangun duduk bersila di atas katil.
"Dah sayang. Jom solat. Nanti terlepas subuh." Dia terus bangun tinggalkan aku sorang-sorang atas katil.
"Eee benci!!!" Aku baling satu bantal dekat dia, tapi dia sempat mengelak. Dapat aku dengar ketawa dia dari dalam bilik air.
Huh! Aku terus hempaskan badan ke atas katil. Ambil bantal dan tekup muka yang dah terbakar. Sumpah aku tak nak percaya dah Haikal lepasni!
p/s : yuhuu sorry for late update 😔❤ harap dienjoy ya. kalau bosan maaf banyak2 😢 dan jangan lupa votes and komen darlingss sekalian ⭐♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top