B A B 1 0
Malam tu akan diadakan malam kebudayaan. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan apa-apa je persembahan. Ada yang buat keputusan nak buat sketsa la, drama pendek lah, nyanyian la dan macam-macam lagi.
Petang tadi kami dah diberi masa untuk practice apa-apa yang patut. Tapi biasa lah masa pun suntuk je. Mesti hancur punya persembahan malam ni. Aku dah boleh bayang haha.
Kumpulan aku decide nak buat drama pendek. Aku pun apa lagi setuju je la. Malas nak sesakkan otak pikir banyak-banyak. Lagipun aku hanyalah watak biasa-biasa je. Watak sampingan.
-----
Malam tu aku turun sorang sebab Izzah dah turun awal-awal lagi. Dia tu watak penting dalam group kami sebab tu kena ada dekat bawah awal-awal.
Lepas siap kunci pintu aku menghala langkah ke arah lif. Belum sampai dekat lif kaki aku dah berhenti melangkah. Pegun. Hanya pandang susuk yang sedang berdiri depan lif.
Aiman. Dengan hanya memandang dari jauh pun dah buat aku sakit hati apatah lagi menghadap muka dia. Baik aku cari jalan lain daripada naik satu lif dengan dia.
Kalau aku guna tangga pun lagi laju agaknya. Kaki terus melencong kearah tangga. Baru beberapa langkah menuruni tangga. Seseorang memanggil nama aku menyebabkan aku terpusing ke belakang.
Ugh aku rasa menyesal pusing. Siapa lagi kalau bukan Thiya, minah langsuir. Nak apa lagi perempuan ni? Tak puas hati benda lagi?
"Kau nak apa?" Malas-malas aku bertanya dekat dia dengan muka bosan. Dia turut menuruni tangga dan berhenti betul-betul depan aku.
"Aku nak bagi amaran dekat kau. Jangan sesekali kau dekat dengan Aiman. Dia tu hak milik aku." Alah aku ingat dia nak bagitahu esok birthday nenek dia ke benda. Rupanya pasal tu je.
"Ye la ye la. Dah habis dah. Boleh aku blah. Aku takut bernanah mata aku lama-lama kat sini." Aku balas selamba. Baru aku nak pusing dia pegang tangan aku.
"Aku belum habis cakap lagi. Kau ingat aku tak tahu ke kau cuba goda Aiman balik hah? Sebab tu dia dah tak nak layan aku kan?" Dia marah aku. Muka dia dah merah mungkin sebab tahan marah.
"Haha. Bagus lah kalau kau tahu. Tak payah dah aku nak sorok-sorok. Macam mana rasa kena rampas. Best kan? Macam tu la aku rasa dulu." Aku iya kan je sebab nak tengok reaksi dia macam mana.
Nampak muka dia makin merah. Alah ingat aku takut ke? Aku senyum sinis nak tambah bara dihati dia.
Kemudian aku baru pusing nak sambung langkah. Tiba-tiba rasa ada tolakan yang kuat dekat belakang aku. Disebabkan tak bersedia aku tak sempat nak stabilkan diri.
Argh umi tak nak jatuh tangga. Buk! Adoii dah macam nangka busuk aku jatuh. Tak guna betul pompuan ni. Tinggi jugak aku jatuh tadi. Nasib tak arwah je.
"Kau kenapa gila, main tolak-tolak ni hah?" Aku marah dia. Sumpah aku rasa nak pergi tumbuk je muka dia sekarang ni. Nampak dia senyum puas hati.
Tak boleh jadi ni kena balas dendam. Baru je aku nak bangun terus aku jatuh terduduk balik. Auch... sakit siot kaki aku. Takkan terseliuh kot. Tapi tak mustahil.
Baru je aku nak buka mulut tiba-tiba Haikal datang. Muncul dari mana mamat ni? Haikal nampak tergamam tengok aku yang duduk dekat tangga sambil pegang kaki.
Terus dia meluru kearah aku. Muka dia tak yah cakap lah berkerut habis.
"What's wrong with you little girl? Kenapa kau duduk sini ?" Lagi dia nak tanya haih rasa nak ketuk je kepala dia. Takkan lah aku nak ukur lantai ni kot dah sah-sah lah jatuh abang oi.
"Saya jatuh tangga." Aku jawab senada sambil mata jeling muka Tisya yang dah gabra habis. Haa tahu takut. Hero aku dah sampai kau nak buat apa?
Terus Haikal pusing kepala dia menghadap Tisya. Aku rasa tak perlu aku terangkan lebih lanjut dia dah paham. Bukan tak nampak muka yang dah bertukar beku tu.
"You know what? No one can touch what's mine. Next time you mess with my girl, you will face me again."
Dingin suara Haikal menuturkan kata-kata. Aku yang dengar ni pun dah merinding bulu roma. Apatah lagi Tisya yang dapat warning tu. Muka pun pucat habis. Kalau toreh pun mesti takde darah keluar.
Tasya terus angguk laju-laju dan angkat kaki. Dah tak sanggup nak menghadap Haikal kot. Silap-silap boleh terkencing dalam seluar.
Haikal terus duduk mencangkung depan aku. Muka dia dah berubah lembut. Campur risau.
"Are you okey little girl? Boleh bangun tak?" Haih suara kalau tak lembut tu boleh tak. Cair aku dengar. Bertambah lembik lah lutut aku lepasni.
"Sikit je ni. Kot..." Aku pun tak tahu. Aku cuba bangun tapi auch sakit sangat. Rasa nak nangis. Bertakung air mata aku tahan sakit.
Haikal yang nampak aku yang dah macam nak menangis ni terus gabra dia. Kalau aku tak sakit sekarang ni mungkin aku dah gelak kot bila tengok muka dia camtu.
"We need to go to the clinic. Now!" Tegas dia. Suara pun dah bertambah serius.
Memang lah boleh kalau nak pi klinik tu. Tapi aku ni nak jalan macam mana? Takkan dia nak dukung kot. Argh tak payah gila aku bukan nya pengsan tak boleh bangun. Kaki seliuh je.
Bila nampak dia bangun dan cuba untuk dukung aku, terus aku menjerit.
"No!" Berkerut kening dia pandang aku.
"Kenapa?" Aku garu kepala. Macam mana nak cakap ni masha Allah.
"Kau tak nak aku dukung?" Teka dia. Terus aku angguk. Kemudian dia mengeluh membuatkan aku pelik.
Kemudian dia tanggalkan jaket kulit yang berwarna coklat dekat badan dia tu dan sarungkan dekat badan aku. Kemudian dia papah aku berdiri.
"Kalau macam ni boleh ke? Selesa?" Dia tanya aku.
Jarak antara aku dan dia memang rapat gila. Argh jantung aku dah macam tengah rentas desa je ni. Rasa nak je tolak dia jauh-jauh dari aku. Tak selesa sebenarnya tapi aku cuma angguk tak nak susahkan dia.
Kemudian dia mula bantu aku berjalan kearah lif. Lagi senang. Kalau turun tangga mahu berjanggut rasanya dengan kaki macam ni.
Masuk je dalam lif kami senyap. Dia biarkan aku bersandar dekat dinding lif. Dah tak papah aku. Rasa kaki aku makin berdenyut. Adoii rasa nak jerit kuat-kuat je. Aku mengeluh.
"Kenapa? Sakit sangat ke?" Prihatin dia bertanya dekat aku. Muka tak payah cakap lah macam aku ni patah kaki. Berkerut habis. Aku angguk dah tak nak menipu dah. Buat tambah dosa je.
Kemudian kedengaran lif berbunyi menandakan kami dah sampai ke lobby hotel. Aku menunggu dia papah aku balik tapi apa yang dia buat lepastu buat aku rasa nak pengsan terus.
Dia dukung aku beb. Siapa yang izinkan ni. Terus terjerit kecil aku sebab terlalu terkejut. Tindakan refleks aku paut tangan dekat leher dia. Ye lah dah tiba-tiba rasa macam terbang. Kaki tak jejak tanah.
Aku ingat aku dah jadi Yaya dalam citer Boboiboy tu. Boleh terbang haha.
Sumpah aku pun terkedu dengan tindakan refleks aku. Aku alihkan tangan aku cepat-cepat. Mata dia pandang muka aku.
"Aku bukan nak ambil kesempatan. Aku nak kita cepat-cepat sampai klinik untuk rawat kau. It's hurt seeing you hurt." Selamba dia berkata tapi mata dia menikam mata aku. Sampai ke hati terus. Tergamam aku dengar.
Dia teruskan berjalan bila aku tak balas apa-apa. Adoi aku rasa muka aku dah merah gila sekarang ni. Rasa nak sorok dalam baju je. Aku terus pejam mata. Tak nak tengok muka dia malu.
Eh kejap. Ramai tak orang dekat lobby ni eh? Baik aku intai sikit. Kalau nampak sapa-sapa yang aku kenal boleh menyorok awal-awal.
Aku terus bukak mata. Tapi dah terpaku dengan panahan mata kelabu Haikal. Oh God! Dia memang pandang aku dari tadi lagi ke. Jantung mula berpancaragam.
"Kenapa tengok saya macam tu?" Aku beranikan diri bertanya. Biar muka dah macam kena panggang pun. Terus aku pura-pura tengok tempat lain.
"You're just too cute when you're being shy. Rasa macam nak kiss je."
What! Bergegar otak aku dengar. Dasar mamat ni. Elok-elok aku nak berterima kasih rasanya boleh tukar dengan penumbuk kot.
"Jangan nak mengada-ngada. Gatal betul." Aku merungut. Dia ketawa macho.
"Tapi kau jangan risau. Aku takkan ambil kesempatan kalau belum halal. Kalau dah kawin nanti boleh kan?" Dia angkat-angkat kening dia dekat aku. Aku terus juling mata kat atas. Lagi sekali dia ketawa.
-----
Sesampai je kami dekat kereta dia. Aku ternganga sesaat. Oh My God. Audi RS5 Coupe. Color hijau gelap. Dah la Audi ni kereta idaman aku.
Dia letak aku dekat tempat duduk penumpang bahagian hadapan dengan berhati-hati gila. Macam aku ni perhiasan yang akan pecah kalau dia berkasar.
Dia terus masuk dekat tempat duduk pemandu. Aku hanya keras di tepi dia. Tak tahu nak cakap apa. Hanya straight pandang depan.
"Aku rasa kaki kau je cedera tadi kan? Ke tangan kau pun sakit sekali?" Pertanyaan dia membuatkan aku berpaling kearah dia. Tak paham.
"Hah?" Hanya tu je yang keluar dari mulut aku. Nampak dia mengeluh.
Tiba-tiba dia rapatkan diri dia dengan aku. Terus buntang biji mata aku. Wei wei nak buat apa ni? Muka dia betul-betul tepi muka aku. Kalau aku pusing sah memang terus kiss pipi dia.
Kemudian nampak dia tarik seatbelt tempat duduk aku tu. Laa dia nak pakaikan seatbelt ke. Cakap je la. Orang boleh buat sendiri. Tak payah nak suruh orang buat senaman jantung kat sini eee.
Dia dengan selamba badak je terus memandu keluar dari kotak parking terus ke klinik.
----
Jam di dashboard menunjukkan pukul 11.10 minit malam. Fuh lama doo pergi klinik je pun. Disebabkan ramai orang lepastu kena tunggu prosedur-prosedur doctor tu nak bubuh ubat lah nak balut la. Macam-macam.
Nasib ada orang teman. Kalau tak memang dah kelip-kelip je aku dalam bilik tu. Dan nasib baik jugak tak serius sangat. Kalau tak memang aku pergi saman lah Tisya tu.
Dah la esok dah balik. Habis nak jawap apa dengan umi abi. Kalau aku cakap ada orang tolak bergegar rumah nanti. Abi aku tu bukan baik sangat. Kalau orang cederakan anak kesayangan dia ni.
Lepas tu nak jawab apa ni?! Haih.. aku mengeluh.
"Why? It's still hurt?" Soalan dari orang sebelah menerbangkan habis lamunan aku tadi. Laa terlupa ada orang kat tepi.
"Eh takde lah. Dah tak sakit sangat pun tapi..." Nak ke bagitahu dia. Hm mungkin dia boleh tolong cari idea kot.
"Tapi apa?" Tanya dia tak sabar. Sekejap mata pandang jalan raya sekejap pandang muka aku.
"Tapi nanti nak jawab apa dengan umi dan abi saya. Saya tak nak perbesarkan masalah ni. Mungkin Tisya betul-betul tak sengaja kot tertolak saya." Perlahan aku menutur kata. Eleh takde maknanya tak sengaja. Biarlah benda dah lepas pun.
"Kau jangan risau itu biar aku tolong jawabkan. Dan paling penting kau tak payah tipu, aku tahu dia memang betul-betul tolak kau kan?"
Aik... macam mana mau ditolong jawab nya. Macam lah dia kenal abi umi aku. Haihh...
"Ye la ye la. Dia memang sengaja tapi takpe lah biar Allah je balas." Jawab aku selamba. Acah-acah cool, tadi bukan main nak tumbuk bagai.
Aku pusing pandang dia. Nampak dia senyap. Mungkin tengah berfikir jugak kot. Malam ni aku dah terhutang budi dengan dia. Aku patut berterima kasih.
Tapi aku tak rasa malam ni je patut aku ucapkan terima kasih. Hari sebelum-sebelum ni pun dia banyak tolong aku jugak. Terlalu banyak. Sampai buat aku terpikir kenapa dia baik sangat dengan aku.
"Kenapa kau pandang aku macam tu? Nak buat bekal rindu ke sebab esok dah nak balik." Pertanyaan dia membuatkan aku tersentak. Terus aku alihkan pandangan.
Cis. Kantoi lagi. Huaa dah boleh rasa bahang kepanasan dimuka ini. Eh kejap. Perasan je orang nak rindu dia eee.
"Eleh perasan je dia. Padahal awak yang akan rindu saya nanti kan? Baik ngaku cepat. Boleh buat bekal awal-awal." Giliran aku mengusik dia. Ingat dia sorang boleh.
Dia memberhentikan kereta didepan lampu isyarat. Malam-malam macam ni bukan banyak sangat pun kereta. Patutnya Haikal ni langgar je lampu isyarat tu. Haha. Seronok aku mengajar.
"Yes." Dia jawab tiba-tiba. Hilang apa yang aku pikir tadi. Aku terus pandang dia.
"Yes what?" Soal aku dengan kening berkerut.
"Yes. I'm gonna miss you. Always." Dia pandang aku dengan pandangan yang memukau. Buat aku terkedu. Sumpah pandangan yang sama masa dia menyanyi dulu.
Dia kata akan rindu aku? Siyes ah. Aku main-main je tadi. Dah boleh bayang muka aku sekarang ni. Mungkin dah macam pakai blusher.
Aku terus pandang depan. Tergugat iman den kalau pandang lama-lama wei. Dengan hujung mata aku nampak dia still pandang aku. Cepat lah hijau lampu. Cepat la.
"Awak lampu dah hijau." Aku sedarkan dia. Nak cover lah kononnya. Padahal bukan ada kereta pun belakang.
"Cepat betul lampu isyarat malam ni. Selalu lambat. Aku nak buat bekal rindu pun tak sempat." Dia mengusik aku. Eee benci la.
Kemudian dia ketawa. Masam muka aku. Selalu nak kenakan orang ish.
p/s : harap dienjoy ya. ngak ada idea buk. maapin gue 🙏 jgn lupa votes ya ♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top