PERMULAAN | 00


Jauh di dalam sebuah hutan, seorang lelaki elok tergantung terbalik. Senyumannya langsung tidak pudar walaupun lelaki dihadapannya jelas keberangan.

"Berapa kali aku nak kena ingatkan kau yang aku tak suka kau ekori aku?" Desis Ayrez.

"Mana ada abang ekori? Abang cuma menghendap Ayrez sambil-sambil tangkap gambar tuan punya badan, hahaha." Balas Arvie selamba.

"Anyway, sakit tak tersadung tadi? Jatuh muka dulu tu hahaha. Umu. Still handsome!"

"..."

"Eh?"

BAMMM!

Alvarez dan Seth yang baru sahaja sampai ditempat kejadian, berpeluh teruk apabila melihat keganasan 18+ yang dilakukan Ayrez terhadap Arvie. Perlahan-lahan mereka memalingkan badan seakan robot rosak sehinggalah guru mereka memanggil. Tersentak bahu kedua-duanya.

"Get lost and don't you dare remember about this. You damn ittle brat."

"HIKK! SORRY!!!"

Terus kedua-duanya memecut dek takut. Ayrez Hernandez bukan boleh dicabar kesabaran dia! Meletus seakan gunung berapi!

Scary!

***

"Gah! Aku bebetul boleh trauma kalau guru mengamuk!" Rungut Seth sebelum duduk dibawah sebuah pokok yang rendang. Alvarez disebelah mengangguk setuju.

"Yeah. Guru lebih menakutkan daripada datuk kalau marah." Ujar Alvarez.

"Datuk? Kau bergurau ke? Orang tu tidur walaupun tengah berleter tahu tak?"

"Hahah yeah. Nenek yang selalu habiskan leter dia. Pelik, nenek kata datuk makin kerap tidur daripada zaman dia muda."

"Siapa tahu? Datuk dah tua kut. Lagi pun, dia bukan macam kita.."

Alvarez tersenyum kelat sebelum mengusap kepala sepupunya yang lima tahun lebih muda daripadanya.

"Jangan risau lah. Datuk tak apa-apa. Tapi kan, kau pernah tak fikir?" Soal Alvarez mengundang kerutan di dahi Seth.

"Fikir apa?"

"Masa silam guru? Maksud aku, Uncle Haze pernah cakapkan yang guru dulu tak cepat marah? Tapi ceria dan manja?"

Seth diam sejenak.

Ayrez tak cepat marah? Ceria dan manja?

"Aku rasa itu zaman guru hilang akal." Balas Seth tanpa berfikir dua kali bersama wajah blur. Alvarez yang mendengar, menekup muka.

"Kau ni.. Guru tu pun manusia jugak dulu. Mungkin ada something jadi? Ada ke hilang akal.. Haiih."

Seth sekadar angkat bahu.

"Mana tahu? Guru tu pun bukan waras sangat. Tengok abang dia pun dah tahu."

"Hey, itu biadab."

"Tapi kau tak nafikan."

"Tak bermakna aku setuju."

"Ada aku peduli?"

Terus Alvarez menumbuk bahu Seth. Ada aje mulut tu nak membalas!

"Hish. Cakap dengan kau, aku sediri boleh jadi tak betul." Kerutu Alvarez geram. Seth sekadar ketawa sebelum matanya menangkap satu susuk tubuh. Terus tanganya naik melambai.

"Auntie Red!"

"Hurmm?"

Wanita berambut merah atau Red Flame, tersenyum menatap anak murid suaminya. Hala tujunya bertukar arah. Lembut dia menyapa kedua-duanya.

"Apa kamu berdua buat di sini? Baru habis latihan?" Soalnya sebelum mengusap lembut kepala Alvarez. Remaja berambut merah delima itu, tersengih bersama pipi yang berubah tona. Seth yang melihat sekadar mencebik sebelum membalas.

"Nope. Guru tangkap Uncle Arvie jadi stalker tak berbayar dia lagi."

"Haa.. Tak pernah serik."

"Skru longgar."

Red tersengih dengan balasan Seth.

"Tapi dia tak macam tu sangat dulu."

Sebaris ayat daripada Red, berjaya menarik perhatian Arvie dan Alvarez. Kedua-duanya saling berbalas pandangan sebelum menatap isteri guru mereka.

"Maksud auntie?" Mereka nenyoal seretak.

"Hurm? Kamu berdua nak tahu kisah mereka?"

"Kalau boleh, apa salahnya? Kami nak tahu jugak latar belakang guru." Ujar Alvarez.

"Betul." Sokong Seth pantas.

Red berdiam diri untuk seketika. Berkira-kira patut atau tidak dia membuka kisah silam suami dan abang iparnya.

"Kau cerita aje Red. Aku tak kesah pun diorang tahu. Lagi pun, benda dah lepas."

Sampukan satu suara itu berjaya menarik perhatian tiga figura tersebut. Ayrez tenang sahaja berjalan kearah mereka bersama baju dan buku lima yang berdarah.

Yang pasti, bukan darah dia.

"Abang.." Red mengeluh dengan keadaan suaminya. Lelaki itu pula sekadar angkat bahu bersama wajah bersahaja.

"Jangan risau, aku tak lah jahat sangat nak cemarkan air laut dengan darah brocon jahanam tu. Aku lempar dia dalam hutan."

"Bukan itu masalahnya!"

"Hah? Oh yeah. Shit." Ayrez menyumpah kecil bersama wajah yang tergamam.

"Aku patut bakar dia sebetulnya! Alamak, aku tak bermaksud nak sakitkan perut binatang dalam hutan dengan daging dia!"

"Abang!" Red semakin geram. Tambahan pula, Ayrez seakan buat tidak faham!

"Eh? Salah eh? Ha'ah lah. Kalau bakar, cemarkan udara. Hurm. Macam yang aku jangka, aku patut hapuskan dia dengan asid kuat. Biar kulit dia perlahan-lahan terhakis-"

Tuk!

Ayrez mengaduh sakit apabila kepalanya selamat di hempuk Red. Eyy..

"Sakit lah!"

"Padan muka! Suka sangat buat benda-benda pelik! Dah, pergi ambik balik abang awak yang entah mana awak campak dia!"

"Hutan tropika. Tapi kan, Kenapa pulak aku kena ambik kalau boleh biar aje-aw aw aw aw! Okey! Okey! Abang pergi ambi-AWWWWW!!!"

Seth dan Alvarez hanya mampu berpandangan sebelum mengeluh.

"Seseram mana pun guru, dia tetap mahluk yang lemah." Ujar Alvarez.

"Lebih tepat lagi, takut bini."

"Seth, itu biadab."

"Lagi sekali, kau tak nafikan."

"Tapi boleh guna ayat yang lagi baik bukan?"

"Dan sekali lagi, ada aku peduli?"

"Eyyy.."

"Haa. Payah betul!"

Red bercekak pingang sambil menatap suaminya yang jelas merungut sebelum hilang mencari Arvie. Senyuman kecil terbentuk lalu bersemuka dengan dua remaja tersebut.

"Well, nampaknya dia dah bagi kebenaran. Jadi.."

Red menarik nafas panjang sebelum dihembus. Alvarez dan Seth pula, sudah siap sedia mendengar.

"Semuanya bermula.."

***

"Ayrez. Ayrez." Seorang kanak-kanak bernata heterochromia, cuba mengejutkan adiknya yang lena tertidur diatas katil.

"Hurmm?"

"Bangun lah. Dah pagi."

Si adik hanya mengeluh sebelum bangkit. Mata merah jambunya berbalas pandangan dengan abangnya.

"Okey."

Alright! Jadi buku kali ni fokus pada masa silam Ayrez sahaja! Jadi korang boleh lah faham hubungan Ayrez, Arvie, Heira serta penghuni Yggdrasil yg lain. Buku ni spin-off jadi sikit aje chapter dan bnyk time skip.

Nah, hadiah sebelum saya HIATUS untuk tiga/empat bulan lagi.

Baca lah buku ni sementara tunggu Eryl. Bai!

PENGENALAN WATAK
(watak yang akan kerap keluar)

ARVIE

AYREZ

ARBIELLE

AIRES

HEIRA

HAZE

RED

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top