NAMA KAKAK | 04
Ayrez tersengih menatap bulan purnama yang cerah bercahaya di malam hari. Mata ditutup saat angin menghembus badanya.
"Malam yang indah.."
"AYREZ HERNANDEZ!!!"
Bertambah sengihan Ayrez dengan jeritan amarah itu. Boleh dia bayang wajah Haze yang mengamuk akibat bulu hitamnya bertukar menjadi merah jambu.
Pfft.. Lol.
"Kuh kuh kuh. Tak sia-sia aku tukar sabun dia hari ni. Ehehe. Ah~, indahnya suara dia~."
"Jadi memang kerja kau huh?"
Terus Ayrez tegak satu badan. Perlahan-lahan dia memalingkan badan ke belakang. Senyuman tak bersalah diberi kepada abangnya yang jelas berwajah seakan mahu memarahinya.
"Mana ada. Abang ada bukti ke?"
"Ayrez Hernandez."
"I lav you~. Forgive me?"
Terus merah muka Arvie sebelum berdehem. Ayrez pula sudah bersorak didalam kepala. Senang aje nak elak abang dia marah. Heh.
"A-abang lepaskan kau. Lagi sekali. Tapi please, kawal diri tu. Nak kakak marah lagi ke?"
"Nope. Kakak comel lah kalau marah. Macam-"
"Don't mention her name Ayrez."
Terus Ayrez kunci bicara. Kepala ditunduk daripada menatap wajah abangnya. Dapat dia rasanya mata heterochromia milik Arvie menatap tajam dirinya.
"Balik ke bilik kau. Sekarang."
"Baik abang."
Terus Ayrez bangkit dan berlalu pergi. Sempat dia menjeling belakang abangnya sebelum beredar. Entah kenapa, setiap kali nama 'kakak' cuba disebut, abangnya akan berubah.
Dia tak suka.
Dia tak suka Arvie yang ada mata tu.
Mata macam Duke.
"Haa..Sudah lah Ayrez. Lupakan masa silam kau. Benda dah lepas. Kau dah tak ada kaitan dengan si sial tu." Pujuk Ayrez sambil memeluk tubuhnya sendiri.
"Brr.. Meremamg bulu aku."
Dalam masa yang sama, Arvie terduduk ditempatnya. Tanganya naik mengenggam rambut. Gigi diketap geram sehingga berbunyi.
"Aku tak akan maafkan kau Duke..Aku tak akan maafkan kau." Bisiknya berulang kali tanpa henti.
Masih dia ingat hari dimana dia dan Ayrez 'dibunuh' dan tidak akan sesekali lupakanya.
Dia akan balas balik.
Apa yang duke bagi..
..Mesti dipulakan semula bukan?
"Hehe.. Kakak sabar ya? Bagi Arvie sikit aje lagi masa. Lepas tu..Kakak akan betul-betul 'tenang'. Hehehe.. HAHAHA!"
Arvie ketawa sendiri, tanpa sedar aura merah sudah mengelilinginya. Roh seorang gadis, memeluknya daripada belakang. Wajahnya yang merekah, membentuk senyuman.
Dendam dia tak akan padam. Jika dia tidak boleh buat..
Arvie Hernandez boleh.
"Kakak.. Percaya..Arvie. "
***
Aires yang membaca buku di perpuatakaan diraja, sedikit terkejut apabila merasai suatu aura yang dikenali. Terus matanya terhala keluar tingkap.
"Kenapa aku tak sedap hati?"
"A~bang Aires!"
Ayrez muncul dibalik pintu bersama sengihan lebar. Namun, senyumannya sedikit kendur apabila tiada balasan daripada Aires. Terus bibirnya mencebik. Lebih-lebih lagi apabila raut wajah Aires seakan runsing sehingga tidak sedar akan kehadiran dia.
"Bagus. Sorang lagi moody. Period betul."
Terus Ayrez keluar dan mengeluh panjang. Tangan diseluk kedalam poket. Kakinya melangkah tanpa tujuan sehinggalah satu susuk tubuh menyapa pandangan matanya.
"Ah. Haze."
Terus dia berlari ke arah serigala yang mengembang bulunya. Raut wajah Haze juga seakan marah.
"Grr..Aku dapat budak tu-!!"
Ayrez melompat dibelakangnya tanpa segan silu. Semakin bengang Haze jadinya. Dah lah sesuka hati tukar sabun dia, lepas tu main lompat aje belakang badan dia?!
"OI! Kau pahal-"
"Ayrez sendu. Tak ada siapa nak layan."
"Kau..Haa.."
Haze mengeluh panjang dan membiarkan sahaja Ayrez bergayut dibelakangnya. Selamat lah tubuhnya dua kali ganda lagi besar daripada hantu abadi itu. Kalau tidak, tak ada makna dia nak biar.
"Kau gaduh dengan Arvie ke ni?" Soal Haze sebelum berjalan menuju ke kawasan latihan.
"Nak kata gaduh tu..Tak jugak. Aku hampir tersebut nama kakak."
"Heira?"
"Arbielle."
Haze terdiam. Dia sudah sedia maklum dengan nama tersebut.
"I don't know why he didn't like her name tho. But i believe he didn't hate her either. Just.. Why?" Soal Ayrez sayu.
"Aku sayang kakak dengan abang."
Haze hanya diam tanpa sebarang kata. Dia tahu perasaan Ayrez. Dia yang jaga dan lihat lelaki itu membesar. Sedikit sebanyak, tumpah juga rasa sayang sebagai abang kepada lelaki itu.
"Mungkin dia tak nak kau ingat kisah hitam korang."
"Tapi masih tak cukup kuat untuk dia tak bagi aku sebut nama kakak."
"Dia ada alasan dia Ayrez. Sabar lah. Nanti kau tahu jugak."
"Hurm."
Ayrez menyembamkan pipinya pada bulu tembal Haze. Matanya pula sekadar menjeling langit malam. Tangan pula elok bergayut dileher serigala agar tidak terjatuh kebawah.
"Hey Haze."
"Apa?"
"Bulu kau tembal lah. Kalau aku nak sikit buat kot boleh?"
"Nak mati?"
"Aku dah mati?"
"Mati lagi."
"Kedekut."
"Diam."
"Nyeet.."
"Grrr.."
"Rawr!"
"Wtf?!"
***
Ayrez meregangkan badanya di pagi hari. Seronok dia semalam gaduh dengan Haze. Dalam dia nak berjalan ke ruang makan, bahunya terlanggar si abang yang seakan baru sahaja bangun pagi.
"A-ah! Ayrez? Maaf abang tak tengok jalan." Pohon Arvie sebelum cepat-cepat beredar tanpa sempat Ayrez memberi jawapan.
Wajahnya jelas keliru sebelum mengangkat bahu. Kakinya kembali berjalan dan matanya menangkap susuk tubuh Aires yang bersandar pada pintu bilik Arvie dengan wajah yang keruh. Tangan juga sudah menekup muka menambah keliru Ayrez.
"Abang Aires?"
"H-huh? Ah, Ayrez. Pagi."
"Err.. Pagi? Abang buat apa dekat bilik Arvie? Tak jumpa jalan ke bilik akak Heira eh? Ke kena sepak tidur luar?"
Tuk!
"Aww.."
"Mulut tak pandai jaga betul."
Ayrez mencebik sakit. Bagus, pagi-pagi dah kena luku. Apa punya nasib pun dia tak tahu.
Curse you my bad luck!
"Tak ada apa pun. Saje bincang something dengan Arvie." Keluh Aires.
"Kalau bincang, asal mengeluh? Bincang cara nak mintak permission kakak nak tambah bini eh? Fulamak! Asal-"
Tuk!
Tuk!
"That's damn hurt!!"
"Mulut tu mulut. Haish kau ni."
Terus Aires beredar menambah bingung Ayrez. Abang tak bebel? Selalunya abang membebel dekat dia!
"Something fishy here." Bisik Ayrez tak sedap hati.
"Ayrez cepat! Nanti makanan habis!"
"H-huh? Hey! Makanan Ayrez jangan lah sentuh!"
***
Dunia manusia.
15 tahun kemudian..
"Papa, hujan lebat semacam lah." Soal Joe yang kini berusia 20 tahun. Matanya tidak lepas daripada kilat-kilat yang menyambar di luar tanpa henti.
"Tak ada apa lah. Semalam pun macam tu jugak." Ujar Duke sambil membaca surat khabarnya.
"Betul tu Joe. Kamu makan aje." Sambung Duchess.
"Okey."
Keluarga itu tenang sahaja menikmati hidangan diatas meja. Kehidupan mereka bahagia. Mereka langsung tidak peduli dengan apa yang sudah terjadi beberapa tahun yang lalu.
Apa yang mereka sudah lakukan kepada Arbielle, Arvie dan Ayrez.
Disebabkan itu..
"Suatu hari nanti..Aku akan datang untuk bayar balik jasa kalian~ ."
Lelaki berkerundung, muncul diluar rumah mereka. Berkepala tengkorak bersama sabit. Api hijaunya perlahan-lahan bertukar warna merah.
Sengihanya melebar.
"Terima kasih sebab dah bagi aku sebab untuk bunuh kalian~."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top