MANUSIA ATAU BINATANG? | 02

"hik.. Hik.. Maafkan kakak Arvie. Maafkan kakak. Kakak tak bermaksud. Hik hik.."

Arvie membuka matanya walaupun agak pedih. Suara kakaknya.

Itu suara kakak bukan? Desis hatinya.

Keluhan dilepaskan .Tubuhnya terasa berat. Perlahan-lahan matanya jatuh pada kepala Ayrez yang berdarah di dadanya. Spontan iris heterochromia miliknya membulat tak percaya.

"Ayrez!"

Tubuh adiknya digoncang. Rasa takut menyerbu disaat dia tidak mendapat balasan. Jantungnya berdetak tak seirama. Tanpa berfikir dua kali, terus tubuh adiknya di dukung. Sakit yang tidak dapat diungkap, diabaikan Arvie.

Pintu kurungan dibuka. Kakinya berlari mendapatkan sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan kawasan kurungan mereka.

Ya, mereka diseksa dan ditinggalkan begitu sahaja.

Langsung tiada rawatan.

Langsung tidak dipedulikan.

Mereka seakan khinzir yang diseksa untuk dimatikan!

Pupil mata Arvie bertakung dengan cairan jernih. Saat matanya menangkap susuk tubuh seorang lelaki pertengahan tahun, terus dia melaung kuat.

"Pak Cik Curl! Tolong Arvie! Ay-Ayrez tak sedarkan diri!"

Saat mendengar namanya dipanggil, lelaki itu berubah pucat. Cepat-cepat dirinya beredar masuk ke rumah kecil didalam kediaman Duke, membuatkan Arvie terkedu.

"Pak cik!"

"Diam lah! Jangan m-mintak tolong pada aku! Aku tak nak ada kena mengena dengan anak sial macam kau!"

BAM!

Curl menghempas pintu kuat tanpa mempedulikan teriakkan Arvie. Saat itu, Arvie seakan dapat mendengar kaca pecah..

Kaca yang pecah di dalam dirinya.

"Apa semua ni.." Bisiknya perlahan.

"Haa! Haa..!"

Mata Arvie membulat. Nafas Ayrez yang tiba-tiba seakan tersekat-sekat, mendebarkan hatinya.

"Ayrez? Ayrez?! Ayrez jawab abang Ayrez! Kenapa ni?!"

"S-sakit..Haa..! Haa..! Dada.. Dada Ayrez sakit..! Arghh!"

Arvie panik! Ayrez seakan tidak boleh bernafas!

Tidak! Tidak! Tidak!

Ayrez tak akan tinggalkan dia! Tak akan!

Arvie terus berlari dan mencari sesiapa sahaja tanpa menghiraukan keadaan dirinya sendiri.

Dia berlari dan berlari.

Namun, mereka yang ditemui..

Pergi tanpa rasa kasihan padanya.

Pada adiknya.

"ARGHHHH! BODOH! KAU SEMUA NI MANUSIA KE BINATANG,ANJING?!"

Arvie menjerit kuat. Pupil matanya mulai panas. Suhu badan Ayrez pula seakan semakin menyejuk. Mata Arvie membulat. Wap keluar daripada mulutnya. Salji mulai turun.

"A-Abang.. Ay-Ayrez tak boleh..Haa..Haa.."

"Jangan tutup mata kau Ayrez! Jangan kau berani tutup mata kau!"

Arvie tiada pilihan. Terus dia memecut keluar daripada kediaman Duke. Walaupun beberapa kali jatuh, dia tetap bangkit. Darah yang keluar, langsung tidak dipedulikan.

Ayrez keutamaan dia!

Dia..Dia tak akan hilang keluarga dia lagi..

Dia tak nak..

Tolong lah..

Tolong jangan bagi dia hilang adik dia..

"Jangan ambil adik aku..Tolong.. Tolong.. Jangan ambil dia.." Arvie berbisik dalam tangisan. Ayrez yang melemah, tersenyum tipis. Dengan suara dan bibir yang bergetar..

"Ma-maaf..A-abang.."

"A-Ayrez?"

". . ."

"AYREZ!"

"HAHAHA! MATI LAH KAU BUDAKKK!!"

Sebuah kereta, laju memecut kearah mereka! Terkejut bukan ke palang. Lebih-lebih lagi..

"D-duke..?"

BAMMMMMM!

***

"Kau yang panggil aku bukan?"

Aires menyoal serius. Matanya tidak lepas daripada menatap wanita yang terapung diudara. Bahkan, wanita itu sedang menangis. Seakan kesal akan sesuatu sehingga rohnya tidak aman.

"Tolong.. Tolong adik saya hik hik.. Semuanya salah saya hik hik.."

"Hey.."

Saat Aires mahu menggapai wanita itu, dia lesap dalam sekelip mata. Mata Aires membulat namun, kelibat wanita itu muncul di bangunan lain. Satu keluhan terlepas. Aires mengusap belakang kepala.

"Kau nak aku ikut kau huh? Okey?"

Aires mengikut jejak roh gadis itu. Hatinya mula tidak tenang apabila tangisan si gadis semakin lama semakin kuat.

"Apa yang kau nak tunjuk sebenarnya..?"

"ARHHHHH!!! ARHHHH!!"

Aires terkejut disaat jeritan gadis itu bergema tanpa dipinta! Lebih menggerunkan apabila roh itu bercahaya merah dan lesap tanpa jejak! Bertambah-tambah rasa tergamam Aires!

"Apa yang.."

Cahaya merah muncul tidak jauh daripada tempatnya. Hendak tak hendak, Aires memecut ke sana.

"Apa yang jadikan kau tidak tenang?" Soalnya sendiri.

Saat kakinya menjejak kawasan cahaya merah, badannya terus terkaku. Matanya bulat,mulutnya terbuka tak percaya.

"Dear Lord..!"

Dua susuk tubuh anak kecil, terdampar ditepi jalan. Berdarah-darah seakan dihentam sesuatu yang kuat! Pantas si lelaki memdapatkan kedua-duanya.

"Hey..! Hey..!" Tubuh dua anak kecil itu digoncang. Namun, tiada balasan! Aires menutup matanya. Nafas ditarik dan dihela.

"Ini ke.. Yang kau nak aku buat?"

"Hik..hik.."

Kepala Aires naik keatas, menatap roh gadis yang kini menangis dengan tangisan berdarah. Rambut hitamnya beralun-alun diudara.

"Tolong.. Tolong..hik hik.. Tolong mereka.. hik hik.. "

"Tapi-"

"Arghhhhhhh! Ini..Semua salah..Dia! Aku..Bunuh! ARGHHHHH! AKU BUNUH KAU..!!!"

Aires tergamam apabila merasai aura jahat daripada roh wanita itu. Tanganya terus naik memegang hulu pedangnya. Matanya berubah tajam.

"Hentikan niat kau. Kau tak patut bunuh manusia biasa."

"Tapi..Tapi adik aku..Mereka bunuh..Aku balas.. Aku balas balik!!! ARGHHHHHHHHHH!!!"

Aires menutup telinganya dek suara nyaring itu. Matanya terpejam sendiri akibat cahaya merah yang bercahaya sehingga menyakitkan mata. Saat matanya terbuka kembali, roh gadis itu hilang dalam sekelip mata.

"Damnit!"

Aires menyumpah kecil. Kakinya diangkat mahu mengejar si roh, namun ..

"K-kakak.."

"Apa..?"

***

Duke menghirup kopinya didalam bilik seperti tiada apa-apa yang baru sahaja berlaku. Duchess, isterinya masuk kedalam berasama dulang berisi makanan. Tanganya naik mengusap lengan. Entah kenapa rumahnya agam mereka sejuk semacam.

"Abang tak sejuk ke?" Soal si isteri.

"Hurm? Tak? Kalau awak sejuk, bukak pemanas."

"Baik lah.."

Suami isteri itu bersenang lenang di bilik mereka. Tanpa sedar, roh gadis bercahaya merah, menatap keduanya penuh benci dan amarah. Kukunya memanjang sekelip mata. Lampu-lampu disekelilingnya berkelip-kelip tanpa henti.

"Mesti..Bunuh..Mesti..Arvie..Ayrez.."

"Hentikannya."

Roh gadis itu berpaling. Wajahnya serta merta berubah bengis. Dia menjerit nyaring kepada Aires yang tenang ditempatnya.

"ARHHHHHHH! AKU KENA BUNUH..! BUNUH MANUSIA!! ARHHH!!"

SWOSHHHH!!

Aires tersenyum kelat apabila kuku roh itu berada sipi tepi kepalanya. Serangan itu langsung tidak menyentuh tubuhnya membuatkan si gadis bertambah marah.

"ARHHH! Pergi! Pergi! Arhh!!"

SWOSHHHH!!!

Aires mengenggem hulu pedangnya. Badanya ditunduk mengelak serangan bertali arus si roh. Mata dipejam rapat. Kilat-kilat dilangit mula menyambar! Roh si gadis menjerit saat kilat-kilat itu menyambar bumi!

BAMMM!

BAMMM!!

Elektrik terpadam serta merta!

"Maafkan aku.." Aires berbisik. Pedang keluar daripada sarung. Matanya sayu menatap roh tidak tenang dihadapanya.

"ARHHHHHHHHHH!!"

ZZZAPPPPPPPPPP!!!

Tidak sempat gadis itu menghilang, kepalanya sudah melayang keudara! Bahkan, badanya mula hilang seakan kaca! Air mata berdarahnya menitis.

Aires menyimpan pedangnya. Badanya langsung tidak berpaling menghadap roh yang mula hilang dibelakangnya. Rintihan gadis itu didengar tanpa sebarang celahan.

"Aku..Cuma nak adik.. Adik aku hidup. Aku..Mahu mereka hidup..Aku..hik..hik..Tapi apa salah mereka? Aku yang salah..Aku yang salah buat kerja gila..Aku..Cuma nak mintak maaf..Hanya sekali.."

Aires berpaling kebelakang. Barulah dia menatap, roh gadis itu.

"Ayrez.. Arvie..Kakak mintak maaf..Kakak mintak maaf..Kakak sayang kamu berdua..Hik hik.. Salah ke kalau aku mahukan.. Keadilan?"

Roh itu hilang serta merta. Aires menarik nafas sebelum dilepaskan. Matanya sempat menatap rumah kediaman Duke yang kecoh akibat terputus bekalan elektrik.

"Kalau lah kau tak datang ke sini . Kau mungkin boleh mintak maaf pada adik-adik kau. Keadilan boleh dicari tetapi bukan dengan membunuh. Jika tidak, kau sama sahaja seperti mereka, Arbielle." bisiknya sendiri.

"Tuanku."

Aires berpaling. Menghadap Seorang lelaki berkepala serigala. Zirah perangnya megah menyarung badannya yang sasa.

"Haze."

"Budak-budak tu sudah dibawa ke Yggdrasil. Apa rancangan tuanku seterusnya?" Soal Haze.

"Hidupkan mereka."

"Apa?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top