KHIANAT | 06
Ayrez POV
Aku tak sangka. Apa yang aku nak elak, betul-betul jadi. Saat aku sampai sahaja di hadapan rumah agam Duke, semuanya kacau bilau.
Dari pengawal sehingga ke pekerja biasa.
Mayat mereka bergelimpangan.
Pemandangan di sekitar aku.. Sungguh ngeri. Red disebelah juga seakan mahu muntah dengan jumlah mayat dihadapannya. Perasaan di sini agak berbeza di medan perang.
Aku membunuh, namun tujuan aku demi melindungi orang aku, rakyat Yggdrasil.
Bukan. . . Untuk aku menghukum.
"Tolong.. Tolong bukan kau."
Aku terus masuk tanpa mempedulikan Red. Fikiran aku hanya Arvie. Bau tengik darah, menusuk masuk kedalam hidung. Setiap langkah yang aku ambil, terasa berat.
Ya, aku benci penghuni di sini.
Tapi, mereka tak patut mati macam ni! Kematian bukan hukuman yang sesuai untuk sampah seperti mereka!
"Arghhhhhhhhh!"
Jeritan yang maha kuat itu, berjaya membuatkan aku terus memecut mencari puncanya. Laungan Red langsung aku tidak hiraukan.
Aku kenal suara tu. Aku kenal sangat!
"JOE!"
BAMM!
Terus kaki aku menyepak bilik Joe tanpa berfikir dua kali.
Dan mimpi ngeri aku..
Jadi nyata.
"Hurm? Oho? Hai A~yrez."
"A-Arvie?"
***
Sekarang..
"Kau dah besar Ayrez. Besar sangat. Abang bangga."
Aku diam bersama Red di sisi. Buku lima aku kepal sebelum bangun. Mata merah jambu aku bercahaya terang sebelum perlahan-lahan berubah menjadi hijau. Gigi aku ketap sekuat mungkin sehingga berbunyi.
"Jangan.. Aku.."
"Hurmm? Ayrez kata apa? Abang tak dengar~"
"JANGAN BUAT LAWAK DENGAN AKU LAH SIAL!!!"
Dan aku menyerbu.
***
Ayrez yang berada dalam bentuk hantu abadinya terus mendapatkan Arvie sehingga lelaki itu terseret masuk kedalam rumah! Wajah hantu Arvie dicengkam dan tubuhnya terseret sama!
BAMMMMMM!!
Arvie terhempas kuat pada dinding sehingga berlubang. Erangan kecilnya terlepas. Apabila dia mahu bangkit, kolar bajunya dicengkam Ayrez. Dengan suara yang lantang..
"BAGI BALIK ABANG AKU LAH BODOH!!"
DUSSHHH!!!
Ayrez terseret kebelakang akibat tendangan Arvie. Hantu berapi jinga ketawa kuat sebelum menatap wajah garang Ayrez.
"Aku memang abang kau lah~. Jangan cakap kau dah lupa abang kau?"
"Abang aku bukan pembunuh macam kau! Dia tak akan balas dendam pada orang yang tak penting bagi dia!" Jerkah Ayrez lagi.
Arvie mendidih. Telingannya berdesing dengan segala tutur kata Ayrez.
"Pembunuh? Kau kata aku pembunuh?! Habis tu, jahanam yang bunuh kita tu apa?!"
"SAMPAH!"
Arvie terdiam.
"Diorang sampah! Sampah yang dah bunuh kita! Sampah yang dah buat hidup kita hancur dan sampah yang dah jahanamkan keluarga kita! Dan kau!"
Jari telunjuk, Ayrez halakan pada Arvie.
"YANG KAU CEMARKAN TANGAN KAU DENGAN SAMPAH APAHAL SETAN?! KAU DAH GILA SANGAT KE SAMPAI BUAT KERJA BODOH NI HAH?!"
Sepi. Suasana sepi seketika sebelum Arvie meledak ketawa. Apa yang lawaknya, Ayrez sendiri tidak tahu.
"Haa.. Aku patut tahu itu jawapan kau."
"Huh?"
"Tapi Ayrez.."
Mata Arvie jatuh pada Ayrez. Senyuman bergayut di bibirnya. Sabit panjang berkepala tengkorang diseru.
"Aku tak peduli. Aku tak peduli kalau mereka sampah. Dan kalau ya, bukan ke tugas kita untuk buang mereka? Abang hanya buat kerja abang.." Suara Arvie melerek membuatkan darah Ayrez berderau.
"Abang sa~yang Ayrez. Sebab tu abang tolong Ayrez buang mereka. Ayrez tahu? Abang tak suka bila Ayrez menjerit ditengah malam kadang-kadang, sebab mimpi ngeri. Mimpi ngeri tu..Fasal mereka bukan?"
Ayrez kaku. Tubuhnya mengeras tiba-tiba.
"Poor unfortunate soul. Your brother just want to do his job ya'know? I'm want to protect you."
"I don't need your protection. Hell, i never ask you for it!"
"But it's still my role." Tajam mata Arvie memanah Ayrez.
"And i will do it properly."
Ayrez mengenggam buku limanya. Dia tak tahan lagi. Kata-kata Arvie..
"Arhhhh! Persetankan semua kata-kata kau! Kau bukan nak jalankan tanggungjawab kau sebagai abang, tapi kau cuma nak lunaskan dendam kau! Lidungi aku? Do your role? What kind of bullshit is that huh? Don't screw with me you prick!" Sembur Ayrez geram besama mata yang menyala terang.
Arvie mengeluh panjang.
"As always.. Mulut kau memang biadab."
Wajah Arvie berubah dingin.
"It's seems i need to teach you properly this time."
"Oh yeah?! Bring it on!!"
PRANGGG!!!
Sabit dan pedang saling bertembung! Tetakan demi tetakan, masing-masing tidak lelah menghayunkan serangan pada sasaran masing-masing!
"Ghost, Second Grave!" Tubuh Ayrez bercahaya terang! Api hijaunya berubah menjadi merah bersama kilat-kilat kecil yang mengelilingi!
Arvie yang melihat, menyeringai dengan bentuk hantu adiknya. Sabit diputarkan beberapa kali sebelum menyerbu ke depan!
"NICE AYREZ! NICE! KAU MEMANG SEMAKIN KUAT!!"
PARNGGGGGGG!!!
Mata Arvie terbuka luar disaat tetatkkan sabitnya terhenti akibat lima bilah pedang merah yang menahan ! Kelima-lima pedang itu sama seperti pedang kesayangan Ayrez!
"Apa..?"
DUSSHHH!!
Arvie menahan kemas sebilah pedang yang hampir menikamnta daripada brlakang. Mulut berdecih sebelum sabitnya diputar sekuat mungkin sehingga menghasilkan letusan dahsyat!
BRAMMMMMMMM!!!
BOOOMMMMMMMM!!
Asap mengaburi pandangan. Arvie memerhati sekelilingnya sebelum dihujani dengan pelbagai serangan daripada pedang Ayrez!
TSKKKKKK!!
TSKKKKKK!!
TANGGGGG!!
Bilah pedang dan sabit saling berdentum! Arvie sedikit sukar mengelak namun tidak walaupun satu pedang Ayrez menyentuh dirinya!
"Ha! Itu sahaja yang kau ada?!"
"Siapa cakap?!"
BAMMMMMM!!
Tidak sempat memberi riaksi, tubuh Arvie dibanting kuat oleh Ayrez daripada belakang! Tanah tubuhnya terhempas meretak kuat! Arvie terbelalak lalu serta merta dia kembali dalam bentuk manusianya.
Tidak berlengah , leher abangnya dicengkam kuat! Arvie mengetap gigi bersama senyuman. Tangan cuba meleraikan cengkaman Ayrez!
"Kau tak akan berani Ayrez! Kau masih sayangkan aku bukan? Kau tak akan buat apa-"
"Apa yang buat kau yakin?"
Arvie kelu. Dia kaku disaat matanya berbalas renungan kosong Ayrez.
"Kau bukan abang aku." Badan Arvie dihentak pada lantai. Kuat bunyinya.
"Ayrez.." Arvie memanggil.
"Kau bukan abang aku." Sekali lagi, tubuh abangnya dihentak. Suara Ayrez semakin bergetar. Cairan jernih mengalir di pipinya.
Mata Arvie membulat.
Senyuman diukir walaupun payah.
"Maafkan abang.."
"KAU BUKAN ABANG AKU!!"
Sepantas kilat sebelah tangan Ayrez menghunus salah satu pedangnya! Matanya tepat menyasarkan Arvie yang tersenyum bersama mata yang terpejam!
SHRAKKKKKKK!!!
"Enough."
"Ayrez."
Tubuh Ayrez kaku begitu juga Arvie. Tangan yang menghunus pedangnya, dicengkam seseorang. Tubuh sasanya pula, dipeluk daripada belakang. Serta merta, bentuk hantunya terbatal. Cengkaman pada abangnya juga terlepas.
"Enough both of you."
Ayrez terduduk dalam rangkulan Red. Aires yang mencengkam tanganya tadi, menatap sayu padanya sebelum menghadap Arvie yang jelas kelihatan berang.
"Kenapa hentikan dia..?"
"Cukup Arvie. Tidak.."
Aires menyeru tombak emasnya membuatkan Arvie terbelalak. Terus dia berada dalam bentuk hantunya kembali untuk melarikan diri, namun Heira serta panglima perang Yggdrasil datang menahan!
BAMMM!
"ARGHHH!!"
Arvie meronta-ronta garang. Namun, Semuanya sia-sia! Dia kembali dalam bentuk manusia dan menatap tajam pada Aires yang menghampiri.
"Jahanam kau! Jahanam kau semua!! Arghhh!"
"Aires.." Heira memanggil dalam getaran. Dia yang memegang lengan Arvie menguatkan pegangang.
"Buat cepat."
Aires hanya senyap sebelum mengangkat tombaknya ke atas. Sasaranya tepat pada jantung Arvie.
"Cukup sampai disini sahaja Arbielle. Cukup kau gunakan Arvie dan hasut segala dendam padanya."
Ayrez kaku. Matanya terangkat pada Arvie yang turut sama tergamam. Kepala digeleng laju seakan menidakkan.
"Kakak..?" Suara Ayrez melerek sesal.
"Tak! Bukan! Aku bukan kakak! Aku Arvie! Jahanam kau!"
Aires mengeluh.
"Aku tahu sejak dulu lagi. Tapi aku pejam sebelah mata sebab aku fikir kau mungkin masukan secebis roh kau dalam Arvie supaya boleh lihat mereka membesar. Tapi nampaknya.."
"..Semuanya sia-sia." Sambung Heira.
Matanya tajam menatap Arvie.
"Kenapa kau buat macam ni pada adik kau? Pada Arvie?" Soal Heira.
"Diam! Diam! Kau tak tahu apa yang aku rasa! Aku cuma buat untuk adik-adik aku! Manusia tu! Manusia tu patut mati! Bukan aku! Bukan adik-adik aku!!"
"Tapi bukan bermaksud kakak boleh guna Arvie untuk membunuh mereka! Kakak bukan penghukum!" Jerkah Ayrez bersama tangisan.
Kenapa kakak?
Kenapa buat semua ni?
Red yang turut sama ditemani air mata memegang tubuh Ayrez yang jelas semakin lemah .
"Akak guna? Akak? Hahaha! Ayrez tahu tak? Arvie pun nak bunuh mereka? Tak, Arvie yang rela nak bunuh!! Hahaha!"
Ayrez kaku. Dunianya semakin berputar. Segala perasaan bercampur baur.
"Apa..?"
"Kau pekak ke?! Abang kesayangan kau pun memang nak bunuh mereka! Abang kau bukannya baik sangat lah!! Hahaha!!"
"AIRES BUAT SEKARANG!!" Jerkahan Heira sudah cukup untuk Aires merenjam tombaknya tepat pada dada Arvie!
"JANGAN-!!"
"ARHHHHHHHHH!!!"
Cahaya terang menerangi seluruh kawasan tersebut! Cahaya seakan silinder naik ke langit sebelum hilang perlahan-lahan. Tangan Ayrez yang ingin mencapai abangnya terjatuh ketanah.
"Akhirnya.. Arbielle pergi untuk selamanya." Bisik Aires.
Aires menghilangkan tombaknya. Tubuh Arvie masih ada dan matanya terbuka perlahan-lahan. Senyuman tawar terbentuk.
"I guess so.."
"Kau sedar apa yang jadi bukan?" Soal Aires tegas. Arvie mengangguk lemah.
"Jadi.. Kau memang bunuh mereka? Kerana kehendak kau?" Soal Ayrez lemah.
Arvie pula, diangkat oleh Haze bersama tangan yang di ikat dengan sihir. Matanya kosong membalas. Mulut dibuka lalu..
"Ya. Memang abang nak bunuh mereka. Itu hukuman yanb setimpal untuk mereka. I'm not regret." Menjawab tanpa perasaan.
"Tapi.. Kenapa penghuni.."
"Mereka pun layak terima."
"I see.."
Aires yang melihat, menarik nafas sebelum dihembus payah. Mimpi ngeri yang sentiasa mahu dielakkan, akhirnya terjadi didepan matanya sendiri.
"Heira dan Lizz, tolong bawa Arvie ke kurungan. Grant dan Roxy, tolong palsukan semua memori manusia yang melihat kejadian di sini termasuk lah baiki apa yang patut pada rumah agam ini supaya tidak timbul masalah. Dan Haze.."
Haze mengangguk tanpa Aires perlu menghabiskan bicara. Matanya menjeling Ayrez yang masih kaku ditempatnya.
"Ayuh-"
Buk!
"AYREZ!!"
Ayrez hilang kesedaran diri.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top