KESAKITAN | 01

"Ayrez.. Ayrez.."

Tangan kecil budak lelaki itu, digoncang perlahan. Bibirnya yang sedikit pucat, membentuk senyuman disaat si adik mula terjaga.

"Urmm..? Brother? What's up with you..? It's still too early.."

Arvie ketawa dengan rengekan adiknya. Rambut hitam Ayrez diserabutkan selamba sebelum bercekak pinggang.

"Come on sleepy head. Kalau lambat bangun nanti, tak cukup makanan tahu?"

"Makanan pernah ke cukup.?" Rungut si adik perlahan sebelum turun daripada katil. Lengan abangnya di sambar sebelum melentokkan kepala pada bahunya.

"Abang.. Ayrez nak tidur lagi.."

"Kalau rasa nak lapar seharian, tidur lah balik."

"Tch."

Ayrez mencebik namun tetap mengekalkan posisi yang sama. Arvie sekadar ketawa. Mata heterochromia yang berwarna kuning dan birunya, menatap lebam di bawah bibir si adik. Spontan tanganya naik memegang pipi Ayrez.

"Siapa buat ni?!"

Mata Ayrez membulat dengan jerkahan si abang. Liur diteguk susah.

"A-Ayrez jatuh?"

"Sial tu buat kau kan?"

"Ta-Tak! Maksud Ayrez..Dia. Tapi, salah Ayrez! Ayrez yang-"

"Jahanam!"

Terus Ayrez menyambar tubuh abangnya . Badanya mengigil. Tidak! Tidak! Abangnya tak boleh bergaduh lagi dengan lelaki tu!

"Ayrez lepas! Biar abang ajar sikit si lahanat tu!"

"No! Jangan! Nanti Duke pukul abang lagi!"

"I don't care! That old pig can go to hell! That brat, he fucking dead! How dare he hurt you?!"

"But i care, damnit!"

Arvie terdiam. Bahu adiknya terhinjut-hinjut akibat tangisan. Sedikit sebanyak, tangisan itu buatkan Arvie serba salah. Perlahan-lahan, tanganya naik memeluk Ayrez.

"Abang.. Maaf."pinta Arvie.

"Sebelum buat something..Fikir fasal diri sendiri boleh tak? Tak pun, fikir fasal Ayrez! Hik..Hik.. Ayrez tak nak abang luka lagi. Hik hik.."

Arvie terdiam sebelum mengeluh.

"Sorry."

"For..?"

"For make ya' upset. Next time, I'll control my temper. Promise."

Ayrez mengelap air matanya. Mata bulat berwarna merah jambunya, menatap wajah si abang. Senyuman kembali terukir.

"That's what i want to hear. Now, let's eat!"

"Eating while watching that pigs in pain, feel much more better though." Omel Arvie tanpa didengari Ayrez.

"Abang cakap something?"

"Eh? No? Dah-dah. Jom turun."

***

"Nah."

Buk.

Mahu sahaja Arvie melayangkan punumbukanya kalau bukan Ayrez menghalang. Kepalanya digeleng tanda 'jangan', membuatkan abangnya merengus geram.

"Aik? Kau tak nak makan ke ayam tu? Ruginya." Sinis si pelempar.

"Atas lantai, tak akan nak makan?" Balas Ayrez bersama senyuman.

"Kenapa? Bukan tu ke benda kau makan sebelum ni?" Soal budak lelaki berpakaian mewah dengan angkuh sekali. Senyuman sinisnya, jelas terpahat pada wajahnya.

"Last aku check.." Ayrez buat gaya berfikir bersama dahi yang berkerut. Kemudian,tangan naik menggaru kepala.

"Tak ada pun? Kau rabun kut masa tu. Apa kata kau buat cermin mata? Kesian otak kau salah tafsir banyak benda sebab kau tak nampak. Otak kau dah lah-Ehem. Kecik tu agak kasar. Ah, tapi itu lah hakikatnya." Balas Ayrez selamba.

Mereka mungkin tak boleh apa-apa kan budak lelaki itu secara fizikal, tapi mental? Serah saja pada Ayrez!

"Jadi kalau kau pakai cermin mata, maybe otak kau berkembang sikit? Aku tahu merepek, tapi ini kau kut? Benda merepek aje kau faham."

"Apa kau kata?!"

Arvie tarik sengih. Ayrez dengan mulut dia, memang bisa.

"Opps? Maaf, aku tak sengaja jujur."

"Kau!"

Arvie pantas menarik Ayrez ke belakangnya. Mata heterochromia miliknya, tajam menatap budak lelaki berambut coklat, atau Joe Nightcrom yang mahu menampar Ayrez.

"Berani sentuh adik aku, nahas kau."

Joe merengus.

"Huh! Adik beradik keturunan pelacur sama aje! Menjengkelkan!"

Terus Joe kembali duduk di atas kerusinya. Sedikit sebanyak,gerun juga dia dengan Arvie.

"Pelacur?"

Joe tersentak. Perlahan-lahan kepala dipusing menghadap Arvie. Idea jahat muncul didalam benak otaknya. Senyuman sedih sengaja diukir.

"Aku tercakap pelacur ke tadi?"

"Kau..!"

"Ah, ah, ah. Kenapa kau nak marah? Benda betul kan? Kau adik pelacur yang cuba goda bapak aku kan? Kau.."

Jari telunjuk dihala pada dua beradik itu.

"Kau sedar tak, kau tinggal dalam rumah ni sebab perbuatan dia tu? Huh! Jijik!"

"Diam lah! Apa kau tahu fasal kakak aku hah sial ?!"

"Arvie nanti!"

BUK!

***

Pakk!

Pakk!

Ayrez menangis dan menangis. Segala rintihan langsung tidak diedahkan oleh lelaki pertengahan umur itu. Badannya terus menerus menerima bisa rotan lelaki itu sehingga berbirat. Kulitnya yang putih, jelas mempunyai kesan luka yang belum sembuh membuatkan darah mengalir. Segala parut, jelas terpahat ditubuh kecilnya.

"S-sakit..Sa-sakit Duke! Tolong..Hentikan..Hik hik.."

"Kau dengan abang kau sama aje bodoh! Berani tumbuk anak aku kan? Kan? Rasakan! Dasar budak jahanam!"

"Arghhh!"

"Ayrez! Arghhhh!"

Ayrez cuba membuka matanya. Abangnya yang berada di sel tidak jauh daripadanya, turut sama mempunyai nasib yang sama namun diperlakukan oleh seorang wanita sebaya lelaki yang digelar Duke.

"Huh! Ingat berani sangat! Suka hati aje kau buat anak aku! Rasakan! Kau rasa apa jadi kalau sentuh dia!"

"Arghhhh!"

"A-abang.."

Ayrez cuba bangkit. Tangan dipanjangkan, mahu mencapai abangnya. Namun, tubuhnya menerima satu lagi habuan. Jeritannya bergema. Tangisanya menjadi melodi suram yang mampu menitiskan air mata.

Dua beradik.

Nasib mereka tidak terbela.

Tidak walau sehari, tubuh mereka pasti menerima parut dan kesan berbirat yang baru.

Kenapa mereka yang perlu terima semua ini?

Kesedaran Arvie kian menghilang. Namun, disaat akhir, matanya sempat menangkap satu susuk tubuh yang bercahaya. Matanya bertembung dengan iris Arvie.

"Ka-kakak.."

Dalam masa yang sama..

"Aires! Awak dekat mana ni? Jangan cakap awak merayau lagi?" marah seorang gadis di dalam sebuah prisma bulat yang elok terapung dihadapan lelaki berkerundung. Rambut hitamnya yang panjang, cantik terikat.

"Jangan lah risau Heira. Saya bukan jalan ke mana pun. Dunia manusia aje."

"Itu yang saya bimbang. Awak akan ke sana kalau awak jumpa roh tidak tenang. Yang mana, akan timbul masalah dikemudian hari. Haaih." Keluh si wanita.

"Hehe. Janji saya balik lepas settle kerja dekat sini okey? Love you sayang! Muah!"

"Gedik."

Lelaki itu ketawa sebelum memutuskan panggilan. Senyuman yang terukir, perlahan-lahan mengendur. Badan dipusingkan kebelakang. Matanya menatap seorang gadis berbaju putih. Wajahnya jelas kesedihan seiring dengan air mata yang mengalir di pipinya.

"Kau yang panggil aku bukan?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top