DEMI ABANG | 07
Sejak daripada itu, Ayrez langsung mengasingkan dirinya daripada semua orang. Sebelum itu, dia juga tidak sedarkan diri selama seminggu. Otaknya seakan memaksa dirinya untuk lena sebelum terpaksa menghadap rialiti yang menyakitkan sekali lagi.
"Ayrez." Red menampak masuk kedalam bilik yang mereka kongsi. Ayrez yang sudah sedar, menoleh padanya tanpa sebarang emosi.
"Makan?"
"Hurm."
Red meletakkan dulang sebelum mengambil bubur yang dimasaknya. Perlahan-lahan dia melabuhkan duduk diatas birai katil.
"Nak saya suap?" Soal si naga mesra membuatkan Ayrez tersenyum tipis.
"Aku bukan budak-budak." Balasnya lembut.
"Ya, tapi tak salah kan?"
"Aku ada pilihan ke untuk tolak?"
"Kalau saya kata tidak?"
"Agak dah."
"Hehe. Nah."
Red menyuap Ayrez tanpa segan silu. Penuh kasih dan sayang. Ayrez nampak itu, namun dia butakan mata dan hatinya.
Belum masanya lagi.
"Ayrez."
"Hurm?"
"Awak.. Nak jumpa abang awak?" Red menyoal berhati-hati. Ayrez terdiam.
"Siapa abang aku?" Soal Ayrez tanpa perasaan.
"Ayrez."
"Aku tak kenal dia. Hell.." Ayrez ketawa kecil.
"Aku ada kelurga ke sebelum ni? Seingat aku tak."
"Awak nak buang mereka macam tu aje? Keluarga awak?"
Terus mata Ayrez mencerlu tajam pada Red. Gadis naga tenang membalas. Langsung tidak tergugat dengan renungan tajam si lelaki.
"Mereka khianat aku. Mereka buat sesuatu yang mereka tak patut buat dan kau expect aku untuk terima semua tu?!"
"Tapi awak boleh dengar penjelasan dia, abang awak. Awak mas-"
"Aku tak peduli. Apa nak jadi lepas ni, jadi lah."
"Ayrez!"
Ayrez buat tak peduli. Bubur ditangan Red ditolak lembut. Kepala berpaling daripada gadis naga.
"Go away. Aku nak bersendirian. Aku.. Cuma nak kosongkan fikiran, Red."
Sepi.
"Please."
Red mengeluh panjang. Bubur diletakkan diatas dulang.
"Kalau awak lapar, saya masih tinggalkan makanan atas meja." Bisik Red sebelum beredar meninggalkan Ayrez sendirian.
Apabila yakin gadis itu sudah pergi. Ayrez menutup matanya bersama air mata yang tertahan.
Bukan dia tidak mahu berjumpa abangnya.
Dia dah jumpa.
Sehari selepas dia sedar.
Tanpa sesiapa tahu.
***
Ayrez memegang kepala yang sakit. Waktu malam, waktu ketika kesemua hidupan Yggdrasil tidur, dia pergi ke kurungan purba tidak jauh daripada Pokok Agung Yggdrasil.
"Arvie.."
Buk!
Ayrez jatuh apabila sakit kepalanya menyerang. Tubuhnya masih lemah, tetapi dia tetap gagahkan badan untuk berjumpa abangnya.
"Urgh.."
Ayrez bangkit dalam kesakitan. Kakinya terus membawa dia pergi ke destinasinya.
Dia berjalan, berjalan dan berjalan.
Lalu..
"Kenapa paksa diri untuk tengok abang?"
Suara Arvie menegur. Suara yang dia rindu. Suara yang menjadi melodi sejak dirinya masih kecil. Suara yang menemaninya ketika susah dan senang dan suara..
Yang mengkhianat kepercayaanya.
"Arvie."
Ayrez, berdiri betul-betul dihadapan kurungan abangnya. Abangnya yang terikat dengan rantai besi yang sudah di sihir. Dia atau Arvie, tidak mampu untuk memutuskannya kecuali nyawa Aires terpisah daripada jasad. Lantas, mereka hanya mampu bersemuka bersama jeriji besi yang menjadi penghalang.
"Kau datang.. Kau okay?" Soal Arvie lembut.
Tidak dapat ditahan, air mata Ayrez tumpah.
Itu lah Arvie. Abang yang dia kenal.
"Abang.." Ayrez memanggil sebelum terduduk dihadapannya.
"Kenapa..? Kenapa abang tak bagi tahu Ayrez?" Soal Ayrez sebak.
Arvie tersenyum tawar.
"Sebab abang tak nak Ayrez nampak sisi abang yang itu. Abang tak nak.. Ayrez risaukan abang. Risau akan tindakkan gila abang."
"Tapi abang boleh buat Ayrez benci abang tahu tak?!" Bentak Ayrez.
"Jadi kenapa?! Kenapa buat Ayrez benci abang?! Kenapa biar roh kakak hasut abang?! Kenapa?!"
Bam!
"Kenapa..?" Ayrez menggenggam buku lima yang menubuk jeriji abangnya. Matanya tidak lepas mencerlu pada Arvie yang sekadar senyum segaris.
"Sebab abang benci mereka." Balas Arvie datar.
"Abang benci mereka. Benci sampai abang memang nak bunuh mereka, kerat dan seksa mereka dengan tangan abang sendiri. Tapi abang fikir.. Kalau abang buat macam tu, then how about you? What will people think about you? About me killing human without a valid reason?" Arvie tergelak kecil.
"Lebih baik Ayrez benci abang daripada Ayrez sayang abang. Sekurangnya mereka tahu.. Ayrez tak ada kaitan dengan kerja kotor abang "
"Apa?" Ayrez kaku.
"Kalau... Ayrez benci abang. Maksudnya abang boleh pergi dengan lebih aman. Abang boleh terima hukuman abang dengan lebih mudah, tanpa perlu fikirkan keadaan Ayrez. Sebab tu abang fikir, lebih baik kakak rasuk abang. Jadi, Ayrez boleh benci abang.. Benci sehingga abang pergi pun, Ayrez tak akan terkesan. Itu.. Apa yang abang fikir." Jelas Arvie di ikuti tawa halus.
"Bodoh."
Ayrez ketawa. Ketawa yang kecil berubah menjadi dekah. Arvie didalam kurungan hanya mampu melihat dengan wajah yang sakit.
"Abang memang bodoh! Bodoh yang Ayrez sendiri tak tahu dekat mana tahapnya! Risau? What the hell?! HAHAHA!!"
Ayrez berhenti ketawa. Matanya kosong menatap Arvie.
"Semuanya.. Sebab aku bukan?" Soal Ayrez datar. Arvie jadi tidak senang. Hilang sudah Ayrez-abang dari mulutnya.
"Hey, jawab lah. Semua sebab aku bukan?"
"Ayrez..Ini bukan.."
"Well, bullshit."
"Huh?"
Jeda. Suasana menjadi sepi.
" 'ah, semua salah aku. Aku tak patut lahir. Kalau tak, semua ni tak akan jadi.' funny, aku tak rasa nak cakap macam tu." Ayrez gelak lagi.
"Sebab benda tu betul. Jadi tak payah kut aku cakap? Kau pun faham."
"NO! Ayrez jangan salah faham! Abang buat sebab abang nak! Ayr-"
"So? Like i said Arvie. Bullshit. Punca dan sebab kau, memang ada kaitan dengan aku! Tapi!" Jari telunjuk Ayrez naik menunding pada Arvie.
"Tapi semua ni tak akan jadi jugak kalau kau tak ada fikiran bodoh tu! Reason kau memang buat aku terharu nak mati! Wow!" Sarkastik Ayrez berkata.
"Sayangnya cara kau...Cara kau salah. Salah sangat-sangat." Suara Ayrez mengendur. Matanya kembali menatap Arvie yang sudah berkaca-kaca matanya.
"Aku kecewa."
"Maafkan abang Ayrez.." Arvie memohon. Menangis bersama suara yang bergetar.
"Maaf? Kau tak buat salah pada aku Arvie. Kau.. Kau buat salah pada diri kau sendiri. Kau bunuh manusia biasa yang kau sendiri rasa level dia macam sampah. Tambahan, kau libatkan mereka yang tak ada kaitan. Habis kau?"
Semakin kuat tangisan Arvie membuatkan Ayrez memejamkan matanya.
"I had enough Arvie. I had enough with you. With everything. Aku tak boleh benci kau walaupun aku nak. Dan aku dah cuba!" Jerkah kuat sebelum cuba menenangkan diri yang mula dikuasai emosi.
"Tapi aku tak boleh! Aku tak boleh nak benci! In the end, aku tetap sayang kau lah bodoh!"
" Aku.. Kau. Kita adik beradik." Tutur Ayrez sebak.
"Tak kira sejahat mana kau, seteruk mana kau, sekotor mana pun kau.. Kau tetap abang aku. Darah daging aku. Aku sayang kau, kau faham tak?"
"Maafkan abang Ayrez..Maafkan abang.." Arvie memohon dalam tangisan. Kata-kata adiknya, sangat menusuk kedalam hatinya.
Dia gembira dan dalam masa yang sama, dia sebak.
"Kau ada dengan aku sejak aku bayi. Kau ada dengan aku waktu susah dan senang. Kau.. Kau ada dengan aku waktu kita mati Arvie.."
Ayrez menggelengkan kepalanya. Perlahan-lahan dia bangkit untuk beredar. Matanya kosong menatap abang yang menangis.
"Jadi kau tanya aku, macam mana aku nak benci kau? Aku dah kata Arvie. Hidup mati semula, aku tak boleh benci kau. Aku tetap sayang kau."
"Hanya sebab satu kejahatan kau, tak bermakna aku boleh lupakan kebaikan kau. Jadi kau.. Kau cuma dah hilangkan kepercayaanya aku."
Ayrez berdiri betul-betul dihadapan kurungan abangnya.
"Kau boleh mintak maaf atas kesalahan kau dan aku maafkan. Untuk aku lupakan? Tak mungkin!" Ayrez menjerkah.
"Kepercayaan. Sekali kau musnahkan kepercayaan seseorang, untuk dapat balik? Mustahil! Ianya seperti kaca yang jatuh ke tanah dan berkecai. Nak cantum? Boleh. Tapi sama ke? Sempurna?" Ayrez tersenyum segaris. Sangat kelat.
"Aku rasa.. Itu sahaja yang aku nak cakap dan ini mungkin kali terakhir aku datang."
"Apa?"
Ayrez menunduk 90° tanpa membalas. setelah itu, perlahan-lahan dia berdiri tegak semula.
"Terima kasih untuk segala-galanya. Arvie Hernandez." Tanpa berpaling dia terus beredar. Meninggalkan abangnya memanggil namanya.
"Ayrez.. AYREZ!"
***
SEKARANG.
"Baik lah, untuk mesyuarat seterusnya.." Aires mengeluh sedikit.
Ianya mengenai hukuman untuk Arvie.
"Seperti yang kita bincang semalam. Arvie Hernandez akan-"
BAMMMMMM!!
Semua kepala terhala pada pintu. Mata Aires dan Heira membulat pada Ayrez yang masuk ke dalam ruang mesyuarat dengan baju tempurnya.
"Ayrez.." Heira memanggil risau, namun dihalang Aires. Suaminya langsung tidak mengalihkan pandangan pada Ayrez yang tidak meriak.
Empat panglima yang lain, turut sama menatap Ayrez dengan ragu-ragu. Masing-masing agak terkesan dengan apa yang dilakukan Arvie dan sedikit sebanyak bersimpati pada Ayrez.
"Ayrez nak bincang sesuatu dengan tuanku."
Kesemua mereka terkejut besar disaat Ayrez melutut dihadapan Aires. Sepanjang dia berada dalam jagaan Aires, tidak walau sekali lelaki itu tunduk padanya. Tuanku? Jauh sekali. Jadi kenapa..
"Ayrez, bangun. Tidak perlu sampai macam ni sekali nak mintak sesu-" Arah Aires tegas namun dipotong Ayrez.
"I need to."
"Huh?"
Ayrez mengangkat kepala.
"Ayrez akan jadi salah seorang panglima tuanku juga salah seorang panglima berani mati tuanku. Kehidupan dan nyawa, Ayrez serahkan semuanya untuk Yggdrasil."
Jeda.
"Ayrez rela terima hukuman ini bagi pihak Arvie. Jadi tolong biarkan dia dipenjarakan sahaja."
Yeah, akhirnya.. Ayrez tetap lakukan sesuatu demi Arvie.
Walau nyawa menjadi taruhan.
'Well, nak buat macam mana kalau dah sayang sangat?'
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top