SYT 47
Syt 47
🍃Pov Ayyan Irhan🍃
IKUTKAN rasa yang membedil hebat dalam hati, sudah lama aku lontar dan pecahkan semua barang-barang di dapur tadi. Mujur juga, dia ada di sisiku menyalurkan barang sedikit rasa sabar itu kepada aku yang sudah tenat dan parah ini.
Sungguh, kalau situasinya berbeza. Perempuan tua itu andai hadir dalam istana usang keluarga kami. Tidak akan aku tahan-tahan marah ini, aku akan menghukum dia dengan melempar kata nista, dan... Semestinya itu masih belum mencukupi, aku akan menolak dia kalau boleh memukul dia sepuas hati agar dia tahu...
Apa yang aku hadapi sepanjang lewat hidupku selama ini.
Derhakakah aku? Peduli apa aku dengan perkataan derhaka? Siapa sahaja bisa memanggil aku anak derhaka, ataupun mungkin anak si tanggang. Silakan memanggil aku seperti itu. Aku rela dan sanggup dengarkan itu.
Bagaimana lagi untuk aku ungkapkan betapa berkecainya hati dan perasaanku ini?
Wanita itu, terlalu aku dambakan untuk muncul pada usia aku berumur 12 tahun. Aku tabahkan hati dan lembutkan jiwa perenggus zaman kanak-kanakku dahulu, agar menerima dia jika dia hadir tepat sebelum aku menghadapi ujian UPSR. Aku perlukan kata semangat daripada insan bernama mama, seperti kawan-kawanku yang lain.
Lebih-lebih lagi tatkala mendung kegagalan aku temui iaitu ketika markah subjek sainsku turun secara mendadak gara-gara aku diserang demam tinggi suhunya waktu aku menghadapi trial UPSR dahulu kala.
Aku perlukan lantunan nasihat lembut dari mama, bukan dari si ayah yang hanya menghulurkan nasihat, tidak mengapa, usaha lagi. Seringkas itu sahaja ayah katakan padaku? Adakah sudah cukup untuk aku yang sedang bergelut dengan emosi merasa diri tidak berguna kerana gagal waktu itu? Adakah cukup?! Ayah bekerja siang malam sehingga tiada masa untuk memerhati dan memahami perasaan anaknya.
Aku kesunyian... teramat sangat...
Pada siapa aku perlu hamparkan duka aku? Pada siapa lagi?!
Pada abang? Abang yang tidak berguna itu?! Belajar pun main campak-campak sahaja, kalau ada yang tidak kena aku juga dijadikan bahan luahan sebalnya. Adakah aku tidak melawan?!
Sudah berulang kali aku lawan, tetapi dengan tubuh kecilku waktu itu, mampukah melawan kudrat dia yang sudah berumur 17 itu?
Argh, terlalu sakit mengenang semuanya. Terlalu pedih. Selepas sengsara ini beransur pulih, aku mula menerima takdir Tuhan andai aku tidak bisa merasai kasih sayang seorang ibu. Tiba-tiba...
Sekelip mata, duniaku berputar hebat. Aku rasa semuanya hancur! Dengan kehadiran wanita itu depan mataku. Dia hadir tatkala aku sudah membutakan mataku daripada mengharapkan dia lagi. Dia hadir tatkala rasa bahagiaku bersama Reen mula menyinar.
Dia... Hancurkan segalanya! Dia hancurkan segalanya! Argh!!!
Dia patut mati! Patut mati daripada hidup mengganggu ketenangan yang aku cuba jalinkan selama ini. Aku jalinkan duka ini dan sengsara ini tertimbus bersama anganku untuk bertemu mama, aku cuba bangkitkan ketenangan dan tenunkan rasa bahagia. Akhirnya, cubaan aku itu musnah! Musnah! Musnah!
Rasa bahagia dan ketenangan tidak lagi aku rasai waktu ini. Tiada lagi! Tiada lagi! Tiada lagi! Aku rasa mahu sahaja aku cabut nyawaku sendiri, biar sakit ini pergi! Biar sengsara ini berlalu! Biar duka ini terkubur bersama jasadku nanti!
Kalau bukan dia, akukan patutnya mati?! Mati itu lebih baguskan daripada sakit ini terus membedil perasaanku sehingga aku tidak mampu mengawal dan melempar sejauh yang mungkin?
Aku lontarkan pandangan ke arah kolam itu. Aku cuba curi rasa ketenangan daripada rahsia alam walaupun ia mustahil. Mataku terus teralih apabila ada suara menyentak telingaku.
Figura seorang lelaki memakai baju t-shirt merah gelap menjadi tatapan mataku. Dia pandang aku lama sebelum memulakan bicara. Mungkin dia dapat kesan teruknya muka aku tika ini, berlingkar masalah sana sini. Raut aku juga umpama rumah usang, tiada sinar. Mendung sahaja terpeta.
"Pak cik nak bagi sesuatu. Kertas ni." Beberapa helai memo pad berwarna warni yang nampak pudar warnanya terhulur depan mataku.
Aku diam tidak menjawab, sekadar memerhati lelaki tua itu atas bawah.
"Pak cik nampak kamu dengan sorang lagi perempuan tu datang sini... Dan, kamu berdua ada tanam sesuatu bawah bangku ni, kan?" Pak cik itu memberi penjelasan, ditambah dengan soalan kepadaku.
Lekas aku mengambil beberapa helai memo pad itu daripada pegangan dia.
"Kenapa pak cik kutip? Buang sahajalah?" Soalku dengan persoalan yang mula mencanak dalam fikiran. Kalaulah ada yang mengorek semula tanah itu, dan nampak tulisan kami sudah pasti akhirnya masuk dalam tong sampah. Itu kebiasaannyalah. Tapi, pak cik ni pula terbalik. Untuk apa dia bagi pula kertas ni pada aku?
"Pak cik rasa kamu perlu tahu isi dalam kertas tu. Hmm, perempuan tu mana? Tadi pak cik perasan dia ada, kan? Dia masih kakak angkat kamu, ke?"
Menyirap pula darah aku apabila sudah terang pak cik ini membaca memo pad kami. Tetapi, aku cuba kurangkan ketegangan dalam hati. Kalau pak cik ni tak baca, peluang untuk aku tahu mengenai masalah Reen sangat tipis. Dan, kenapa pula pak cik tu kata dalam kertas tu ada something aku perlu tahu?
"Dia isteri saya," jawabku pendek. Aku tiada mood untuk berkata lebih panjang lagi. Lekas, aku bangun dan ingin berlalu. Namun, sempat telingaku mendengar bait kata pak cik itu. Aku terkedu serta merta.
"Alhamdulillah. Semoga bahagia... Pak cik nasihatkan kamu jaga elok-elok isteri kamu, dia bagaikan pelita menerangi hidup kamu. Jangan sesekali lukakan hati dia, hargai dia, cintakan dia sepenuh hati. In Shaa Allah, kebahagiannya tidak segan silu menyinari kehidupan rumah tangga kamu."
Kakiku mengeras, tidak dapat terhayun untuk meninggalkan tempat itu. Ya Allah, bisakah aku bahagiakan dia sedangkan diri aku sendiri terperosok dalam lembah derita?
Lagu ni bagaikan menterjemah rasa terseksa Ayyan. Andai anda dapat rasakan. Saya baru je kenal penyanyi ni, serius amaizing. And, after hear this song, semua rasa kebencian Ayyan terhadap mama dia bagaikan terungkap. Saya dapat rasakan lebih mendalam. Kalau anda tak dapat feeling tu maaf ye, haha. Saya ni mungkin syok sendiri. Okaylah. Saya sambung Pov Reen semula. ❤️
"KITA, balik!"
Aku terkejut, suara mak dicorong telefon tidak lagi terdengar dek telingaku. Aku toleh Ayyan, dia sudah membuka pintu kereta.
"Mak, nanti adik call balik ye."
Aku tamatkan panggilan setelah memghabiskan ayat.
Pintu bahagian menumpang aku buka dan masuk kedalam perut kereta. Bibirku kemam bagi menghilang gemuruh. Memikirkan mood tengah dilanda ribut taufan, bagaiman untuk aku menerangkan mamanya masih berada di rumah aku?
Apakah perkara yang aku perlu lakukan? Bolehkah aku temukan mereka lagi? Ataupun mungkin lain kali? Mataku bergerak memandang sisi raut wajah Ayyan. Masih tegang, tiada tanda-tanda wajah itu akan berubah ceria seperti biasa.
Perlukah aku cakap? Perlu ke tidak? Ya Allah, rungsingnya kepala! Dah tu, kalau bukan balik rumah, nak balik kemana pula? Takkan ke hotel pula?
Hmm, mungkin boleh dipertimbangkan. Kau mesti cakap, Reen! Kau kena cakap sebelum terlambat, sebelum sampai rumah! Kalau tidak habislah Ayyan akan bertindak lebih teruk daripada tadi. Argh, aku takkan biarkan!
"Ayyan... Ayyan okay tak sekarang?" soalku lembut. Apa punya soalan aku bagi ni? Alahai, haraplah dia jawab.
"Hmm, not really. Why?" Dingin suara Ayyan tika ini bagaikan ada desiran angin sejuk mencucuk telingaku. Makin gentar untuk aku menyuarakan tentang mamanya. Ya Allah, tolong aku.
"Mama Ayyan masih kat rumah... So,"
Kataku terus dipangkah pantas oleh Ayyan. Matanya garang memandang aku dalam beberapa saat, kemudian dia hentak stereng sekali.
"Jangan sebut perempuan tua tu mama Ayyan! Aku benci perempuan tu! Dia bukan mama aku!" Jerkahan Ayyan memeranjatkan aku. Terdiam aku buat seketika daripada melontarkan sebarang kata yang sedang tersusun dalam kotak fikiran.
"Apa lagi perempuan tua tu buat dalam rumah tu? Suruh dia berambus tak boleh, ke?!" Bentak Ayyan lantang. Terpaksa aku tahan hati yang sekejap-sekejap ingin terloncat keluar gara-gara suara Ayyan yang kuat itu.
"Ki...ta... pergi tidur hotel je malam ni, boleh... tak?" Tersekat-sekat suara hendak keluar dari anak tekak. Jangan Ayyan menolak sudah. Daripada perkhabaran mak ditalian tadi, mak memberitahu mama kirimkan kata bahawa dia tetap akan tinggal disitu selagi Ayyan tidak pulang. Mendengarkan itu, kemungkinan besar mama akan menginap satu malam di dalam rumah.
"Asal perempuan tua tu sibuk nak tidur rumah pulak? Dah takde rumah, sangat ke? Takkan dia tak cukup puas tinggal dalam istana besar dia tu?Ohh, yes I know why. Dia saja nak buat drama air mata depan mak, supaya simpati pada dia! Argh, shit!" Jerkahan Ayyan makin kuat dan kali ini dia menjerit kuat meluahkan kesakitan dalam hatinya. Ya Allah, badanku sedikit menggigil menghadapi Ayyan yang sudah berubah macam dirasuk syaitan.
"Jangan macam ni, Ayyan. Istighfar. Ingat Allah! Jangan layan marah tu, cuba tenangkan sikit diri. Ayyan bukan macam ni, kan."
Kereta terus dibelok dan disidaikan ditepi jalan. Kepalanya kini dihentak beberapa kali pada stereng kereta.
"Ayyan... Please stop hurting yourself... Reen tak sanggup tengok, tolong jangan biarkan syaitan berdamping lebih lama dalam hati tu, lepaskan marah tu pergi." Tanganku mengusap bahunya, hatiku remuk redam melihat keadaan dia semakin teruk. Aku sangat berharap kata-kataku akan diterima bukan dilontar pergi.
"Ayyan benci dia cuba rapat dengan keluarga Ayyan. Ayyan benci dia, Reen. Ayyan tak nak mak percayakan dia, dan paling Ayyan tak nak Reen percayakan dia. I hate that, Reen. Please, kalau boleh halau je perempuan tak guna tu. Please."
Rayuan dalam celahan suaranya meruntun jiwaku. Ya Allah, haruskah aku lakukan tindakan kejam itu kepada seorang ibu. Menghalau Puan Suraya begitu sahaja? Dan, mak pula sanggup ke menghalau Puan Suraya pergi atas permintaan Ayyan, anaknya sendiri? Mampukah kami, Ya Allah?
"Ayyan... kita pergi hotel ye? Kita mengalah, sekali ni je. Untuk Reen. Reen janji lain kali Reen tak benarkan dia datang rumah lagi, Reen janji."
Aku beristighfar panjang, terlupa aku terlepas kata dan mengikat janji palsu tanpa aku rancang langsung. Bisakah aku tunaikan janji ini kelak?
"Betul ke Reen, janji?" soal Ayyan, wajahnya diangkat. Matanya mencari anak mataku dan direnungnya dalam. Mungkin mengharap aku serius dalam mengungkap kata janji itu, bukan mainan kata semata.
"Janji..." Aku angguk laju. Jari kelingking aku bawa dekati jarinya, lalu aku kaitkan ditemani senyuman serba tawar dibibirku. Aku terpaksa berjanji demi dia. Maafkan aku, Puan Suraya.
SERAM sejuk tubuhku ketika kakiku melangkah memasuki bilik hotel. Tak terbayang dek akal, aku akan datang bersama Ayyan ke sini. Haish, mulalah tu fikiran asyik melayang bukan-bukan. Aku menepis-nepis angin siap gaya dengan tanganku. Tingkahku itu diperhatikan Ayyan dengan kerutan tertimbul didahinya.
"Kenapa tu? Ada nyamuk?"
"Er, takde apelah." Segera kaki diatur ke sofa seraya punggung dilabuhkan di situ.
"So, how... What should we do now?"
Soalan Ayyan menjatuhkan rahang aku tika ini.
"Tercengang pulak? Reen tak nak mandi ke? Badan tu tak lekit?" Ayyan membuka almari dan menarik tuala berwarna putih. Setelah itu, dia berdiri sambil mencekak pinggang. Matanya terfokus pada wajahku. Jadi tidak keruan pulak aku melihat dia tika ini, dengan riak dinginnya itu nampak menggoda pula pada pandangan mataku ini. Tuala putih diselimpang sahaja atas bahu.
"Reen tenung Ayyan lagi, kenapa? Nak ikut mandi ke?"
Terpana aku. Dalam mood begini pun masih ingin mengusik aku? Seriously? Selalu usikan dia diselangi dengan senyuman semanis gula, tetapi usikan kali ini raut tiada perasaan terlukis pula. Nampak macam menyeramkan!
Ayyan tergeleng kepala lalu membalikkan tubuh memasuki tandas. Mungkin bosan melayan muka toya aku. Nasib baik, kalau dia berterusan ingin mengusik, bimbang juga aku akan keluar bilik hotel ini sekarang juga. Satu hal pula, akan jadi drama lain nanti.
Aku bangun dan liarkan pandangan dalam ruangan bilik. Nampak kemas dan tersusun bilik ini walaupun tidak besar setaraf 5 bintang. Tilam bersaiz king itu tatap lama, berwarna putih bersih... Aku baringkan badan sebentar untuk merasai nikmat katil ini, jarang sekali aku singgah di hotel untuk menginap. Dahulu, pernah sekali bersama keluarga menginap di hotel untuk menghantar akak ke Kolej Matrikulasi, Tangkak, Johor.
Selepas itu, memang tidak pernah lagi. Itu rasa teruja terus menetap dalam hati.
Aku bingkas bangun daripada pembaringan, langsir aku singkap. Lampu neon menyuluh bangunan dan jalan-jalan mendatangkan kagum. Lama rasanya, aku tidak menyaksikan keindahan seperti ini. Selalu tinggal di rumah seperti rapunzel. Hmm, bosan macam katak duduk dibawah tempurung.
TILAM itu ditepuk-tepuk oleh Ayyan. Aku nampak dari cermin meja solek. Aku hanya diam sambil menyikat rambut selepas selesai mandi. Solat pula sudah kami tunaikan di masjid sebelum kami datang ke sini.
"Malam ni Reen tidur dekat sikit dengan Ayyan. Jangan macam semalam sibuk berselubung lepas tu jauhnya macam Ayyan ni ada penyakit pula." Suara itu mendatar sahaja.
Aku telan liur dalam kepayahan. Dia ni, janganlah dera jantung aku. Tak cukup ke dengan perangai dia semalam ditambah dengan kejutan perangai harimau dia tadi?
"Sampai bila nak sikat tu? Ayyan dah mengantuk."
Aku tarik dan hembus nafas ini. Cuba kawal biar menjadi normal. Relaks, Reen. Berulang kali aku bisikkan pada diri.
"Tutup lampu sekali." Arahan Ayyan aku turutkan sahaja. Kaki ini lemah sahaja ingin melangkah mendekati katil. Dada ini makin berdebar tidak tentu arah. Degil ni, jantung!
Dengan sebutan bismillah, aku baring perlahan-lahan atas katil. Terus tubuhku kaku, tidak dapat bergerak apabila Ayyan mara mendekati. Kepalaku diletakkan perlahan atas lengannya. Aku pejam mata. Haruman daripada tubuhnya yang pasti bukan dari perfumes menjadikan detak ini makin menggila.
"This... denda for petang tadi."
Ohh, denda. Pada kau denda, pada aku hukuman ni. Macam nak tercopot jantungku ini. Huhu.
Tubuhku ditarik lagi dan dia memelukku seeratnya.
Hembusan nafasnya hangat menyentuh telingaku.
"Thanks for stay beside me. I wish, you will never leave me, Reen. Please..."
Lirih suara itu berbisik. Aku ditekan sebak mendengar bisikan itu.
"So sorry sebab herdik dan marah Reen tanpa sengaja tadi."
Makin sebak. Dadaku dipenuhi hiba, sesak menampung sebak yang melanda. Rupanya dia sedar aku sedikit terasa hati kerana dia mengherdik aku walaupun bukan kata-kata kasar itu untuk aku.
"Reen... Kalaulah kita tak ditakdirkan berjumpa, what should i do with my life?"
Air mata luruh juga dipelupuk mataku. Hangat mengalir. Tak dapat bayangkan jika itu berlaku...
Aku mengusap belakang tubuhnya apabila kedengaran ada esakan kecil. Luluhnya hati. Ya Allah, berikan dia kekuatan.
...
Writer's comment : Kesian Ayyan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top