SYT 44

SYT 44

BIBIRKU dilepaskan lembut. Aku termengah mencari nafas. Jantungku tidak mahu belajar berdetak perlahan. Mukaku sudah membahang bersama tubuhku sedikit bergetar.

Bibir aku seakan kejung, bekas ciuman dia sungguh menjunamkan aku. Hampir sahaja aku tenggelam dalam dunianya tanpa dapat aku kawal.

Mataku hanya mampu terarah pada dada bidangnya. Tidak akan sesekali aku pandang matanya. Aku terlampau malu menerima kucupan gila ini. Benar-benar aku tidak menyangka Ayyan akan lakukan perkara ini denganku.

Dia... gila!

Tanganku juga perlahan dileraikan. Tetapi, aku masih tidak dapat bergerak langsung kerana kakiku seakan dipaku kuat.

Hembusan nafas Ayyan yang tidak teratur menambahkan lagi gementar gelodak perasaan ini. Apa dia fikirkan sampai sanggup menyentuh bibirku? Benakku tertanya sendiri tanpa dapat dilakarkan pada lembaran untuk pendengaran dia.

"Can you saying something?" Suara Ayyan bergerak perlahan menarik nadiku lagi. Aku tertahan nafas sendiri. Dadaku berombak kasar.

Turun naik tidak dapat dapat dikawal. Macam kena heart attack!
Aku diam menyusun jalinan nadiku agar bertenang seperti sedia kala.

"Reen..." seru Ayyan lembut.

Aku terdongak tanpa sengaja demi namaku disebut begitu. Mana perginya panggilan kakak? Adakah dia bermain kata lagi?

Matanya aku lihat sudah menjauh memandang tepi. Aku kira dia pandang aku, tetapi aku silap. Mungkin dia menyesal dengan perbuatan dia terhadap aku? Mungkin ini tidak sepatutnya berlaku antara kami berdua.

Kaki aku cuba gerakkan ke kiri kerana tiada lagi tangan Ayyan mengepung tubuhku. Aku perlu lepaskan diri daripada terperangkap lebih lama. Boleh gila aku nanti.

Baru hendak bergerak seinci, wajah Ayyan sekali lagi mendekat. Mataku tanpa dapat berkalih terkaku membalas renungannya. Dia tenung aku dalam tanpa bersuara. Hembusan nafas kasarnya menampar-nampar kulit mukaku. Panas.
Macam duduk atas bara api.

"Wait..." Ayyan bersuara cukup perlahan, jarinya tiba-tiba naik hendak menyentuh bibirku. Aku cepat-cepat menekup mulut. Bimbang akan berlaku sentuhan lagi. Argh, rasa nak meletup dada.

"Kenapa tutup?" soalnya spontan.

Mataku tidak lagi memandang dia. Lidahku rasa mahu menjerit supaya Ayyan lepaskan aku pergi. Tapi, betapa susahnya untuk mengeluarkan satu patah perkataan. Rasa macam dilekat dengan gam bibir ni.

Aku terasa ada sesuatu menyentuh pipi belah kiri, dekat sekali dengan cuping telinga. Lama dan cukup membuat jantungku hampir hendak terhenti iramanya.

Apa ni...? Apa yang Ayyan cuba buat?

Aku tak boleh terus berdiam. Boleh gila! Dengan daya yang masih tersisa, aku tolak dada Ayyan kuat. Terus aku meloloskan diri. Berjaya juga.

"Reen... er, kejap..."

Pergelanganku ditarik dan pergerakanku terhenti secara drastik. Mujur aku dapat seimbangkan badan daripada tersembam di dadanya.
Aku cuba meleraikan ikatan itu. Namun, Ayyan tetap berkeras.

"Ayyan! Lepaskan akak!" pintaku cuba bersuara dengan kuat. Tak nak aku terperangkap dengan tingkahnya itu. Aku takut aku berserah sebelum masanya. Gilanya berfikiran macam ni.

"Sorry, Ayyan tak bermaksud. I mean, Ayyan... Er, lelaki kan... sorry kalau terlampau..." ujar Ayyan bernada resah.

Aku tahan gugup. Kalau Ayyan sedar dia melampaui batas, aku juga perlu melepaskan diri segera.

"Akak nak rehat... Ayyan pergilah mandi," kataku dengan terpaksa tatkala teringat bicara dia sebelum ini yang mahu membersihkan diri.

Aku harap dia tidak memanjangkan perlakuan, dan tidak melengahkan masa. Tadi aku sempat kerling jam, rasa-rasanya cukup lewat ni. Dengan badan penat kerana majlis tadi masih tersisa. Aku memang nak tidur aje sekarang.

Terasa pegangan itu longgar. Pantas aku duduk di birai katil, cuba meredakan detak jantung. Lepas kembali normal aku akan keluar dari bilik ini mencari ketenangan. Semua yang berlaku secara mengejut menjadikan aku separuh nanar. Berada dekat dengan Ayyan menempatkan aku di zon bahaya.

"Reen..." seru dia.

Aku kaget dan angkat muka. Nampak dia hampiri aku dengan satu tuala berwarna biru laut. Keningku bertaut kerana tuala itu nampak terlebih familiar. Macam...

"Boleh tak Ayyan pinjam tuala Reen."

"Hah?! Kenapa?!" Kerana permintaannya, aku terjerit kecil tanpa niat.

Sebelah tangannya sibuk memegang belakang leher. Dia tenung aku sebelum langkahnya panjang dan dia turut melabuhkan punggung di sisiku. Aku apa lagi, mengengsot ke tepi, seboleh mungkin aku ingin mencipta jarak.

"Ayyan takde tuala, tertinggal kat rumah..." jelasnya perlahan. Tuala dalam genggamannya disangkut pula atas leher, melilit elok di situ.

Geram pula melihat tingkah Ayyan. Sesuka hati aje ambil tuala orang, dah lah tuala tu spesial bagi aku sebab entahlah bagi aku aku tuala tu yang best dipakai.

Boleh serap air dengan cepat. Adeh, macam nak promote tuala pulak aku ni?

"Nanti akak ambilkan tuala lain. Bagi balik tuala akak." Jariku menguis tuala itu, hendak menarik terus kang jadi lain pula memandangkan lilitan itu dah kemas di lehernya.

"Er, Ayyan pakai kejap aje tak boleh, ke? Kitakan suami isteri, semua benda boleh dikongsi... lagipun Ayyan dah lekit sangat ni, nak mandi terus. Ayyan janji hari ni je pinjam."

Ayyan tayang sengihan lalu dia cuit hidungku. Terundur wajahku untuk mengelak. Hish, mengada sangat Ayyan! Malas betul nak layan! Aku bangkit dan meneruskan niat dari awal yang terbantut tadi.

"Boleh tak ni?"

Aku berhenti separuh jalan.

"Pakai ajelah." Ini jawapan ringkas sebab aku malas nak berbahas.

"Macam marah, je?"

"Takdelah. Tuala banyak, kalau Ayyan nak pakai sampai berbulan pun pakai ajelah."

"Betul ni?"

"Hmm. Tapi tulah tuala tu busuk, kena basuh dulu nanti."

"Busuk apanya? Kan wangi ni bau Reen."

What? Apa dia ni? Macam nak ketuk je kepala dia. Dia gurau ajekan?
Bahuku terasa dipegang dan tubuhku dipusing menghadap dia. Drama apa lagi Ayyan nak berlakon ni? Naik rungsing kepala aku. Kalaulah macam ni, sampai esok pagi pun tak dapat nak tidur.

"Marah?"

"Kenapa nak marah?"

"Ayyan sorry, okay. Ayyan tahu Reen tak selesa dah dengan Ayyan. It's feel pressure now. Janganlah macam ni."

"Hmm. Takdelah mandi jelah Ayyan." Aku menidakkan sahaja.

"Reen jangan fikir bukan-bukan.
Ayyan dah normal balik sekarang. Ayyan akan jaga tingkah ni sebab kita masih je baru, and Ayyan taknak kita janggal sangat. Kalau boleh Ayyan nak kita macam dulu tu, mesra dan tak kekok."

Nafas berat terhembus jua. Aku tatap matanya, cuba memberanikan diri. Benar apa yang dia perkatakan tetapi siapa yang mencipta rasa janggal kami ni? Bukankah dia? Siapa suruh tiba-tiba buat benda macam tu!

"Dah terjadikan nak buat macam mana. Bukan sengaja." Meskipun janggal sekali ayat ini terluah aku cuba menuturkannya dengan riak biasa.

"Ayyan pun tak sangka. Padahal sebelum ni, Ayyan tak pernah anggap Reen..."

"Ayyan. Cukuplah, kita anggap benda yang terjadi tadi tak pernah berlaku. Akak takkan bahas apa-apa."

Ayyan kembali diam. Dia membawa tanganku melekapkan pada dadanya. Terkejut aku kerana degupan dia sama laju seperti aku. Matanya yang redup merenung aku. Lembut. Dan, nampak ada keresahan terselindung di dalam kolam matanya itu.

"Akak nak turun, ada barang tertinggal." Alasan sengaja aku cipta. Ini aje idea yang dapat ku korek dalam kepala. Tanganku yang masih di dada Ayyan aku cuba tarik, tapi dia masih pegang kejap. Tak lepaskan pun.

"Reen okay tak kalau Ayyan tak panggil 'akak' lagi?" soal dia dengan soalan lain.

Nampaknya topik tadi dah tamat. Nasib baik.

Aku angguk sekilas.

"Serius?"

"Ye."

"Hmm. How about calling me abang?"

Aku geleng. Tak mahu. Awkward nanti.

"Why? Macam pelik, eh?"

"Aah, Ayyan kan budak muda dari akak..." selamba aku jawab padahal dalam hati porak peranda. Budaklah sangat Ayyan tu. Terbayang tingkah Ayyan tadi, sungguh bukan budak.

"Shhh... no akak-akak again. Calling yourself Reen or anything else."

"Perlu ke?" soalku kembali. Aku tanya semula sebab serius setiap kali namaku disebut Reen, tiap kali itu juga jantungku bertambah kelajuan. Cuba bayangkan kalau hari-hari? Omg!

"Yes, kita kena try Reen. Takkan suami isteri panggil akak-akak lagi. Tak sesuai. Makin buat hubungan ni berjarak nanti." Alasan Ayyan aku terpaksa telan sahaja.

Sekarang ni, aku kena terima sahaja dan tidak perlu menolak cadangan atau bicaranya kerana kalaulah aku menolak susahlah aku nak meloloskan diri. Ayyan ni dah macam polis pencen, banyak sangat soalan dan kerenahnya.

"Hmm. Okay, Ayyan. Er, Reen cuba," jawabku antara dengar atau tidak. Serius rasa keras lidah nak menyebut nama aku sendiri. Dah terbiasa panggil diri sendiri kakak. Bila sebut nama tu, susahnya lah rasa.

"Good, sayang. How about 'abang'?"

Perkataan sayang terbit lagi.
Rama-rama berterbangan dengan indahnya tetapi terus aku tepis ia pergi. Bukan masanya untuk teruskan angan-angan.

"Tak nak. Nanti-nantilah," jelasku segan. Mataku sudah berputar-putar memandang lain, dan akhirnya kembali ke wajahnya. Segan-segan pun wajah kacak dia tu terus menarik perhatianku. Handsomenye teramat kerana dia masih berbaju pengantin. Segaknya tak boleh nak bawak bincang. Ada senyuman melekat di bibir Ayyan pula. Cair hatiku melihatnya.

"Sebenarnya, Ayyan pun rasa tak boleh nak sebut but bila try sebut 'abang', 'sayang'... Ayyan rasa ada something benda masuk dalam badan. I feel I become someone else."

"Apa merepek tu? Nak cakap ada hantu masuk dalam badan?" Aku layankan sahaja mood dia untuk bergurau. Daripada terus-terusan awkward lebih baik aku menyambung gurauan dia.

"No... Hahaha... Just feel I wanna hold you tight and ki..."

"Ayyan!" kuat suaraku mematikan ayat seterusnya. Ayyan ni makin lama makin pelik sangat perangai dia, kenapa? Macam betul-betul kena rasuk hantu gatal ni!

Ayyan ketawa kecil. Dia menarik pinggangku dan tubuhku jatuh dalam pelukannya. Ya Allah, sekali lagi dia peluk aku!

"Ayyan harap Reen dapat terima Ayyan, budak mentah ni. And accept me as your husband. And for me, I will try my best to accept you as my wife because all my life, you're my everything, dear." Bisikan gemersik Ayyan membawa aku sehingga ke bulan. Manisnya ayat sehingga aku tak rasa janggal berada dalam pelukan dia. Kalau boleh ingin sahaja aku hentikan masa untuk bersama dia seperti ini.

TUBUHKU aku rebahkan atas sofa berbalut dengan selimut. Mata aku katup rapat, sebelum Ayyan keluar naik semula ke bilik. Aku tidak mahu dia nampak aku tengah celik, nanti bermacam scene pula berlaku. Tak sanggup sungguh hatiku untuk menanggung.

Akal fikiranku mula menjalar mengingati peristiwa majlis tadi. Kelibat Firshad tidak aku temui begitu juga bos aku, Puan Suraya. Berkaitan Firshad, masa aku meminta hubungan kami berakhir dia nampak kecewa.

"Firshad, Reena ada something nak beritahu. Hal penting," beritahuku sewaktu kami berjalan kaki untuk turun ke bahagian bawah tempat parking kereta.

Firshad menoleh dan meneruskan langkah. Handphone di tangannya dari tadi dibelek terus disimpan dalam poket.

"Hal apa? Penting sangat ke?" soal Firshad kepadaku. Bunyi telefonnya menjerit minta diangkat tiba-tiba mengejutkan aku. Aku kerling dari ekor mata. Wajah Firshad nampak lain membaca pesanan teks mungkin di skrin telefonnya.

"Kalau cakap dekat sini, boleh tak? Sebab, Shad ada hal lain ni. Penting sangat, Shad tak boleh kemana-mana lepas ni."

Kata-kata Firshad sedikit sebanyak membuat aku berkecil hati. Apa yang lebih penting daripada diri aku? Mahu sahaja aku bertanya tetapi masih ada tembok yang aku bina antara kami, aku tidak mahu terlalu mengorek hal peribadi yang dia sendiri tidak mahu rungkaikan kepada aku. Hmm, dan... Sedangkan aku sendiri juga banyak menyimpan rahsia daripada dia.

Kenapa ye, hubungan kami jadi hambar begini? Tak rasa istimewa seperti pasangan lain. Tiada rasa teruja. Aku rasa Firshad juga begitu. Sangatlah jarang Firshad mengungkap kata-kata manis seperti awal perkenalan kami.

Firshad sekarang ini, aku nampak sudah berubah menjadi lelaki dingin. Ataupun lelaki workholic. Asyik dengan kerjanya sahaja 24 jam dan paling aku nampak jelas, dia terlalu busy dengan telefonnya. Kalau boleh 24 jam hendak berkepit dengan telefon. Tetapi, semua ini dah hancur. Tak perlu aku susah-susahkan fikirkan lagi kerana aku dan dia tiada jodoh kerana hari ini aku ingin memutuskan hubungan kami. Aku terpaksa kerana dihimpit beban masalah yang berlaku secara tidak terduga.

"Hal ni penting, mungkin lain kali. Reena rasa tak sesuai bercakap di sini." Terpaksa aku mengalah dan memikirkan hari lain. Takkan nak minta putus tengah jalan macam ni.

"How about kita talk dekat dalam kereta. Hal dah penting tu jangan ditangguhkan."

Apakah? Dalam kereta je?

"Sesuai ke dalam kereta? Hmm, Shad dah ada hal lebih penting kan, why not Shad pergi je. Reena tak kesah, esok pun boleh cakap."

Mukaku cuba kutayang riak biasa. Biar tidak nampak aku dah cukup sabar daripada sikap acuh tak acuhnya. Aku dapat rasa aku ni tak istimewa pun dihatinya. Sebab, aku fikir dia lebihkan hal dia daripada aku. Selalu sahaja bila kami nak dinner or apa-apa dia terpaksa batalkan demi hal dia yang mustahak sangat tu!

"Sorry, Reena marahkan Shad?" Suara Firshad berubah kendur, ada nada serba salah.

"Tak." Sepatah sahaja aku jawab. Argh, kenapa hatiku diterpa emosi marah kepada Firshad. Mungkin kerana akhir-akhir ini emosiku berselirat dan kepalaku berserabut memikirkan peristiwa tangkap basah itu. Banyak hal aku memikir, rasa malu lagi menjajah. Malu kerana aku dipandang hina, sehina-hinanya oleh orang lain. Lagi-lagi dengan mak. Yang tidak banyak cakap. Bila ditanya jawab sepatah-patah aje. Aku sedih mak seperti menganggap aku sanggup melakukan perkara durjana itu.

Sedihnya tatkala terlayar wajah kecewa mak di tubir mata. Sengsaranya menelan dugaan hidup yang dititip oleh Allah kepadaku. Siang malam aku menangis merenung nasib malang ini. Ya Allah, kuatkan hamba ini.

"Reena rasa nak mudah kita cakap di sini sahaja, tak payah duduk di kereta. Reena pun tak mahu lengah-lengahkan masa."

Firshad pandang aku dan lenganku yang berlapik dengan baju kurung cotton dipegang, sementara kaki kami sama-sama melangkah berdekatan dengan tangga. Aku ikut sahaja tanpa banyak songeh.

Dia mengambil tempat di tepi tangga. Entah dari mana datangnya alas kotak, dia kuis-kuis habuk dengan tangan kemudian dialaskan sekeping kotak ditepinya. Matanya mengarah aku duduk di tepinya.

Walaupun macam speechless, aku duduk juga. Hmm. Tak pernah dibuat orang berbincang di tepi tangga. Idea Firshad ni memang bernas ya, kalaulah dia ni bukan boyfriend dah lama aku ketuk kepala dia. Geramnya lahai. Tak selesa tahu duduk macam ni. Dah lah tangga tu nampak macam dah bertahun tak disapu. Redha ajelah Reen oi. Lagipun kejap lagi hubungan ni akan terputus. Kau dah tiada boyfriend lagi. Shad akan menjadi kenangan.

"First, Reena nak minta maaf sebab perkar yang Reena cakap ni mungkin bakal menyakiti hati Shad." Aku keluarkan mukadimah yang serba serbi bercampur rasa serba salah andai aku akan melukakan jejaka ini. Dalam pada itu, aku turut disalut rasa terkilan kerana hubungan yang masih baru ini terpaksa terputus di tengah jalan tanpa dapat diselamatkan lagi. Sungguh, aku kesal dengan kekhilafan sendiri. Namun, apa lagi dayaku untuk menolak takdir dari Ilahi?

"Reena nak putuskan hubungan ni?" Tebak Firshad. Aku terus pandang dia. Kerutan di dahi aku tayang jelas kerana tersentak dengan tekaan Firshad. Macam mana dia boleh tahu?

"Shad tahu sebab tengok gaya Reena serba tak kena akhir-akhir ni. Reena macam ada masalah? Why? Can you share with me?" Pertanyaan Firshad itu aku diamkan sebentar. Keliru untuk membalas. Mudah sangat ke untuk dia membaca fikiran aku?

"I know you will not share anything with me, right? Hmm, so... Why do you want to break up with me? Dah bosan atau dah jumpa pengganti yang baru?"

Terkedu untuk aku jawab. Sukarnya untuk membalas. Bukan aku bosan atau ada lelaki lain. Tapi, aku ditangkap basah, Shad. Bolehkah aku baca fikiranku yang ini? Aku berbicara dalam hati sambil mataku membalas renungan dia. Tetapi, Firshad alihkan muka. Dia pandang depan. Daripada reaksinya, aku dapat tangkap dia sedang dilanda kecewa. Maafkan aku, Shad.

"Bukan Shad. Reena cuma fikir kita tak serasi bersama. Shad pun fikir yang sama, kan? Hubungan kita pun makin lama, makin tiada seri macam pasangan lain. Shad tak rasa ke begitu?" Aku soal dia balik tentang apa yang bermain dalam fikiran. Biarlah aku jujur seketika, mana tahu dia akan faham jua nanti.

"Shad tak fikir macam tu, Reena. Reena just overthinking, kita ni serasi bagi Shad. Maybe Reena ada orang lain dalam hati sebab tu Reena tak ikhlas dalam hubungan kita dan fikir hubungan tiada seri. Betul kan, tekaan Shad?"

Aku tahan dada yang mula sesak. Pandai sekali Shad menebak perasaanku, padahal dia baru sahaja muncul dalam kehidupanku berbanding Ayyan yang tidak langsung dapat meneka hatiku bagaimana.

"So, we're over now. Thanks Reena. Shad pergi dulu."

Aku pandang sepi kelibat Shad yang sudah menghilang. Tak sempat nak merangka ayat. Cepatnya dia pergi tanpa menunggu aku memberi penjelasan. Mungkin dia kecewa dan marahkan aku. Muka aku raup dengan rasa penuh kekesalan. Akhirnya, aku sendiri lagi.

"Dah tidur?" Satu suara dekat sekali mengganggu lamunanku. Aku tahan nafas, dan mata aku biarkan katup tak terbuka. Dalam hati berdoa, Ayyan akan biarkan aku tidur di sini tanpa mengganggu lenaku.

Tetapi, ada satu tangan melingkar di pinggangku. Terjerit aku kerana terkejut bukan kepalang. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja tak ada amaran apa-apa. Mataku spontan terbuka. Aku nampak dia sedang mencempung tubuhku. Mataku membulat.

"Kenapa angkat Reen. Reen nak tidur sini," ujarku pelan. Tanganku kaku tatkala dia meletakkan sebelah tanganku atas lehernya supaya aku paut di situ.

"Pegang sini, kang jatuh Reen. Dah lah Reen berat."

Aku kerutkan dahi sambil tangan kiri menepuk dadanya. Boleh pula cakap badan aku berat? Kalau berat, janganlah angkat. Sensitif tahu.

"Turunkan Reenlah kalau dah berat!"

Ayyan geleng, kemudian bibirnya mekar dengan senyuman. Dia keliling bilik dan sesekali mengacah aku sampai nak terlurut aku daripada dukungan dia. Nasib sempat aku pegang erat lehernya.

"Ayyan. Tak penat ke angkat akak ni? Akak penat tau, esok nak masak lagi."

"Kenapa sebut akak-akak ni? Nak kena denda ke?" Terjegil biji mata Ayyan memandang aku. Dekat pula tu jarak kami berdua. Serius, sekarang ni feelnya macam tengah tonton drama korea yang stock sweet-sweet tu. Berdebar dah tak dapat nak bincang lagi. Ayyan ni ada problem apa sampai perangai dah lain sangat. Suka mengusik aku lebih-lebih. Buat aku makin sayangkan dia aje. Hmm.

"Denda apa pulak? Turunkanlah akak," soalku ditemani rasa gelisah.

"Janganlah guna akak lagi. Tolonglah, nak Ayyan kiss ke baru boleh ikut cakap Ayyan ni?" Serius dia ungkap kata. Matanya tidak habis-habis merenung ulas bibirku. Aku gigit bibir tahan nervous. Rasa nak jerit aje sekarang ni! Ni macam bukan Ayyan tahu tak!

"Gigit bibir tu kenapa? Nak goda Ayyan? Are you serious?"

"No! Mana ada. Reen tak sengaja je ni. Ayyan... please, turunkan Reen." Segera aku pangkah tuduhan dia. Hish, memang tidaklah aku nak goda Ayyan. Aku ni pemalu orangnya, memang kerja gilalah kalau aku buat gitu. Lainlah kalau Ayyan dah cintakan aku. Mungkin dapat aku pertimbangkan.

"Hmm. Tidur atas katil ni. Jangan mengada tidur atas sofa. Tak eloklah, nanti sakit badan... Ayyan jugak yang susah." Perlahan dia jatuhkan aku atas katil. Aku segera dudukkan tubuh. Segannya bila Ayyan nampak kulit perutku yang terselak tadi. Aku perasan Ayyan terpandang dan segera toleh lain.

Tak lama, kegelapan menyirami bilik ini. Aku pasang lampu tidur. Dup Dap Dup Dap. Jantungku makin tidak keruan apabila katil terasa bergerak. Aku agak Ayyan dah baring di sebelah aku.

"Jangan risau, Reen tidurlah dengan lena. Ayyan tak sentuh Reen malam ni. Ayyan takut Reen jerit sampai mak dengar nanti macam tadi," sindir Ayyan sambil bernada mengusik.

Pipiku sudah merah padam. Apa masalah dia, ni? Aku tarik selimut dan bungkus tubuh sampai rasa panas melingkari tubuhku. Risau juga kalau Ayyan tipu aku, lelaki ni mana boleh percaya sangat. Walaupun Ayyan aku dah kenal lama, tetapi perangai dia lain sangat dah. Macam hero novel-novel, gatal semacam.

"Takut sangat, ke? Reen ni janganlah berbungkus, nanti panaslah. Kot ya pun sejuk sangat, peluk ajelah badan Ayyan ni. Lagi best, kan?" Suara Ayyan kedengaran husky pula. Entah dia sengaja buat suara macam tu, atau mungkin dia dah keletihan. Itu suara serak-serak tu.

Aku pekakkan telinga dan baring hampir hujung-hujung katil. Bantal aku letak tengah-tengah.

"Reen dah tidur ke?"

Aku diam apabila dia masih bersuara. Mata aku kelip-kelipkan banyak kali. Tahan gelora hati.

"Hati Ayyan dah tak sakit macam dulu bila Reen dah dekat sangat macam ni. Jujur, Ayyan sakit hati sangat kat cafe tempoh hari sampai rasa nak bagi penumbuk je kat Shad. Bukan Ayyan marahkan apa, just Ayyan kesal Ayyan tak tahu Reen dah couple lama dengan dia.

Ayyan tak suka dia sebab dia nampak janggal. Asyik pandang lain je bila bercakap dengan Ayyan, dan tiba-tiba pulak tu nak pergi toilet. Dia tu macam simpan sesuatu rahsia. Reen tak rasa macam tu, ke?

Hmm. And one more thing before I forget. Siapa Ian? Dekat telefon dia kata dia boyfriend Reen... Jangan cakap, Reen pasang dua lelaki dalam satu masa?"

Aku pusing badan kekanan. Sungguh terganggu dengan sangkaan Ayyan itu. Hendak menidakkan semua terasa penat bibir nak bertutur. Tiada mood nak mengulas tentang dua lelaki itu. Terutama Ian. Hish, sakit hati masih tersisa buat lelaki itu. Perangai dia tu bikin darah tinggi naik serta merta.

"Ian tu lelaki yang suka-suka je bergurau kasar. He just lying," luahku malas.

"Just lying? Lelaki tu kat mana sekarang, Reen? Biar Ayyan ajar cukup-cukup. Dia ingat dia tu siapa nak main-mainkan perasaan orang?" Suara Ayyan agak keras melontar marah.

Tak dapat bayang kalau Ayyan dan Ian bertembung, mungkin jadi guruh berdentum nanti. Harap janganlah hal itu berlaku.

"Dia dah jauh. Takkan ganggu Reen lagi dah. Ayyan jangan risaulah," terangku apabila teringat panggilan yang aku terima malam itu. Dia siap confess pasal kekasih dia, Arisa. Walaupun aku tersentuh jugak mendengar dia membuka kisah hidupnya, namun hati aku masih kesal kerana cara dia ingin mengenali aku cukup kasar. Dia ingat aku ni perempuan tomboy boleh hati sado apabila tingkahnya kasar sekali seperti itu?

"Sekarang ni, siapa sahaja berani ganggu isteri Ayyan. Siaplah Ayyan lenyek sampai jadi mash potato! Ayyan nak Reen jangan berahsia lagi dengan Ayyan, apa-apa hal beritahu Ayyan. Reen kena ingat, Reen dah jadi tanggungan Ayyan. Everything about you, I must know. Reen faham, tak?"
Tegas. Jadi gerun aku mendengar amaran dia dengan suara dia menekankan perihal tanggungjawab suami. Argh, bila masa Ayyan jadi matang begini?

"Reen. Do you hear what I'm saying?" soal Ayyan sedikit kuat. Mungkin tidak berpuas hati kerana aku berdiam diri sahaja.

"Dengar. Reen cuba." Lemah suaraku membalas.

"Reen jangan cakap cuba-cuba. Reen dah tak boleh lawan Ayyan macam dulu tu. Ayyan lagi berkuasa dalam rumah tangga ni. Do you know that, dear?"

Habislah dia dah keluarkan kuasa veto dia. Rasa nak menangis pula. Janganlah Ayyan jadi serius, takut aku jadinya.

"Reen nak Ayyan ulang lagi? Or Reen nak Ayyan buat something baru nak dengar cakap Ayyan?" ugut Ayyan pula. Menyampahnya! Baru hari pertama kahwin dia dah main ugut-ugut!

"Ayyan nak paksa, kenapa? Semua ni berlaku pun sebab Ayyan jugak, kan? Janganlah buat ugutan pulak sekarang. Susah Reen nak terima semua benda macam ni sekaligus, tahu tak!"

"Ayyan... cuma nak jaga Reen aje, tak nak Reen terluka dan dipermainkan oleh lelaki lain. Ayyan pun nak tahu apa yang Reen simpan sampai hubungan kita hampir berkecai dulu... Ayyan nak tahu sangat isi hati isteri Ayyan sendiri. Salah ke, Reen?"

"Jangan paksa, Reen tak suka."

"Reen tolonglah jujur. Benda yang Reen simpan tu ada kena mengena dengan Ayyan ke? Or ada benda lain yang sukar sangat nak diluahkan pada Ayyan?"

"Takde Ayyan. Boleh cakap lain kali? Reen penat."

Suasana senyap. Tiada lagi suara Ayyan. Mungkin dia marah. Biarlah. Aku penat nak berbahas hal yang sama.

Bantal peluk yang aku letak hilang tiba-tiba. Tak mungkinlah... Ayyan punya kerja.

Dalam tangan sibuk meraba katil untuk mencari bantal dalam kegelapan, tanganku dipegang kejap. Lalu, terasa ada tubuh seseorang memberat di tepiku. Terkejut yang amat. Dalam samar-samar cahaya lampu tidur, mataku membulat kerana wajah Ayyan sangat dekat denganku kini. Aku yang terkaku cba menyedarkan diri seraya tubuh lekas ingin bergolek belah kiri.

Tetapi, tangan sasa Ayyan memaut bahuku. Sampai tak dapat aku gerak lagi.

Hembusan nafasnya panas menyapu mukaku. Dalam hati aku berdoa tiada apa-apa yang jadi. Janganlah macam ni, Ayyan. Rayuku dalam hati.

Kucupan hangat jatuh atas dahiku. Aku terkedu. Dalam kakunya aku waktu ini, bibirku pula dikucup lembut. Cukup sekilas namun aku seperti hilang nyawa.

"Ciuman kat dahi tu sebagai night kiss. Yang kat bibir ni, ciuman sebagai denda sebab suka degil dengan Ayyan. So, good night sayang. Mimpikan, Ayyan tau," bisik Ayyan lembut. Aku tekup bibir. Rasa nak gila dah ni! Ayyan ni dah obses dengan kiss ke, apa?

AWAL pagi selepas subuh, aku larikan diri ke bawah cepat-cepat semasa Ayyan tengah mandi. Segan kut, semalam tu lepas Ayyan kiss aku terus tak boleh lena. Kejung aje badan. Entah pukul berapa baru aku tertidur.

Kaki lincah menuruni tangga, bunyi telefon berdering membuat aku naik semula ke atas. Hadui, misi nak melarikan diri gagal pula. Siapa call pagi-pagi buta ni? Kacau betul!

Aku menyelinap masuk kedalam bilik dengan kaki terjengket-jengket, konon-konon tak nak Ayyan tahulah aku ada kat bilik. Kaki terus kupanjangkan menghampiri meja solek. Telefon di atas meja itu aku sambar laju dan tekan accept calling tanpa melihat nama pemanggil. Nak cepat punya pasal.

Suara perempuan separuh abad menerjah telingaku lembut. Aku jauhkan telefon dan pandang skrin, lah... Puan Suraya rupanya.

Aku jawab salam dengan suara mesra, sambil itu kaki jalan hendak keluar dari bilik. Belum sempat ku capai tombol pintu, tubuh Ayyan menyusup depan mata aku. Macam hantu!

Terpelanting telefon aku kerana terkejut kuasa dua. Mana tidaknya Ayyan muncul dengan tubuhnya tidak berbaju dengan tuala dililit di pinggang. Pagi-pagi mata aku dijamu dengan dosa. Eh, dosa ke? Bukan ke dah halal untuk aku tengok? Hadui.

Ayyan membongkok seraya mencapai telefonku. Aku diserang gelisah, tak tahu nak tengok apa sekarang.

"Duk tenung pintu tu kenapa? Tak nak jawab panggilan ni?" teguran Ayyan membuatkan aku menoleh kepadanya dengan spontan. Pipiku makin memerah melihat keadaan dia yang tidak sempurna. Rambut dia yang basah itu mampu mengetarkan jiwa perempuanku. Argh, apa benda aku merepek ni!

"Nah, telefon!" Tangan aku dicapai dan telefon bertukar tangan. Dia kerut dahi memandang aku yang macam patung cendana. Lalu tak semena-mena dia kepit bibir, tahan gelak.

"Jawablah dulu call tu kalau nak skodeng Ayyan pun," usik Ayyan nakal.

Aku pejam mata dan bergerak membelakangkan tubuh daripada menghadap dia. Terus telefon aku tekap di tepi telinga. Tahan ajelah malu dan geram yang sedang bergumpal di dada. Memang seronok Ayyan dapat kenakan aku, kan?

"Sorry Puan Suraya, saya lambat jawab. Er, ada apa Puan call saya?" soalku perlahan. Seboleh mungkin tak nak kasi Ayyan dengar, tanganku ingin lagi memulas tombol pintu tetapi ada tangan asing berlingkar pada pinggangku. Tubuhku melekat rapat dengan tubuh Ayyan yang tidak berbaju. Jantung dan tubuhku rasa mahu rebah juga waktu ini. Longlainya kaki. Ya Allah, apa Ayyan cuba buat ni?

"Maafkan mak cik kacau pagi-pagi. Mak cik nak ucap selamat pengantin baru, semoga perkahwinan kekal sampai ke syurga. Amin. Mak cik nak minta maaflah sebab tak dapat hadirkan diri, hmm. Mak cik ni teringin nak tengok majlis kamu tau. Rasa terkilan sangat. Hati mak cik ni rasa tak tenang kalau tak dapat tengok kamu dengan suami tu. Boleh tak, hari ni mak cik datang rumah kamu. Di samping tu, mak cik nak kenal-kenal dengan keluarga kamu. Dah lama mak cik teringin nak dtaang sana. Boleh tak, Nur?" Panjang lebar bait kata Puan Suraya memasuki halwa telinga. Tetapi, yang dapat masuk telinga hanyalah datang rumah.

"Boleh-boleh. Nanti Nur bagi alamat rumah." Rasa tidak selesa dan kurang nyaman dengan kehadiran Ayyan membuatkan aku mampu jawab sependek itu. Haraplah Puan Suraya tak berkecil hati.

"Okaylah, terima kasih. Mak cik singgah nanti ye," balas Puan Suraya dihujung talian sebelum menamatkan panggilan.

Selepas sahaja panggilan tamat, aku menarik tangan Ayyan yang melingkar. Sungguh-sungguh aku cuba leraikan.

Aku tak boleh lama macam ni.

"Sekejap je Reen. Siapa tadi tu? Puan Suraya mana?" Pelukan dipinggang makin kejap. Dia sedap rasa je letak dagu atas bahuku. Rambutnya yang masih basah kadang-kadang jatuh menitik atas bajuku. Hish, sungguh tak selesa. Dada macam kena bom tau sekarang ni.

"Bos tempat kerja. Ayyan, lepaslah nak masak ni," pintaku agar dia lepaskan pelukan.

"Boleh, dengan satu syarat."

"Syarat apa lagi, Ayyan?" Rungutku geram.

"Mulai esok, kalau Ayyan ada kat sini. Kita kena solat berjemaah sama-sama. Jangan sesuka solat sendiri. Boleh tak?"

"Hmm..."

"Apa hmm ni? Jawab betul-betul."

"Ye, In Shaa Allah..."

Perlahan pelukan terlerai. Pantas tanpa buang masa aku buka pintu laju. Nasib sempat meloloskan diri. Terdengar dari jauh suara gelak dari bibir Ayyan. Tanpa sedar, aku tergelak sendiri dengan tingkah kelam kabut aku. Aduhai.

Writer's comment : Haha, 4.6k word dah. Pecah rekod ni. Hehe, byk sgt scene dorg ni. Pasni mungkin ade conflik sedikit. Sorry lambat update, busy dan tgh xsehat ni.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top