SYT 42
LAFAZ akad nikah itu kembali terngiang-ngiang di telingaku. Sukar hendak mempercayainya, kerana semua ini umpama mimpi. Mimpi yang aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku tafsirkan. Bahagiakah aku kerana aku kini menjadi milik Ayyan secara sah? Ya Allah...
Nafasku tersekat. Impianku selama ini menjadi kenyataan tetapi ianya berlaku seperti ini. Tidak seindah apa yang aku bayangkan dan angankan. Kami disatukan kerana ditangkap khalwat.
Apakah perasaan yang perlu aku rasakan waktu ini? Sungguh, aku benar-benar kecewa kerana Ayyan seperti redha sahaja dan rela bertanggungjawab sedangkan dia dan aku tidak bersalah dalam hal ini. Kami tidak melakukan maksiat durjana ini, mengapa kami perlu disatukan dalam keadaan aib kami dicincang mereka.
Aku menundukkan wajah, merenung diriku yang masih dibaluti sepersalinan baju pengantin serba simple ini. Tidak berlabuci, hanya ada manik-manik kecil. Baju ini aku hanya mampu terima sahaja pemberian daripada kakak saudara aku.
Ayyan tidak mampu beri mewah-mewah untuk aku kerana dia sendiri belum bekerja dan terpaksa meneruskan majlis ini hanya kerana keadaan yang memaksa.
Hatiku berdetik sayu. Mengingat semula wajah Ayyan yang tiada seri. Senyuman dia pun serba tidak kena sama seperti aku. Aku tahu dia kecewa kerana pengantin idamannya meninggalkan dia dan aku pula tiba-tiba merosakkan segala angan pelaminnya selama ini. Namun, ini bukan kemahuanku... Aku tidak tega memusnahkan semua, tetapi apa dayaku lagi?
Takdir sudah menentukan begini. Aku tidak dapat berbuat apa lagi untuk kembalikan semua kepada asal. Ya Allah.
Air mata jatuh lemah untuk kali ini. Aku ditebuk dengan rasa sedih teramat. Sakitnya mengenang semula peristiwa Ainura mengamuk apabila mengetahui kami ditangkap khalwat. Apa yang paling menyakitkan berbagai hamburan makian dia lemparkan kepada aku. Sakitnya dituduh tanpa dapat membalas.
Sesungguhnya waktu itu aku terlalu lemah mendengar hamburan hinaaan cacian bertali arus daripada Ainura.
Hatiku hancur lumat. Diinjak-injak sesuka hati. Hina sangat aku diperlakukan.
"Kau memang tak guna Reen! Perempuan gatal! Berani kau datang rumah boyfriend aku dan buat maksiat dengan goda dia sampai hal zina ni berlaku! Kau memang syaitan!" Ainura menghambur fitnah dengan suara kuat. Matanya merah merenung aku setajamnya seakan mahu ditelannya aku hidup-hidup.
Tubuhku ditolak kuat sehingga aku terjatuh duduk. Aku hanya mendiamkan diri dalam tangisan yang mula berlagu. Tidak mampu melawan kerana waktu ini jiwaku sedang merusuh hebat, fikiranku berkecamuk! Aku tak mampu untuk melawan kata-kata Ainura. Aku terlampau penat!
Setelah didera dengan kata-kata Kak Mina dengan mengatakan aku perempuan paling bodoh kerana sanggup datang ke rumah Ayyan malam-malam buta. Dan... tingkah mak yang hanya mampu berdiam, air mata mak sahaja berderaian. Wajah kecewa mak sungguh meruntun hatiku hiba.
Aku tahu mak malu mempunyai anak seperti aku. Mencoreng abu ke muka mak. Tetapi, aku tidak bersalah. Kenapa pula mak seperti mempersalahkan aku seperti aku benar-benar melakukan maksiat keji dan kotor itu.
"Hati busuk! Gatal dah tua! Tak sedar diri! Kalau aku tahu kau betina macam ni, dah lama aku bunuh kau dulu! Kau hancurkan hubungan kami dalam sekelip mata macam ni! Betina syaitan!" Jeritan Ainura semakin menggila. Kepalaku ditunjal-tunjal sekuat hatinya. Aku tahan sakit yang menyengat. Biarlah dia perlakukan aku begini asalkan dapat puaskan hati dia.
Aku tahu dia terlampau sakit hati. Aku cuba memahami hati wanitanya... Kalaulah aku ditempatnya pasti aku juga akan berperangai seperti dirasuk syaitan seperti ini. Pasti aku dah gila seperti ini.
"Aku sayangkan Ayyan! Aku cintakan dia! Tetapi kenapa kau rampas dia! Kenapa kau rampas! Kenapa! Kenapa dari dulu, kau tak buat perangai gatal ni, kenapa selepas aku dengan dia bercinta, baru kau nak hapuskan semua! Beritahu aku, betina! Beritahu, aku!!!!!"
Bibirku terketar-ketar. Bukan kemahuan aku jadi begini, Ainura. Maafkan aku. Aku tak pernah terniat untuk merampas Ayyan daripada kau. Aku sendiri cuba hapuskan rasa cinta ini daripada menetap dalam hati. Tetapi... aku sendiri terbelit sehingga jadi begini. Aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi, Ainura.
Tolonglah faham aku. Tubuhku terhinjut-hinjut menahan tangisanku. Basah lencun tudungku waktu ini. Sakitnya kepalaku semakin menggigit apabila pipiku ditampar kuat okeh Ainura. Sampai terteleng pipiku. Ada darah meniti kecil di tepi bibir. Pedihnya. Apa lagi Ainura ingin perlakukan aku? Tak cukupkah lagi, Ainura?
"Biar aku bunuh kau! Kau tak layak jadi isteri Ayyan! Kau tak layak! Hanya aku yang layak jadi isteri dia! Kau perempuan tua! HODOH!!!!" Tangan Ainura ligat menarik tudungku. Sebelah tangannya mendongakkan daguku kasar. Sekali lagi mukaku ditampar dalam beberapa kali. Aku hanya mampu menadah. Bodohnya aku kerana menjadi lemah.
Kenapa aku lemah? Aku tak terdaya hendak lakukan apa-apa. Jikalau Ainura benar-benar ingin menamatkan riwayatku...
Aku redha... Aku sudah penat untuk hidup, hidup ditusuk perasaan sakit begini. Aku tak mampu...
Mencintai Ayyan sungguh perit untuk aku tanggung. Perasaan bodoh ini menjadikan aku perempuan paling bodoh! Perempuan bodoh! Aku perempuan bodoh! Perempuan bodoh! Perempuan bodoh!
"Kenapa Ayyan sanggup tipu aku! Kenapa dia tipu aku! Dia kata nak kahwin dengan aku sorang je! Tapi kenapa sekarang dia nak kahwin dengan betina macam kau! Kenapa!!!!" Kepalaku kali ini ditolak kuat sehingga aku terjatuh terkebelakang. Kepalaku terhantuk atas tanah.
Sakitnya... tak dapat terucap bagaimana luka zahirnya, tetapi tidak terbanding dengan luka batinku yang terseksa.
Aku nampak sipi-sipi mataku yang kabur dengan air mata. Kaki Ainura naik hendak menyepak kepalaku. Tetapi tingkahnya mati tatkala ada satu suara menjerit menghalang. Argh, kenapa dia datang? Biarlah aku mati sahaja. Kenapa dia datang?
"Ainura! What the hell are you doing to Kak Reen! You ni dah gila ke!" Jeritan Ayyan kuat bergema memarahi Ainura. Aku tekup bibir dan gigit bibir yang sedang berdarah. Entah kenapa, aku berharap Ayyan tidak campur tangan, tidak menyelamatkan aku. Aku patut mati sahaja di sini.
Tubuhku tiba-tiba terasa diawangan. Tangan Ayyan kuat menampung tubuhku. Hendak sahaja aku meronta supaya dilepaskan tetapi tiada tenaga lagi untuk aku salurkan.
"I'm sorry, kak..." bisik Ayyan dekat ditepi telingaku. Pipiku jatuh tersembam didada bidangnya. Aku dapat dengar desahan nafasnya kuat menahan ombak amarah.
"You! No! Ainura! Serius aku menyesal kenal dan bercinta perempuan macam kau! Tak ubah macam perempuan gila yang tergila-gilakan aku zaman sekolah dulu! Kau ni tak nampak ke orang yang kau pukul dan hina ni perempuan paling aku sayang dalam dunia ni.
Kalau kau berani naik tangan pada dia, sampai aku mati aku takkan maafkan kau! Serius, aku benci perempuan takde otak macam kau! Ikutkan perasaan! Serius, aku bersyukur sangat tak jadi kahwin dengan perempuan perangai binatang macam kau! Kau jangan datang lagi dalam hidup aku, sebab aku takkan teragak-agak akan sepak terajang kau macam kau buat pada bakal isteri aku ni!"
Aku terpempan mendengar kata-kata kasar yang dilemparkan oleh Ayyan kepada Ainura. Tiada lagikah rasa cinta sampai sanggup dia berkata kasar dan bencinya kepada Ainura?
"Ayyan. Sebab betina ni you sanggup berkasar dengan I? Apa lebihnya dia, Ayyan? Kenapa you menangkan dia? You tak sayangkan I, ke?" Suara Ainura mengendur tidak memetir seperti awal-awal tadi. Tangan Ainura naik memegang pipi Ayyan.
"Hei betina! Rasa cinta aku dah hancur saat mata kepala aku ni nampak kau perlakukan dia sesuka hati kau! Aku dah bencikan kau, Ainura! Kau jangan berani sentuh aku! Kau berambus sebelum aku tampar kau! Kau berambus!"
Muka Ainura keruh, dia mengundur dan tangisannya mula kedengaran. Ayyan tidak hiraukan, pantas tubuhku dia bawa meninggalkan Ainura seorang diri.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan dipintu menghapuskan lembaran kisah dukaku itu. Terus aku kelam kabut mengesat air mata. Tubuh aku bawa duduk dibirai katil, menyembunyikan diri.
Suara Ayyan yang memberi salam sekadar aku jawab di dalam hati. Debaran di dalam dada kuat menjajah diriku tatkala ini. Bibir aku gigit. Apa lah akan jadi kepada kami berdua ini? Title adik dan kakak angkat bertukar kepada suami isteri? Ya Allah.
"Ehem." Terdengar Ayyan berdehem kecil. Katil di sisiku terasa diisi oleh seseorang. Bau haruman maskulinnya menusuk hidungku. Tak tertelan air liur yang serba kering kontang di dalam anak tekak.
"Kenapa masih pakai tudung lagi ni? Tak panas?" tegur Ayyan lembut. Bahuku terasa disentuh lembut, tubuhku dibawa gerak menghadap dia. Secara drastik aku terikut sahaja gerakan itu. Tatkala mataku bertembung dengan anak matanya, pantas aku jatuhkan mata memandang dadanya.
Berdebar gila! Ayyan... lelaki yang sedang duduk sebelah aku ini ialah suamiku... Argh, sukarnya untuk percaya.
"Kenapa menangis ni? Akak menangis sebab kahwin dengan Ayyan?" Pipiku diusap lembut. Sentuhan dia buat aku terkaku sahaja. Wajah Ayyan ikut menunduk, mendekatkan lagi dengan wajahku.
"Jangan menangis, kak... Opss, sorry Ayyan can't still calling you other than akak. What should I call you now, dear? Can you tell me?"
Aku gigit bibir. Apa punya soalan, ni Ayyan? Tolonglah, jangan macam ni. Kalau ikutkan hati hendak sahaja aku tolak wajahnya itu supaya menjauh.
"Reen? Reena? Arina? Nur? Or maybe sayang? Honey? Baby?"
Suara dia semakin nakal mengusik. Jari-jemarinya naik sekali lagi mendongakkan wajahku. Seperti terkena renjatan elektrik tatkala tiba-tiba Ayyan mendekatkan bibirnya pada dahiku.
Hangatnya kucupan bibirnya jatuh di situ. Awan mendung perlahan-lahan berarak meninggalkan aku. Ada sinar cahaya pelangi memunculkan diri. Aku rasa bahagia... tetapi hatiku digigit keliru... adakah ciuman ini tiada makna, mungkin sekadar memujuk aku supaya tidak menangis lagi?
Ada senyuman manis terukir dibibir Ayyan selepas dia menamatkan kucupan kedua itu. Pertama di masjid tadi, dan kedua waktu sekarang ini...
"Kita cuba redha dengan takdir ni, kak... Ayyan tahu akak tak boleh terima kehadiran Ayyan sebagai suami... Ayyan tahu tu... sebab tu akak menangis, kan?" soal dia.
Tanganku diusap lembut, menyalurkan kehangatan di saat aku ditimpa kedinginan takdir ini. Wajah tenang Ayyan aku tatap berani. Kenapa Ayyan boleh selamba begini? Tidakkah dia perlu rasa semua ini tidak sepatutnya berlaku?
"Perlahan-lahan, kita cuba ye... sayang... Ayyan cuba bahagiakan akak semampu Ayyan... Mungkin takdir ini ingin menyatukan kita berdua supaya Ayyan dapat melindungi akak daripada lelaki-lelaki jahat kat luar tu. Daripada akak kahwin dengan Firshad, lebih baik lagi dengan Ayyan, kan? You know me so well, Ayyan lelaki yang baik, right?"
"Tapi... Ayyan tak cintakan akak..." luahku cukup perlahan.
"Ayyan sayangkan akak... Cinta tu boleh dipupuk,kak..."
"Akak taknak Ayyan paksa diri sedangkan hati Ayyan sudah terisi dengan nama perempuan lain..."
"What do you mean? Ainura? Shit! Don't try sebut nama perempuan tu! I hate her!" Suara Ayyan tidak lagi selembut baldu. Tinggi dan kasar. Matanya juga sudah menjauh. Tidak lagi memandang aku. Benci sangatkah dia terhadap Ainura?
"Dia terikut perasaan aje, Ayyan. Jangan benci dia macam ni sekali. Kesian dia..." ujarku cuba meredakan marahnya. Walaupun aku turut bencikan Ainura dari awal lagi, tetapi aku faham dia tak bermaksud hendak memukul aku teruk begitu. Amukan syaitan yang merasuk dia.
"Siapa sahaja berani sentuh akak. I will never forgive her! Masalahnya perbuatan dia tu bodoh, sanggup dia pukul akak sampai luka teruk. Dia ingat akak ni patung ke?! Ayyan pun dah lama simpan marah dekat dia. Because she always talk bad about you! I can't forgive her!"
Bentak Ayyan geram. Urat timbul di tepi dahinya.
Aku sentuh bahunya agar marahnya dapat berkurang. Takut juga melihat Ayyan marah. Terharu juga kerana Ayyan sayangkan aku. Tetapi, itu sekadar sayang... bilakah rasa cinta itu akan hadir?
"Sorry... kita lupakan aje dia. So, what should we do now?" Ayyan kembali menghadap mukaku. Riaknya sedikit berubah tenang.
"Nak buat apa?" tanyaku semula.
"Sekarang ni, meh Ayyan tolong bukakkan tudung dia. Kita dah halal nak tengok aurat masing-masing, kan?"
Pipiku memerah. Gila selamba Ayyan ni, kenapa? Tak malu ke? Aku tolak jarinya yang sedang membuka butang manik tudungku di atas bahu.
"Ayyan... tak naklah!"
Ayyan hanya tayang muka selamba. Jarinya merayap lagi cuba membuka manik tudung dileherku pula. Satu persatu manik tudungku dibuka. Aku pula terkaku lagi macam patung. Dada berdebar kencang macam naik rollercoaster.
Setelah selesai manik itu ditanggalkan, tudungku dan anak tudung ditarik lembut oleh Ayyan. Terserlah rambut ikalku untuk tatapan Ayyan. Mataku tidak tahu untuk letak mana lagi. Mahkotaku sudah dilihat. Ya Allah, segannya. Malunya.
Rambutku diusap perlahan. Dalam beberapa saat, kami diselubungi angin malam yang begitu sepi. Tetapi pipiku terasa hangat akibat rona merah yang ternoda di kedua-dua belah pipi.
Tiba-tiba tubuhku ditarik sedikit demi sedikit sehingga aku tenggelam dalam dakapan hangatnya. Dagu Ayyan terasa hangat menongkat di atas bahuku yang sedikit terdedah.
"You're pretty, my dear... Please, starting this time, we should stop calling akak and Ayyan. You must call me 'abang' and I call you 'sayang'..."
Suara Ayyan terlebih romantik saat ini sehingga aku rasa diri tidak lagi di alam dunia.
Bahagia ini terlalu aku dambakan selama ini. Terlalu. Indahnya perasaan menyelusuri ruangan hati membuatkan aku diterjah keraguan. Layakkah untuk aku rasa bahagia ini? Ikhlaskah Ayyan terhadapku?
Writer' comment : how do you feel about this bab? Hehe. Komen sikit ❤️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top