SYT 40

SYT 40

KINI, jasadku sedang berdiri utuh di hadapan rumah Ayyan. Siapa sangka aku sanggup memberanikan diri datang ke sini semata-mata kerana terlampau risaukan keadaan dia.
Aku membaca bismillah, cuba meredakan kegusaran yang tidak pernah mahu surut kerana tika ini terbayang di lambaian mata, Ayyan terlantar sakit sendirian. Tanganku lekas membuka pagar yang tidak bermangga.

Ayyan sendiri telah berpesan kepadaku dengan suara sakitnya tadi bahawa kunci mangga waktu ini telah rosak. Sebab itulah, aku boleh masuk dengan mudah seperti ini.

Aku menutup perlahan semula pagar itu. Setiap derapan kakiku turut terkendong betapa beratnya beban perasaan kebimbangan ini. Dalam hati, tidak putus-putus aku berdoa semoga Ayyan masih lagi bisa bertahan.

Hampir putus nafas tatkala panggilan daripada Ayyan yang ku sangka hanyalah panggilan biasa daripadanya berubah kepada panggilan kecemasan.

Terngiang-ngiang suara erangan Ayyan meminta tolong supaya aku datang, kerana dia tidak berdaya lagi. Fikiranku cukup berkecamuk ketika itu sehingga aku terlupa memberitahu perihal aku datang ke mari kepada mak. Aku berharap mak tidak mencari aku di bilik nanti. Tidak tega untuk menyalurkan kebimbangan dalam hati mak.

Pintu aku kuak setelah memberi salam. Jantungku berdetak laju, semakin laju ketika mataku ditayang dengan suasana rumah yang gelap gulita. Lekas mataku menjajau mencari suis lampu, setelah ku temui pantas ku tekan.

Rumah sederhana kecil ini terus disimbahi cahaya lampu. Aku teguk liur, keadaan rumah ini sunyi sepi. Kaki terus kubawa perlahan mendekati satu bilik yang terbuka sedikit, berhadapan dengan dapur. Itu kemungkinan bilik Ayyan.

Pantas ku tolak perlahan daun pintu, sangat jelas di mataku waktu ini ada susuk tubuh seseorang yang sedang bersandar lemah. Tidak berbaju. Ya Allah! Aku terus beristighfar, ini bukan masanya untuk berfikir bukan-bukan.

Aku terus mendapatkan Ayyan. Dia masih terpejam rapat. Rambutnya kusut masai dan dengan jarak dekat ini aku nampak ada peluh merenik di dahinya. Kasihannya Ayyan. Sebak yang mula menjalar menjadikan dadaku semakin sempit, dadaku juga terasa mahu pecah. Aku tak boleh tengok dia sengsara, Ya Allah.

"Ayyan, akak datang ni. Sakit lagi? Kita pergi hospital ye?" Lembut suaraku meniti di bibir, mataku mula berkaca-kaca saat dahi Ayyan bertindak balas. Berkerut-kerut, matanya masih terpejam. Sebelah tangannya menolak sedikit gebar sehingga aku ternampak badannya separuh lagi. Perasaan berdebar melihat tubuh Ayyan yang ketaq-ketaq terus aku lontar jauh.

Tika ini, mataku terjatuh pada luka sebelah perutnya, yang nampak membengkak merah. Ya Allah! Aku tekup mulut. Kenapa luka boleh menjadi teruk begini?

"Akak... Ayyan nak minta... tolong sikit... Ayyan tak larat... nak bangun," luah Ayyan lemah. Suaranya hampir tidak terdengar walaupun kami sedekat ini. Matanya terbuka separuh, kuyu matanya tersingkap pada deria penglihatanku.

"Akak akan tolong, beritahu akak..." Mataku layu merenung dia. Jatuh kasih, jatuh rindu. Segalanya tertumpah dalam genangan sinaran mataku ini untuknya.

"Akak..." seru Ayyan. Dia diam sebentar, ternampak halkumnya bergerak perlahan. Mungkin dia tengah mengumpul kekuatan untuk menyambung bicara. Aku setia menanti permintaan dia. Selagi aku mampu.

"Ayyan... minta... maaf..." Tiga patah itu terluncur satu persatu.
Aku gigit bibir, tahan perasaan sebak. Wajahnya penuh disaluti duka dan sengsara semakin menjerat ikatan sebak di dalam penjara hati. Aku benar-benar terasa ingin menangis.

"Ayyan... akak..." tersekat ayat itu, tak mampu aku luahkan lebih panjang lagi. Ayyan tenung aku lagi. Sayu anak mata itu menghantar luahan supaya aku terima kata maaf darinya. Pandangan itu sungguh meruntun kalbu. Aku tidak sampai hati melukakan dia lagi. Mungkin aku perlu tamatkan episod perang dingin antara kami, yang telah aku sendiri lancarkan demi dia... Insan yang kusayang sepenuh hati.

"Akak dah maafkan lama... akak pun bersalah pada Ayyan, akak nak minta maaf..." luahku bersama rasa bersalah kerana insan yang mula mencipta jurang antara kami, dan mungkir janji kami, adalah... aku! Aku tak patut terlalu mengikut kata hati yang terluka ini.

Segaris senyuman serba tawar meniti di bibir Ayyan. Tetapi, itu tidak lama... bibirnya mengerang sakit secara tiba-tiba.

"Ayyan, kenapa ni? Ki...taa... pergi klinik?" Panik aku ketika ini. Tanganku tanpa sengaja naik memegang tangannya dan terasa erat sekali genggamanku terbalas. Hangatnya haba yang dilepaskan dari sentuhan itu menambah kegusaran dalam hati. Aku sudah terlupa halal haram. Tangan sebelahku lagi satu melekap pada dahi Ayyan. Panas!
Riak Ayyan masih sama, urat pelipis dan dahi nampak terik tertimbul. Dia tidak bergerak langsung ketika ini. Hanya membiarkan tingkah risauku ini. Bibirnya kembali diam tidak membunyikan desahan sakit.

"Ayyan demam ni. Kita pergi klinik atau hospital?" pujukku lembut Aku membetulkan anak rambutnya yang terjatuh di dahi, persis anak kecil aku layan dia.

"Akak... takpe... Ayyan tak nak... pergi mana-mana... akak teman Ayyan, boleh?"

"Tak boleh Ayyan! Kita kena pergi hospital, Ayyan sakit sangat ni?" bantahku sedikit keras dan suaraku masih dalam nada perlahan. Tidak perlu aku jerit-jerit walaupun aku sudah dicekup dengan rasa tidak puas hati dengan permintaan Ayyan.

"Takpe... akak tolong ambilkan ubat dekat dapur, itu je Ayyan nak minta tolong... lepas tu, akak balik je. Ayyan tak nak susahkan akak lagi," lancar ayat meluncur kali ini, namun terdengar getaran halus menandakan dia tengah melawan rasa sakit.
Segera aku menggeleng, takkan aku biarkan dia sakit seperti ini dan hanya makan ubat tahan sakit? Kalau luka itu melarat bagaimana? Ayyan ni kenapa tidak fikir panjang? Tak sayang diri ke?

"Akak call ambulans ambil Ayyan. I don't care Ayyan nak atau tidak!" Mataku bergerak ke kanan, mencari keberadaan telefon Ayyan. Tanganku menyambar terus telefon Ayyan, dan aku tidak endahkan terus gelengan Ayyan.

Belum sempat aku ingin mendail, tangan Ayyan mengambil telefon itu lalu diletak belakang tubuhnya dengan susah payah. Ya Allah, tak sangka Ayyan masih ingin berdegil.

"Bagi balik handphone tu, janganlah degil... Ayyan."
Muka kupapar tidak puas hati. Orang risaukan dia, takut jadi apa-apa boleh pula dia sembunyikan telefon begitu. Haish, sabar ajelah.

"Lepas makan ubat, Ayyan okay... akak jangan risau, Ayyan boleh tahan lagi..." dalih Ayyan. Dia menatap aku, kemudian menarik sedikit gebar menutupi separuh tubuhnya.

"Sorry, tayang badan macam ni. Ayyan sebenarnya lepas mandi tadi, tiba-tiba jatuh terduduk kat dalam bilik air. Sakit kak, tapi Ayyan gagahkan juga badan baring kat katil ni. Lepas satu jam baring, Ayyan tersedar... tak tahu kenapa berdenyut-denyut dan jadi bengkak pula bekas jahit ni."

Kasihan kau, Ayyan. Patutlah bengkak, lepas pembedahan memanglah tidak boleh jatuh atau buat kerja lasak. Kalau buat boleh kemungkinan bekas operate tu akan bengkak dan dalamannya akan terluka lagi. Lelaki, mana fikir luka akan parah atau tidak. Dan mungkin juga luka makin teruk kesan tumbukan Kak Mina tempoh hari.

"Ayah Ayyan mana? Abang Ayyan takde ke?" soalku apabila teringat perihal keluarga Ayyan.

"Ayah kerja overtime... abang tu tak tahulah pergi mana, Ayyan tak ambil kesah. Lantak dia lah." Ayyan merengus kecil. Riaknya jelas ada unsur marah. Agaknya adalah tu abang Ayyan buat hal lagi dengan dia.

"Ayyan terpaksa susahkan akak macam ni. Malam-malam lagi..."lirih suara Ayyan menghantar rasa serba salahnya kepada aku. Aku menggeleng tanda tidak mengapa.

"Ayyan tak susahkan akak... jangan bercakap lagi, Ayyan... tengah sakit tu... Ayyan dah makan ke belum?"

"Belum..."

"Dah tu macam mana nak makan ubat?"

"Takpe, Ayyan dah biasa kak..."

"Apa pulak dah biasa... kejap, akak masak dulu apa yang ada kat dapur tu."

"Buat apalah masak. Akak dah penat kena masak lagi. Tak payah, kak..." larang Ayyan. Tangannya mengait perlahan lenganku.

"Akak tak penatpun. Ayyan rehat ajelah, tak payah risau akak susah ke apa. Sebelum ni pun, Ayyan dah banyak susah demi akak, kan? Apa salahnya akak buat semua ni untuk Ayyan," ujarku cuba memahamkan Ayyan.

Tiada istilah menyusahkan kalau itu berkaitan Ayyan. Ayyan pun dah banyak aku susahkan selama ini. Setakat masak untuk dia apalah sangat hendak dibandingkan dengan apa yang pernah dia lakukan untuk aku dahulu kala.

Tiada balasan dari Ayyan. Aku juga turut membiarkan suasana sunyi menyelubungi kami berdua. Mata kami saling bertatapan tetapi aku nampak dia seperti sudah tersasar ke dalam dunia lain. Mengelamun jauh. Fikirkan apa agaknya, Ayyan?

"Akak masak dulu, Ayyan sabar kejap ye." Aku bersuara akhirnya, tidak mahu membuang masa duduk menghadap Ayyan lama-lama. Asyik merenung Ayyan, semakin gelisahkan hatiku pula.

"Kejap, kak..." Suara Ayyan membantutkan niatku untuk terus bangun supaya dapat menyiapkan makanan dia dengan kadar segera.

Aku tenung dia lagi. Keningku naik sebagai ganti pertanyaan, 'ada apa lagi?'

"Boleh tolong satu benda ni... dulu?"

"Hmm, beritahu je apa..."

"Er..."

"Cakap je Ayyan,"arahku apabila dia masih tidak menyambung permintaan.

"Tolong ambilkan singlet Ayyan kat... er... dalam almari tu..."

Aku hanya mengangguk. Dalam hati terdetik kenapa singlet?

"Ayyan mintak singlet sebab kalau pakai baju t-shirt agak susah sikit, kak..." jelas Ayyan tanpa dipinta.

Aku hanya diam tidak membalas, mukanya nampak kelat sahaja memandang aku. Mataku turut terkebil-kecil, macam ada angin janggal mengikat kami waktu ini. Tetapi, aku tunjuk selamba lalu kaki menapak mendekati almari pakaian Ayyan.

Uish, rasa berdebar tiba-tiba. Tak pernah seumur hidup aku membuka almari lelaki bukan mahram pulak tu. Haish, apa ni Reen? Ayyan tu adik angkat kau aje, adik sahaja. Tidak perlu aku risau kalau ternampak benda yang tidak sepatutnya seperti anak-anak itu.

Tangan pantas menarik satu singlet, bersebelahan dengan suatu benda yang hampir buat aku pitam.
Aku membalikkan tubuh setelah berjaya bernafas dengan teratur.

"Kenapa pipi merah tu?"
Singlet itu telah bertukar tangan. Aku buat-buat tidak dengar suara dia.

"Akak tertengok Ayyan punya tu... ke? Hehe..."

Semakin memerah pipi aku. Adakah perlu masa ini Ayyan bertanya soalan tak semenggah ini? Dan kenapa perlu aku malu-malu ni! What the fish?!
Terdengar gelak halus terletus, tetapi tak lama Ayyan mengaduh sakit. Tubuhku meluru sedikit mendekati dia. Risau pula dengan keadaan dia. Dah tahu sakit, sibuk nak gelak ni kenapa?

"Sakit tu buat cara sakit. Gelak tu nak buat apa?"

Ayyan gigit bibirnya. Dia tenung aku dan tersenyum kecil. Ya Allah, makhluk ni, kenapa?

"Sorry, kak. Hehe. Muka akak tu comel sangat blushing. Janganlah malu, itu barang Ayyan aje... janganlah bayang bukan-bukan, kak..."

Terbuntang mataku mendengar ucapan selamba Ayyan. Hish, mengada betul, ingat aku ni gatal sangat ke duk fikir bukan-bukan?

"Sorry to say. Tak hingin orang nak bayang apa-apa. Akak ni perempuan terlindung tau, mana pernah tengok benda macam tu!" marahku kepada dia.

"I know, orang gurau aje. Ayyan pun malu sebab akak nampak Ayyan punya tu. Itu saja duk gurau nak hilangkan sikit malu tu."

Kata-kata Ayyan menambahkan lagi tahap kemerahan warna dipipiku. Takkanlah Ayyan malu jugak? Alahai, situasi apa yang janggal begini?
I need to leave!

Writer's comment : Sorry kalau tidak menepati kehendak readers.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top