SYT 37
SYT 37
AIR mata yang menitis, aku biarkan sahaja jatuh tanpa dikesat. Wajah Ayyan di dalam video itu nampak kusut. Seperti dilanda gelombang hempasan ombak kuat. Sayu benar mata itu memandang kehadapan, aku sendiri dipagut perasaan sedih. Betapa aku teringat perpisahan kami, kerana pergaduhan besar itu. Mungkin juga dia rasa kehilangan seperti aku.
Aku menekan semula butang play, untuk melihat lebih lagi kesungguhan yang ingin dipamerkan oleh Ayyan melalui video itu.
Suara Ayyan mengalunkan lagu kembali berdendang merdu.
"Dan teringat janji kepadamu,
Setiap waktu, aku kan pasti tepati,"
Aku sentuh dada, sebak sekali. Lirik itu Ayyan tukar sedikit khusus untuk aku. Kerana itu, kenangan dulu terus menarik aku tenggelam dan aku merelakannya bersama rindu ini.
BEG galasku ditarik Ayyan sehingga pergerakanku tidak dapat diteruskan lagi. Bibirku cemik geram, mataku membulat memandang Ayyan yang kini sedang berdiri dihadapanku. Sakit hati melihat muka Ayyan. Dia jahat, sampai hati dia boleh lupa hari jadi aku! Dari pagi tadi, aku bagi hint.
"Hari ni macam sejuk, nyaman je kan, Ayyan? Macam hari special je... hari ni hari apa ek?"
Begitulah kata-kata ala-ala kiasan aku pagi tadi ketika bertembung dengan dia sebelum perhimpunan. Nak tahu tak jawapan dia apa?
"Hmm, biasa je. Tak sejuk pun, hangat-hangat macam tahi ayam adalah! Apa yang specialnya, hari ni lah paling bosan. Kena hadap muka pengetua membebel pasal hari membacalah! Hari mengejalah! Hari mengiralah! Haish, bosan betul hari Isnin!"
Hancur hatiku hampir bunyi prakkk kerana dengan selambanya Ayyan bercakap sambil matanya ditenyeh-tenyeh gaya-gaya orang baru bangun tidur. Rambut dia tu selekeh dah macam sarang tebuan! Menyakitkan hati betul bercakap dengan Ayyan! Nak tengok muka dia pun jadi menyampah sangat-sangat! Dia ni memang lupa daratan, suka-suka dia je lupa hari jadi aku hari ni! Jangan harap aku nak kawan dia lagi. Ayyan jahat!
Dan. Sekarang ni boleh pulak dia tayang sengih dekat aku. Nak mintak penampar ke penumbuk, ni?
"Muka apa ni, kak! Buruknya kalah muka tenggiling beranak tau!" ejek Ayyan dan bibirnya terletus tawa.
Semakin berkerut dahi aku. Sumpah, aku akan buat sesuatu ni. Terlampau sakit hati! Kaki Ayyan aku pijak kuat. Terus padam gelak dia, menyeringai Ayyan kerana habuanku itu. Tak cukup itu, aku hempuk buku sejarah tepat atas kepala dia. Dia main kasaq, aku lagilah boleh.
"Akak! Sakitlah! Pukul kuat sangat, kenapa! Orang nak exam nanti minggu depan tau tak! Susahlah nak ingat, sebab ilmu dah jatuh ni," rungut Ayyan berakhir dengan bibir muncung sedepa. Dia mengusap kepalanya berkali-kali, dan diselang-seli dengan desahan sakit.
Aku jelir lidah, tanda mengejek padan muka. Dah mulalah tu, perangai loyar buruk dia tu. Mana ada ilmu jatuh hanya sebab ketuk sekali je. Lainlah kalau aku ketuk guna tukul, confirm dengan kepala dia sekali jatuh. Hahahaha. Aku terlepas gelak, membayangkan Ayyan tak ada kepala. Memang kelakar. Jalan asyik langgar tiang, batu sebab kepala hilang! Eh, kejap-kejap asal aku ni macam psiko pulak bayangkan benda bukan-bukan?
"Gelak! Suka sangat gelak bila Ayyan sakit, kan! Ayyan saman akak baru tahu, langit tinggi sangat ke, bumi lagi tinggi! Hahahahaha. Apa aku merepek ni. Haaa... tengok Ayyan dah tak betul ni, cepat akak betul kan balik saraf otak yang berselirat ni. Balik kena minum anmum biar sel-sel otak berhubung," kata Ayyan bersambung-sambung dengan gelak kuat. Tengok Ayyan sekarang ni, memang persis orang gila.
Aku yang melihat, rasa nak hempuk je lagi. Tapi, risau jugak aniaya anak orang, tak pasal-pasal nanti ayah Ayyan marahkan aku gara-gara anaknya gila hasil daripada hempukan mautku ini.
"Tak lawak ke? Gelaklah kak, jarang tau Ayyan buat lawak versi iklan!"
Riakku tayang bosan. Malas nak layan. Baik aku blah je, hari ni Ayyan tak perlu teman aku balik. Aku merajuk sungguh ni!
"Akak nak balik. Ayyan jangan sibuk nak ikut balik! Pi sana! Tak nak kawan Ayyan lagi!"
Tajam mataku membalas renungan dia. Kalau manusia depan mata ni boleh dimakan, dah lama aku telan aje hidup-hidup. Geram sangat sebab muka dia tu, selamba sangat!
"Ehh! Mana boleh balik tanpa Ayyan teman. Ayyan dah janji kan, sejak Ayyan jadi adik angkat akak, Ayyan takkan biarkan akak balik sorang-sorang! Bahaya tau sekarang, banyak kes culik. Tak takut ke nanti kena potong badan," bebel Ayyan acah-acah serius. Mukanya beria betul dan mata dijegilkan besar bagi nampak menakutkan sangat cerita dia tu.
"Tak takut!" bohongku. Padahal dalam hati, dah berdentam dentum bunyi jantung berdetak kerana mata dah terbayang kes culik di televisyen. Pada Dada akhbar pun turut menyelit dalam kotak fikiran. Ngeri membayangkan! Ya Allah, mohon dijauhkan aku daripada bahaya malapetaka! Amin.
"Elelele... Muka dia tu pucat macam nampak pocong! Boleh lagi nak menipu Ayyan. Pigidah!" ejek Ayyan, mengenakan aku. Boleh lagi dia sebut makhluk paling aku takut tu. Haish, dia ni kan. Mujur jugak aku masih sayang, kalau tidak. Aku pijak lagi sekali kaki dia.
"Jangan sebutlah! Dah tahu orang takut!" jeritku memarahi dia. Paling pantang orang yang suka menakutkan orang ni, kang aku doakan jumpa kat katil malam ni baru tahu!
"Dah-dah! Jom ikut Ayyan naik atas!" Ayyan tidak hiraukan marahku, dia pantas menarik begku dan menggalas begku di bahunya. Kebiasaan yang dia lakukan untukku ketika ingin menghantarku pulang.
"Nak buat apa naik atas? Orang nak baliklah!" bantahku tidak mahu turuti kata-kata Ayyan. Tetapi, Ayyan buat selamba tenuk, dia menonong berlari meninggalkan aku dibelakang seorang diri. Siap culik beg aku! Tanpa rela, aku ekori dia dari belakang.
Langkah Ayyan berhenti tepat-tepat depan bilik muzik. Aku diterpa bermacam tanda tanya. Hendak tutup mulut, tidak bisa lagi aku katup mulut yang sibuk melopong melihat gaya selamba Ayyan mengeluarkan kunci daripada poket seluarnya dan terus membuka pintu bilik muzik. Ya Allah, ni dah kes menceroboh!
"Ayyan! Apesal bukak bilik muzik ni! Kunci tu curik kat mana? Ya Allah, Ayyan nak rosakkan harta benda sekolah ke?!" jeritku separuh lantang. Resah gelisah aku dengan tingkah sesuka hati dia tu. Kalaulah cikgu muzik, Puan Shasha nampak ni. Habis dengan aku-aku sekali kena balun. Silap hari bulan, jawatan pengawas pun dilucutkan. Aduh, seriau pulak memikirkan itu.
Ayyan toleh aku, dia letak jari telunjuk pada bibirnya. Kemudian, jarinya terletak elok di bibirku pula. Terbuntang luas mataku saat bibirku disentuh begitu. Sampai bibirku terkelu seribu bahasa, tak mampu nak bergerak walau seincipun.
"Shhh! Akak janganlah bising-bising! Nanti terkantoi kita berdua susah..." bisik Ayyan, memberi amaran. Selepas itu, dia alihkan jari terus dia meredah masuk kedalam bilik muzik setelah kasut dibuka. Aku yang kejung, macam patung bernyawa tidak mampu berbuat apa-apa. Terkejut gara-gara penangan jari Ayyan tadi. Teruk betul Ayyan ni! Hish, tak fikir halal haram duk sentuh bibir aku tu apesal! Cakap ajelah. Tangan tu jangan pi buat suka hati boleh, tak?!
"Akak! Masuklah cepat, jangan berangan depan tu. Nampak cikgu Shasha boleh mati hidup balik kita ni!" luah Ayyan dengan tangannya sibuk bergerak-gerak isyarat supaya aku masuk dalam kadar segera. Muka dia tu, over sangat.
"Tak naklah bersubahat buat benda tak elok! Akak nak balik," balasku setelah tersedar dari mamai tadi. Kakiku terundur setapak, tetapi tak sempat nak gerak lebih setapak. Tanganku ditarik Ayyan, sehingga tubuhku terheret masuk. Keadaan bilik yang sedikit suram, membuatkan aku sukar nampak dengan jelas, sehinggalah... Aku terpijak kaki dia dengan kasut aku yang belum buka.
Dia terjerit kuat, kerana sakit peritnya dipijak aku. Tetapi, terus dia tekup mulut sendiri. Aku terus angkat kaki, kedengaran satu petikan gitar berbunyi. Lampu terus terpasang tiba-tiba. Dan...
"Selamat hari jadi..."
Muncul kawan Ayyan iaitu Tariq sedang memainkan gitar. Aku tekup mulut. Ya Allah! Surprise apa ni?! Sungguh, benar-benar aku tidak sangka rupa-rupanya Ayyan hanya sengaja mengenakan aku dengan perangai buat-buat lupa hari ini hari jadi aku.
"Selamat hari jadi..."
Muncul Nabil pula dari ceruk mana pun aku tidak tahu. Dia membawa 3 belon, warna merah, hijau dan purple! Aduhai, kakiku terasa hendak terkulai. Sungguh, aku sebak bercampur terharu sangat-sangat. Apa lagi kejutan dari Ayyan dan kawan-kawan dia ni?
Aku pandang Ayyan yang hanya tersengih-sengih, berdiri sebelah kiri diapit dua kawannya.
Seorang lagi, kawan dia tak muncul lagi. Halim mana?
Tiba-tiba Halim keluar dari arah pintu stor belakang membawa kek muffin kecil. Dia turut menyambung menyanyi. "Selamat hari jadi!" kasar sedikit suara garau si Halim. Tergelak aku melihat dia dari jauh, kelakar pun ye jugak. Budak-budak samseng ni sanggup buat benda terlebih sweet macam ni. Ya Allah, sumpah terharu gila!
Dan akhirnya, gitar itu terhenti. Ayyan menghampiri aku sedikit dekat. "Selamat hari jadi, Kak Reen yang ke 17! Selamat menyambut hari tua! Moga diberi kesihatan, dipanjang umur, dimurahkan rezeki dan paling penting sekali menjadi perempuan solehah. Amin," ujarnya dalam nada perlahan. Matanya merenung aku dalam. Argh, aku terlebih terharu. Tak boleh nak tahan perasaan sebak sangat. Air mata menitis tanpa dapat aku sedar.
"Terima kasih, Ayyan. Amin. In Shaa Allah. Terima kasih jugak untuk Tariq, Nabil dan Halim. Jasa korang ni memang susah akak nak lupakan," luahku dalam sendu. Air mata aku seka perlahan. Lama-lama semakin mengalir deras. Aku segera tutup muka, malunya terlebih emosi depan mereka! Mesti buruk muka aku menangis macam ni!
"Ehh, akak... janganlah nangis! Korang semua pergi duduk kat stor. Tugas korang dah habis. Tariq, kasi gitar tu kat aku!" arah Ayyan kepada geng dia.
Aku masih dianyam rasa terharu dan sebak. Tak sangka, Ayyan sanggup lakukan surprise begini untuk aku! Tolonglah, kenapa dia sweet sangat!
"Okay, kitorang gerak dulu! Dah kena halau! Selamat hari jadi, Kak Reen! Jangan nangis-nangis nanti buruk muka kalah badut!"
Ketiga-tiga tenuk itu mengusik aku. Walaupun rasa nak marah dengan gurauan mereka, aku tergelak sudahnya. Macam mana nak marah, diorang tu baik sangat menyambut birthday aku! Nak marah, tak sampai hati. Huhu.
"Hei, janganlah kutuk akak aku ni! Aku sepak sorang-sorang baru tahu!" suara Ayyan bergema memarahi mereka.
Aku tersenyum dalam tangisan.
Telingaku tidak menangkap suara balasan mereka, sunyi seketika ruangan bilik muzik ini. Terasa janggal pula untuk berhadapan dengan Ayyan, sekarang ini. Kalaulah dia adik kandung, dah lama aku peluk cium dia untuk gambarkan betapa aku gembira dengan surprise ini.
"Kak. Dah lah tu, tak yah nangis-nangis. Bukan kita tengah tengok drama air mata. Setakat sambut birthday ala-ala gangster tak jadi je ni. Haha."
Aku alihkan kedua-dua belah tanganku. Terpampang wajah Ayyan berdiri masih di kedudukan sama, tetapi dia sedang duduk di kerusi bersama satu gitar. Matanya dikenyitkan manja kearahku, lalu jari telunjuknya mengarah aku supaya duduk di kerusi berhadapan dengan dia.
Aku terpinga-pinga dan hanya menurut arahannya. Air mataku sudah sedikit kering. Sempat aku toleh belon tadi sudah diikat tepi meja guru. Dan kek muffin tadi terletak elok atas meja guru.
"Ehem... test suara 1... 2... 3... terimalah lagu kesukaaan akak... sebelum tu, Ayyan nak ingatkan jangan banjirkan bilik ni. Okay?"
tanya Ayyan sambil keningnya terjungkit sebelah. Handsomenya Ayyan. Pujiku tanpa sedar. Dengan pegang gitar gaya tu, duduk atas kerusi berhadapan dengan aku seperti ini. Persis seorang lelaki ingin meluahkan perasaan kepadaku. Aduhai, entah mengapa dadaku diulit debar secara tiba-tiba. Tolong relaks wahai cik hati.
Ayyan kulihat tengah menunduk, membetulkan kedudukan jari digitar itu. Aku tarik nafas dan menstabilkan semula pernafasan. Itu Ayyan je, adik angkat kau, Reena! Berkali-kali aku berpesan pada diriku tika ini.
Petikan gitar yang pertama mula kedengaran. Ayyan mula mengangkat wajahnya, memandangku dalam.
"Dengarlah bintang hatiku,
Aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku,
Hanya kaulah yang ku selalu rindu.
Dan teringat janjiku padamu,
Kan selalu pasti akan ku tepati."
Tidak dapat kukawal air mataku daripada jatuh berderaian. Ayyan, kenapa dia buat aku sangat dihargai... Ayyan...suara dia lemak merdu itu semakin menyesakkan dadaku, rasa terharu memenuhi ruang dada.
"Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Kerana bagiku engkaulah nyawaku."
Dia berhenti seketika, dia tersenyum dan segera dia menggeleng kepala. Mungkin, memintaku supaya berhenti menangis. Aku masih tenggelam dengan air mata, tidak mampu aku halang walaupun sudah beria aku menarik kembali air mata daripada jatuh. Dia menyambung semula, entah mengapa nampak sedikit matanya berkaca-kaca.
"Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Kerana bagiku engkaulah nyawaku.
Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Kerana bagiku engkaulah nyawaku.
Terima kasih Nur Arina Binti Muhammad Azhar, kerana hadir dalam hidup Ayyan Irhan Bin Adam Lee... You're more precious than everything that I have. Ayyan harap hubungan kita kekal sampai akhir nafas kita. Jika diizinkan Tuhan, hingga ke Jannah. Amin."
.........
Writer's comment : ada yg sedih tak? Huhu.
.........
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top