SYT 34

SYT 34

"SIAPA tu, Reen?" tanya Kak Atiera kepadaku setelah Kak Siti beredar.

Aku bingkas bangun, bingung untuk menjawab sedangkan aku sendiri kurang pasti gerangan yang mencariku itu. Tetapi, kalau bukan Ayyan siapa lagi yang datang? Bila difikirkan semula tak mungkin pula Ayyan datang keran tidak pernah aku memberitahu detail mengenai tempat kerjaku ini. Aku juga tidak pernah bercerita kepada dia, tentang bidang kerjaku ini dengan lebih terperinci.

"Mungkin, adik Reen kut," luahku juga dengan teragak-agak. Telefon aku capai dan masukkan ke dalam beg tangan. Jam di tangan aku tilik, dah dekat waktu lunch. Boleh lah kut aku turun di bawah sementara menunggu lagi 5 minit waktu lunch. Mataku memandang Firshad, yang masih dengan kerjanya seakan tidak terusik dengan kejadian tadi. Baru terniat nak ajak dia lunch sekali, memandangkan dia nampak busy aku batalkan sahaja niatku itu.

"Reen pergi bawah sat, nak tengok siapa kat bawah tu," kataku lagi. Kak Tiera hanya mengangguk perlahan. Tidak mengulas apa-apa.

Di dalam lif, aku rasa dadaku berdebar. Entah mengapa aku berperasaan begini. Menanti lif bergerak turun serasa lama pula. Aku usap dada bagi mengurangkan debaran itu. Mata dah terbayang wajah kacak Ayyan, merenung aku. Renungan redup dia juga memenuhi ruangan mataku. Argh, susah nak lupakan sepasang mata indah itu. Rasa berdosa pula membayangkan wajah Ayyan tika ini, kalau Firshad tahu marahlah dia agaknya.

Kakiku melangkah dengan teratur, takut juga aku pula tergolek kerana hatiku sedang kalut untuk menemui gerangan yang masih belum dikenal pasti siapa. Bahagian bawah bangunan ini, terhidang kaunter pertanyaan dan dua sofa besar di belah kiri dan kanan. Tidaklah terlalu besar ruangan ini, tetapi nampak juga rekaan cukup eksklusif teratur lengkap. Cukup menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat.

Mataku terus sahaja menemui belakang tubuh seseorang yang sedang bersandar di sofa keseorangan. Detak jantungku makin melonjak-lonjak. Aku kenal, memang sah lelaki muda yang diperkatakan Kak Siti itu adalah Ayyan. Ya Allah, macam mana dia boleh sampai ke sini?

"Ayyan?" tegurku perlahan. Dia kulihat mengalihkan sedikit badan, dan tangannya terus teralih dari memegang perut. Dia memandang aku sekilas, dan tanpa diduga dia bangun seraya menarik tanganku supaya mengikuti dia. Aku terpaksa mengikutnya tanpa dapat membantah.

"Kita nak ke mana, Ayyan?" soalku apabila kami sudah melepasi pintu masuk utama. Pegangan kejap di pergelangan tanganku terasa hangat pada kulitku kerana kulit telapak tangannya menyentuhku tidak berlapik.

Dia masih berdiam, dan dia membawa aku masuk ke dalam café pickupline. Aku hanya mampu menurut sahaja. Kami duduk di tempat yang agak tersorok. Dia mengorder sendiri air tanpa bertanya kepadaku.

Aku duduk sendiri, menanti kehadiran dia semula. Bibir bawah aku gigit-gigit berkali-kali. Entah apalah yang aku nak cakap nanti dengan Ayyan?

"Just give me one minute, later I will talk to you."

Suara mendatar Ayyan menaikkan lagi kelajuan jantungku. Nervousku masih belum hilang. Wajah Ayyan aku tatap, dia tidak menoleh. Tubuh Ayyan menyandar di kerusi, sambil matanya merenung kosong meja.

Kerutan di dahi sekali-sekala aku perhati timbul di situ. Sesekali aku nampak tangannya menyentuh rambut yang jatuh di dahi dan dibetulkan. Nampak keadaan Ayyan jelas sedang dilanda sesuatu, yang aku tidak mengerti. Apa agaknya yang difikirkan oleh Ayyan, adakah dia mengalami beban masalah sehingga tingkahnya sebegini rupa?

Ayyan angkat wajah, matanya waktu ini merenung tepat ke dalam anak mataku. Mataku juga tidak beralih, masih merenung dia. Hatiku jadi sedih pula menerima renungan dari anak matanya yang sayu itu.

"How your life, kak? Happy?" Ayyan memulakan bicara. Aku terdiam dalam beberapa saat, menganalisis soalan dia yang sedikit memeritkan ulu hati. Adakah dia menyindir aku? Ataupun sekadar perasaanku sendiri yang menoda ketenanganku sendiri.

"Akak... bahagia..." balasku perlahan, hampir tak terkeluar perkataan bahagia. Aku sendiri kurang pasti dengan jawapanku, adakah benar aku bahagia? Bahagia dengan kehidupanku kini yang sudah terisi dengan kehadiran Firshad. Ataukah aku sengaja mengatakan aku bahagia hanya kerana untuk menutup duka yang sudah lama teranyam dalam hatiku ini?

"Bahagia? Akak bahagia abaikan Ayyan? Ayyan ni dah tak wujud lagi dalam kehidupan akak?" soal Ayyan beremosi, suaranya berubah sedikit keras.

Aku terkelu. Lidahku memberat. Dadaku sebak menampung beban perasaan sedih yang dihantar melalui sinar mata Ayyan. Aku dapat rasakan dia sengsara kerana sikapku mengabaikan dia. Rasa bersalah juga turut menyingah, menjadikan aku pesalah waktu ini. Bukan kemahuanku mengabaikan dia, namun ini terpaksa aku lakukan agar Ayyan membenciku dan terus membuat keputusan memutuskan hubungan kami untuk kebaikan kami sendiri di kemudian hari. Agar nanti, aku dan dia sudah terbiasa tanpa kehadiran masing-masing ketika hati kami ditakluk sepenuhnya oleh insan yang halal dan sah, kelak.

"Kalau dah ini kemahuan akak, Ayyan dah tak dapat nak cakap apa dah. Ayyan terima semuanya, tetapi silaplah kalau akak fikir Ayyan akan putus asa. Ayyan tetap tunggu akak terima Ayyan semula. Biarlah seribu tahun tempoh masa, Ayyan sanggup tetapi Ayyan tak dapat jamin nyawa Ayyan lama macam tu. Dan, sebelum Ayyan pergi ni. Ayyan nak jumpa dengan kekasih akak, Ian... Ayyan bukan nak putuskan hubungan akak, cuma nak tengok macam mana sikap dia. Kalau dia baik, itu dah cukup buat hati Ayyan lega."

Aku menunduk, tidak mampu lagi membalas renungan dia. Kenapa Ayyan masih berperangai begini? Tolonglah, jangan membuat aku semakin serba salah.

"Ayyan tak boleh jumpa dia juga? So, now... I can't do anything for you. Just leave you, macam tu?!"

Aku angguk kecil, terpaksa. Untuk apa, Ayyan menemui Ian. Jantan itu, yang bukan menjadi kekasihku kini. Dan, tak mungkin juga aku memperkenalkan Firshad kepada Ayyan. Aku tidak mahu Firshad mengetahui sikap Ayyan, yang melebih-lebih begini.

"Akhirnya... akak yang mungkir janji kita dulu... harapan Ayyan hancur macam tu je. Nur Arina, nama ni Ayyan sangka berpegang pada janji, tapi... sekarang ni, senang-senang dia buat Ayyan macam Ayyan ni tak bermakna langsung dalam hidup dia. She forget everything about the past, just because a man. Huh, I just can't believe this happen!" luahnya kesal kerana perangaiku. Aku hanya mampu mengunci bibir, hendak melawan kata-katanya tidak dapat aku sambungkan aksara huruf menjadi perkataan sempurna. Otakku serabut saat ini.

"Reena?" tegur satu suara, menyentakkan aku dari tenggelam dalam dasar kesedihan. Alamak, Firshad buat apa kat sini?

"Er, Firshad..." ujarku serta merta. Firshad kulihat dengan selamba duduk di tepiku. Keningnya ternaik memandangku, menyoal dalam diam siapa gerangan di hadapanku ini.

"Dia... Ayyan...," belum sempat aku habiskan bicara. Ayyan memotong percakapanku.

"Dialah Ian, boyfriend tercinta akak?" suara Ayyan keras menyoal, matanya tajam merenung Firshad. Macam mata helang pula, aku yang melihatnya jadi gerun.

"No, saya Adlan Firshad. Boyfriend Reena. Awak ni, Ayyan adik angkat Reena yang sakit hari tu, kan?" soal Firshad tenang, tangannya terhulur untuk berjabat tangan dengan Ayyan. Tetapi, Ayyan hanya memandang sepi huluran itu. Tidak disambut. Tubuhnya dipeluk erat, meneliti tingkah Firshad.

"Adlan Firshad. Hmm, dah berapa lama couple dengan Kak Reen?"

Firshad mengusap belakang tengkuknya, mungkin berasa janggal kerana hulurannya tadi tidak diendahkan. Dan, pandangan tajam Ayyan sedikit mengusarkan hatinya.

"Dua bulan!" laju aku menyampuk. Eh, kenapa aku tipu?

Firshad menoleh aku sekilas kerana jawapanku itu. Senyuman tawar aku tayang pada dia. Menghantar pesanan supaya benarkan sahaja pembohonganku ini.

"Lama. Tak sangka, pandai akak rahsiakan," sindir Ayyan dalam nada keras. Aku dapat rasakan mesti hatinya sakit kerana dalam tempoh dua bulan itu, aku dan dia bergaduh, dan dia mesti sangka puncanya hanya kerana lelaki. Argh, kalaulah dia tahu puncanya dari diri aku sendiri.

"Ohh, Shad ingatkan sayang dah beritahu Ayyan."

Aku kemam bibir mendengar panggilan yang jarang Firshad sebut.

"Hmm, nak panggil Shad ke?"

"Boleh jugak. Atau abang Shad."

"Shad is better than abang Shad. Because you're still not married with my Kak Reen."

"Terpulang."

"So, Shad serius ke dengan Kak Reen?"

"Yes, I'm triple serious with Reena."

"You love her?"

"Yes. So much!"

Aku terkebil-kebil menyaksikan kedua-dua mereka bersoal jawab tanpa menghiraukan aku di sini. Serius sahaja mereka tanpa menoleh aku. Naik segan aku mendengar soalan Ayyan. Tak agak-agak bertanya Firshad seperti itu. Dulu tu, masa dating dia dengan Ainura. Tak ada pulak aku mempersoalkan perasaan Ainura terhadap Ayyan. Ini sesuka hati dia tanya Firshad cintakan aku ke tidak. Hish. Bibirku ketap rapat. Selagi boleh sabar, dan tengok. Aku tahankan saja geram yang sedang meraja hatiku dan mencuba duduk diam memerhati.

"Are you sure?"

"Yes, why you are asking me, Ayyan? Takut Shad mainkan perasaan Reena?" duga Firshad semakin serius. Mungkin kelakiannya tercabar kerana pertanyaan Ayyan.

"No. I'm not afraid. I just want to make sure, you are serious and never make my sister broken. Kalau Shad sakitkan hati dia walau sekali, Ayyan takkan berdiam diri," balas Ayyan dalam nadanya berbaur amaran.

"Haha. Jangan risau. Shad tahu, Ayyan tak perlu nak terlebih overprotective. Shad dah cukup matang dalam perhubungan cinta."

"I'm not overprotective. Ayyan cuma nak pastikan hanya lelaki terbaik je jadi pasangan Kak Reen. She is too precious for me," ujar Ayyan lagi, matanya melirik aku sekilas ketika kata akhirnya terlahir dari bibirnya. Aku menyimpan rasa terharu sendirian. Saat ini, aku masih lagi tidak mampu menghalang perasaanku daripada merasa sesuatu. Rasa cinta, kepada Ayyan. Ya Allah, kenapa aku masih berdegil untuk melupakan perasaan yang tidak mampu diluah ini?

...

Writer's comment : Ayyan or Shad?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top