SYT 3

"Ok, Ayyan dah sedia. Ainura nak tahu tak, sebenarnya Ayyan ni nakal tau. Dulu, Ayyan suka curi hati para gadis time sekolah menengah."

Dipenghujung ayat, Ayyan gelak-gelak. Boleh tahan kuat, tetapi masih dalam kawalan lagi.

Aku pun turut tergelak mendengar kenakalan Ayyan mengenakan Ainura sambil itu tanganku secara spontan naik untuk menghambat bahu Ayyan. Tetapi, aku tarik semula tangan bilamana kulihat Ainura memukul manja bahu Ayyan. Gelak bahagia mereka benar-benar mematikan gelak halus dari bibirku. Rasa sedih menyerang lagi hingga aku tertunduk lemah memandang kosong meja yang jelas tidak menarik langsung untuk dipandang.

"Janganlah main-main. Ish, tak sukalah."

Berdesing telingaku menangkap suara manja Ainura. Tolong jaga adab boleh? Tergedik sangat apahal? Ikutkan hatiku yang jahat, hendak sahaja aku lempar kata-kata sebegini. Tetapi, aku tidaklah seberani itu. Aku ini tak pakar untuk menyindir terang-terangan terutama orang yang baru kukenal.

"Sorry, just joking. Tak nak teka ke Ainura? Just guess something?"

Lembut dan mesra Ayyan menyoal kekasih hatinya.

"Maybe awak suka buli orang? Or suka ponteng sekolah? Betul tak?"

"Kenapa pandai sangat ni sayang? Awak pernah spy saya ke dulu? Hmm, macam tahu-tahu aje?"

What? Sayang? Ketika ini, angin cemburu bersimpang siur melanda aku. Perkataan sayang yang pernah Ayyan katakan padaku dulu, seakan sirna menghilang tanpa jejak. Aku tercari-cari dimana rasa girang untuk mendengar suaranya lagi.

"Biasalah. Senang nak teka, tengok muka pun dah tahu suka buli orang. Awak sangat nakal, sayang"

Aku pekakkan telinga kuat-kuat. Biar tidak kudengar suara manja itu menyucuk deria pendengaranku. Biar aku tidak terseksa melihat canda gurau yang sangat menyeksa aku. Adakah aku ini tidak wujud lagi dihadapan mereka? Sanggup mereka buat aku terperosok dalam dunia ciptaanku ini?

"Hish, tak mungkinlah. Kacak macam ni muka pembuli ke? Awak yang nakal, kata kita pula."

Gurauan mereka tertangguh sebentar. Aku lega, akhirnya suara sumbang mereka tidak kudengar lagi bilamana waiter menghidangkan makanan di atas meja. Aku tarik sendiri nasi ayam goreng kurang pedas bersama air laici kegemaranku. Sejak aku mengalami sakit gastrik, aku sering berjaga-jaga. Tidak lagi aku melantak makanan pedas-pedas. Azab memikirkan sakit yang pernah ku tanggung.

"Kita makan dulu lah. Dah siap baru sambung cerita pasal kenakalan saya. Boleh kan Ainura? Akak pun nanti cerita sekali tau."

Aku angguk sahaja. Sedikit sebanyak aku buang rasa yang berbara tadi. Ayyan masih peduli lagi pada aku. Senyum kelat aku tarik sebelum air laici aku sedut buat basahkan tekak yang kering. Keringlah sangat, padahal aku banyak membebel dalam hati.

Suapan pertama dan kedua aku makan macam biasa. Enak juga masakan di restoran ini. Masih boleh dilayan walau tengah berduka. Namun, untuk suapan yang ketiga, nasi di dalam kerongkong seperti tidak tertelan saat mata aku terpanah pada adegan mesra pasangan di hadapan mataku Dengan muka malu-malu, Ainura membuka mulut untuk menerima suapan Ayyan. Berkerut dahiku tanpa sedar. Aku berdoa, moga-moga dia tersedak nasi. Amin.

Tanpa kusangka, sekelip mata Ainura terbatuk-batuk kecil menandakan dirinya tengah tersedak. Aku kemam bibir serapatnya, sebelum itu aku sempat telan nasi dikerongkong bimbang aku pulak yang tersedak akibat doa jahat aku tadi. Aku cuba selindungkan wajahku, kalau orang nampak mesti seram melihat riak jahatku serupa hantu tersepit. Ya Allah, aku kembali ke alam sedar bilamana aku dengar Ainura masih terbatuk-batuk. Sangat jelas mata aku menyaksikan tingkah Ayyan yang sangat bimbang, sedang menepuk belakang tubuh Ainura. Aku sedar aku yang sepatutnya membantu bukan Ayyan yang bukan mahram. Tapi, bukankah aku yang berdoa jahat untuknya? Biarkan aje lah. Itu hanya sikit sakit berbanding hatiku yang tak akan dapat dipujuk ini. Namun, aku mula serba salah. Segera aku istighfar panjang. Aku bangun akhirnya dan mengusap tubuh Ainura lembut. Tangan Ayyan tidak lagi mengusap di situ setelah lihat aku mengambil alih tugasnya tadi.

"Ainura, okay tak ni? Minum air sikit ye."

'Lain kali makan tu guna tangan sendiri. Kan dah mendapat.' Bisik hati jahatku.

"Ok dah kak. Terima kasih."

Ainura pandang aku. Matanya kulihat sedikit berair. Kesian pula aku tengok. Muka innocent dan cantik begini, adakah ada orang sanggup untuk membencinya?

Aku duduk semula dan menyambung makan.

"Ainura makan sendiri ajelah. Mungkin Ainura tersedak sebab mengada sangat dengan Ayyan."

Aku tersenyum kecil. Dan pantas aku buang senyum itu.

'Tahu pun kau tu mengada. Padan lah muka dah kena.'

...........................................................

"Dulu, Ayyan suka buli seorang budak ni. Dia nerd sangat. And you know what? Kak Reen ni lah jadi heroin si budak ni."

Ayyan buka cerita setelah perut masing-masing telah diisi sekenyangnya. Aku bersandar lega, cerita yang disampaikan Ayyan menghiburkan hatiku yang rawan.

"Really?"

"Yes, dear. Kak Reen dulu pengawas. Dia ternampak saya pukul budak tu belakang pagar sekolah."

"Mesti Kak Reen garang kan?"

"Eh, Kak Reen tak garang. Mula-mula, Kak Reen takut jugak nak masuk campur, tapi mengenangkan Kak Reen tak suka tengok orang kena buli. And Kak Reen beranikan diri."

Aku menyampuk untuk terangkan apa yang patut. Terbayang-bayang muka bengis si Ayyan ketika ditegur olehku dulu. Aku senyum juga tapi tidak palsu seperti sebelum ini.

"Yes, Kak Reen ni acah-acah berani aje."

Ayyan gelakkan aku. Hendak saja aku pukul bahunya. Tapi, malaslah dia milik orang. Tak perlulah aku nak ikut perangai gedik si Ainura tu.

"Nak tahu apa kata-kata Kak Reen first time nak tegur Ayyan tak?"

Ainura angguk pantas.

"Hei, kamu. Hebatnya kamu, yakinnya kamu. Polis entry one two jaga."

Suara Ayyan yang boleh tahan sedap itu mengajuk lagu Elizabeth Tan. Aku tak boleh tahan, terus meletus ketawa. Ainura apa lagi terkekeh-kekeh ketawa. Aku terkejut bukan main tapi ketawaku masih dikekalkan. Tak sangka tawa Ainura lagi kuat dari aku. Ingatkan dia sopan sangat. Siap menepuk meja lagi. Aku tergeleng menyaksikan siaran ulangan tv3 bertajuk 'Ainura wanita yang nampak sopan tapi tak sopan mana.'

"Mengada awak ni kan. Suka sangat kenakan saya."

Tawaku terhenti. Mood nak gelak entah bila terbang. Melihat Ainura mencubit manja Ayyan, membuatkan aku turut serta ingin mencubit kuat-kuat pipi Ainura. Kalau tak gedik, tak sah perempuan ni.

"Sorry, saya saja nak usik awak."

Ayyan mengusap bekas cubitan Ainura yang boleh tahan perit. Tak menyangka pula lawaknya mendapat sambutan meriah dari Ainura.

"Ok, Saya serius. Hmm, Kak Reen cakap macam ni. Saya tak berniat nak ganggu awak, tapi tolong lepaskan budak lelaki pakai cermin mata tu. Saya ada urusan dengan dia. Saya ni pengawas, dia ada buat salah pada saya."

Ayyan mengajuk suara aku. Aku tersenyum sahaja.

"Seriously itu yang Kak Reen cakap?"

"Yes, lepas tu. Kak Reen terus tarik tangan budak lelaki tu bila Ayyan tercegat je tengok Kak Reen. And apalagi Kak Reen lari dengan budak lelaki tu sampai tak cukup tanah."

Aku menjawab bagi pihak diriku.

"Ya Allah, Ainura ingat akak basuh Ayyan. Rupanya lari... Lawak lah Kak Reen ni."

Kini, Ayyan pula layan berdekah. Mesti dia tak dapat menahan bila teringat peristiwa yang mencuit hati itu.

"Hei, dah lah. Bila nak stop gelak. Banyak lagi nak cerita ni."

Bebelku bila Ayyan tak berhenti gelak. Ainura di sebelah menggeleng kepala.

"Ok-ok, Ayyan serius!"

"Lagi-lagi. Apa yang perkara nakal awak suka buat dulu?"

"Ayyan suka datang lambat, Ayyan suka conteng dinding. Itu aje kut. Ayyan tak nakal sangatlah... Sikit aje kan, betul tak Kak?"

"Eleh, menipu aje. Bukan tu aje, Ayyan suka buli akak. Sejak peristiwa tu, bila akak jaga depan untuk tulis siapa datang lambat. Ayyan dengan selamba koyak senarai nama pelajar yang datang lambat. Menyirap darah akak tahu tak? Hah, lagi apa?"

Ceritaku sambil mencari-cari lagi perangai jahat Ayyan terhadap aku.

"Jahatnya awak!"

"Saya kadang-kadang kalau terserempak Kak Reen, saya tarik tudung dia. Hahaha."

Aku gigit bibir bawah, teringat masa tu aku terpaksa tak melawan. Takut punya pasal.

"Pernah sampai manik tudung tercabut tau tak! Zalim!"

"Tak sangka Ayyan nakal macam tu. Ingatkan sopan."

Komen Ainura tentang apa yang terjadi.

"Lagi satu, punya jahatnya Ayyan. Bila Kak Reen tegur jangan conteng dinding. Dia tarik Kak Reen, lekap pada dinding. Lepas tu, boleh pulak dia conteng-conteng tepi muka Kak Reen. Gila tak gila?"

Peristiwa itu paling aku tak boleh lupa. Jantung aku waktu tu nak meletop. Aku bayangkan dia nak apa-apakan aku. Nasib bukan. Dia hanya sengaja nak usik aku.

"Habis tu, akak tu sibuk sangat. Ayyan geram buat macam tu lah. Nasib Ayyan masih suci fikiran kalau tak dah kena cium agaknya akak."

Ayyan bantai gelak. Aku mengetuk sudu pada tangannya. Suka sangat mengenakan aku.

Tawa Ainura canggung ketika itu. Cemburu agaknya.

"Ada lagi ke?"

Ainura bersuara senada. Mungkin moodnya sedikit hilang.

"Hmm, setakat itu lah yang lawak. Yang lain tu biasa-biasa je. Nak cerita banyak lagi tapi orang banyak tengok kita. Mungkin kita ni riuh sangat."

"Itulah, Ayyan gedik sangat gelak kuat-kuat apahal? Control lah sikit."

"Tak boleh tahan, akak dulu lawak sangat kenapa."

"Hish, menyampah. Dia tu yang lawak."

..............................................................................

            Aku menjeling dua ice lemon tea di atas meja. Tengok tu, order air pun lagi sekali nak sama jugak. Ikutkan hati nak order jugak air yang sama, tapi mengenangkan aku memang tak gemar air yang berunsur teh ni. Aku batalkan niat sahaja. Bukan apa, kang kalau aku order ice lemon tea ni berangin pulak perut aku. Almaklumlah, perut aku ni sejak ada gastrik bila minum teh, angin berlumba-lumba masuk dalam badan. Takut jugak, dalam keadaan mood tak berapa elok ni aku berangin satu badan, habis aku naik angin terus aku lempar Ainura sampai ke Marikh. Hah, mintak dijauhkan perangai zalim ini.

Ayyan order lagi sekali sebabnya tuan restoran dah pandang-pandang kami macam nak terkam, ialah dari tadi berbual dan ketawa macam dunia ini kami yang punya. Untuk dihindarkan daripada kena halau, Ayyan pun orderlah air. Aku pula order lagi air laici. Malas nak order air lain dah. Sempat lagi Ayyan berbisik pada tuan restoran untuk menumpang seketika. Katanya, kami ini sahabat yang baru renioun. Baru terbang dari korea selatan. Hamboi, berbohong nombor satu. Mentang-mentang muka dia macam kpop, untung-untung sengaja mereka cerita begitu. Tapi, Ayyan ni tak fikir logik agaknya, muka aku ni tak ada langsung macam kpop, kalau muka sumatera barat adalah. Hahaha.

"Kak, yang berangan ni apahal?"

Aku tersentak. Terkelip-kelip aku memandang dia. Mataku beralih pada sebelah Ayyan, mencari kelibat Ainura. Mana pulak minah Pontianak tu pergi?

"Makwe gedik Ayyan mana?"

Mata Ayyan terbuka luas tiba-tiba.

"Apa? Makwe gedik?"

Aku menekup mulut, sedar tersilap cakap. Aku ni pun kalau nak jujur pun jangan terang-terangan. Dalam hati cukuplah.

"Eh, sorry-sorry. Silap cakap. Sebenarnya nak kata makwe gorgeous, tapi tercakap gedik pulak. Hee..."

Gigi sengaja kutayang bagi kuatkan lagi auta yang aku cipta. Tambah lagi dengan muka dua posen aku. Sebab apa dua posen? Sebab double muka kesian.

"Betul ke ni? Nampak macam sengaja mengata makwe adik."

Matanya disepetkan menunjukkan dia kurang percaya alasanku. Serius sahaja riak dipamerkan.

"Mana ada, orang bergurau pun tak boleh. Akak balik lah macam ni."

Aku cipta lagi alasan sempat ku selitkan ayat merajuk. Mesti dia kalah punya.

"No, berani akak balik. Seminggu adik merajuk. Jangan cuba-cuba ye. Okay lah, adik percaya akak."

Mengalah sahaja pilihan yang Ayyan ada. Tidak mungkinlah dia membenarkan Arina pergi kecuali kerana hal mustahak. Penting kewujudan kakak angkatnya di sini.

Bibirku menyenget sedikit, tanda senyum kemenangan. Ayyan memang takkan menang kalau berbual dengan aku. Selalu dia sahaja mengalah.

"Senyum pulak dia. Ainura pergi toilet jap."

Aku hanya buat mulut berbentuk O.

Ayyan meletakkan kedua tangannya di atas meja, sikunya dijatuhkan di situ. Wajahnya didekatkan pada aku sedikit.

Eh, dia ni nak curang dengan aku ke? Tak mungkin-tak mungkin.

"Adik nak tanya sikit kat akak... Boleh kan?"

Tanya dia dengan muka beria. Handsome betullah kau ni dik. Buatlah muka macam mana pun, tetap aku cair. Haish, kenapalah dulu aku tak lari je time dia ajak jadi kakak angkat dia. Mungkin aku ada peluang walaupun tipis. Tidaklah seperti sekarang, langsung tiada harapan. Aku mengeluh perlahan.

"Sejak bila pulak adik minta izin nak tanya. Tanya je, asalkan dalam bahasa yang akan fahami."

Loyar buruk pula aku bagi tutupkan rasa sedih yang ingin menyerang. Sebelum datang, aku tepis laju-laju bila memikirkan masih panjang lagi tempoh hatiku bakal terdera.

"Loyar buruk pulak akak ni. Hmm, adik nak tanya Ainura tu okay tak?"

Seperti tertusuk duri hatiku mendengar soalan dia. Kemana aku perlu cari jawapan yang semestinya tidak ingin aku luahkan. Sampai hati kau dik, seksa hati aku?

"Okay, baik, cantik, sopan. Sepadan dengan adik."

Jawabku bersama perasaan yang sukar diungkapkan. Sebak mengusik jiwa bila ayat sepadan meniti pada bibirku sendiri. Sepadan kan Ayyan dengan Ainura yang cantik jelita tu? Dan aku perlu mengalah bukan? Jika ada orang membaca kisahku pasti menyuruhku supaya move on sahaja, tetapi bisakah aku palingkan hatiku daripada menyayangi dirinya? Adakah aku mampu menghapus perasaan ini? Mampukah aku?

Aku nampak Ayyan tersenyum padaku. Mungkin bahagia dengan ulasanku. Aku cuba mencatit riak ceria agar dia tidak terkesan sebak di hatiku. Senyum payah sekali untuk ku ukir tika ini. Tapi, aku usaha juga ukir walaupun nampak canggung.

"Thanks akak. Kiranya akak sokong adik couple dengan dia?"

Anggukan kecil aku hadiahkan buatnya. Walaupun seluruh jiwa akak membantah, akak tetap akan bunuh perasaan ini demimu Ayyan. Akak sanggup asalkan dapat melihat senyuman bahagiamu.

"Terima kasih sangat-sangat akak. Maaf kalau pertemuan ni buat akak terkejut. Ayyan bukan tak nak cerita awal-awal, Ayyan nak buat surprise. Hubungan kami pun masih awal dalam seminggu. But I don't know why kami sangat selesa and mesra dalam masa singkat. Akak sendiri dapat tengok kan mesranya kami macam mana? Dia pun memang manja sangat dengan Ayyan. Itu yang buat Ayyan makin sayang."

Kata-katanya hampir sahaja mengundang air mataku. Mujur, Ainura muncul tika itu. Aku ketap bibir menahan rasa sebak. Ya Allah, aku tak sanggup menghadapi dugaan ini?

"Ayyan dengan Kak Reen bualkan apa tu? Mesti mengumpat Ainura kan?"

Ainura mengambil tempat sambil tersenyum. Tetapi kenapa aku dapatkan rasakan senyuman itu tidak ikhlas? Adakah dia mencemburui aku dan Ayyan?

"Tak ada lah bual kosong je, sayang."

Sekali lagi bersayang? Tak puaskah kau menyeksa hatiku Ayyan?

"Saya nak pergi toilet jap eh. Sayang dua orang Ayyan ni berbuallah dulu."

Tengkorak kau sayang dua orang? Jangan cuba-cuba nak bersayang dengan aku lagi. Bentak hatiku geram.

"Okay sayang, bye."

Ainura membalas manja.

Pergi toilet pun nak berbabai bagai apesal? Hish... Sabar hati, sabar. Aku menyedut minuman supaya hilang panas yang sedang mula mendidih.

"Kak Reen anggap Ayyan macam adik ke? Or, Kak Reena ada simpan perasaan pada Ayyan."

Soalnya dengan muka serius. Tajam pandangan Ainura mencucuk mataku. Aku hampir tersedak, nasib juga aku hanya minum air setitik. Tak ada soalan lain ke minah gedik? Hatiku kuat menggerutu geram.

"Kalau Kak Reen ada perasaan pun, ada kena mengena ke dengan Ainura?"

Berani aku bertanya dengan suara sinis. Memang aku berani sebab tiada Ayyan, kalau boleh aku nak siram air laici aku ni kat muka dia. Baru padan muka. Tetapi, berkat imanku yang senipis bawang aku pendamkan sahaja niat jahatku ini.

Raut wajahnya berubah menunjukkan perasaan menjengkelkan dalam hati. Marah barangkali?

"Of course Ainura marah. Ayyan hak Ainura tau. Kak Reen tu cuma kakak angkat sahaja. Mana boleh suka Ayyan!"

Separuh menjerit suaranya membentak aku. Eh, dia ni memang nak cari pasal ke? Dia memang teringin ke adegan tarik rambut kat sini? Suka hati kau je kata Ayyan hak kau, belum apa-apa lagi. Baru seminggu kot couple? Eksyen terlebih apahal minah gedik ni?

"Jangan angkuh sangat Ainura. Hubungan baru aje bermula, kalau bukan Kak Reen yang rampas mungkin perempuan-perempuan yang lain. Ramai lagi kut yang berkenan dengan Ayyan tu? Kalau cemburu pun tolong hormat saya sebagai kakak Ayyan boleh?"

Tenang aku membidas dia. Siap basuh lagi dia siap-siap. Siapa suruh tak hormat aku, cakap ikut sedap mulut. Tanya elok-elok tak boleh ke? Lagi elok tak payah bertanya. Aku pun belum gila lagi nak merampas Ayyan. Dah terang-terang Ayyan kata aku ni macam kakak kandung. Takkan aku ni bodoh dan bebal sangat tak faham?

"So, Kak Reen suka dia ke tak ni?"

Dalam muka cemberut dia, ada lagi pertanyaan yang ingin dia harapkan jawapan.

"Kak Reen anggap dia adik angkat sahaja. Tak payah risau sangatlah. Cukup Ainura jaga dia elok-elok, bukan apa takut terlepas pada perempuan lain kan?"

Sindirian pedas aku lempar tepat pada muka dia. Aku ukir senyum sambil angkat kening sebelah. Aku buat tak endah sahaja muka dia yang macam cacing kepanasan. Dia ingat dia aje boleh tak beradab, aku lagi boleh okay? Kalau jahat aku setebal kening dia, dah lama aku culik Ayyan letak dalam laci bilik. Biar dia tercari-cari kesayangan dia tu. Haha. Aku gelak jahat dalam hati.

.................................................................

Writer's comment : Hahaha, padan muka Ainura gedik tu. Kan dah kena! Itu baru sikit. Bab lain harus lebih kijam. 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top