SYT 27

SYT 27

"DO you know how much I love her? I love her very much, even she don't know about my feeling for her..." luah lelaki itu dengan lirihnya, tanpa memandang teman berbualnya di sisi.

Arisa terdiam menunduk, mendengar luahan itu benar-benar membunuh perasaannya. Sangkanya selama ini lelaki yang sentiasa ada diwaktu susah dan senangnya itu turut mempunyai perasaan seperti dia. Namun, itu semua angannya sahaja selama ini. Lelaki itu mencintai perempuan lain!

"Mesti dia cantik macam bidadari, kan?" soal Arisa bersama perasaan hampa. Peritnya berlagak biasa di depan si dia.

"Yes, she are gorgeous and I think gorgeous more than angel," puji Hafriz sambil tersenyum-senyum menoleh sekilas bidadarinya di sisinya itu. Fokus pemanduannya masih dikekalkan, destinasi seterusnya untuk melamar Arisa bakal tiba juga. Berkobar-kobar semangatnya untuk menyunting Arisa, perempuan yang berjaya menakluk hatinya sepenuhnya.

"How you meet her? Kebetulan atau pilihan parents you?"

Arisa kemam bibir, dia tarik nafas sedalamnya. Aku perlu kuat, biarlah sudah takdir aku dan dia tidak bersama. Aku rela, asalkan dia bahagia bersama pujaan hatinya. Desis hati kecil Arisa yang sedang bersedih.

"Di Café, she crying alone... and I pujuk dia..."

Arisa tersentak. Bukankah itu pertemuan pertama aku dan dia? Adakah dia maksudkan aku, ataupun ada perempuan lain senasib denganku, sampai takdir pertemuan dengan Hazrif pun boleh serupa begini?

"And I asking her, why crying... she just reply, I'm crying because my boyfriend dump me!" cerita Hazrif lagi, dia mencuri pandang lagi bidadari dia. Tapi, hampa sahaja kerana riak wajah Arisa sangat bersahaja, seperti tidak tersentuh ataupun tak terusik dengan kata-katanya. Clue mana lagi aku nak cekau ni?

"Dia cakap lagi, dia tak nak serahkan lagi hati dia pada mana-mana lelaki sebab... dia dah terlanjur patah hati! And starting there, I unfortunately falling in love with her... she just damn sweet and cute when crying... I think, I'm crazy, Arisa..."

Arisa pantas kalih tubuh, menghadap Hazrif. Dadanya usah cerita berdebar tidak sudah. Segala cerita Hazrif itu, persis pertemuan dia dan Hazrif... satu pun tidak terpesong, jadi benarkah dia maksudkan perempuan itu adalah aku? Tapi, kenapa dia tak terus terang sahaja kepada aku? Kenapa dia seolah-olah mengatakan perempuan itu ialah perempuan lain?

"But, she is so stupid! Dah banyak clue I bagi, tapi satu pun dia tak dapat tangkap! Why she being like that? Can you tell me, why?"

Arisa....

"Reen... bos kita, Puan Suraya nak jumpa Reen. Bawa sekali manuskrip yang Reen dah siap tu..."

Suara Kak Tiera mematikan pembacaan aku. Baru nak feeling-feeling, dah terhenti pula. Hendak mengeluh tidak elok, jadinya aku melarikan tetikus pada skrin laptop, dan tekan sleep.

Aku bangun dan memeluk file berisi manuskrip rapat ke dada. Jantungku sudah bermainkan rentak rock. Takut dan gerun bergumpal dalam dada. Kepala pun duk risaukan kalau-kalau Puan Suraya itu bos yang garang. Mana tahu bos yang suka menengking, simpang malaikat 44!

"Puan Suraya tu garang tak, Kak Tiera?" soalku, teragak-agak. Mukaku sudah berubah warna pucat lesi.

"Tak tahu nak cakap macam mana, nak tahu garang ke tidak pi lekas jumpa dia ye," balas Kak Tiera selamba.

Aku mengeluh kesal kerana jawapan Kak Tiera sungguh menghampakan. Fikiranku sudah bermacam ragam membayangkan telatah bos-bos garang dalam drama. Jangan dia campak manuskrip aku, sudah! Mak tolong, takut!

Langkahku diatur sederhana, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Tarik nafas, lepas... bertenang, Arina! Bos tu tak makan orang, dia makan beras!

TOK! TOK! TOK!

Aku mengetuk perlahan pintu bilik Puan Suraya. Apabila terdengar arahan masuk, pantas aku pulas tombol pintu. Setapak demi setapak aku hayunkan kaki masuk ke dalam bilik sederhana besar itu.

Mataku terarah depan, susuk tubuh seseorang terlindung dibalik kerusi empuk pejabat berwarna hitam. Aku memberi salam setelah dapat mengawal nafas yang sesak tadi. Salamku dibalas, dan kerusi itu terpusing, menghadap betul depan mataku.

Aku terkesima memandang Puan Suraya... dan dia juga beriak terkejut seperti aku... masing-masing tidak percaya dengan pandangan terhidang depan mata. Aku mengosok-gosok mata perlahan-lahan, agar biasan di hadapan mata adalah pembohongan semata. Tak mungkin, dia hadir lagi... mak cik tu Puan Suraya? Ya Allah, takdir apakah ini?

Puan Suraya bingkas bangun, dia mara mendekati aku dengan langkah canggungnya bersama tongkatnya. Dalam sekelip mata, tubuhku diraih dalam pelukannya. Erat sekali, sampai aku dapat merasai lekuk tubuhnya melekat pada tubuhku.

"Nur... Ya Allah, mak cik tak sangka dapat jumpa Nur lagi... makbul juga doa mak cik."

Suara Puan Suraya dekat sekali berbisik di tepi telingaku. Aku hanya terkaku tanpa membalas pelukannya. Aku tak tahu hendak bereaksi bagaimana. Perlukah aku cakap perkara yang sama? Teruja dengan pertemuan ini?

"Mak cik bersyukur sangat-sangat dapat jumpa Nur. Rindu sangat tau dengan Nur, tak tahulah kenapa..."

Pelukan itu terlerai, dia memandangku tidak lepas bersama senyuman tidak putus-putus mewarnai ulas bibirnya.

"Er, saya pun tak sangka... Puan Suraya bos syarikat purnama ni, ye?" soalku masih dalam keadaan mamai. Masih ditakuk lama, tidak percaya apa yang terbentang di depan mata.

"Ye, sayang... marilah duduk berbual kejap..." tangannya meraih tanganku supaya duduk di sofa hitam bersebelahan dengan jendela.

Aku bagai lembu dicucuk hidung, ikutkan sahaja.

"Nur sihat?"

Lembut suara itu bertanya khabarku. Aku tersenyum, mendengar suara lembut itu. Sejuk hatiku bagaikan disimbah salju, hilangkan kekacauan hati yang masih tidak mempercayai deria penglihatan. Sekarang, aku patut terima ini semua benar.

Aku mengangguk mesra. "Alhamdulillah, saya sihat. Puan Suraya sihat?"

"Alhamdulillah, sihat juga... how your live, now? Being better than before?" tanya Puan Suraya bernada prihatin. Matanya ralit merenungku, nampak ada sinar kegusaran tersirat pada matanya.

Aku menghela nafas sebelum menjawab soalan yang serasa sukar untuk diluahkan menjadi kata-kata.

"Setakat ni saya masih okay lagi... biasalah bahagia tu sukar digapai... perlu kesabaran sebagai ganti..." ucapku perlahan.

"Takpe, slow-slow ye sayang. Mak cik pun masih menunggu bahagia itu hadir... kita sama-sama bersabar, sampai kebahagian itu dengan rela memunculkan diri. Kita usaha doa tanpa kenal putus asa..."

Aku mengangguk kecil, menerima ucapan itu dan simpan kukuh di dalam hati. Ketenangan menyusup masuk, perlahan-lahan melakar nada damai dalam sanubariku ini.

Puan Suraya banyak bercerita tentang dirinya, dan aku sekali-sekala mencelah. Banyak mendengar daripada berkata-kata. Seronok juga berbual panjang dengan Puan Suraya, dia terlebih mesra daripada sebelum ini. Entah kenapa, gaya dia macam dah menganggap aku seperti aku ini anak kandungnya. Mungkin dari dulu dia teringin cahaya mata perempuan kut, desisku sendirian.

Sejenak, kesunyian menyelubungi kami kerana Puan Suraya sedang mengecheck sesuatu di skrin telefonnya. Tiba-tiba aku terfikir tentang Ian, mesej dia itu terbayang-bayang diruangan mataku.

Kau ingt ak nak sgt msj kau? Ni pun terpaksa psl mama ak, tak abes2 suh msj, kol! X fhm btul ak, xde pompuan lain ke yg lagi helok dye nak kenenkan?

Mesej yang merentap jantungku itu melekat terus dipandangan mataku. Argh, sakitnya hati! Tak boleh jadi ni, aku mesti tanya mak cik ni. Sahih ke tidak mama dia kenenkan aku dengan mamat sewel tu.

Aku perhati Puan Suraya sudah meletak kembali telefon di sisinya. Mataku terkebil-kebil saat mata kami bertembung lagi. Rasa takut pula hendak bertanya, takut memang benar kenyataan itu. Kalau benar, aku nak bereaksi macam mana, nak marah ke?

"Er, Puan Suraya. Kalau saya tanya sikit boleh tak pasal something ni," tanyaku sebagai pembuka bicara untuk soalan seterusnya. Kepalaku yang bersalut tudung berwarna purple, aku garuk perlahan dengan jari-jemariku. Tingkah kebiasaan orang-orang jika diterpa rasa kalut dan janggal.

"Tanya aje, Nur. Apa dia?" soal Puan Suraya kembali. Senyumannya menghias lagi pada ulas bibir berwarna pink itu. Manis sahaja dipandang, agak-agak mak cik ni dari dulu biasa makan tebu ke? Sampai manis sahaja senyuman tu, aku yang muda pun kalah teruk. Aduh, dah jangan merepek! Sila kembali pada perkara sebenar ye, cik Arina.

"Macam ni... semalam kan, Ian cakap, eh... bukan, dia mesej dan tulis kat situ, Puan Suraya... er, nak kenenkan dia dengan saya... er, betul ke?" tanyaku dengan cara teragak-agak. Riak mukanya berubah sedikit, namun tidak lama dia tergelak kecil. Aku yang serba blur ini, hanya mampu tersengih-sengih sahaja kerana tidak memahami situasi ini.

"Sorry, mak cik tergelak... Nur, kamu jangan percaya si Ian tu, dia kuat menyakat orang. Mak cik tak pernah nak kenenkan pun Nur dengan dia, sebab mak cik tahu perangai Ian tu tak berapa nak elok. Dia tu... hai, perangai makin menjadi-jadi hanya sebab sorang perempuan ni, nak kata normal... tengok balik macam tak normal... mungkin dia... entahlah, mak cik risau tengok dia, Nur..."

Keluhan berat kedengaran terhembus dari bibir Puan Suraya. Raut wajahnya juga terpancar kerisauan. Senyumannya juga sudah terhenti dan berubah tawar sahaja tiada seri seperti sebelum ini. Aku pula terdiam menangkap luahan Puan Suraya. Jatuh kasihan melihat wajah muram Puan Suraya, terasa menyesal pula bertanya soalan itu.

"Kalaulah perangai dia elok, dah lama mak cik buat kamu ni menantu, Nur. Mak cik teringin nak ada menantu, buat teman berbual, berkongsi perasaan. Iyelah, nak mengharap si Ian tu... mak cik macam bercakap dengan dinding."

Tergamam aku. Alamak, selisih malaikat 44! Tak nak aku kahwin dengan lelaki tu! Mati kejung aku sakit hati kerana makan hati berulam jantung!

AJAKAN Firshad aku terima tanpa banyak soal. Aku layankan sahajalah, daripada dia merengek setiap hari kerana aku tidak habis-habis menolak dia daripada belanja aku makan. Tapi... dengan satu syarat! Aku hanya nak dia belanja aku di Café Pickupline. Senang dekat, dan lagi cepat balik daripada dia membawa aku menjajau di merata tempat.

Aku buka pintu café itu, melangkah masuk sendirian kerana Firshad tertinggal dompet di dalam laci. Hai, macam-macam pulak dia tu. Ingatkan perempuan je cuai, lelaki pun cuai jugak. Dah namanya manusia, kan? Takkan terlepas daripada sikap pelupa dan cuai tu.

Mataku merayap memandang sekeliling café, ramai pula hari ni... alamak, kenapa aku rasa macam ada seseorang memandang aku tidak lepas. Ni rasa seram semacam ni, takkanlah ada orang nak spy aku? Ada ke orang nak spy perempuan muka bersepah kat luar tu, bak kata Ian. Eh, asal pulak aku babitkan Ian ni? Haish, buat hilang mood betul.

Aku masih tidak terjumpa gerangan yang mencuri pandang aku, mungkin itu hanyalah perasaan syok sendiri kut. Langkahku panjang mendekati kaunter, seperti biasa... air milo jugak aku order... dan sandwich sardine, dan nanti-nantilah pandai-pandai si Firshad orderkan untuk aku. Aku bayar untuk air milo dan sandwich dulu.

Sejurus wang not berwarna merah, terbang melayang. Aku labuhkan punggung di tepi jendela, berdekatan dengan kaunter. Dah tempat itu je yang kosong, kerana terpaksa aku relakan sahaja duduk di situ.

Aku memusingkan badan, menjengah di sebelah meja aku. Darahku menyirap naik ke muka. Terkejut tahap gaban tatkala mataku bertembung padu pada anak mata seseorang yang berhiaskan cermin mata berwarna coklat. Eh, tukar warna ke? Ke, aku salah orang ni? Tapi, kenapa dia tenung aku macam nak telan kalau bukan dia?

Laju aku pusingkan kembali tubuhku dalam kedudukan asal. Dia buat apa kat sini, kalau memang betul dia? Nak mengintip aku ke? Tergeleng kepalaku kerana terfikirkan alasan tak bernas itu. Tak mungkinlah, Arina oi. Mungkin dia mai sini sebab mama dia kut. Kataku sendiri dalam hati.

"Hei, kau ni Nur, kan?" tegur satu suara, diselang seli dengan bunyi ketukan jari di atas meja. Aku tersentak, alamak... memang betul Ian lah! Nak buat apa ni? Buat-buat tak nampak ajelah, ek? Mataku jatuh merenung meja macam nak tembus.

Kerusi kedengaran di tarik, dan susuk tubuh seseorang mendiami kerusi di hadapan aku. Nampak sipi-sipi sahaja wajah bermasking hitam itu dari ekor mataku. Dia ni apahal, pi duduk situ? Tu kan tempat duduk Firshad! Bentakku dalam hati geram.

"Dah buta, ke? Tak nampak aku? Ke kau nak aku bukak mask ni baru kau nak kenal aku?"

Suara itu menyoal lagi, kali ini bernada keras. Seakan marah kerana aku tidak hiraukan dia.

Aku yang memang terlampau malas, diamkan diri dan aku seluk telefon... dan bermulalah misi bermain game candy crush. Itu lebih baik daripada melayan jantan tu. Aku dah warning awal-awal aku tak hadap pun dia, so... pandai-pandailah blah sebelum aku jirus air milo panas ni kat muka kau ye, jantan!

"Acah-acah mahallah tu, hek eleh, ingat aku heran ke kalau kau buat bodoh macam ni?"

Hai, memang tugas utama dia nak membakar hati aku ke, apa?

.................................................

Writer's comment : Ian ke Firshad ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top