SYT 23
SYT 23
"ADIK bawa masuk dulu Ayyan. Biar mak bahasakan sikit kakak kamu tu."
Aku mengangguk dan mengikut arahan mak.
"Ayyan boleh jalan tak ni?" tanyaku lembut, meminta kepastian.
Dia hanya angguk kepala, bibirnya dikemam. Nampak macam terpaksa menahan kesakitan. Kasihannya, kau Ayyan. Kak Mina ni memang melampau, siaplah dia nanti!
"Nak akak tolong? Nampak macam sakit lagi tu?"
Aku bertanya lagi, bimbang dia terjelopok pula kalau tidak dibantu apa yang patut. Tapi, perlu ke aku papah dia?
"Boleh," pelan suara itu menjawab.
"Er, macam mana ek? Letak tangan Ayyan belah kiri kat bahu akak ke? Er, macam tu ke?" teragak-agak aku menyoal dia, memikirkan tangan Ayyan bakal berlabuh di bahuku sudah cukup buat aku sedikit gelisah.
"Tak kesah kak," balasnya sama nada seperti tadi, perlahan. Renungan dia lembut memanah ke anak mataku. Aku rasa tak tertelan air liur, waktu ini juga rasa macam nak berdebar. Mungkin sudah lama tidak bersua muka, sebab tu kut aku jadi begini.
"Er, tangan Ayyan letak sini ye..." Ayyan mengikut arahanku, tangannya diletak atas bahuku kemudian dia memaut erat bahuku.
Aku cuba menstabilkan nafas yang tak terkawal apabila bau haruman maskulinnya menyengat hidungku. Keadaan kami sedekat ini cukup membuat hatiku porak-peranda. Hish, aku tolong dia! bukan saja-saja bagi dia pegang aku! Jangan fikir yang bukan-bukan, Arina. Pesanku dalam hati berkali-kali agar rentak irama jantung ini kembali normal.
AKU melepaskan tautan tangan Ayyan setelah membantu dia duduk di sofa. Namun, entah macam mana tubuhku tiba-tiba terasa tidak stabil, aku terduduk rapat disisinya, sebelah pipi kananku tersembam di dada bidang Ayyan.
Pipiku sudah menyala merah, apa aku buat ni? Ya Allah?
Pantas, aku tarik wajahku dan tubuhku berganjak menjauh. Wajahnya tidak langsung aku pandang, mesti dia fikir aku ambil kesempatan. Argh, malunya!
"Apa tu kak? Nak bermanja dengan Ayyan, ke?"
Ayyan bersuara perlahan, mendatar sahaja nadanya. Pipiku semakin memerah, sukalah tu nak kenakan aku!
"Orang ta..tak sengajalah! Tak kuasa nak manja dengan Ayyan!" nafiku sekeras-kerasnya, memang aku tak ingin nak bermanja dengan dia macam tu sekali. Ingat aku ni perempuan miang ke apa?
"Yeke?" usik Ayyan.
"Iyelah, nape tak percaya ke?"
"Tak."
"Akak cakap tak sengaja, memang betullah tak sengaja."
"Kalau sengaja pun Ayyan tak kesah."
"Hah?"
Terkejut aku, laju anak mataku mencari wajahnya. Wajahnya nampak berubah sedikit ceria, tidak setegang tadi. Bibirnya juga tercalit senyuman nipis. Aku jadi tercengang melihat itu, dah tak sakit ke dia ni? Tadi bukan main lagi gaya sakitnya, nak kata tipu ada kesan tompok darah ternoda pada baju t-shirt putihnya.
"Kalau nak peluk pun boleh. Cuma... satu je tak boleh."
Aku terdiam kaku, seperti menanti ayat seterusnya. Dia pula masih tiada tanda-tanda untuk berhenti tersenyum. Pelik perangai dia ni, entah-entah terlebih makan ubat sebab tu perangai pun lain macam.
"Kiss here..." jari telunjukkan menyentuh bibirnya.
Aku terpana. Waktu seakan terhenti tiba-tiba. Perasaan aku waktu ini tak dapat aku gambarkan lagi. Argh, aku tak boleh terberangan lebih! Dia tu hanya main-main je!
"Kenapa tak bawa Ayyan berehat kat bilik, dik? Kan Ayyan tu sakit, tak salah mak dengar kamu cakap dia baru lepas operation? Operation apa tu?" teguran mak membuat aku menoleh, spontan aku berdiri.
Mak mendekati aku, belakang tubuhku terasa diusap lembut oleh tangan mak. Aku terpinga-pinga lagi, wajah mak aku tenung. Dia senyum segaris, seperti menyimpan sesuatu yang aku tidak ketahui apa. Kakak pula tercegat di tepi mak. Mukanya tiada riak memandang Ayyan.
"Takpelah, mak. Ayyan okay je duduk kat sofa. Operation kecik, buang appendix," jawab Ayyan sambil menyandarkan tubuh bagi melepaskan penat. Tangannya masih setia memegang perut.
"Sorry, aku tak tahu pulak kau baru lepas operation. Sorrylah eh kalau sakit, kau pun lelakikan takkan tak dapat tahan sakit."
Kak Mina meluahkan kata maaf yang berunsur sindiran. Aku tahan sahaja marah mendengarnya. Dengar suara Kak Mina pun dah tahu tak ikhlas, ditambah pula ayat menyakitkan hati. Kalau aku pun dah sakit hati, Ayyan pula macam mana? Mungkin dia tengah menganyam kesabaran?
"Minta maaf tu elok-elok sikitlah Kak Mina!" marahku sambil menolak bahunya. Dia hanya membalas dengan jelingan tajam, kemudian menonong selamba meninggalkan kami.
Aku mendengus kasar, masih mencuba mengawal amarah. Kalau Ayyan tiada di sini, memang habis rambut Kak Mina aku cabut satu persatu. Geram punya pasal.
"Mak minta maaf ye Ayyan. Kak Mina kau tu memang perangai macam tu, anggap je dia tengah datang bulan. Mood tak betul."
Serba salah mak memohon pengertian. Dari suara mak, aku dapat teka mak menyimpan kegelisahan untuk beralasan mengenai tingkah laku Kak Mina terhadap Ayyan. Dan... aku sendiri bingung kalau-kalau Ayyan bertanya mengapa Kak Mina berkasar pada dia. Apa aku nak jawab nanti?
"Takpe, Ayyan dah maafkan. Cuma... Ayyan nak tahu kenapa dia tumbuk Ayyan, apa salah Ayyan? Kenapa dia kata dia sakit hati sebab Ayyan, sedangkan kami tak pernah berjumpa, mak?"
Alamak, sudah terkeluar soalan yang paling sukar untuk dijelaskan. Nak bagi alasan apa pulak ni? Takkan nak cakap Kak Mina marah kerana aku? Kerana aku jatuh hati pada dia?
"Ayyan... kamu kena berehat ni. Mak tengok macam sakit lagi tu, meh mak tunjukkan bilik tetamu kat tingkat bawah ni je."
Mak menghampiri Ayyan, terus sahaja mak mengambil alih tugasku tadi. Kali ini mak pula yang memapah Ayyan. Walaupun aku lega mak terus mengubah topik, tetapi hatiku jelas terhidu sesuatu yang aneh. Kenapa mak ubah topik, entah-entah mak dah tahu perasaan aku pada Ayyan? Ya Allah, betul ke?
"Adik, yang duk tercegat kat situ kenapa? Pi tolong Ayyan ni, mak tak larat nak papah dia. Kamu bawa dia ke bilik tetamu tu. Mak nak ke dapur kejap, nak buat air untuk Ayyan."
Mataku terkebil-kebil memandang mak yang sudah bergerak ingin ke dapur. Ayyan pula berdiri di sebelah aku, sejak bila dia datang pun aku tak perasan. Tanpa bersuara dia meletakkan tangannya pada bahuku lagi seperti awal-awal tadi. Dengan perlahan aku jatuhkan tangan di pinggangnya, bagi menampung sedikit tubuhnya. Berat memang berat, tapi dah itu arahan mak dan Ayyan pun tengah sakit, terpaksa jua aku bawa dia melangkah ke bilik.
"Sorry susahkan akak." Dia bersuara setelah kami masuk kedalam bilik, sempat aku buka pintu luas-luas. Kami ni bukan mahram, bahaya pula kalau tutup pintu rapat-rapat, nanti mak akan berfikiran negative tentang tentang kami pula.
"Boleh berdiri kejap? Akak nak betulkan cadar dengan bantal dulu."
Aku bersuara sambil mara mendekati katil, cadar itu aku tepuk-tepuk untuk kurangkan habuk. Bantal itu aku sandarkan memanjang pada kepala katil.
"Ayyan nak baring terus atau bersandar dulu?" tanya aku tanpa menoleh dia.
"Sandar je kak."
Dekat suara itu menyapa telingaku. Pantas, aku toleh dibelakang. Aku usap dada, terkejut aku kerana Ayyan sedang berdiri dibelakangku bersama riak wajah berkerut.
Anak matanya terus menerus memandang aku tidak lepas dan aku dapat rasakan tubuhnya semakin mara ke arah aku. Perlahan-lahan sampai dadaku sempit menahan nafas yang terasa sukar untuk ditarik. Aku cuba menggali lagi nafas sedalamnya. Dan... dia semakin dekat... dekat... dekat... sampai aku terduduk di atas meja kecil ditepi katil. Dia nak buat apa pada aku ni? Kelihatan dia berdiri lagi tidak berganjak, kemudian entah apa yang merasuknya dia tertawa kecil.
Aku kerutkan dahi, mataku membulat apabila dia mencuit pipiku sekilas. Jantungku berdetak kencang... What's wrong with him?
"Kak, kenapa muka tu cuak sangat? Risau Ayyan apa-apakan akak ke? Hmm?" Keningnya dinaikkan nakal. Senyuman nakal terbias pada bibir itu.
Aku pantas mengendurkan riak cuakku daripada menjadi tatapan Ayyan, diganti dengan muka cemberut. Sengaja aku tayang muka cemberut, supaya Ayyan tahu aku marah.
"Mana ada cuak, Ayyan tu kenapa datang dekat sangat? Jauhlah sikit, nanti mak nampak macam mana? Ni tangan ni kenapa suka hati sangat nak cuit-cuit pipi orang? Akak potong jari tu baru tahu!"
Ayyan hanya tersengih-sengih, dia berganjak mencipta jarak seraya menjatuhkan tubuhnya perlahan-lahan di atas katil tanpa bantuan aku. Eh, boleh pulak duduk sendiri? Tadi tu kenapa pulak minta tolong aku? Sengaja nak mengada ke?
"Ayyan pura-pura sakit ke?" tanyaku sambil mencekak pinggang.
"Tak lah, Ayyan sakit ni. Tak percaya ke, kak? Nak tengok bekas operate Ayyan ni? Pedih tau."
Ayyan bergerak sedikit membetulkan kakinya supaya lurus. Tangan kanannya itu kembali menekan perut.
"Pedih sangat ke?" tanyaku lagi, aku melabuhkan punggung di sisinya. Jarak kami tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Jarak yang selamat.
"Nak tengok ke?" tangan dia dah mula menyelak baju putihnya tanpa menunggu jawapan aku.
Terserlah kulit putihnya ada kesan bengkak di bawah perut sebelah kanan. Ada kesan darah sedikit, tetapi nampak macam sudah kering kerana mengenai baju putihnya itu. Aku rasa liurku tersekat kerana ngeri melihat area berparut timbul, panjang dalam 3 cm mungkin? Ya Allah, kasihannya dia.
"Percaya?"
Pertanyaan Ayyan itu aku sambut dengan anggukan. Berlimpah simpatiku pada dia. Segera aku arahkan dia menutup kembali bajunya, kalau tenung lama-lama boleh pening kepala membayangkan betapa sakitnya bekas luka selepas operation. Baru 3 hari, tempoh yang terlalu awal.
"Kenapa tu termenung, pening kepala ke? Alah, jangan risau luka sikit je, ini pun denyut-denyut. Kejap lagi hilanglah tu, Ayyan kan lelaki. I'm strong man."
Di akhir kata, Ayyan mengajuk suara budak kecil dengan selambanya seraya ketawa kecil.
Bibirku kaku tidak terjangkitpun untuk membuahkan tawa, hatiku masih risaukan dia.
"Akak nak ke dapur kejap."
Aku bingkas bangun.
"Kejap, kak... Nak lari kemana? Duduk dulu, I have something to asking you."
Tubuhku berpaling semula menghadap dia, tidak duduk seperti yang dia arahkan.
Dia merenung aku lama, sampai tembus ke dalam dasar hati. Aku cuba berlagak seperi biasa, walaupun hatiku sudah tidak keruan menerima pandangan dia sebegitu.
"Kenapa akak tak lawat Ayyan kat hospital?" terpacul soalan itu dari bibirnya.
Sunyi.
Otakku berlari-lari cuba menyusun ayat yang sesuai, supaya Ayyan tidak tersalah tafsir.
"Kenapa, kak?"
Suara dia kedengaran lagi menyoal, ada nada mendesak di situ.
Mataku berlari menekur lantai, bimbang Ayyan akan terbaca riakku yang serba tidak kena.
"Akak datang petang tu, lepas hari pertama operation Ayyan tapi Ayyan tengah tidur," jawabku perlahan.
"Kalau tidur kejut jelah, kak... Kenapa pergi macam tu je? Esoknya akak tak datang langsung kan? Kenapa kak? Tak nak tahu ke keadaan Ayyan? Akak tak risaukan Ayyan ke?"
Aku seperti hilang punca untuk memberi alasan. Memang salahku kerana tidak hadir pada hari kedua, tetapi aku terpaksa. Aku tidak mahu hubungan Ainura dan Ayyan berantakan kerana aku. Dan... sikap kurang ajar Ainura itu masih terpahat kukuh di ingatan. Memori petang itu menenggelamkan aku seketika.
"Kenapa handphone Ayyan ada pada Kak Reen?"
Aku mengeluh lemah menerima soalan itu. Suara Ainura yang tinggi sedikit sebanyak membuatkan hatiku turut panas.
"Kak Reen terlupa nak bagi semalam, and semalam tu Kak Reen pinjam kejap sebab handphone Kak Reen hilang," jelasku kepada Ainura yang sedang menayang muka cemberut.
"Yeke hilang? Ke itu hanya alasan je sebab nak skodeng mesej, or semua benda dalam handphone Ayyan ni?" tuduh Ainura dengan matanya mencerlung menikam mataku. Rahangnya bergerak-gerak menandakan amarahnya sedang mendidih di dalam hati.
Aku cuba menahan sabar dituduh seperti itu. Bukan tak nak melawan tetapi aku kenangkan keadaan kami di hospital. Tak manis pula aku bertegang urat dengannya. Kalau api dengan api hangus terbakarlah jawabnya.
"Kak Reen tak tipu, memang handphone Kak Reen hilang. Kak Reen tak terniat pun nak selongkar bukan-bukan dalam handphone Ayyan. Ainura jangan risau, Kak Reen takkan baca mesej or whatssap kamu berdua," jelaskan lagi bagi memangkah tuduhan melulu Ainura. Teringat pula aku tentang diari Ayyan yang aku terbaca tanpa sengaja itu, tak mungkinlah aku beritahu hal itu pada Ainura. Nanti habis rentung aku terkena tembakan das peluru dari bibir Ainura. Silap hari bulan, kami dihalau oleh pengawal keselamatan di situ kerana menimbulkan kekecohan.
"Boleh percaya ke? Entah-entah Kak Reen tipu!" bentak Ainura tidak berpuas hati dengan jawapan aku.
Aku ketap gigi, berdesing telingaku sekali lagi menerima tuduhan Ainura.
"Jaga mulut tu, Ainura! Hormat sikit Kak Reen!"
"Kenapa nak kena hormat? You are not my sister! Kak Reen tu bukan nak sangat jadi kakak Ayyan, kan? I know, Kak Reen sengaja pura-pura sayangkan dia sebagai kakak, tapi dalam hati tu gatal sayangkan dia sebagai lelaki, betul tak! Ainura jijiklah tengok perempuan bajet macam Kak Reen! Dah tua, tapi menggatal nakkan lelaki muda! Eww, tolong cermin dulu tu boleh tak? Kalau cantik tu tak pe jugak, ni muka takat biasa-biasa je. Bersepah kat luar tu!"
Aku tersentak, lidahku turut terkelu. Darah bagaikan terhenti mengalir, aku dapat rasakan jantungku bagai direntap kasar. Bibirku terketar-ketar menampung perasaan marah. Hinaan Ainura itu sangat melampau. Aku memang dah tak boleh sabar lagi. Tanpa dapat ditahan, tanganku laju menampar pipi Ainura. Dia terkaku menerima tamparan itu, sampai matanya terbeliak luas.
Aku berlari meninggalkan dia sebelum perang dunia ketiga berlaku di hospital ini.
"Akak? Orang tanya ni jawablah!"
Suara Ayyan yang bernada keras itu menarikku daripada terus tenggelam dalam memori pahit itu. Aku cuba membuang jauh-jauh amarah yang menggigit hatiku tadi. Aku pandang Ayyan yang sudah beriak tegang, mungkin marah aku tidak menjawab soalannya. Nafas berat aku lepaskan.
..................................................................
Writer's comment : geram nya dgn ainura. Huhu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top