SYT 22

SYT 22

2 hari kemudian~

HARI ni hari jumaat. Akhirnya bertemu juga masa untuk berehat, tetapi menggalas tugas sebagai editor sangat terhad pula waktu terluangku. Kerja mengedit masih berlambak belum diselesaikan. Namun, mataku sudah terasa pedih. Tandanya aku perlu berhenti sekejap. Tanganku menutup laptop perlahan, dan diletak ditepi meja kecil.

Aku renggangkan tubuh ke kiri dan kekanan bagi menghilangkan segala lesu-lesu menghadap laptop 3 jam tanpa berhenti. Jari-jemariku sibuk meleraikan ikatan rambut yang sudah longgar, terlepas bebas rambutku terurai.

Kaki aku jejakkan ke lantai, lalu aku bangkit menuju ke jendela. Aku buka jendela itu, agar udara segar dapatku hirup waktu petang begini. Gelakku terlepas sendiri, selalu orang cari udara pagi-pagi. Aku pula terbalik, cari udara petang-petang lepas waktu asar pulak tu.

Semilir angin membelai-belai mukaku selembutnya, aku terbuai-buai menikmatinya dengan mata terpejam rapat. Damai... Itu yang aku rasakan ketika ini, walaupun duka-duka lara tertitik noda di dalam celah hati. Tidak dapat aku hapuskan ia pergi, namun cukuplah andai damai ini hadir sebentar untuk menghiburkan hatiku meskipun sementara.

Ting Tong! Ting Tong!

Sayup-sayup kedengaran bunyi loceng mencantas kedamaianku sekelip mata! Aku buka mata bersama dengusan amarah. Gangguan datang sahaja tanpa diundang. Siapa pula berkunjung ke rumah orang, petang-petang begini? Tak tahu ke waktu petang tidak sesuai untuk berkunjung ke rumah orang, tak tahu adab ke manusia?

Aku tutup semula jendela, serapatnya. Mood sudah melayang hendak melayan perasaan.

Kakiku menghentak lantai kuat, tanda protes dan sakit hati.

Tudung yang tersidai di ampaian aku tarik dan disarungkan ke kepala. Setelah memastikan rambut tidak terkeluar walau sehelai berbiaskan cermin meja solek, aku bergerak memulas tombol pintu.

..............................................

Aku tidak terus ke muka pintu, kaki menyimpang ke dapur pula untuk mengurangkan haus. Mataku tercari-cari kelibat mak, selalu mak akan membuka pintu apabila ada tetamu. Tetapi, tidak pula sekarang kerana dari tadi telingaku bingit mendengar bunyi loceng rumah bertubi-tubi.

Jag berisi air masak aku tuang kedalam cawan, lalu air itu aku telan rakus, lega betul. Cawan kubasuh ala kadar setelah tekak berpuas hati. Aku mendengus lagi kegeraman apabila kedengaran lagi loceng berbunyi. Hish, tak reti sabar betul orang kat luar. Sabar tahu tak sabar? Tak ada iman ke? Rungutku tak berhenti.

Kunci rumah aku pulas-pulas dengan bibirku tidak habis merungut, mata malas mahu menghala ke hadapan. Lantas, kaki melangkah laju keluar selepas pintu terbuka.

Senyap, tiada bunyi bingit memecah gegendangku lagi. Aku selamba membuka kunci mangga tanpa menoleh, walaupun dari ekor mata aku terperasan ada susuk tubuh seseorang berganjak mara ke arahku. Namun aku buat tidak kesah, kerana mataku saat ini sedikit kabur. Hal ini kerana terlalu lama menghadap laptop, menyukarkan sedikit retina mataku untuk mengesan siapa di depanku ini.

"Assalamuaikum..."

Satu suara berbisik memberi salam. Aku terkaku, gerakan tanganku pada pintu pagar turut terhenti. Ya Allah, suara itu! Suara yang sangat aku rindui!

Aku mahu mengangkat wajah, namun hatiku bertegas melarang. Jangan, mungkin ini permainan ilusi! Dia tak mungkin datang ke sini, dia sakit kan? Baru 3 hari... masih terlalu awal untuk dia gagahkan diri semata-mata untuk datang ke mari. Jika benar dia datang, atas alasan apa? Tiada alasan munasabah bukan?

"Dah tak sudi nak pandang muka?" tegur satu suara itu seakan menyindirku.

Aku terngadah, meski suara itu menegur lagi aku masih tidak mempercayai pendengaranku. Mungkin juga aku sedang mengalami simpton berhalusinasi, mendengar suara ciptaan duniaku sendiri.

Aku perlu tinggalkan situasi ini! Namun, fikiranku sangat berkecamuk, aku bingung untuk bertindak seperti apa sekarang ini. Ingin mendongak tidak terdaya, ingin berlalu untuk tidak menghiraukan suara ilusi itu lagilah aku tidak berdaya. Apakah yang perlu aku lakukan saat ini?

"Sampai tinggi mana benci tu dah ada dalam hati?"

Sekali lagi, dia bersuara. Aku benar-benar tidak mampu menghalang ilusi ini. Dengan segala kudrat yang ada, tangan kanan yang berpegang pada mangga aku lepaskan. Tetapi, sepantas kilat aku ternampak satu tangan menyambar di situ. Mataku terbuntang menyaksikan itu, sungguh aku benar-benar tidak menyangka setahap ini ilusiku mempermainkan aku. Dapat aku rasakan hangatnya tanganku di dalam genggaman dia. Argh, aku dah gila!

"Pergi-pergi! Jangan ganggu aku! Kau hanya ilusi aku, pergi!"

Aku membentak kuat. Tangan aku cuba tarik berulang kali, malangnya masih tidak berjaya.

"No, Ni Ayyan Irhan! Bukan ilusi, I'm real here! Jangan pura-pura, kak! Pleaselah... stop, buat Ayyan terseksa..."

Aku tergamam. Jantungku seakan mahu berhenti, tangkainya hampir terluruh. Tak mungkin! Ayyan takkan datang sini! Tak mungkin! Tak mungkin! Hatiku membentak-bentak menafikan apa yang aku dengari tadi. Kepalaku tergeleng-geleng tanpa aku sedari.

"Look at me! Tengok muka Ayyan ni, tengok puas-puas sampai akak percaya... Please, I'm not lying..."

"No! Tak nak! Mesti depan mata ni saka Ayyan! I'm not believe it!"

Terkeluar perkataan merepek dari bibirku. Entah apa yang merasuk sampai tersebut perkataan saka. Bila kepala dah bingung, dah tak terfikir apa yang meniti di bibir.

"Are you trying to make fun of me? Hmm?"

Kali ini suara itu mengendur, ada nada kecewa dan... mungkin, marah?

"I don't believe you change a lot, Miss Arina."

Dia... dia sebut nama aku? Ayyan sebut nama aku? Ya Allah, kalau ini mimpi tolong sedarkan aku! Aku tak mahu berada di sini, semuanya sungguh tidak terduga olehku. Belum pernah lagi, aku dengari namaku meniti di bibirnya. Ini hanya pembohongan dan dusta semata!

"I'm not an important person to you, right?"

Aku meronta, mahu dia melepaskan genggaman ini. Tak nak dengar lagi apa-apa dari suara itu! Tak nak!

"I will never let you go!"

"Lepaskan!"

"No!"

"Lepaskanlah!"

"Never!"

"Aku cakap lepaskan! Lepaskanlah! Lepas!"

Aku menjerit lantang. Marah membuak-buak mencengkam dadaku.

"Adik! Apa yang kecoh-kecoh tu? Siapa datang?"

Suara Mak muncul dari belakang, buat aku tersentak. Perlahan aku rasa genggaman itu terlerai. Aku terpinga-pinga. Adakah betul ini hanyalah ilusi? Lantas, tanpa membuang masa wajah aku angkat.

Tidak semena-mena, mataku terbuntang luas tatkala wajah itu menjamah mataku. Argh! Aku terjerit kecil di dalam hati. Tak percaya, memang benar insan yang berada dihadapanku ini ialah Ayyan! Ayyan ada di situ menatap wajahku dengan pandangan yang tersangat sayu.

Anak mataku berlari menjelajah di setiap raut wajahnya. Matanya aku lihat sedikit memerah, seperti ada kesesangsaraan terbenam di situ. Kemudian, mataku jatuh pada bibirnya yang pucat. Tidak berwarna. Dia sakit sangat ke? Kenapa pucat sangat? Hatiku berbisik sendu, sebak yang tak terkira bersarang dalam dada.

Dan... mataku naik semula beralih memandang ke arah rambutnya. Rambut dia jatuh ke dahi, kusut masai dan tidak terurus. Kenapa? Kenapa dia berkeadaan begini? Apa yang berlaku pada dia?

"Ya Allah, Ayyan rupanya! Adik ni kenapa duk menung? Pi lah buka pagar, bagi Ayyan masuk. Budak bertuah ni! Apa kena pun aku tak tahu!" sergah mak.

Tangan dia menolak tubuhku supaya berganjak ke tepi. Aku yang sedang terkejut, terpaksa mengalih kaki ke tepi. Aku hanya memerhati sahaja tingkah mak di sebelah. Tangan mak lincah membuka pintu pagar.

"Bila Ayyan sampai?" tanya mak setelah Ayyan melangkah masuk, melepasi pagar.

Ayyan mengerling aku seketika sebelum menjawab, matanya memfokuskan semula memandang mak.

"Baru je tadi, mak. Mak apa khabar? Dah lama tak jumpa mak," mesra suara itu bertanya khabar kepada mak.

"Alhamdulillah, mak sihat. Kamu? Eh... muka kamu ni pucat semacam kenapa Ayyan? Tak sihat?"

Seraut wajah tua mak sudah berkerut menandakan hatinya sedang dimamah kebimbangan. Mak memegang bahu Ayyan, gayanya sangat prihatin. Tanpa aku duga, mak melekapkan tangannya pada dahi Ayyan. Aku diam tidak terkutik memerhatikan itu. Mak ingat dia anak mak ke?

"Alhamdulillah, Ayyan pun sihat. Tak payah risaulah, mak. Demam pun tidak ni. Cuma..,"

Kata-kata Ayyan terhenti, kerana entah dari arah mana Kak Mina menyerbu keluar dan tidak semena-mena dia menolak tubuh Ayyan kuat, sehingga terundur dia kebelakang, belakang tubuhnya terlanggar pagar.

Berkerut dahi Ayyan menahan sakit. Aku terkebil-kecil menyaksikan tindakan drastik yang berlaku tanpa aku sangka. Mak sudah menghampiri Ayyan, tangannya menarik bahu Ayyan supaya dapat menstabil semula tubuh itu.

"Apa masalah kamu ni, kakak! Tiba-tiba tolak si Ayyan ni kenapa? Ada masalah apa ni?!" herdik mak lantang. Marah dengan tindakan Kak Mina yang berupa macam orang tak siuman, tak ada salah tiba-tiba mahu menyerang begitu.

Aku pula kelu lidah untuk berkata apa-apa. Kotak fikiranku sudah tepu, tidak dapat memikirkan apa-apa. Ayyan kulihat turut mendiamkan diri, matanya memandang tepat ke arah Kak Mina. Mungkin menagih jawapan dalam diam?

Kak Mina mara mendekati Ayyan, suara herdikan mak tadi bagai mencurah ke daun keladi. Tidak berbekas langsung di hatinya mungkin. Wajah Kak Mina tegang sahaja melihat Ayyan.

"Kau dah banyak sakitkan hati aku, terutamanya Si Arina tu! Aku dah tak dapat kawal marah aku, memang lunyai kau hari ni!" jerit Kak Mina dengan nada terlebih tinggi. Satu tumbukan mengena tepat sebelah perut Ayyan. Belah... belah kanan! Ya Allah! Itu tempat bekas operate!

"Kakak! Apa kamu buat ni!" Jeritan mak bergema memenuhi ruang halaman rumah.

Ayyan tertunduk menahan sakit, tangannya menekan-nekan seakan azab sekali kesakitan yang terpaksa ditanggung. Nafasku sesak melihat dia menanggung kesakitan. Aku tak sanggup... melihat lagi!

Segera, aku menerpa ke arah Ayyan, tangan yang sudah dikepal penumbuk itu, aku tolak kasar. Tubuh Ayyan aku hadang.

Mencerlung mataku menyerang mata Kak Mina yang garang.

"Kak Mina jangan buat gila boleh tak! Dia tak sihat... dia sakit! Dia baru lepas operation! Jangan tumbuk dia lagi!" rayuku dengan suara lantang. Mataku berkaca-kaca, sebak merantaiku apabila terdengar helaan nafas lemah dibelakangku. Aku seperti dapat merasai kesakitan yang tak terperi itu. Rasa serba salah terus sahaja memenuhi segenap ruang hatiku. Akak, minta maaf Ayyan.

Kak Mina terpempam, dia kaku tidak bergerak. Jelas riaknya benar-benar terkejut. Tiada lagi renungan amarah, yang ada hanyalah renungan kosong yang keliru. Jika tidak difikirkan Kak Mina ni kakak aku, dah lama buku lima aku turut mendarat ke pipinya.

Aku memusingkan tubuh, menghadap Ayyan. Dia masih lagi menekan perutnya, mataku jatuh merenung tempat itu. Ya Allah, ada bekas tompokan darah ditepi bajunya yang berwarna putih.

...................................................

Writer's comment : Kesian Ayyan :'(

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top