SYT 20




"REEN balik ajelah berehat... Hari ni kan Reen dapat cuti, rehat aje kat rumah. Ataupun pergi tengok adik angkat Reen tu?"

Kak Tiera menyentuh bahuku, sebelah tangannya ada secawan air. Dia letak cawan itu atas meja aku.

Aku menoleh dia sebentar, lalu mataku masih lesu bergerak-gerak meneliti semula hasil edit aku yang semalam. Baru sahaja bab 1, ini tugasan pertama aku waktu pertama kali menjejakkan kaki di sini. Aku sengaja membaca semula untuk memastikan bab 1 ini sempurna dari cacat cela. Sebenarnya dah 4 bab aku selesai mengedit, namun mengenangkan kepala aku tengah serabut lebih baik aku meneliti bab 1, yang kurang sedikit konflik kehidupan watak ini, dapatlah sedikit aku kurangkan keributan kepala aku.

Tajuk sementara bagi manuskrip ini cukup menarik. Pertama kali aku terpandang tajuk ini memang tidak over jika aku katakan hatiku melonjak-lonjak ingin mengetahui kisah disebalik tajuk itu. Kisah Cinta Yang Terlerai. Aku sebut perlahan tajuk itu, aku turut merasai kepedihan watak utamanya yang bernama Annesa.

"Kak Tiera cakap ni Reen dengar ke tidak?"

Tepukan kuat pada meja menyedarkan aku dari terus menyelami kisah watak utama itu.

"Maaf kak Tiera, saya dengar tapi lupa nak jawab," balasku terlebih jujur. Memang aku lupa nak jawab kerana tenggelam dalam dunia watak ciptaan penulis novel ini. Nama penulis ini tidak pernah aku dengar sebelum ini, mungkin juga penulis baru. Tetapi, aku kagum dengan cara penulisannya yang ringkas dan kadang-kala menyentuh hati. Tidak terlalu berat untuk aku faham setiap bait perkataanya.

"Er, nanti dululah Kak Tiera, saya rasa nak duduk sini je baca semula manuskrip ni. Daripada saya berehat, jadi semakin serabut pula kepala termenung sana sini," balasku akhirnya setelah terpandang muka tidak puas hati Kak Tiera kerana aku lambat memberi respon.

"Rehat ajelah Reen, jangan paksa... Kak Tiera tahu Reen penat sangat dengan dugaan handphone hilang. Siapa je yang tak sedih, Reen? Kalau jadi kat Kak Tiera, dah lama tau Kak Tiera balik aje daripada membaca manuskrip belum diedit boleh makin bertambah-tambah pening kepala tu."

"Salah tu Kak Tiera, bab 1 ni saya dah edit. Hmm, tak pening kepala pun Kak Tiera, dengan cara ni saya sendiri dapat rasa kurang sedikit beban fikiran saya daripada memikir bukan-bukan," jawabku sambil melirik kearah cawan di tepi laptop. Aku jenguk sedikit isi air dalam cawan, jari jemariku memaut erat cawan itu lalu kubawa kehidung untuk ambil bau. Hmm, sedapnya bau milo! Macam tahu-tahu sahaja Kak Tiera, aku hanya minum air Milo. Siapa agaknya yang beritahu, Firshad ke?

"Thanks Kak Tiera sudi buatkan air ni."

Sebelum aku hirup aku ucapkan terima kasih kepada dia. Terasa lega tekakku apabila air hangat mengalir dicelah kerongkong. Nikmat sungguh, kerana cukup enak dan lemak rasa air ini. Pasti Kak Tiera ada masukkan sesuatu dalam air ini? Mungkin kasih sayang terhadap aku. Huhu, berjiwang pula aku waktu ni.

"Haish, Reen ni peliklah... Kak Tiera dapat rasakan ada something tak kena dengan Reen. Hmm, mesti Reen tak nak cerita, sebab daripada personaliti Reen... Kak Tiera dapat agak Reen perahsia orangnya, betul tak?" tebak Kak Tiera hampir membuatkan aku tersedak.

Air yang sudah kuhirup separuh cawan aku letak semula ke tepi. Kak Tiera ni kadang-kadang buat aku takut jugak, bukan apa Kak Tiera macam boleh baca isi hati orang. Mungkin pengalaman menjadi editor selama 6 tahun menjadikan dia seorang yang mudah memahami personaliti seseorang. Tetapi kalau mentafsir isi hati tidak mungkin dia dalam selami bukan?

"Er, Saya memang perahsia orangnya dan boleh dikatakan pelik. Saya harap janganlah Kak Tiera jemu berkawan dengan saya. Sebabnya kalau Kak Tiera tak sudi dah, siapa lagi yang sudi? Mesti saya sentiasa sendirian nanti."

"Eleh, Firshad kan ada?" usik Kak Tiera, keningnya sebelah terjungkit-jungkit nakal.

"Kak Tiera ni, kenapa sebut nama Firshad pulak," tertunduk aku cuba sembunyikan muka, sengaja aku berpura-pura malu padahal aku tidak gemar Kak Tiera membabitkan nama Firshad dalam perbualan kami. Bukan benci, tetapi entahlah aku sudah tawar dengan lelaki.

"Siapa tu yang sebut nama Firshad?" muncul suara garau tiba-tiba. Firshad memang begitu, suka sahaja mencelah perbualan kami. Nanti akhirnya, Kak Tiera yang mengalah daripada berbual dengan aku seperti yang berlaku sebelum ini. Entah dari mana Firshad muncul pun tidak tahu, katanya sibuk keluar sekejap ada hal mustahak. Hal apa aku tidak pernah bertanya. Malas ingin mengambil tahu hal orang lain.

Aku memillih untuk mendiamkan diri, biarlah Kak Tiera berbual pula dengan Firshad. Pembacaan aku yang terganggu tadi aku sambung semula, dengan selambanya tanpa mengerling Firshad yang aku agak tengah tersengih-sengih.

"Kak Tiera sebut dulu, Shad... Reen ni dia kata siapalah yang sudi berkawan dengan dia selain Kak Tiera. Siapa lagi kalau bukan kau, Shad."

"Lebih dari sudi... Orang tu je kadang-kadang jual minyak mahal sangat. Shad pun terpaksa kumpul duit lebih sikit."

Kata-kata tersirat dari Firshad aku buat tidak endah. Bukan aku tidak faham maksudnya, tetapi biarlah. Kita wanita ni memang patutpun jual mahal, kalau terlebih murah cepat kena tinggal pulak? Siapa juga yang merana, perempuan jugak? Lelaki ambil jalan mudah, cari perempuan lain. Kenapa pengakhiran perempuan selalu sahaja begitu? Bagaimana pula perempuan seperti aku, tidak menarik wajah dan perangai pun tidak mesra alam. Mungkin tiada peluang untuk kecapi kebahagiaan?

"Masih awal lagi Shad, just slow-slow... perempuan yang mahal selalunya istimewa. Tak gitu?" Kak Atiera membalas kata-kata Shad, sambil mata tertunak pada wajahku.

Ya, istimewa. Tetapi mungkin aku tak tersenarai dalam title istimewa itu, aku serba kekurangan. Tak cantik, tak peramah dan degil. Rasanya Firshad hanya mahu menduga aku, mana mungkin dia menyukai aku yang level bawahan ini? Jika ditanya pada lelaki di luar sana, mahu ke perempuan seperti aku? Pasti jawapannya tidak mahu, kerana ramai lagi perempuan lebih cantik, peramah dan manja. Biasalah lelaki, kalau tidak cantik dikeji dan jika tidak peramah dikata sombong. Dan jika 2 in 1 seperti aku, dipandang pun tidak sudi.

"Yes, betul. Shad will try sampai dia balas cinta Shad."

Apakah dia sekali lagi menduga hatiku? Tetapi, kenapa? Adakah lepas aku terima, dia akan melamar aku? Ataupun ditinggalkan kesepian menenun kekecewaan.

"Cayalah Shad! Girlfriend Shad si Mira tu nak letak mana?"

Hah? Dah ada girlfriend? Aku spontan angkat muka, riak di wajahnya aku teliti. Dia tercengang memandangku. Muka kelat macam lepas jumpa hantu, apahal pulak dia ni? Dah terkantoi ke nak pasang dua awek dalam satu masa?

"Er, Mira tu dah clash lah, lama dalam bulan lepas. Kak Tiera ni lupa ke, Shad kan pernah cerita."

Nada dia agak canggung meniti di telingaku. Gaya dia yang sedang mengusap belakang leher menampakkan dia seperti sedang berbohong. Aku tergeleng perlahan, lelaki oh lelaki kenapalah kau suka mencurang?

Haish, rasa nak marah kerana teringat bukan main selama ini aku tertipu dengan pickup line yang bukan-bukan. Yang bodohnya pernah juga aku berbunga dihati kerana jakun tidak pernah orang lelaki berpickup line dengan aku sebelum ini.

Betapa bodohnya aku percaya walaupun bukan seratus peratus, tetapi semua itu jelas dusta. Kenapa aku boleh percaya? Kalau perempuan lain mungkin dah pelangkung jantan macam Shad tu!

Ya Allah, sakitnya hati! Mood aku untuk membaca sudah lari melayang. Pantas aku shut down selepas save.

"Reen nak balik dululah ye Kak Tiera dan... Shad."

Tali handbag aku tarik dan sangkut di bahuku. Cawan kertas itu yang sudah tiada isi aku buang di dalam bakul sampah bawah meja.

"Cepatnya, berbual dulu Reen," ujar Kak Tiera, menahan aku daripada pergi.

"Betul cakap Kak Tiera, berbuallah dulu. Shad pun baru je sampai kan?"

Rasa nak tampar aje muka Shad saat ini, dia sibuk lagi pasal aku kenapa? Blah boleh tak!

"Takpe Kak Tiera, dah penat ni. Bye."

Tanpa memandang wajah mereka, aku pantas mengorak langkah menuju ke lif. Firshad! Kalau kau berpick up line dengan aku lagi! Siap kau! Aku cekik kau! Tak padan dengan gemuk, perangai sama sahaja macam Alif Aziz!

..........................................................

"Reena... wait!" Panggilan dari Firshad tidak aku hiraukan, malah kakiku semakin laju membawa diri.

"Reena... Shad panggil ni, berhentilah kejap. Reena dah salah faham!"

Tanganku disambar tiba-tiba, kakiku hampir terseliuh kerana terbehenti secara mendadak. Tubuhku hampir tergolek, mujur juga ada tangan menampung bahuku dari menyembah bumi.

"Apa ni, lepas!" marahku kerana pegangan erat di bahu aku. Eeee, tolonglah jijik tahu tak dengan lelaki bermuka dua ni! Kau ingat ni drama korea, tolong sikit! Dah lah tak handsome, dengan perangai buruk, makin bertambah jelak aku! Kutukku kegeraman.

Firshad segera melepaskan bahuku setelah aku mampu berdiri secara stabil. Tapi, lenganku ditarik supaya tubuhku menghadap dia.

Mukaku sedikit merah padam, menahan marah. Apa lagi dia nak ni? Kang aku tampar baru tahu!

"Dengarlah dulu cakap Shad...Tadi tu salah faham aje, Shad mana ada girlfriend, Mira tu memang dah putus lama. Kak Tiera tu pelupa..."

Aku kalau dah menyampah, muka dia langsung aku tak nak pandang. Aku pantas menarik lenganku sekuat hati sampai terlerai pegangan dia.

"I don't care! Saya tak kesahlah Shad nak couple dengan sejuta perempuan sekalipun! Just one thing, jangan cuba-cuba nak berpickup line dengan saya lagi! Serius menyampah, loya tekak ni!"

Aku terkedu sendiri setelah tersedar kata-kataku terlebih batas. Dari ekor mata, aku nampak dia meraup wajah. Aduh, kenapa aku rasa bersalah pulak ni? Kasar sangat ke bahasa aku?

"Kenapa tak beritahu awal-awal Reena nak muntah hadap Shad bersweet macam tu? Shad fikir Reena suka... Sorry, buat Reen loya... I know, kalau lelaki lain mungkin Reena dah cair kan, tapi dari mulut Shad... siapa nak cair? Shad tahu Reena tak suka Shad sebab Shad ni gemuk, kan?"

Suara dia bertukar sedih, aku yang mendengar semakin tertimpa rasa serba salah. Kerana, tak sangka dia akan cakap begitu sekali... Sungguh, bukan sebab dia gemuk, tetapi kerana aku terpukul dengan kata-kata Kak Tiera yang mengatakan pasal Mira. Sebab tu, aku rasa diri ni dipermainkan dan serta merta ayat sweet dia tu meloyakan tekak aku. Dah sakit hati, semua nampak buruk kan?

Argh, habislah sekarang dia dah sentap! Aku tak tahu nak cakap apa dah ni!

"Nak pandang muka Shad pun tak nak kan? Menyampah sangatlah tu, dah nampak sangat Reena tak suka Shad... Kan senang kalau beritahu awal-awal Reena meluat dengan Shad, takdelah Shad terhegeh-hegeh macam ni."

Aku kemam bibir sambil menelan air liur payah. Dengan terpaksa, aku angkat wajah. Riak yang dipamerkan nampak sugul, dan aku dapat rasakan dia sangat berkecil hati denganku. Apa aku nak buat ni?

"Sorry, bukan macam tu Shad... Reena tak meluat, tapi just geram sebab Shad ada Mira tapi ada hati nak kacau Reena. Itu yang Reena meluat sangat, bukan sebab Shad gemuk or apa," terangku agar salah faham ini terlerai. Tidak mahulah aku menyakitkan hati orang, dia pun punya hati juga seperti aku. Tak tergamak pula.

"Mira tu dah takde apa-apa hubungan dengan Shad. Trust me, Reena? So, sekarang Reena jealous ke?" tanya Shad dengan nada yang kurang sedihnya dari tadi. Mungkin hatinya sudah terpujuk. Cepat pula dia terpujuk, senang jadi girlfriend dia ni. Kejap je merajuk?

Bibir bawah aku gigit lama. Bila masa aku jealous? Dia ni tolong jangan perasan boleh? Mati kutu betul nak jawab.

"Tak jealous pun."

"Hmm, okay... So, percaya tak saya sekarang ni still single?"

"Entahlah..." jawabku dengan nada malas kerana aku masih susah nak mempercayai dia. Entah-entah Mira tu masih girlfriend dia walaupun dia berkeras menidakkan. Lelaki kalau nak berbohong senang aje, panjang akal!

"Kenapa tak percaya?"

"Saya dah mula susah nak percaya kata-kata lelaki. Bukan awak je, semua lelaki saya dah tak percaya."

Aku berikan jawapan yang terbaik punya, biar dia dapat rasakan aku ni bukan sembarangan perempuan nak dibuat main.

"Eh, kenapa? Pernah dikecewakan ke? Kena tinggal dengan pakwe?" soalnya bertalu-talu. Riak beria terpampang pada wajahnya.

"Taklah, cuma cinta bertepuk sebelah tangan."

Rasa nyilu menggigit jiwaku saat mengungkap kata-kata itu.

"Hmm, macam situasi Shad kan, cinta tak terbalas."

Aku terdiam. Dia ni kan, memang nak kena hempuk!

.......................................................

Writer's comment : Mari kite berhuhu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top