SYT 19

SYT 19

"KALAU dia ni jadi pilihan mama, baik batalkan niat tu. I'm not interested. Dia tak tersenarai dalam wanita cantik kat mata Ian. " selamba dia melontarkan kata dengan angkuh.

Darah seperti menyimbah ke muka. Rasa terhina sangat menyucuk-nyucuk dasar hatiku. Apa masalah dia nak cakap aku macam tu? Apa hak dia nak cakap aku hodoh?

"Apa yang Ian merepek ni? You should shut your mouth!" Kali ini aku nampak dia pukul kuat bahu anak lelakinya tetapi lelaki itu sedikitpun tidak berganjak. Bersuara pun tidak.

Aku alihkan mata, tidak lagi aku gatal untuk melihat wajahnya. Kasut sneakers dia pun aku tak sudi nak pandang! Pujian aku tadi aku humban ke gaung. Sumpah, seumur hidup aku takkan puji lelaki ini lagi walau dalam hati. Dia pun tak tersenarai dalam lelaki kacak dalam hidup aku! Dia lelaki hodoh berparut hati busuk!

"Mak cik minta maaf sangat-sangat... Jangan hiraukan cakap anak mak cik, dia ni memang suka cakap sedap mulut je. Jangan ambil hati ye."

Tangan aku dipegang erat, memohon kemaafan daripadaku kerana kelancangan mulut anaknya. Mulutku yang terasa nak tengking lelaki itu, terpaksa aku batalkan. Biarlah, aku anggap suara tadi hanyalah bunyi syaitan berbisik. Itu lebih baik!

"Takpe..." sebutku perlahan. Sangat berat lidahku untuk menyebutnya, tetapi demi mak cik itu aku sebut juga walaupun jelas aku terpaksa.

"Saya pergi dulu ye mak cik," sambungku lagi kerana aku benci berada di sini. Tak mahu aku berhadapan dengan lelaki seperti itu. Kalau terlebih lama, kang tak pasal-pasal aku tumbuk muka dia biar lebam.

"Kejap, nak. Mak cik nak minta number kamu. Nama kamu apa ye?"

Tanpa fikir panjang, aku meminta handphone mak cik itu untuk menyalin number aku siap dengan nama.

"Saya save nama saya nur," bisikku untuk pendengaran mak cik itu sebelum mengorak langkah meninggalkan mereka. Tak ingin aku sebut depan jantan keparat tu! Kalaulah kehadiran jantan tu tiada, memang aku dah save nama aku arina. Tetapi, entah mengapa hatiku jadi tawar dan idea sepantas kilat menyuruhku meletakkan nama nur, yang jelas sukar untuk diingati. Aku berharap pertemuan hari ini akan tersingkir dari ingatan mak cik itu... dan sudah semestinya lelaki itu takkan pernah mengingati perempuan hodoh ini!

......................................................

Rimbunan pokok-pokok yang bersilih ganti menjadi santapan mataku, terasa kosong sekali. Hatiku masih terasa pedih menerima penghinaan seperti tadi. Jujur, aku sangat berkecil hati kerana aku sedar diri aku ini tidak cantik. Bukan aku tidak pernah terima lemparan hinaan seperti itu, pernah juga sekali tetapi dari mulut perempuan masa di sekolah menengah. Perempuan tu bernama Bella, ya... satu-satunya girlfriend Ayyan semasa dia form 1. Imbasan masa lalu bagaikan pita perakam terlayar di ruangan mataku.

"I wonder how perempuan hodoh ni jadi kakak angkat Ayyan. Kau rasa apa wei!"

Aku terkejut mendengar suara lantang seorang perempuan di belakangku. Tangan naik mengusap bahu yang sengal akibat tolakan dia. Aku pantas bangun.

"Kau kenapa bella? Jangan cari pasal dengan aku boleh?"

Mataku mencerlung memandangnya, geram kerana dihina sesuka hati. Tiada ribut, tiada banjir yang tiba-tiba nak sakitkan hati aku tu kenapa?

Mata Bella lebih tajam menikam aku, dua rakannya di belah kiri dan kanan turut memandang aku seperti perempuan keji dan hina sahaja.

"Kau tu yang cari pasal dengan aku dulu, betina! Kau asal tak putus dengan Ayyan, hah! Tak salah aku dah sound kau sebelum ni, kau pekak ke, bodoh!" jerkahan Bella aku tadah sahaja tanpa dapat aku balas. Aku sebenarnya gerun dengan mereka. Siapa yang tidak kenal Bella and the geng. Kumpulan bajet samseng itu boleh tahan juga kaki buli.

Dan pernah aku ternampak dia memukul seorang perempuan dibelakang tandas. Teruk juga sampai berdarah mulut. Aku pernah melaporkan hal itu kepada Cikgu Intan, dan semestinya aku pesan Cikgu Intan jangan babitkan nama aku nanti. Jadi, kemungkinan sampai sekarang si Bella tu tak tahu akulah yang melaporkan hal buli itu kepada Cikgu Intan.

Akukan pengawas, memang dah cukup masak dengan perangai diorang yang terlebih syaiton itu. Aku sendiri tidak menyangka Ayyan akan bercinta dengan Bella ni, mungkin semata-mata kerana Bella cantik luar biasa?

"Bella, dengar dulu. Aku ni hanya kakak angkat, dia tak pernah anggap aku lebih daripada tu. Kau tak payah nak kacau aku macam ni semata-mata hal ni. Lagipun, kau dah cukup cantik kan, nak dibandingkan dengan aku. So, tak perlu kau nak risau. Aku jamin Ayyan hanya cintakan kau seorang je."

Aku mencuba slow talk, jika lawannya api aku perlu simbahkan dengan air, bukan? Aku sangat berharap dia termakan dengan kata-kata aku.

"Kakak angkat? Huh! Why? Kenapa dia nak berangkat macam ni? I don't understand! Kalau dia budak skema, I believe he need kakak angkat, but dia tu budak gangster kut, kenapa tiba-tiba nak ada kakak angkat, hah! Just tell me, why!" bentak Bella, masih tidak berpuas hati.

Liur di celah kerongkong terasa payah untuk ditelan. Apa lah aku nak jawab ni? Takkan nak bagitahu hal sebenar? Ayyan dan aku berhubungan ini kerana peristiwa itu. Dan... Ayyan tu kenapa pula tak cerita semuanya kepada girlfriend siung dia ni? Menyusahkan hidup aku betullah!

"Aku takde jawapan, kau tanya Ayyan sendiri. But, satu je nak cakap. Dia nak berkakak angkat pun suka hati dialah, itu hak dia kan?"

Berani mati betul bicara aku kali ini. Masaklah aku kalau dia akan serang aku. Mataku tertancap pada susuk tubuh seorang yang sudah aku hafal. Gementar yang aku rasakan sedikit berkurangan. Hero dah sampai, haruslah rasa berani sedikit.

"Kau memang nak kena! Stupid!"

Bella mara dan menarik tudungku kasar sampai tersenget benget. Aku mencuba tidak melawan kerana kejap lagi matilah si Bella.

"Bella! Stop!" Lantang suara garau lelaki menjerit untuk menghentikan tingkah Bella.

Aku cuba sembunyikan senyuman, lepas ni habis kau Bella!

"Er, baby. You jangan marah I, dia ni yang cari pasal dengan I dulu."

Selamba badak dia menuduh aku. Aku diamkan sahaja dan meninggalkan mereka. Kesal, kenapa aku jadi mangsa hanya kerana hubungan ini.

"Hello, miss? Dah sampai ni."

Aku tersentak. Suara itu kembalikan semula aku ke alam nyata. Aku cepat-cepat menyeluk beg dompetku, dan hulurkan not berwarna merah kepada dia. Sakitnya hati mengenang kisah lalu.

..........................................................

"Reen... are you okay?" tanya Kak Atiera ketika wajahku tersembul di muka pintu. Aku bergerak perlahan menghampiri dia.

Wajah sugul aku cuba ceriakan dengan secalit senyuman hambar.

"Okay..." sepatah itu sahaja aku mampu tuturkan.

"Kenapa call dari Kak Tiera, Reen tak angkat? Kak Tiera risaukan Reen tau. And, mesej pun tak baca ke? Kak Tiera cakap Reen cuti hari ni. Firshad siap merayu kat Puan Suraya. Mujur jugak, Puan Suraya bagi," terang Kak Tiera, suaranya bernada risau dan riaknya ada tercalit marah. Aku mula rasa serba salah, kalaulah handphone aku tak hilang... Mesti Kak Tiera tak risaukan aku begini. Dan perihal Firshad, kenapa dia terlalu baik terhadap aku? Tolonglah berhenti buat baik begini, aku tak mahu hatiku tersentuh dengan tingkahnya memandangkan hatiku sudah terlanjur sakit hati dengan insan bernama lelaki. Hanya kerana, kata-kata hinaan yang terpaksa aku telan oleh jantan tak guna tadi!

"Reen minta maaf sangat-sangat. Bukan Reen tak nak baca dan angkat call... My handphone hilang..." lemah aku jelaskan keadaan aku. Mataku terbayang-bayang peristiwa kehilangan handphone itu, sakitnya tidak dapat aku gambarkan bagaimana. Namun, apa lagi dayaku? Menyesal dan menangis air mata darah sekalipun handphone itu takkan lagi dapat aku tatap seperti dulu.

"Haa... Macam mana boleh hilang?"

Aku hela nafas berat, jika aku ceritakan... mesti nampak kebodohanku yang tersangat jelas, malu aku untuk berterus terang. Tetapi, aku perlu menerangkannya bukan?

Aku menjelaskan semuanya pada Kak Tiera, dia sesekali tergeleng mungkin kesal dengan tingkahku yang melulu mempercayai orang.

"Kenapa Reen percaya sangat? Hmm, takpelah benda dah jadi kita anggap sebagai pengajaran. Reen jangan sedih sangat ye, ini ujian untuk Reen. In Shaa Allah, ada rezeki lain untuk Reen," pujuk Kak Tiera dengan suara yang cukup lembut. Tangannya mengusap bahuku lembut. Mungkin cuba menenangkan hatiku yang bersimpang siur ini.

"In Shaa Allah, terima kasih Kak Tiera..." balasku menghargai nasihatnya. Aku memusingkan kerusi supaya menghadap dia. Kami sekarang sedang berhadapan antara satu sama lain. Matanya lembut memandang aku, ada simpati dan kasihan melimpah dari pancaran anak matanya.

"Sama-sama. Macam mana keadaan adik Reen?" soal Kak Atiera, matanya terus-menerus menentang anak mataku.

Aku tertunduk lemah, mengingati Ayyan buat aku sedih bercampur marah. Sedih kerana keadaan dia yang sedang sengsara, dan marah kerana tulisannya yang aku terbaca tadi. Sungguh berat perasaan ini menghempap aku.

"Dia masih sakit lagi... Dia sakit appendix."

Perlahan dan lemah, suara yang terkeluar dari bibirku.

"Ohh, appendix. Reen jangan risau, appendix tak bahaya sangat. Just kena menjalani operation awal-awal untuk elak pecah tu."

Aku angkat wajah, kata-kata Kak Tiera sangat merisaukan aku. Itulah yang sangat memberat di hatiku, sehingga ingin membenci Ayyan pun tidak sanggup aku lakarkan terlalu lama. Kerana, dia sakit sekarang ni! Rasa simpati dan sayang sahaja yang mengalir dalam jiwa ragaku saat ini.

"Itu yang buat Reen risau... Doktor kata paling cepat malam ni dan paling lambat esok pagi."

"Hah? Kenapa macam tu? Kesian adik Reen tu!"

"Dia kat hospital kerajaan, Kak Tiera. Dia perlu tunggu giliran..."

"Ya Allah, kenapa tak hantar hospital swasta?"

Kalaulah mampu, dah lama aku hantar dia ke hospital swasta, Kak Tiera. Ayyan bukan keluarga orang berada, dan aku sendiri pun tak termampu nak menolong dia memandangkan aku ini baru sahaja bekerja. Wang ringgit mana aku dapat seluk dari poketku?

"Shad tengok kat resume, Reena takde adik! Adik siapa pula yang Reena tengok tadi?" teguran suara garau itu membuatkan kami saling berpandangan. Seraut wajah mereka yang curiga aku pandang silih berganti.

"Adik angkat..."

"Lah, kenapa tak beritahu awal-awal. Mati-mati Shad ingatkan adik kandung sebab tengok Reena menangis macam tu," balas Firshad sambil mengambil tempat di sebelahku.

Aku membatu sahaja. Diam tidak berkutik kerana ada dua pasang mata memandangku kiri dan kanan tidak lepas.

"Dah lama ke Ayyan tu jadi adik angkat Reena? Dia tu adik angkat dalam keluarga or adik angkat je?" Firshad bertanya pula dengan soalan lain. Aku mengeluh lemah, hendak menjawab terasa malas. Kalau boleh aku ingin pergi sahaja dari sini daripada menyingkap kenangan lalu yang begitu memeritkan ulu hati.

"Sejak sekolah menengah. Just adik angkat je. Kenapa tanya?"

"Ohh, I see. Mesti Reena sayang sangat kat dia kan?"

Pertanyaan Firshad itu aku biarkan tidak bersambut. Aku segera meminta diri untuk ketandas. Mengapa perlu dia soal soalan sebegitu? Aku bukan setakat sayangkan dia, Firshad. Aku terlebih sayang sampaikan aku cintakan dia. Kalau itu aku berikan jawapan, adakah Firshad akan percaya ataupun dia akan memandang aku serong? Ya, memandang serong kerana pernah ke seorang kakak angkat mencintai adik angkatnya sendiri seperti aku?

........................................................

Writer's comment : tak sangka pula jahat dia tu

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top