SYT 16

Bab 16 SYT

"Adik Reena sakit?"

Kedengaran perlahan suara Firshad menyoal aku.

Aku angguk kecil sebelum wajah aku dongak menghadap dia.

"Dia sakit... dan saya... tak tahu... dia sakit apa..." tuturku lemah tidak berdaya. Air mata masih setia membasahi wajahku.

"Shad agak tadi dari panggilan doctor?" tebak Firshad, wajahnya turut tersimbah riak muram.

Aku dapat rasakan dia turut bersedih menyaksikan air mataku yang berjuraian.

"Dari nurse...,"

Jeda.

Rahangku bergerak-gerak menahan perasaan sebal mengingatkan perkhabaran berita dari nurse tadi. Aku masih tidak berpuas hati, susah sangat ke nak beritahu penyakit apa yang dihadapi oleh Ayyan? Patut ke beritahu berita sekerat-sekerat macam tu?

"Teruk ke sakitnya?"

Mataku mencerlung menikam mata Firshad. Soalan ini tidak patut ditanya, sudah terang-terang aku menangis macam orang meroyan! Apakah dia fikir aku saja-saja menangis kalau tidak sebab Ayyan sakit teruk!

"Awak tak nampak air mata ni? Kalau tak teruk kenapa saya menangis macam ni, hah!"

Aku membentak dia dalam nada terkawal. Emosiku galak mendaki kesabaranku sehingga aku tiba-tiba rasa panas hati. Hanya kerana, pertanyaan pendek oleh Firshad.

Riak wajah Firshad jelas berubah, mungkin dia terkejut dan tak menyangka aku akan marahkan dirinya.

"Shad minta maaf... Boleh Shad tahu hospital mana? Shad boleh tolong hantarkan."

Bahang panas amarah serasa sudah tertimbus dengan pengakuan maaf dan sikap prihatin Firshad. Perlahan-lahan, rasa serba salah memerangkap aku sekaligus menjadikan lidahku kelu untuk menerima pelawaan Firshad.

"Reena?"

Dia menyeru namaku.

Dan aku, tundukkan muka kerana hatiku rasa tidak layak untuk melawan renungannya.

"Shad hantar Reena tau. Pasal kerja tu, biar Shad beritahu Kak Tiera dulu memandangkan Puan Suraya, bos besar kita belum habis cuti sakit."

Keluhan kecil aku hembuskan perlahan. Kebaikan Shad, aku sukar untuk menelannya bulat-bulat. Aku tidak mahu menyusahkan dia, biarlah aku mengurus hal peribadiku sendiri.

"Saya pergi sendiri je... Saya tak nak susahkan Shad, but satu je nak minta tolong...,"

Terhenti bicaraku apabila jiwaku diterpa perasaan aneh. Kata tidak mahu menyusahkan, tetapi mengapa aku mengharapkan pertolongan dari dia? Apa kemahuan aku sebenarnya ni?

"Tell me anything, Reena?"

"Takpe, biar saya beritahu sendiri hal ni kepada Kak Tiera dan staf lain," pintaku pada dia. Pipi yang entah bila sudah mengering aku kesat ala kadar.

"Reena, awak tengah serabut. So, don't waste your time. Just go to hospital, Shad akan uruskan yang lain. Terima pertolongan saya, boleh?"

Aku memberanikan diri, mendongak. Mataku tersabung dengannya. Wajahnya tampak kasihankan aku. Dan entah bagaimana, aku dapat membaca riaknya terpancar sinar keikhlasan untuk menolong aku.

"Tak susahkan Shad, ke?"

Terpacul soalan untuk dia kerana aku masih lagi ragu untuk terima pertolongan dia.

Senyuman tertarik dari bibir Firshad. Dia menggeleng, menandakan tidak menyetujui sangkaan aku.

"Tak, Shad dah anggap kita kawan. Or maybe can be more than that, so... I will do anything for you... Don't forget, I will beside you... When difficult time is coming or easy time."

Mula-mula aku sedikit tersentuh, namun lama-lama aku berkerut dahi. Kenapa teruk benar Bahasa Inggeris si Firshad ni? Kata editor?

"Er..."

Tak terluah perkataan. Aku diam sekejap, menyusun ayat agar bisa melindungi betapa canggungnya aku mendengar Bahasa Inggeris dia yang berterabur.

"I know, my English is bad. But, will you accept my help?"

Aku angguk juga kerana memikirkan, aku perlu segera ke hospital!

.............................................................

"Encik, boleh saya tahu kat mana katil Encik Ayyan Irhan Bin Adam Lee?" tergesa-gesa aku lontarkan pertanyaan di depan kaunter wad kecemasan.

"Sekejap, Puan," balas lelaki berseragam putih. Dia mengambil file ditepi meja, aku sangka mungkin di situ tersenarai nama pesakit emergency.

"Maaf, saya baca senarai di sini tiada nama Encik Ayyan Irhan. Hmm, macam ni lah, Puan boleh masuk dalam ni. Ada kaunter kedua dalam wad kecemasan ni, boleh bertanya nurse yang berada berdekatan di situ."

Hampir mahu luruh jantung aku! Kenapa boleh tiada senarai nama? Ya Allah, jangan terjadi apa-apa pada dia.

"Terima kasih."

Dengan langkah tergesa-gesa aku menapak masuk dengan mata rakus meliar mencari kaunter 2 yang diterangkan oleh staf pengawal tadi. Peluhku merenik jatuh, apabila apa yang dicari tidak aku jumpa. Mundar-mandir kaki kubawa tanpa arah tujuan. Sesungguhnya, fikiranku tersangat runsing. Aku gagal untuk mencari kaunter 2.

"Puan, boleh saya tahu puan cari siapa?"

Ada sentuhan lembut menyentuh bahuku. Pantas aku palingkan wajah menghadap pemilik suara itu. Aku nampak seorang nurse tinggi lampai, berwajah manis memandang aku dengan riak prihatin.

"Saya cari pesakit bernama Ayyan Irhan Bin Adam Lee. Nurse tahu tak kat mana dia sekarang ni?"

Timbul kerutan di dahi nurse tersebut. Aku tidak pasti apakah yang terselindung dibalik reaksi wajah nurse itu. Dia tahu atau tidak. Aku menanti lagi dengan penuh sabar, jari dia menekan pelipis. Gaya macam tengah sakit kepala.

"Ya Allah, baru tadi saya call pewaris Encik Ayyan Irhan. Saya agak Puan ni Nur Arina kan?"

Aku cepat-cepat meraih tangannya. Tindakan spontan yang aku tidak pasti mengapa, pasti kerana aku bersyukur dipertemukan dengan nurse ini memandangkan aku diambang kebuntuan.

"Dia...dia...kat mana, nurse?"

Nurse itu membalas pegangan tanganku. Dia mengusap tanganku perlahan. Tingkahnya buat aku panasaran. Jangan, dia kata Ayyan sakit teruk!

"Bertenang Puan Arina. Keadaan dia nak kata teruk tidaklah, tetapi dia masih dalam kesakitan."

Darahku berderau mendengar keterangan pendek nurse itu. Ya Allah, apa sebenarnya sakit yang dia hadapi ni? Kenapa nurse ni suka cakap tak habis? Beritahu sahaja penyakit Ayyan kan senang, apa susah sangat?

"Sakit apa ni nurse? Tolonglah beritahu betul-betul!"

Keras suaraku membentak dia. Marah dan sebal bergaul menjadi satu, menjadikan aku orang yang tidak penyabar.

Nurse itu diam, dia tarik tanganku memasuki wad kecemasan. Aku terpaksa ikutkan sahaja.

Suhu sejuk di wad kecemasan memang tahap tinggi. Aku menggosok sedikit bahu, cuba menghilangkan kesejukan yang menggigit.

"No katil 5, baris pertama. Maaf ye Puan Arina, perihal sakit Encik Ayyan hanya doktor boleh terangkan dengan terperinci. Buat masa sekarang, doktor tengah memeriksa pesakit lain. Puan Arina tengok dulu Encik Ayyan, nanti Doctor Lee akan datang memberi penerangan dengan lebih lanjut."

Nurse itu menyingkap tirai kain pelindung pesakit wad. Jantungku berdetak makin laju.

"Nurse... sakit nurse.... Sakit sangat! Ya Allah... sakit!"

Suara Ayyan mengerang kesakitan membuat hatiku berkecai. Ya Allah, Ayyan. Kakiku terasa tidak berdaya memijak lantai. Sangat jelas dimataku, matanya terpejam sambil tangan kanannya erat menekan perutnya sebelah kanan.

Sebak mencengkam dadaku melihat keadaan dia sebegitu. Air mataku merembes keluar, satu persatu.

"Encik Ayyan, saya bawa Puan Arina datang."

Nurse memaut bahuku dan mendekatkan aku dengan Ayyan. Mata dia terbuka luas setelah terdengar suara lembut nurse itu memberitahu kehadiranku.

Sayu matanya tertunak menyentuh anak mataku. Bibir pucatnya bergerak-gerak ingin menzahirkan kata, tetapi masih tiada suara yang terkeluar. Rambutnya serabai dengan keadaan bajunya yang sudah bertukar baju pesakit hospital, sungguh meruntun hiba jiwaku. Aku menekup mulut, menahan gelora sengsara yang berombak di dalam dada. Terlalu sakit! Aku tidak dapat menahan perih melihat Ayyan, insan yang aku sayang dan cinta sepenuh hati menderita seperti ini.

.......................................................

Bab 31

Nurse itu telah meminta diri untuk menjalankan tugasnya yang lain. Kini, aku dan Ayyan bersendirian. Aku tidak lepaskan pandangan sedikitpun, Ayyan juga begitu. Kami seperti terpaku memandang satu sama lain. Irama rindu beralun-alun di dalam jiwaku, namun kebimbangan buatnya lebih mengatasinya. Aku segera hapuskan rindu itu supaya menjauh.

Nafasku tarik, ia terasa berat. Sukar atau tidak aku perlu bersuara untuk mengetahui keadaan dia yang sebenar. Aku perlu tahu!

"Kenapa boleh jadi macam ni, Ayyan! Ayyan sakit apa?"

Suaraku tenggelam timbul mengungkap persoalan yang meronta-ronta ingin menemui jawapan. Nafas terasa makin tersekat walaupun air mata sudah sedikit surut. Bukan aku tidak bersedih tetapi aku tak mahu paparkan kelemahan aku dihadapannya. Aku perlu kuat agar dapat menyemai benih kesabaran untuk Ayyan. Aku tahu dia sangat lemah sekarang.

Dahinya yang berkerut seribu cukup dapat kutebak dia sedang menahan sakit yang teramat. Simpatiku melimpah-limpah untuk dia.

Tiba-tiba, matanya terpejam rapat. Aku menelan air liur terasa pahit, kebimbangan semakin menekan hingga aku rasa tidak tertanggung beban perasan ini. Dia pasti sedang menahan kesakitan. Ya Allah, tolong kurangkan kesakitan dia. Aku bermohon padaMu bersungguh-sunguh, Ya Allah.

"Tak sangka... akak... datang..."

Lirih dan lemah suara itu menyentuh deria pendengaranku. Aku digigit kepiluan yang tak terperi dan tubir mataku penuh dengan isi. Hanya tunggu masa untuk tumpah. Aku cuba tabahkan hati.

"Ayyan ingat... akak... dah... tak sudi..."

Sungguh, aku lemah! Semua kata-katanya berjaya meluluhkan jiwaku. Aku pejamkan mata rapat-rapat, biar air itu tidak tumpah. Namun, gagal. Ianya keluar juga setitik demi setitik.

Aku tak mampu berbohong, tunjuk kuat kerana hati dan perasaanku sudah pecah berderai tidak dapat lagi aku cantumkan semula. Air mata ini pasti akan setia memberat di tubir mata kerana aku... perempuan, lemah!

Ayyan membuka semula matanya, dia memberikan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Matanya yang merah itu terus-terusan meratah wajahku. Aku pantas larikan anak mata ke arah lain. Tak sanggup membalas renungan dia yang menenggelamkan semua kekuatan yang sedang menipis dalam jiwa.

"Call, mesej... satu pun... tiada... balasan..."

Getaran suaranya merundumku lebih hebat. Aku serasa sukar untuk bernafas secara normal. Setiap bait kata yang terluah dari bibirnya benar-benar menyeksaku. Tetapi, aku menongkah semuanya. Jangan ikutkan semua perasaan lemah ini, yang paling utama penyakit Ayyan! Aku mesti tahu apa sakit yang menyeksa Ayyan.

"Please... beritahu akak, Ayyan sakit apa?" rayuku pada dia.

"Akak... dah block... number... Ayyan, kan?"

Aku terkedu, dalam beberapa saat aku menggali kekuatan untuk mengabaikan soalan yang membuat dadaku sempit. Perasaan serba salah berleluasa beradun dengan semua perasaan.

"Akak tanya, Ayyan sakit apa!" soalku lagi.

"Akak benci... tengok... muka Ayyan, kan?"

Sekali lagi dia bersuara lemah. Sinar matanya yang sayu itu membuat duniaku kelam. Dia sengsara kerana aku?

"Tolong beritahu apa penyakit, Ayyan!" soalku lagi dalam getaran. Aku pegang dada kejap.

"Ayyan... sakit hati..."

"Tolong Ayyan cakap betul-betul!"

"Apa salah... Ayyan, kak?"

"Jawab, Ayyan! Jawab!"

"Ayyan... tak rela... akak... putuskan... hubungan ni..."

"Ayyan... tolonglah jawab..."

"Ayyan... rela... mati..."

"Ya Allah, jangan cakap macam tu. Ayyan!"

Aku hampir terjatuh saat itu juga. Duniaku gelap gulita. Perkataan mati itu tak sanggup aku dengar. Bagai tersiat-siat hatiku. Mataku mencerlung menikam matanya, badanku sedikit menggigil. Semakin dekat aku cuba menghampiri dia.

"Akak tak nak... Ayyan cakap pasal mati!"

Naik suaraku seoktaf. Aku sudah tidak perasan di mana keberadaanku sekarang. Dadaku berombak menahan marah kerana Ayyan.

"Akak... dah tak... pedulikan... Ayyan..."

Lidah bagai dikerat. Tidak ada daya untuk bergerak. Badanku terpasung dihadapan dia.

Dia tidak berganjakkan matanya walau sesaat. Matanya tidak mahu mengalah merenung aku lebih dalam sampai tembus ke dasar hati. Aku mengesat air mata yang deras mengalir. Mataku berbalam membalas pandangannya.

Suasana kaku menenggelamkan kami dalam dunia sepi dan sengsara. Sesekali mataku bergerak-gerak ke arah lain, cuba menanam kekuatan walaupun secebis cuma. Dan, dia... masih berkeadaan begitu, diam menahan kesakitan sambil matanya terus-terusan tertunak kedalam anak mataku.

"Maaf, Puan ni Puan Arina ke?"

Suara yang bergema di belakang menyentakkan aku agar kembali ke dunia semula. Badan aku palingkan untuk berhadapan dengan gerangan itu. Mataku tertancap pada wajah doktor cina, dadaku berombak kencang. Ini pasti, Doctor Lee!

"Ye, saya... Doctor Lee ke?"

"Yes, Puan Arina mari saya terangkan tentang keadaan Encik Ayyan."

Tangannya mengamit aku agar berganjak sedikit menjauhi katil Ayyan. Aku mengikut sahaja kehendaknya.

"Hmm, Puan Arina ni isteri Encik Ayyan ke?"

Aku pantas menggeleng, "Bukan, cuma ka...,"

Bicaraku terhenti, takkan nak kata kakak angkat?

"Maksud saya, kawan sahaja..."

Kawan. Itu sahaja yang terlintas untuk menjadi balasan kepada pertanyaan doktor itu.

"Okay, kawan ye... Memandangkan Encik Ayyan pun memilih Puan untuk datang, saya anggap Puan orang yang sangat dekat dengan dia. Baiklah, saya nak beritahu Encik Ayyan ni sedang mengalami appendix. Apa yang saya lihat, keadaan dia agak teruk. First dia dihantar ke sini, Encik Ayyan muntah-muntah, dan keadaan dia semakin bertambah buruk. Buat pengetahuan Puan, memang semua pesakit appendix akan mengalami komplikasi teruk sebegini. Jadi, Puan jangan terlampau risau. Kami sedang sedaya upaya arrange waktu operation untuk membuang appendix secepat mungkin. Paling awal saya boleh arrangekan ialah malam ini, dan paling lewat esok pagi. Ada pertanyaan lebih lanjut, Puan?"

"Kenapa lambat, doktor? Kalau appendix tu pecah macam mana?"

Pipiku sudah basah lencun mendengar penerangan daripada doctor.

"Peratus appendix akan pecah sangat kurang, Puan. Hal ini kerana ramai pesakit lain di arrange operation seperti Encik Ayyan, dan operation berjalan dengan lancar tanpa mengalami komplikasi appendix terpecah. Selalu appendix terpecah kerana terlambat ke hospital dalam beberapa hari. Saya lihat, Encik Ayyan baru dalam fasa pertama. Masih belum tahap kritikal. Saya harap Puan bersabar, bukan kami tidak mahu segerakan lebih cepat, tetapi terlampau ramai pesakit kritikal memerlukan operation dengan lebih awal."

Aku terdiam seribu Bahasa. Penerangan panjang lebar oleh doktor itu sedikit menenangkan aku, tetapi tidak mampu melegakan hatiku. Ya Allah, Ayyan.

"Ada apa-apa lagi Puan ingin bertanya? Kalau tiada, saya ada hal lain. Maaf kerana hanya ini sahaja penerangan untuk Puan berkaitan Encik Ayyan."

Aku geleng kepala apabila mata doctor itu jatuh memandang jamnya. Doktor itu diperlukan oleh warga pesakit yang lain, aku perlu faham. Nasihatku sendirian didalam hati.

"Terima kasih, Doctor Lee."

"Sama-sama, Puan Arina. Semoga Puan bersabar dan kuatkan hati. Doakan Encik Ayyan supaya operationnya diawalkan."

Kata-kata semangat itu akan telan dalam keperitan. Mataku sayu memandang doktor itu berlalu ke katil pesakit lain. Berat sungguh hatiku untuk melihat lagi keadaan Ayyan.

Aku menapak longlai mendekati katil Ayyan. Dia kelihatan sedang meringkukkan badannya dengan kerutan dahi berlapis-lapis.

Ikutkan hati, ingin sahaja aku mengantikan walau seketika tempatnya. Agar dapat kurang kesakitan yang dia deritai. Malangnya, aku tidak mampu berbuat sedemikian.

Tiba-tiba, fikiranku terbayang wajah Ainura. Mana Ainura? Kekasih sakit, kenapa kelibatnya tidak muncul? Adakah kerana Ayyan tidak menelefon kekasihnya itu?

"Ainura mana?" terpacul soalan itu meniti dibibirku.

Ayyan kembali membuka mata. Dia menggeleng lemah.

"Ayyan... tak cakap... dengan dia..."

"Kenapa?"

Bulat mataku memandang dia. Kenapa tak beritahu? Bukan ke Ainura kesayangan dia? Kekasih hingga hujung nyawanya?

"Ayyan... tak nak... risaukan dia..."

Tersentak jantungku menerima bait perkataan dari bibirnya. Tak nak risaukan? Habis tu, aku ini dia boleh pula risaukan?

"Akak ni, Ayyan boleh pula risaukan?"

Halkumnya bergerak seperti menelan air liur tersangat payah. Kenapa agaknya?

"Akak... lain..."

"Apa yang lain? Cuba beritahu!"

Dia mendiamkan diri. Aku dan dia berbalas pandangan lagi. Aku tidak betah begini, lantas aku mendekati meja kecil yang aku nampak ada handphone di situ. Handphone itu aku capai dan pegang erat. Nama Ainura aku cari rakus di dalam senarai contact. Namun, satu nama contact itu menarik perhatianku.

'My Everything'

Sebak merantaiku. Ini pasti number Ainura.

"Akak... tak payah... beritahu dia..."

Suara Ayyan yang bergema, aku tidak hiraukan. Kaki aku bawa melangkah keluar dari wad kecemasan. Aku ingin memberitahu Ainura tentang keadaan Ayyan. Aku bimbang bakal terjadi sesuatu pada Ayyan.

Aku mendail number yang tertera, tetapi kerutan mula hadir segaris. Kenapa macam kenal number ni? Mataku terbuntang luas, ini number aku!

.................................................................

Writer's comment : ada tak yg nangis? :'( nasib baik bukan penyakit parah :'(




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top