SYT 11

Bab 11 SYT

Aku tersengih-sengih mengingat kenangan lama bersama Ayyan. Indah dan bermacam ragam. Apabila dikenang semula perangai Ayyan dulu dan sekarang memang sangat berbeza seperti langit dan bumi. Aku kerling dia disebelah, serius sahaja tengah memandu.

"Akak...pandang Ayyan lama-lama kenapa?" tanya Ayyan tanpa menoleh aku. Aik, nak tengok pun tak boleh ke?

"Hmm...teringat dulu-dulu, Ayyan lain sangat... Dulu nakal, sekarang ni nakal juga tapi bahasa tu eloklah sikit," ceritaku ceria pada dia.

Ayyan hanya diam tidak membalas kata-kataku. Aku jadi bingung dengan perangai Ayyan boleh sedingin ini, selalu ada sahaja usikan dari dia. Hendak bertanya kenapa diam, tetapi hatiku melarang. Biarkan ajelah dia, mungkin ada suatu masalah yang mengganggu fikirannya.

"Akak..." panggil Ayyan setelah lama mendiamkan diri.

"Ye, kenapa Ayyan?" terus sahaja aku menoleh dia di sebelah, raut wajahnya aku teliti.

"Ayyan masih..." terhenti suara Ayyan, aku dapat dengar dia seperti berat untuk meluahkan ayat seterusnya.

"Masih apa?" tanyaku ingin tahu.

"Serba salah nak cakap." Nada suara Ayyan, tenggelam timbul. Macam sedang berserabut.

"Cakap ajelah, tak payah nak serba salah sangat," balasku sebagai tanda menyakinnya supaya meneruskan kata-kata.

Namun, bibir itu masih diam, tiada tanda-tanda untuk mengulas apa-apa. Aku hanya mengeluh kecil, dan ikutkan sahaja gerak gerinya. Mendiamkan diri.

Suasana hening kembali menghantui kami. Aku seperti dapat menghidu ada sesuatu yang tak kena dari gaya Ayyan cakap sekerat-sekerat itu.

"Kalau Ayyan cakap, tolong jangan marah boleh?"

Lembut dan penuh berhati-hati dia bersuara, seakan apa yang akan diperkatakan nanti boleh menimbulkan kemarahan aku.

"Cakap ajelah dulu, kalau tak cakap macam mana nak marahnya," balasku geram. Letih aku apabila dia mengambil masa yang agak lama untuk bersuara. Nak cakap, cakap ajelah! Aku berpeluk tubuh sambil mata mengawasi raut wajahnya dari tepi.

"Terus terang Ayyan cakap, perangai Ayyan yang buruk dulu still ada lagi dalam diri ni..."

"So?" soalku sepatah. Dalam hati terlonjak-lonjak nak tahu apa sebenarnya yang ingin Ayyan perkatakan padaku.

"Hmm... macam tadi tu, Ayyan kan tengking akak..." tutur Ayyan perlahan.

"Cakap jelah cepat, nak lambat-lambat buat apa?" Aku mula hilang sabar, geram pula Ayyan berkata dengan nada perlahan dan menyebut perkataan sebutir demi sebutir. Aku tak boleh sabar!

"Ayyan tak puas hati, Ayyan nak tahu juga kenapa akak menangis dan kenapa akak tak nak berkongsi masalah akak dekat Ayyan..."

Meluncur laju luahan Ayyan membenamkan tanda tanyaku. Sabarku tadi sudah berkecai umpama kaca terhempas. Aku tidak dapat berfikiran panjang lagi, sakit hati mendengar bicara Ayyan menjadikan marahku menyala-nyala. Mukaku raup dengan tangan kanan. Pelipis aku tekan-tekan, sungguh stress menanggung marah ini.

"Akak... dengar tak?"

Ayyan bersuara apabila aku senyap, tidak membalas apa-apa.

"Ye, akak dengar! Apa masalah Ayyan sekarang eh? Akak ingat dah selesai tadi sejak akak ikut cadangan bodoh Ayyan tulis kat kertas tadi! Rupa-rupanya tak habis-habis lagi Ayyan nak tahu!"

Kesabaranku sudah lenyap hilang, sehingga aku terus melenting membalas kata-katanya. Tekanan yang aku rasakan sungguh memaksa aku berkata kasar kepada dia. Siapa suruh tak faham bahasa? Dah cakap tak nak cerita, tak nak lah!

"Ayyan nak tahu! Ayyan memang nak tahu sangat-sangat apa yang akak cuba sembunyikan dari Ayyan! Akak faham tak!?" marah Ayyan, separa menjerit.

Ayyan berhentikan kereta di seberang jalan. Tangan kanannya naik menghentak stereng.

Aku terkesima melihat aksi kasar Ayyan. Nampak sangat, penyakit baran dia yang lama akan muncul lagi. Huh! Manusia memang susah nak berubah!

"Tak payah nak sibuk sangatlah Ayyan! Ayyan takde hak nak tahu semua benda, Ayyan bukan adik kandung akak pun! Bukan keluarga akak, Ayyan tu orang luar je! Orang luar je!"

Aku menempelak dia, dan menekankan perkataan orang luar. Sungguh, emosiku sudah kacau bilau sekarang. Tiada siapa mampu menghalang aku daripada bercakap kasar dengannya.

"What? Orang luar je? Ayyan salah dengar ke kak? Selama ni memang akak tak pernah anggap Ayyan ni adik, ke kak? Kenapa akak sanggup cakap macam ni? Akak langsung tak fikir perasaan Ayyan kan!"

Ayyan tinggikan lagi suaranya, meluahkan kekecewaan yang sedang melarat dalam hatinya. Aku peduli apa dengan kecewa dia, aku sendiri tak dapat rawat semua racun berbisa dalam hatiku sendiri.

"Sorry to say, Akak memang anggap Ayyan adik, tetapi adik angkat sahaja! Ayyan tak boleh terlampau menyibuk hal akak! Kalau akak sendiri dah kata tak payah tahu masalah akak, sudah lah tak payah korek lagi! Dah besar panjangkan, takkan tak boleh faham, Ayyan!"Aku melemparkan sindiran pedas khas buatnya. Mendadak aku melepaskan amarah, yang tidak henti-henti memaksaku untuk menengkingnya.

"Ye, memang betul. Ayyan tak faham! Memang tak faham kenapa akak nak sembunyikan masalah akak! Susah sangat ke nak cerita! Just tell me everything, Ayyan akan cuba selesaikan dan tolong apa yang patut! Itu pun susah sangat ke kak? Hah?! Susah sangat ke?!"

Dia mula menarik tanganku, matanya merah merenung aku. Aku dan dia bagai dirasuk syaitan. Masing-masing marah tanpa fikir perasaan yang akan terluka nanti.

"Lepaskan akak, tak payah nak tarik-tarik tangan akak, boleh tak! Ye, memang susah, susah sangat nak cerita pada budak mentah, budak tak matang macam Ayyan ni! Orang dah kata tak nak, tak nak lah! Tak faham bahasa lagi ke! Asyik nak memaksa akak apesal! Ayyan ingat akak ni isteri Ayyan ke nak memaksa bagai macam ni hah!?"

Aku menengkingnya lagi, marahku sudah memuncak segunung tinggi. Lahar amarah tidak dapat kutahan-tahan lagi.

"Kalau Ayyan nak ada isteri, tak hingin lah perempuan macam akak ni! Degil, keras kepala! Tak nak dengar cakap Ayyan! Semua nak simpan, semua nak pendam! Apa guna kalau Ayyan jadi suami, kalau dapat isteri macam akak! Buat sakit hati aje!"

Hatiku bagai direntap kasar berkali-kali tanpa belas kasihan. Tak pernah menyangka sama sekali, dia sanggup berkata perkataan begitu! Kini, sudah terang lagi bersuluh. Cintaku ini tak akan terbalas, bukan tak terbalas! Bahkan cinta ini tak akan dipandang langsung olehnya kerana dia sudah jelas mengatakan dia tidak ingin memiliki aku sebagai isteri!

"Ayyan jangan jadi kurang ajar! Okay fine, akak memang degil dan keras kepala! Tak ada siapa pun nak dengan akak kan, termasuk Ayyan! So, sekarang kita putus! Tak payah nak beradik angkat lagi! Bukak pintu ni, akak nak keluar!"

Aku seperti hilang pedoman, cermin pintu aku hentak-hentak. Apabila fikiran meracau, aku tidak dapat waras lagi. Kalau boleh, aku mahu pecahkan saja cermin kereta ini dan humban badan aku keluar dari kereta ini. Aku tak mahu berada di sisi Ayyan lagi. Aku dah terlanjur bencikan dia kerana dari bibir kejam dia, dia sendiri katakan dia tak sudi memperisterikan perempuan sepertiku. Aku sangat sakit hati! Tak tertahan luka ini berdarah mengalir tanpa henti.

"Ya Allah, kak... Ayyan tak bermaksud macam tu kak... Akak janganlah putuskan hubungan ni...Ayyan betul-betul minta maaf...Ayyan terlalu ikutkan perasaan, Ayyan sendiri tak sedar kata-kata kasar dari mulut Ayyan...Ayyan menyesal sangat kak...Please kak...Ayyan merayu...Jangan macam ni kak... Akak..."

"Tak payah nak merayu, kau jangan panggil aku kakak lagi! Bukak pintu ni! Dengar ke tak, bukak pintu ni!" Aku terjerit-jerit kerana gagal mengawal perasaan yang sedang bergelodak hebat bercampur perasaan benci, hiba, kecewa dan marah... Semua menjadi satu barah racun yang sangat menyeksa jiwa ragaku. Sesak dadaku menahan perih semua ini. Tak tertanggung rasanya!

"Akak...please bertenang...Jangan macam ni, Ayyan minta maaf sungguh-sungguh... Please... Ayyan janji, Ayyan takkan ulang lagi tanya akak bukan-bukan! Ayyan janji kak! Ayyan sumpah! Please, kak... Please...Sekali ni je Ayyan minta peluang...Tolong terima Ayyan semula... Maafkan Ayyan... Maafkan Ayyan... Please, kak..."

Rintihan Ayyan lembut memujukku, meminta kemaafan daripadaku. Namun, aku masih tetap degil, jiwaku keras tidak mahu beri peluang untuk dia walau sedikitpun. Cukuplah, aku terlalu lemah! Biar aku jadi kejam untuk kali ini!

"Aku tak kira, aku nak juga keluar dari kereta ni! Aku tak nak tengok muka kau lagi, Ayyan!" lancang mulutku menengking dia. Aku benar-benar disimbahi api benci, tak akan mudah luntur walaupun dipercik rayuan Ayyan sedikitpun! Aku terlanjur bencikan dia kerana aku terlalu cintakan dia.

"Akak, please... Dengar dulu, Ayyan tahu Ayyan dah sakitkan hati akak sampai akak marah Ayyan macam ni sekali... Tapi, Ayyan minta maaf sangat-sangat... Ayyan terlanjur cakap tanpa ada niat kak... Ayyan terlampau kecewa dan sakit hati sebab akak berahsia... Itu aje, tak ada niat langsung Ayyan nak sakitkan hati akak...Please kak..."

Aku tekup telingaku rapat-rapat. Air mataku sudah bertakung, tetapi aku tahan sekuat hati. Aku tak nak membazir air mata kerana dia lagi! Aku tak nak!

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi! Aku nak balik! Nak balik!"

"Ayyan minta maaf kak..."

"Aku kata tak nak dengar apa-apa lagi, kau pekak ke!" aku pangkah tajam kata maafnya. Kini, kata-kata dari bibirnya sangat menyakitkan jiwa dan ragaku. Aku bencikan suaranya!

"Akak..."

Ada esakan kecil kedengaran. Aku tanamkan kebencian untuk Ayyan, tak akan sesekali aku lemah mendengar dia menangis! Tak payah simpati pada dia yang buta menilai aku! Menilai aku yang cintakan dia separuh mati! Dia tak akan faham perasaan bodoh ini!

"Kalau itu yang akak nak, Ayyan akan hantar akak balik..."

Suaranya kedengaran serak, dan tersangkut-sangkut. Mungkin menahan sebak di dada. Biarkan! Biarkan dia menangis! Aku sendiri sudah puas menangis, kini giliran kau Ayyan! Aku menyumpah dalam hati.

...........................................................

Kereta Ayyan berhenti di depan rumahku. Aku tidak langsung menoleh dan mengeluarkan satu patah perkataan buatnya, laju aku keluar dari perut kereta.

"Akak... Ayyan tahu akak perlukan ketenangan... Ayyan akan tunggu sampai akak dapat maafkan Ayyan... Ayyan akan tunggu..."

Suara Ayyan berkata perlahan di belakangku. Tangannya tiba-tiba menghulur sapu tangan dia, aku hanya biarkan tidak disambut. Tanpa aku sangka, dia ambil tanganku dan letak sapu tangannya erat-erat dalam genggamanku. Aku yang terkejut, memandang dia dengan muka marah dan benci.

"Akak pakai ni ye... Mana tahu, nanti hati akak sejuk."

Aku tidak hiraukan bicara dia, dengan perasaan benci aku campak sapu tangan daripada genggaman seraya masuk ke dalam rumah. Wajahnya tidak aku pandang walau seincipun. Aku terlanjur benci!

Tidak kusangka,

egoku menggunung membencimu,

mengapa aku tega,

sedangkan kau hanya mahu aku tersenyum.

......................................................................




Seminggu kemudian

Pagi-pagi lagi sudah bersiap untuk pergi kerja! Oh, ya. Aku sudah mendapat panggilan kerja sebagai editor buku di Syarikat Purnama Publisher. Walaupun syarikat itu tidak gah seperti syarikat besar, aku berasa beruntung kerana berpeluang menjadi editor dalam masa sesingkat ini. Alhamdulillah rezeki.

Beg tangan aku capai bersama file yang terisi segala dokumen peribadi dan sijil-sijil. Mana tahu bos di sana ingin menyemak lagi sekali. Kakiku melangkah ingin keluar dari bibir, tetapi mataku tertunak pada sehelai sapu tangan biru yang terbiar layu di hujung penjuru bilik.

'Ayyan!'

Namanya kusebut dengan penuh lirih. Setiap kali namanya meniti dibibirku, hatiku bagai disiat-siat pilu. Aku rindukan dia!

Sejak peristiwa pertelingakahan besar kami, aku dan dia semakin jauh. Aku sendiri yang menjauhkan diri, padahal Ayyan tidak pernah putus menelefon dan menghantar pesanan teks kepada aku. Masih segar di ingatanku, aku membuang semua pesanan teks dia, di whatsapp mahupun di mesej. Facebooknya aku block siap-siap. Number telefon dia juga aku block sekali. Kejamkan aku?

Aku buka pintu bilik dengan membawa perasaan berat. Rinduku pada dia tidak pernah surut di mamah waktu. Aku terlalu rindukan dia. Argh, aku pegang dada yang mula rasa sesak. Jangan kau cuba-cuba menangis lagi, Arina! Bentakku dalam hati. Aku keluar dari bilik dengan tekad melupakan dia sebentar kerana hari ini hari pertamaku kerja, usah bawa bersama perasaan sedih dan sayu ini. Nanti memakan diri!

........................................................

"Semua dah bawa, dik?" tegur Mak sambil menuang air milo kedalam cawan.

"Dah, mak." jawabku pendek. Punggung aku labuhkan di kerusi meja makan. Cawan itu aku bawa kebibir dan menghirup air milo. Tangan kananku mencapai roti telur pula, segera aku kunyah sambil mata meliar mengerling jam dinding. Pukul 7.00 pagi!

"Dah nak gerak ke? Bukan masih awal lagi, dik? Baru pukul 7 pagi," tanya Mak penuh prihatin. Risau agaknya aku datang terlalu awal, tetapi bukan elok ke pergi awal? Bos pun suka nanti. Mata Mak ralit memandangku.

"Takpe, mak... adik kan naik grab... Order pun belum tentu dapat cepat, nak tunggu dia datang lagi, makan masa juga tu," jawabku setelah habis kunyah roti telur.

"Mak suruh ambil lesen tak nak... Kan dah susah naik grab aje... Membazir duit tau," bebel Mak tidak berpuas hati.

"Bukan tak nak, tapi takde rezeki lagi Mak. Hari tu fail sahaja, nanti bila adik ada duit lagi... Adik try lah ambil lessen lagi, tak pun... Adik kahwin je, nanti senang dah ada driver."

Aku mencipta alasan panjang lebar. Kulihat mak memcebirkan bibir, mesti tak puas hati dengan alasan aku. Bukan aku tak nak, tapi menyampah betul apabila teringat masa ambil ujian lesen, fail sahaja bahagian dalam untuk parking! Sampai balik aku menangis bagai nak rak! Akukan cengeng, semua benda nak ditangiskan!

"Kalau dah kahwin tu ingat suami nak ke hantar kamu kehulu kehilir? Dia pun mesti busy kerja, nak-nak kalau dapat suami doctor," bidas Mak kepadaku.

Aku menggeleng kepala seraya mengukir senyuman. Mak ni memang mengidam sangat nak dapat bermenantukan doctor. Apa yang diminatkan sangatpun tak tahulah. Mesti kerana asyik melayan drama korea bergenre perubatan mak jadi terpengaruh. Haish, tahulah doctor-doktor korea semua handsome-handsome. Tapi, doctor kat Malaysia ni handsome-handsome ke? Pada aku, biasa je. Lagi handsome, Ayyan aku! Eh?

"Tak naklah adik dapat suami doctor, tak suka... Mesti sibuk nanti, tak terlayan adik nanti."

Aku bangkit setelah siap makan ala kadar. Tangan aku cuci dan dikesat dengan tisu. Bayangan Ayyan yang tersinggah tanpa sengaja tadi, aku tepis. Lupakan dia, Arina!

........................................................

Jantungku sudah berdenyut laju. Inilah yang selalu terjadi apabila aku terlampau nervous. Aku telan air liur berkali-kali, cuba mengawal gemuruh yang sedang merantai aku sekarang ini. Bibirku terkumat-kamit berselawat bagi mengurangkan sedikit gemuruh.

Resah aku memikirkan bagaimana suasana kerja di Purnama Publisher. Ramai lelaki ke? Rakan sekerja baik ke tidak? Bos garang atau dingin macam dalam drama tu? Hadui, bermacam pertanyaan berselirat dalam kotak fikiran sehingga kepalaku jadi berserabut.

Bukk!

Bagai nangka busuk, aku jatuh terduduk kerana terlanggar seseorang. Habis semua fileku tertiarap mencium lantai. Nasib baik bukan aku yang tertiarap. Habis malu aku bertimpa-timpa nanti.

Tanganku sibuk mengutip file tanpa aku endah gerangan yang melanggar aku. Tiba-tiba, ada tangan besar menolongku disebelah. Aku segera mencari empunya tangan itu, mataku tertunak pada wajah seorang lelaki bertubuh agak gempal. Ya Allah, kalau dia terhempap aku ni boleh mati agaknya.

"Miss, okay ke? Ada cedera ke?" tanya jejaka itu dengan nada prihatin. Selalu kalau berlaku perlanggaran begini, mesti lelaki akan memaki hamun, tetapi lelaki dihadapanku ini sepertinya seorang yang budiman.

Aku mengukir senyuman dan mengangguk kecil, pertanyaan dia sedikit menyejukkan hatiku yang panas kerana dilanggar tadi.

"Maaflah, saya rasa ni salah miss... Sebab berangan aje, saya yang besar ni pun miss tak perasan sampai terlanggar."

Terasa sedang makan cili pula waktu ini, lidahku kelu untuk membalas sindirannya kerana aku sedar memang salah aku.

"Tapi takpe, saya ni okay je... Tak macam orang lain, saya maafkan miss walaupun miss buat dek je bila saya cakap."

Sedas lagi tembakan mengena ulu hatiku. Ya Allah, dalam budiman dia, seronok juga dia kenakan aku. Sabar, Arina! Kau patut minta maaf, dia dah cukup baik bercakap sopan dengan kau, walaupun jelas berbisa sekali kata-kata yang menyentuh deria pendengaranku.

"Sorry...saya tak sengaja..."

Itu sahaja yang terluah dari bibirku. Aku lihat dia bangkit tanpa membalas apa-apa.

"Meh, saya tolong miss bangun..." ucapnya bersama senyuman di bibir.

Aku terpinga-pinga, tidak menyangka dia sudi senyum juga pada aku. Huluran tangannya aku biarkan tidak bersambut. Bukan mahram!

"Takpe... sekali lagi saya minta maaf ye, encik."

File aku peluk rapat-rapat ke dada. Tak mahu jatuh lagi seperti tadi, aku tak nak berangan lagi sampai jadi perkara memalukan begini!

"No problem... Saya tak kesah, miss. Hmm, boleh saya tahu nama miss?"

Ramah pula lelaki itu.

Aku jadi terkebil-kebil, nak buat apa tahu nama aku? Penting ke? Jangan-jangan nak report polis tak? Hahaha, aku gelak dalam hati kerana terfikir benda merepek.

"Nama miss?" sekali lagi lelaki itu bersuara.

Aku serba salah untuk menjawab, hairan memikirkan apakah penting hasrat lelaki itu untuk mengetahui namaku.

"Takpelah... Saya dah lambat, mungkin lain kali dapat tahu. So, miss jangan berangan lagi tau. Take care, bye!"

Panas hatiku mendengar nasihat lelaki itu. Dalam budiman ada sindiran? Nasib baik juga kau gemuk, kalau kau kurus aku dah ketuk kepala kau! Getus hatiku menggerutu.

.......................................................

Sampai sahaja dalam pejabat, gemuruhku semakin memuncak tinggi. Bibirku sedikit pucat. Mataku meliar memandang sekeliling, ramai juga yang dah datang awal. Terus sahaja dalam fikiran terbayang drama korea, seorang pekerja baru kena ramah bertegur sapa dengan senior. Itu yang aku kalah, aku ni kalau orang tak rapat dengan aku memang payah nak buka mulut! Akukan simpan emas dalam mulut.

Kaki aku langkah setapak demi setapak, aku paksakan diri untuk menegur seorang perempuan berumur lingkungan 30-an. Muka nampak baik, haraplah dia sudi beramah mesra dengan aku yang introvert ni.

Aku telan liur berkali-kali, terasa kesat. Tubuhku kaku, bibirku sedikit menggeletar untuk mengungkap barang satu ayat. Takut pula membayangkan nanti disergah pula kerana menegur secara tiba-tiba.

Perempuan itu menoleh kepadaku, dan dia bangkit lalu menghadapku. Aku mula merasakan ada peluh merenik di dahi. Aku kesat perlahan, menunggu kata-kata dari bibir perempuan bertudung itu. Wajah dia bulat, berkulit putih, mata bundar, hidung separa mancung, bibir mungil. Cantik!

Senyuman yang terhias pada bibirnya sedikit mengurangkan nervousku tadi. Aku berharap dia seorang yang peramah. Getus hatiku sendirian.

"Hai... Awak editor baru ke? Bos cakap tadi, ada editor baru datang hari ni. I guess, awak ni Arina kan?"

Lega. Aku lega, intonasi suaranya yang sopan sudah cukup buat aku tahu dia sangat baik dan peramah.

Aku membalas senyumannya bersama hati yang senang.

"Hai... Ye, saya Arina, editor baru. Boleh saya tahu, miss nama apa?"

"Nama akak Nur Atira... Panggil Kak Tiera je...Alhamdulillah, Kak Tiera orang pertama jumpa dengan Arina. Bagus Arina ni datang awal, Kak Tiera suka tau." Mesra dia membahasakan diri sebagai Kak Tiera.

Perasaan gemuruhku perlahan-lahan lenyap. Aku bersyukur bertemu dengan dia.

"Ohh, nama akak, Kak Tiera...Saya pun suka jumpa dengan Kak Tiera..."

"Memandangkan masih ada yang belum datang, Kak Tiera kenalkan mana yang ada dulu ye."

Dia memegang bahuku, dan membawa aku ke tengah-tengah pejabat. Semua yang ada memperkenalkan diri satu persatu. Aku mengucap syukur kerana hari pertama di tempat kerja berjalan dengan lancar walaupun ada pertistiwa memalukan itu.

.........................................................

Writer's comment : makin best ke makin boring. Haha


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top