SYT 10

Memo pad ditangan aku biarkan tidak terusik. Aku mengeluh panjang, aku berasa was-was untuk mengikut kehendak Ayyan. Bimbang juga, kalau Ayyan baca macam mana? Susahlah aku nanti!

Aku halakan mata ke arah tasik, kulihat Ayyan sedang berdiri keseorangan di situ. Belakang tubuhnya yang jauh itu, aku tatap lagi. Bolehkah aku percaya, Ayyan? Hatiku terus tertanya-tanya.

Aku alihkan mata semula ke arah memo pad. Memikir dan terus memikir apa tindakan yang perlu aku buat. Adakah aku dungu jika aku luahkan segala isi hati di secebis kertas ini?

Ahh, tidak! Aku singkirkan perkataan dungu dari kotak fikiranku. Biarlah, aku tulis juga di sini. Ayyan sudah berjanji bukan, pernahkah Ayyan mungkir janji kepada aku? Tidak pernah bukan?

Aku pegang erat pen berwarna biru itu, lalu tanganku menari lemah di permulaan ayat pada cebisan kertas berwarna biru. Nafasku tarik dan dihembus perlahan. Berat sekali hatiku untuk meneruskan, walaupun satu huruf. Namun, kugagahkan juga. Satu demi satu huruf. Aku seperti kanak-kanak yang masih belajar mengeja.

(Ayyan... Akak harap tulisan ini tak akan pernah dapat kau baca... Ayyan dah janji kan...)

Aku hentikan tulisan itu. Aku cuba kuatkan hatiku, yang sedang perlahan-lahan memercik perasaan hiba.

"Sabar, Arina... Kau kuat!"

Sendirian aku tiupkan semangat. Perasaan hiba aku campak jauh-jauh.

(Ayyan... Akak sendiri tak tahu bila perasaan ni hadir dalam diri akak. Akak dah puas buang Ayyan, tapi masih kekal utuh dalam hati akak...

Ayyan... Akak tahu perasaan ni salah, tak sepatutnya hadir buat Ayyan, yang akak selama ini anggap sebagai adik... Ya, hanya sebagai adik...)

Aku menulis lagi, di lembaran kertas yang lain. Kini, berwarna pink pula.

(Adik yang selalu di sisi akak, menjaga akak, berkongsi cerita dengan akak, yang mengambil berat tentang akak... Ayyanlah adik seperti itu!

Tapi, kenapa ya? Akak boleh melampaui batas, sehingga cintakan Ayyan? KENAPA ya? Kenapa?)

Setitis air mataku jatuh. Sebak tidak mampu kupaksa pergi. Ia hadir, hadir tanpa dipinta. Aku seka air mata, dan meneruskan lagi. Tak mahu aku bazirkan masa.

(Akak sendiri tiada jawapan, Ayyan... Tapi, Ayyan jangan sangka akak bencikan perasaan ini... Entah mengapa, tiap kali bersama Ayyan, sejak akak jatuh hati... Bahagia singgah walaupun sebentar cuma... Walaupun tiba-tiba ada si dia hadir di sisi Ayyan...Akak masih ada bahagia untuk akak simpan walaupun ianya bergelumang dengan duka yang meragut kejam jiwa akak...)

(Biarlah akak berduka, Ayyan... Akak akan cuba terima, walaupun berulang kali akak menitiskan air mata kerana kau, Ayyan... Dan hari ini, akak sungguh menyesal kerana berlaku pertelingkahan antara kita.)

(Akak minta maaf kerana sakitkan hati Ayyan... Hati Ayyan tak dapat akak jaga, kerana lara dihati akak lebih perih... lebih terseksa, Ayyan... Akak benar-benar terseksa menyintai kau, Ayyan...)

(Andai Ayyan terbaca tanpa sengaja, akak relakan.... Tetapi, Ayyan kena janji jangan hiraukan perasaan Akak....Ayyan sudah memiliki hati dia, jangan Ayyan berpaling dari dia hanya kerana cebisan tak berharga ini... Maafkan akak, sekali lagi kerana menyintai Ayyan tanpa sengaja...)

Aku hentikan tulisanku. Air mata ku berjuraian jatuh. Memo pad itu aku letak ketepi. Sangat berat, sangat berat sekali untuk kutanggung semasa menulis luahan isi hati ini.

Aku termenung memandang kosong belakang tubuh Ayyan, yang sedang menghadap tasik bersama air mata yang sangat murah mengalir di pipiku.

............................................................

"Akak... dah tulis?"

Sapaan Ayyan menyentakku dari lamunan, aku segera menyeka air mata.

"Kenapa ni? Nangis lagi... Kan dah janji tak nak nangis lagi?"

Berkerut dahi Ayyan, tangannya menghulur sapu tangannya.

"Kesat air mata tu, hingus pun macam dah meleleh tu."

Aku ambil juga sapu tangan, "Mana ada hingus!" bentakku sambil mengesat hidungku dengan sapu tangannya. Hish, selekeh! Dah namanya nangis kan? Takkan tak ada hingus kot?

"Eleh, tak nak mengaku!" usik Ayyan. Dia sudah duduk disebelahku sambil bersandar.

"Dah siap tulis ke?" tanya Ayyan sekali lagi.

"Dah, tapi macam mana ni? Nak tanam ke?"

Ayyan angguk perlahan. Tangannya cuba mengambil memo pad di tepiku. Belum sempat dia capai, aku tepuk tangannya.

"Eh, jangan ambillah! Akak dah tulis, masih kat situ lagi!" marahku bersama muka cemberut.

Ayyan menggaru kepala.

"Ohh... Yeke? Memang tak kasi Ayyan baca eh?"

Aku buntangkan mataku luas-luas kerana geram. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula!

"Ayyan jangan nak buat-buat tanya boleh tak!"

Ayyan tergelak kecil.

"Gurau jelah..." jawab Ayyan dua patah perkataan.

"Dah tu sekarang mana, Ayyan?"

"Hmm, kejaplah... Ayyan belum tulis lagi. Tu yang Ayyan nak ambil kertas tu."

Muncung Ayyan mengarah kepada memo pad yang sedangku pegang erat.

"Kenapa tadi tak tulis awal-awal!"

Aku menjeling dia, memo pad itu aku sembunyikan disebalik tdung labuhku. Takut sangat Ayyan baca nanti.

"Dah pen pun satu je, kak. Takkan nak tulis guna air liur pulak?"

Kening Ayyan terangkat sebelah, alis lentiknya yang panjang itu buat hatiku cemburu tiba-tiba. Adui Ayyan, kau ni tak pakai mascara pun bulu mata dah panjang. Aku curik baru tahu!

"Hmm... So, macam mana?"

Dia garu bulu mata.

"Benda boleh settle kak, akak koyak je yang akak tulis tu. Nanti Ayyan tulis lah, benda mudah kan?"

Tak terlintas pula perkara tu dalam fikiran. Aku tergelak halus. Tersedar dengan kebodohanku.

'Setelah kumiliki,

kau lebur segala kata dan janjimu,

Ku lakukan semua,

Berikan Yang ku ada,

Percaya kepadamu kebodohanku.'

Aku mengulang-ngulang lagu itu dalam hati. Asal asyik ulang perkataan kebodohanku ek? Memang bodoh ke perempuan tu, macam aku ni?

"Kak.... Melamun lagi kenapa?"

Aku tersentak, lalu ku jeling Ayyan. Hish, kacau daun betullah! Baru nak syok nyanyi lagi kebodohanku.

"Kacau orang nyanyi je!" gumamku perlahan.

"Hah? Nyanyi? Nak dengar boleh?"

Aku buat tidak dengar suaranya, lalu ku buka memo pad tetapi aku cepat-cepat tutup. Aku lupa, Ayyan ada kat sebelah!

"Ayyan tutup mata! Akak nak koyakkan kertas ni. Nanti dia curi tengok pulak. Cepat tutup!"

"Eleh, kedekut!"

Aku toleh Ayyan disebelah, mukanya aku jelajah satu persatu. Untuk memastikan dia benar-benar tidak menipu.

"Jangan buka, kalau buka jugak... Siaplah Ayyan! Akak cucuk guna pen ni!"

Aku ugut dia dengan nada tegas. Kulihat dia tersenyum-senyum sambil mata terpejam rapat. Aduh, tutup mata pun comel? Kenapalah kau comel sangat Ayyan?

Sepantas kilat, aku koyak kertas itu. Kelam kabut sahaja tingkahku, mujur tak terkoyak rabak.

"Dah sudah ke?" tanya Ayyan. Penat matanya ditutup begini, macam nak tidur pulak rasa.

"Dah-dah... Bukalah mata tu. Nah ambil memo pad ni."

Ayyan buka mata dan ambil memo pad dari tanganku. Pen pun diambil sambil tersengih-sengih.

"Akak pun pandang sanalah... Ayyan pun nak berahsia jugak... Jangan cuba curi tengok... Kalau curi tengok, Ayyan rampas kertas rahsia dia tu."

Aku menjuihkan bibir, "Tak hinginlah nak tengok!"

"Nak, tapi tak nak mengaku," usik Ayyan lagi.

Dari ekor mata, aku nampak dia sedang menulis. Aku tahankan diri dari menoleh. Memang tertanya-tanya betul! Kerana tidak betah, aku bawa diri pergi ke tasik. Itu lebih baik!

........................................................

"Ayyan, kertas ni memang Ayyan nak tanam bawah bangku ni ke?"

"Iyelah... Tak percaya ke?"

"Aah, tak percayalah..."

Ayyan duduk mencangkung, dia mula mengorek tanah menggunakan kayu mati. Merepek betul Ayyan!

"Kalau pakcik bangla tu nampak macam mana? Habislah kita, dia marah nanti," ujarku mengeluarkan kebimbangan yang mengusik jiwaku kala ini.

Mataku melilau sekeliling, walaupun sudah surut pengunjung. Namun, ada pak cik bangla sedang menyapu sampah di hujung sana. Di pokok bahagian sana. Tak jauh mana. Kang, dia nampak terus kena marah ataupun habis kertas-kertas ni dihumban dalam tong sampah. Sia-sia je usaha aku tulis dengan menangis tadi. Letih tau tak tadi mengarang ayat!

"Alah, tak yah risau. Kalau nak marah pun Ayyan ada cara untuk buat dia tak marah."

Tangan Ayyan masih sibuk mengorek, boleh tahan jugak dia korek dalam juga. Sempat ku kerling ada urat timbul di lengannya. Sado jugak Ayyan aku ni ek? Desisku sendirian.

"Apa caranya?" tanyaku ingin tahu. Mesti ada aje idea merepek dari Ayyan.

"Ayyan bagi senyuman manis dan kenyitan super comel ni kat dia. Pasti dia cair."

Dia berdekah-dekah.

"Gila!"

"Kak, cepat kak bagi kertas tu... Dah siap gulung kan?"

Ketawanya dah reda, lalu tangannya terhulur padaku untuk meminta kertas kepadaku.

"Dah, jangan cuba-cuba baca!" ugutku lantang.

"Iye... Ayyan tak pernah mungkir janji. Jangan ragu-ragu ye kakakku sayang... Trust me!"

Dia kenyitkan mata sampai aku nak terjatuh. Terjatuh cinta sekali lagi pada dia!

....................................................

Senarai nama yang datang lewat ditangan aku sebut sebut satu persatu. Syarifah Sakinah binti Abdullah, Aliff Aziz bin Aliff Syukri, Aliff Satar bin Zafran, Anas bin Aerill, Laila Majnun binti Bidin, Nur Aisyah binti Madi, Adam bin Adami. Bibirku terhenti apabila ada seseorang merampas kertas senarai nama itu dari tanganku.

"Wei, banyak wei nama yang datang lambat. Kalau nama aku yang canggih ni..." sambil dia menunjuk name tagnya dengan jari.

"Kau buat-buat pejam mata je boleh tak?" sambungnya dengan nada kurang ajar. Kawan-kawan dia yang dibelakang sudah jadi siput sedut ketawa bunyi semput.

Aku ketap bibir menahan rasa amarah kerana dipermainkan. Tetapi, kenapa wajah dia ni macam pernah nampak? Kat mana ek? Otakku cuba kuperah untuk mengingat lelaki yang bernama 'Ayyan Irhan'. Nama bukan main molek, tapi perangai...

"Kau tak payah nak tenung-tenung akulah! Aku tahu aku ni handsome, tapi setakat muka kau ni, bagi free pun aku tak nak!"

Ayyan melontarkan kata-kata dengan mendabik dada, bongkak sangat mengakui ketampanannnya. Tariq, Nabil, dan Halim sambung ketawa berdekah di belakang.

Amarah sedang berombak ganas tika ini kerana aku rasa diri terhina. Aku kepal penumbuk, rasa ringan sahaja penumpuk ni nak melekat muka jantan tak guna ni.

Tiba-tiba, tappp! Aku teringat ini lah lelaki yang buli belakang pagar semalam. Ya Allah, kenapa aku boleh selisih dengan samseng ni wey? Aku telan liur dalam kepayahan. Perasaanku mula tidak sedap hati. Jangan dia belasah aku kat sini sudah! Mati aku, ada 3 jantan tak siuman lagi! Dah lah, muka kawan dia tak jauh beza dengan tenuk. Ya Allah, sempat lagi aku mengutuk orang.

"Wei, asal dia tu? Terpegun ke ape wei? Tengok aku tak berkelip? Bazir masa aku jelah!" ujar Ayyan, sinis sahaja dia melempar pandangan pada aku.

Panas! Panas hatiku aku dek kerana bicara perasan dari bibir kecil itu. Tak padan dengan muka, nampak baik tapi perangai tak semenggah!

"Aku syak dia syok kat kau kut, An! Adoi, susahlah nak membuli. Mesti kau tak sampai hati nak balun secret admire kau ni!" sambung Nabil, lelaki berambut berjambul. Lama-lama tengok serupa ayam jantan berkokok! Buruk benor gayanya! But, apa An? Punyalah nama sedap panggil An je? Takde class langsung! Buat penat je mak ayah dia reka nama sedap-sedap, akhirnya panggil An. Nasib juga tak panggil Ann, itu dah kes sajat namanya.

"Hek eleh, apa kes nak sian kan minah pengecut ni. Kau buat ajelah apa-apa kat dia, komfem dia cair punyalah! Cer try An!" Tariq mencelah.

Tidak ku hirau kata-kata merepek dari mulut dia. Lagi baik aku perhati kepala dia yang botak licin. Kalau malam-malam takde lampu, boleh try guna kepala dia. Hahaha. Aku gelak dalam hati. Ada aje idea aku nak membahan, tetapi mampu dalam hati aje.

"Kalau dah cair tu yang susah, kau macam tak kenal si An ni. Dia ni memang pakar bab tundukkan para gadis. Tak ke naya pengawas lembik ni nanti. Frust menonggeng dia, Riq!" sampuk Halim, lalu sempat lagi dia menggorek telinga. Yang ni, nampak kacak sikit, senang cerita nombor 2 selepas lelaki bajet samseng tu. Tetapi, nak muntah tengok dengan selamba si Halim tu menghidu jari selepas korek telinga. Ya Allah, pengotor betul!

Tetapi, kenapa telinga aku kebas sahaja sekarang ni? Berdarah mendengar kata-kata tak bermunasabah daripada mulut longkang jejaka 4 tenuk ni. Amboi, kemain aku panggil dorang tenuk.

"Wei perempuan! Kau ni pekak ke? Tak reti nak melawan ke, dah puas aku dengan geng kacak aku ni sembur kau, boleh pulak kau buat muka tenggiling macam tu?"

Terjegil mataku demi perkataan tenggiling. Banyak-banyak haiwan asal tenggiling juga dia sebut? Sebut kucing boleh tak? Aku kan comel macam kucing?

"Bak sini kertas aku!"

Tangan aku selamba meminta kertas itu, tidak terniat nak membalas kata-kata keji dorang. Kalau dilayan nanti menjadi-jadi pulak, aku ni dah lah kurang berani. Kang, buatnya dorang buli aku habis-habisan boleh mati kejung aku. Muka selamba turut aku tayang untuk menutup perasaan gerun kerana keempat-empat tenuk itu merenung aku dengan riak 'biar betul minah ni'.

"Kau ni biar betul wey!"

Ayyan mengerutkan dahi, keningnya yang lebat hampir tercantum.

"Apa yang tak betul, dahlah aku nak cepat. Jangan risau, nama kau orang aku dah hafal lama dah," tambahku selamba. Dalam hati aku berdoa, cepat-cepatlah jantan-jantan perosak ni berhambus. Lutut aku ni dah terketar-ketar dari tadi.

Ayyan menggeleng-geleng kepala, jari telunjuknya digoyang-goyangkan depan mata aku. Naik juling aku dibuatnya. "No, no, no! Jangan harap aku nak bagi... But..." terhenti butiran yang hendak diungkap dan disambung gelak lebat daripada 3 tenuk sebelahnya.

Badan mula rasa seram sejuk. Dalam kepala otak ligat membayangkan bukan-bukan. Jangan dia suruh aku menyembah dia sudah, ampun aku tak akan buat sampai seribu tahun pun!

"Ada syaratnya... Kau nak tahu tak?" terjongket-jongket keningnya mengacah aku. Apa dia ingat dia kacak sangat ke nak buat gaya tu? Ingat aku boleh cair dan terus ikut telunjuk dia?

"Tak payah nak bersyarat. Bagi ajelah An!"

Hah, brutal sangatlah tu berani aku panggil dia An. Habistu takkan aku nak panggil dia Ayyan? Manja sangat nama tu, tak sesuai sungguh dia yang bajet samseng tu.

Telinga aku jadi nyilu, bagai ada gesekan biola tali putus meragut pendengaranku. Nak pekak tau tak dengar suara mengekek macam ni. Tak berhenti pulak tu. Ya Allah, 4 tenuk ni ingat aku tengah buat persembahan raja lawak ke? Memang senang terhibur ke apa? Selalu samseng muka dingin sedingin salju, yang ni pula samseng kelas bawahan ke?

"Syarat nye kau perlu jadi ài rén aku? Amacam bisa enggak?" Dia kenyit mata.

Aku dah terpinga-pinga. Apa bendanya ai ren ni? Macam Bahasa cina je, dia ni memang anak cina ke? Aku perhati mukanya, memang ada sikit-sikit mixture cina... Tapi, adakah dia suruh aku jadi bibik dia?

"Apa benda kau merepek ni, An?" tanyaku malas hendak berteka teki lagi. Daripada penat memikir, baik tanya aje. Lagipun dah pukul berapa ni, kalau lama lagi membazir masa, habislah mengamuk Cikgu Intan nanti.

"Kau agak sendirilah, takkan kau bendul sangat?"

Main kasar betul si Ayyan ni. Dah lah nampak macam budak berhingus lagi, tapi perangai dia asyik nak kurang ajar aje.

"Malas nak layan, bak sini kertas aku!"

Aku mendekat sedikit dengan dia, tapi dia pantas naikkan tinggi-tinggi kertas itu. Mentang-mentang dia tinggi, suka hati kau ye nak membuli aku yang pendek ni?

Aku jarakkan semula tubuhku, malas nak berjengket-jengket macam selalu perempuan gedik buat untuk melayan lelaki membuli.

"Dah lah, bagi ajelah kertas tu. Dah datang lambat, berani tanggunglah. Takkan lembik sangat samseng takut kena rotan dengan Cikgu Intan?"

Sedas tembakan aku lontar pada 4 tenuk di hadapan aku. Yang paling terkejut Si Ayyan.

Dengan sengihan melebar, Ayyan mengoyak kertas di tangan, satu persatu sehingga menjadi cebisan kecil.

Mataku terbeliak besar. Amarahku mendadak, memang tak boleh buat bincang lagi. Tanganku aku genggam kuat, ikutkan hati memang dah mencium muka Ayyan, penumbuk ni.

Gelak mereka yang tidak ada tanda-tanda ingin berhenti semakin buat aku bertambah geram. Kerana tidak dapat tahan dan tidak mampu melawan. Aku menjerit lantang sekuat hati.

"Cikgu Intan!!!!!!!!!!"

....................................................................

Writer's comment : Hahaha, nakal nye Ayyan and the tenuk. Okay tak flashback ni?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top