SYT - 1 [EDIT]

Aku membuka almari pakaian, hembusan lemah terhempas di celah bibir. Hish, haa ni yang menyampah ni baju aku tak pernah nak banyak pilihan. Nak pakai apa pula untuk esok?
Takkanlah aku setakat melaram baju biasa-biasa sedangkan gerangan yang bakalan aku jumpa adalah luar biasa.

Ketukan pintu yang bertalu-talu mengejutkan aku yang sedang mengelamun jauh. Debaran yang berterabur aku redakan dengan mengusap dada supaya hilanglah sedikit degupan laju kalah marathon seratus meter.

"Kau pehal masuk bilik aku?" Dengan lagak menyampah, aku menyoal Kak Mina. Dia sahajalah kakak yang aku ada, selalu jadi ribut taufan rumah ini jika dia ada. Kalau bukan aku yang cari pasal, dia pula jadi malaun.

Jelingan maut aku tebarkan, dia terkekeh-kekeh melayangkan seraut muka yang menjengkelkan hati aku. Dah lah aku tiada mood untuk bergurau senda gara-gara tiada pilihan baju untuk ku sarungkan ke tubuhku nanti. Janganlah dia buat hal, kang aku telan dia hidup-hidup jangan ditanya kenapa.

"Pinjam du..."

Dua kerat ayat dia ucap. Dileretkan suaranya seraya lenganku disentuh-sentuh gaya miangnya. Tak fikir sesaat, terus siku aku selamat mendarat ke tulang pipinya.

Tak tahulah sakit ke tidak. Tapi, aku yakin sakit tu tak boleh membawa maut.

Dia menyeringai sakit, kepala aku ditunjalnya kasar.

Aku pun makin naik angin, kakinya jadi sasaranku kali ini. Padan muka!

"Hoi, jangan kasarlah gila! Aku tahulah kau nak keluar dating esok, so aku ada jalan penyelesaian untuk kau, mok!"

Kedua tanganku dicengkam, tak kasi lepas dah.

"Bermula pandang pertama, uhuuuu... melihat kamu didepan mata... uhuuuu... Terasa debar di dada, uhuuu... melihat kamu aku tak tentu arah..."

Nyanyian aku yang tersangat merdu ni terbantut apabila telefon bimbitku berdering nyaring. Tidak aku jawab panggilan itu kerana tangan kananku tengah sibuk menyereka jubah kakak yang aku pinjam tadi.

"Sikit lagi nak siap, kejap ye handphone!"

Aku cakap seorang diri. Selang beberapa saat, deringan nyaring bergema dalam bilik. Aku mendengus, siapa pula kacau aku malam-malam buta ni? Setelah siap menyereka, aku gantung jubah di ampaian bersebelahan dengan almari pakaian. Seakan ternampak-nampak ditubir mata, bayangan jubah itu menyaluti tubuhku. Ya Allah, cantiknya jubah ni. Mesti Ayyan terpesona tengok. 

Aku tersenyum-senyum macam kerang busuk. Bila berangan tak ingat dunia, inilah gayanya. Hish, kalau nampak dek Ayyan muntah hijau agaknya. Aku bayangkan pula wajah Ayyan tersenyum merenung aku, dengan rambut ala-ala korean guy, kulit putih dan tinggi lampai. Seakan tak percaya lelaki setampam itu menjadi adik angkat aku.

Kenapalah aku ni gatal sangat jadikan dia adik angkat, kan? Peluang ada aku lepaskan begitu sahaja.

Lamunan pendek itu tercantas saat deringan menjerit lagi minta diangkat. Aku henyakkan badan di atas katil dengan malas. Telefon bimbit di tepi meja kecil itu aku capai. Mata aku yang sedikit kuyu tadi cerah seluasnya. Mana tidaknya nama Ayyan tertera di situ. Macam biasa, debaran singgah tanpa aku pinta.

"Assalamualaikum kak. Asal lambat jawab call? Orang risau tau tak."

Aku tergelak demi suara Ayyan yang terlebih comel. Dengar sekali macam merajuk, dua kali dengar macam marah. Kalaulah berdepan dengan Ayyan sekarang, mesti lesung pipit itu akan terserlah kerana cebikan di bibirnya itu. Hai, rindu betul aku dengan dia.

"Waalaikumussalam. Nak risau pasaipa? Kita sibuk berangan aje. Ayyan pulak kacau akak." Bantal peluk dah dipeluk kemas dalam dakapan aku. Mata terpejam rapat, melayan jiwaku yang sedang menyanyi indah. Membayangkan pertemuan kami nanti, pasti indah-indah sahaja. Tak sabar.

"What? Berangan? Hmm. Siapa dalam angan akak tu? Boyfriend?"

Suara Ayyan kedengaran serius bertanya. Jarang dia ni nak serius. Aku makin digeletek perasaan suka, macam nak menjerit girang aje. Comel sangatlah Ayyan, dia cemburu ke? Hish, perasan kau setinggi gunung ledang, bawak-bawaklah sedar diri. 

"Well, baru semalam kut akak dapat boyfriend."

Aku kemam bibir, tahan ketawa. Memang sehari tak usik Ayyan, tak senang hidup aku. Beza umur aku dengan dia tak banyak pun hanya 4 tahun. Dulu memang ya aku anggap dia adik sahaja, tapi entah bila sejak akhir-akhir ni aku rasa lain. Mungkin sebab aku terlalu lama single, hidup pun sunyi. Kawan lelaki memang tak ada langsung. Lelaki pun macam nak tak nak aje dengan aku. Mungkin sebab aku tak cun kut?

"Seriuslah? Kenapa tak cakap dengan Ayyan? Patutnya, kenalkan dulu dengan Ayyan. Entah elok ke tak lelaki tu. Kalau dia kaki perempuan, akak sanggup bermadu?"

"Hah? Apa kena hal madu pun masuk list ni?

Aku nak kenakan dia, tapi aku dikenakan balik. Memang kurang asam betul Ayyan ni. Bertuah betul, nasib juga handsome. Kalau tidak, aku block sekarang. Hehe, memang tidaklah itu berlaku.

"Kalau nak cari madu, kahwin aje dengan Ayyan. Ayyan mesti adil dan saksama. Tapi mungkin lebihkan akak berbanding bini pertama."

"Apa? Dah gila ke, Ayyan?"

Terjerut leherku tiba-tiba Ayyan jatuhkan kata-kata berbaur gurauan yang tidak bertempat. Tolonglah jangan jadikan aku madu. Kau nak aku pendek umur ke Ayyan? Hari-hari makan hati berulam jantung?

"Habis tu nak sangat perjudikan hidup dengan lelaki yang entah mana asal usul buat apa? Better dengan Ayyan je, dah lah handsome, baik dan paling penting sekali. Sweet!"

Aku kemam bibir tahan ketawa yang bakal meletus. Ayyan sengaja betul nak menduga hati aku. Dia tak tahu ke aku ada hati pada dia? Atau sengaja buat bodoh.

"Sudahlah, Ayyan. Jangan cakap bukan-bukan, nanti jadi betul siapa nak tanggung? Akak tak nak jadi isteri..."

"Wait, akak fikir Ayyan serius?"

"Tak! Mana ada!" Keras suaraku pangkah pernyataan dia. Janganlah dia sedar tentang perasaan aku, mana aku nak sorok muka aku? Sudah tentu, dia dah jelek nak menghadap aku lagi.

Dia pernah beritahu, dia tak berminat untuk bercinta dengan perempuan tua daripada dia. Katanya, perempuan tua ni lebih cerewet.

"Akak... Ayyan tak pernah fikir nak kahwin dengan perempuan lebih tua dari Ayyan. Hmm..." Halus dan hampir berbisik kedengaran nadanya melepasi corong telefon.

Hatiku berdesir sakit. Ya, aku tahu. Aku terlebih seronok sehingga berangan setinggi langit sedangkan Ayyan tak mampu aku gapai walaupun seketika. Aku dan dia hanyalah sekadar hubungan adik beradik angkat.

Aku lupa semua itu bila irama cinta berlagu riang. Aku lupa diri.

"Kalau dah jodoh macam mana, Ayyan?" Liur kuteguk payah, dada dah sesak menahan sebak.

Aku pegang dada, mukaku sembam di bantal. Cuba tenangkan gelora yang hendak menghempas ketenanganku. Bodoh betul aku kerana menyoalnya begitu. Argh, tak guna punya mulut. Ikut suka je cakap, apa pula kata Ayyan nanti? Tak ke pelik dia?

"Ayyan nak elak selagi boleh. Ayyan tak nak perempuan lebih tua, ego lebih tinggi. Dan, perempuan lebih tua suka mengelak daripada bercinta dengan lelaki muda. Lelaki muda tak matang. Ayyan sendiri mengaku Ayyan tak matang, tak boleh handle perempuan terlajak ego."

"Hmm, lelaki... cakap perempuan je ego. Padahal dia lagi ego sampai langit," gumamku pelan, cukup dia sahaja dengar. Aku sebenarnya terasa hati, dia  sedang sindir aku dalam diam. Aku tahu, dia nak cakap aku ego kerana menolak permintaan dia untuk temui aku tahun lepas.

Aku tak berhabis membebel jangan buang duit semata nak jumpa aku masa dia belajar di Indonesia. Dia berdegil dan akhirnya aku tak layan dia. Panggilan dia selama seminggu aku biarkan tidak bersambut.

Memang gaduh besar juga kami berdua.

Tapi, lambat laun Ayyan sendiri yang pujuk aku. Dia kata dia tidak mahu kehilangan aku. Tika itu, bermulalah episod cinta bertepuk sebelah tangan aku terhadap dia.

Jalinan jiwaku menenun indah namanya disetiap akhir doaku. Tidak pernah tertinggal walaupun seketika.

"Akak? Marah Ayyan, ke? Ayyan saja usik. Actually, kalau ada jodoh, Ayyan tak dapat tolak. Siapa je jadi isteri Ayyan, I will love her forever. Jangan risau, okay?"

"Apa pulak jangan risau?" Naik suaraku apabila moodku agak terganggu. Dia mainkan perasaan aku, sungguh! Geramnya dapat adik angkat senakal ini?

"Jangan risau, akak boleh isi borang kalau nak." Selamba sahaja dia berbicara, dan penuh juga selamba terletus bunyi sumbang yang membingitkan telinga aku. Tak lain tak bukan, bunyi hilaian tawa dia.

"Ayyan! Buli akak je tahu, kan!"

"Kalau dah nama Ayyan Irhan, tak akan skip buli Nur Arina. Siapa suruh jadi akak angkat Ayyan?"

"Ayyan Irhan lah yang suruh!"

"Yeke? Dia suruh? Macam tak, je. Bukan ke Nur Arina duk terkejarkan Ayyan. Katanya Ayyan handsome sangat, jadi adik angkat pun tak kesah. Asalkan hado?"

Satu bilik dah bergema suara jeritan aku. Bab buli bagi sahajalah pada dia, aku tak akan menang. Sebab itulah, aku terjatuh dalam sangkar cintanya. Dalam geram, ada bahagia yang tersulam. Begitulah keadaan aku bila bersama dia.

...

Writer's comment : Okay tak bab 1 ni?  Dah edit daripada asal yang cringe.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top