BAB 68

I will confess - ft island

Aku tekup bibir. Lagu korean band itu kegemaranku sewaktu aku form 1, macam mana dia boleh tahu? Ya Allah.

Bunyi petikan gitar mula berkumandang. Irama yang dimainkan sungguh mengamit kalbu serta mencairkan sekeping hatiku.

"Ije nae mam gobaek hamnida
Haneulmani nad mam amnida
Jojunghan mankkeum akkyeoon
Naeunu jinshumeul..."

Saat suara Ayyan mengalunkan barisan lirik itu, aku diterpa rasa terharu dan tidak percaya. Sebutan bahasa korean kedengaran enak didengar, tidak sumbang. Dan, aku pandang di sebelah Ayyan, kertas manila kad sudah bertukar kepada lirik lagu berbahasa inggeris.

I, now confess my heart to you
Only heaven knows my heart
At the thought of telling you the truth that I've kept so preciously

Aku teringat kembali semasa aku form 1. Aku peminat setia band korea bernama ft island. Lagu ini paling aku minati sehingga baitnya aku dapat hafal. Tidak pernah terlintas difikiran bahawa Ayyan akan mengethaui lagu ini dan mendendangkan lagu ini untukku. Setitik demi setitik air mataku jatuh di pipi kerana terharu melihat kesungguhan dia menyanyikan lagu kegemaranku.

"Malharyeoni nunmul namnida
Chueokdeuru seuchyeogamnida
Geudae animyeon eopsesseul
Oneul imnida..."

I, feel tears coming out
All the memories pass by me
Today wouldn't be here if it wasn't you

Aku tersenyum dalam linangan air mata. Memori kita, terlalu indah untuk dikenang, abang... Reen bahagia kerana ada dalam memori abang...

"Cheoeum mannatteon geu nal nan
Eojeolpeugo tto eoryeotjyo
Jikkyeobwa dallan nae mareul midgo
Kidaryeojun shugandeul..."

The day we first met,
I was awkward and childish
Just because I told you to trust me
You give your time to wait for me

Ya, pertemuan pertama kita. Abang sangat kebudak-budakan. Tapi, menunggu abang tiap kali balik sekolah merupakan kenangan yang tidak pernah dilupakan, walaupun hanya setahun perkenalan kita. Aku seka air maag, sebak apabila mengulang tayang peristiwa lama. Gelak tawa kami dahulu. Ya Allah, rindunya Ayyan zaman sekolah. Comel dan nakal.

"Ttaeron nae shilsuro maeum apuge haetjyo
Maebeon nal tathaji anhgo
Gwenchanga gwenchanha usesumyeo
Naega himi dweeotjyo..."

At times I hurt you with my mistake
But you never once blamed me
"It's okay, it's okay"
You give me strength with your smiling

Reen salahkan abang juga. Abang yang banyak mengalah dengan Reen. Tapi, Reen bersyukur Reen beri kekuatan pada abang walaupun sekadar senyuman. Aku lihat Ayyan tayang isyarat agar aku tidak menangus lagi dengan mengesat ibu jarinya di tubir matanya. Aku kemam bibir dan hanya mampu mengangguk kepala.

"Bapoeundan pinggyero seounhage hal ttaemyeon
Weonmangdo haesseul beobhande
Geokjeongmal geokjeongmal charari
Wirohamyeo mideojun geudaen geojyo..."

Whenever i made you upset by saying i'm busy
You could bot have blamed me
"Don't worry, don't worry"
You're just believe me

Benar, lebih-lebih lagi tika Ayyan berada di kolej. Dia selalu tidak mempunyai masa untuk menghubungi aku. Namun, aku percaya dia benar-benar tidak punya masa terluang. Setelah kamu kahwin dan dia bekerja, aku cuba memahami situasinya. Dia sibuk untuk keluarga kami. Untuk mencari rezeki buat kami. Kenapa kami? Ya, ada insan baru bersamaku kini. Ayyanreen junior. Cahaya mata kami. Bukti cinta kami.

"Yeomchueobsi barae bobnida
Geudae maeum yeong wonhagireul
Geudaeleul wihae nan maeil
Deo nolyeong halgeyo..."

I, selfishly hope that your heart will be the same forever
I will try my best for you everyday

Sentiasa, rasa cinta ini takkan pernah berubah, abang. Hanya abang bertakhta di hati, tiada lain. Aku tahan gelora perasaan, serasa mahu menangus. Namun, aku tidak mahu mencelakan persembahan Ayyan ini. Aku mahu melihat wajah kacak dua. Ayyan paling kacak apabila bersama gutar. Alunan suara dia tidak pernah tidak mengugat jiwaku. Merdu, lembut dan menenangka segala gundah gulana.

"Geudaewa naega mandeun chyeokdeul
Ulgo eudeun shigandeul
Jukneun sunganedo giekhalkeyo..."

All the memories we made
The times we cried and laughed
I'll remember them even at the moment I die

Aku gigit bibir. Tahan selagi boleh, Reen. Jangan menangis. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana keadaan aku bila suamiku meninggalkan dunia ini. Ya Allah, kuatkan aku.

"Malgan jeok innayo geudaereul
Sarang hamnida
Heunhan geu dan eoro bakk
Saranghae saranghae
Geumal bakke dameul mari eobseoseo..."

Have I told you I love you before?
There's no other way to say it
"I love you, i love you."
Other than those common words.

Aku tersenyum kecil. Perkataan cinta, "saranghae" itu, sangat indah dilantun oleh bibir comel itu. Sedap didengar, tidak kekok. Terbayang di ruangan mata, Ayyan berusaha memfasihkan sebutan korea itu. Berulang-ulang dia mencuba, pasti ia amat sukar sekali. Tapi, demi aku... Setitik mutiara degil juga keluar. Aku tepis sedikit, mohon ia menjauh.

"Dasi marhabnida
Deudael saranghabnida
Tteugeoun nae mameul dameun
Oneuleui gobaegeul yeongweonhi
Geudaen ithu maray saranghaeyo..."

Sat it again, I love you
My heartfelt confession today please
Nover forget it
I love you

Saranghaeyo, abang. Aku menggerakkan bibir tanpa suara khusus untuk Ayyan. Dia tersenyum sambil kenyit mata sebelah.

"Sayang... Jangan menangis dulu... Suka tak suara abang? Nak dengar lagi? Kali ini, abang nyanyi lagu yang senang nak faham. Terimalah doaku untukmu dari wali band."

Di belakang Ayyan, tiba-tiba muncul seorang budak perempuan kecil bersama sejambak bunga matahari. Comel sangat. Dia menuju ke arahku, terkedek-kedek mendapatkan aku.

Dia hulurkan sejambak bunga itu kepadaku, aku ambil sambil menyeka mata yang sudah jatuh. Tubuh kecil itu aku raih, meminta dia duduk di sebelahku. Dia duduk tanpa kata, tanganku dipegang kejap.

Mataku kembali merenung Ayyan, tatkala bunyi gitar dipetik kembali.

"Kau mau apa, pasti kan ku beri.
Kau minta apa, akan aku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang..."

Dihujung perkataan sayang, aku kalah dengan air mata. Mengalir lesu di pipi, aku tidak boleh tahan sebak. Tanpa sedar, tangan kecil menguap air mataku.

"Mama Rin jangan nangis, nanti ayah Yan sedih..." Suara kecil tiba-tiba kedengaran di sebelah. Aku terkedu menerima panggilan mama dari bibir mungil itu. Tanpa sengaja, aku mengangankan budak sebelah ini menjadi anakku bersama Ayyan. Pantas, aku peluk sisi tubuhnya. Meminta kekuatan dari tubuh kecilnya.

"Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagu
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kamu disurga nanti..."

Aku pejam mata. Bait itu, meresapi ruang dada. Ia menghantarkan rasa sebak yang menggunung. Ya Allah, jangan pisahkan kami. Aku mohon.

"Taukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia..."

Aku tekup bibir, sudah teresak-esak. Aku tak boleh tahan sebak. Aku sayang dia, Ya Allah. Jagakan dia juga untuk aku. Sembuhkan, dia. Sembuhkan suamiku.

"Aku tak akan berhenti Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagu
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti..."

Aku tak boleh menangis. Aku kena kuat. Mata yang panas menerima air mata, aku cuba buka perlahan-lahan. Namun, belum sempat aku buka. Tubuhku ditarik ke dalam pelukan seseorang. Aku kenal, tanpa aku lihat pun. Aku tahu insan yang memelukku adalah Ayyan. Bau harumannya yang sentiasa menjadi haruman kegemaranku. Haruman yang menenangkan jiwa dan menghangatkan cinta di dalam hati. Haruman yang bakal hilang, dan tidak dapat aku nikmati lagi apabila dia... Dia.. menuju ke alam abadi...


...

"MELAMUN apa lagi, tu?"

Aku tersentak, terus dipandang gerangan yang menyergah. Habis terhapus kenangan manis itu angkara Ash. Aku seka kasar air mata, tidak mahu dia nampak walaupun jelas mataku sangat sembab.

"Tak guna menangis. Selagi dia hidup, kau bahagiakan dia. Kitorang pun sedih juga, just redha dengan takdir." Suara Ian pula menyampuk.

Aku tertunduk layu, tidak mahu pandang mereka berdua. Ya, aku tahu itu. Tapi, isi hatiku ini adakah kau berdua tahu bagaimana sakitnya memikirkan dia akan meninggalkan aku seorang diri?

"Kalau kau sedih, Ayyan makin sedih. Kau nak tengok ke muka dia sedih macam tu?"

Aku diam. Lidah ini kelu untuk membalas. Namun, jauh disudut hati, aku disiram rasa pedih. Bukan niatku untuk bersedih, namun hatiku tidak kuat. Bagaimana lagi untuk aku lakukan?

"Dah, jom masuk dalam."

Aku biarkan sahaja mereka berlalu. Tangan sibuk bermain antara satu sama lain.

"Arina... Kenapa tak masuk dalam? Fikirkan apa?" Terus aku toleh. Wajah bapa mertuaku terus mengisi ruang mata. Aku tersenyum kelat.

"Err, ambil angin kejap, ayah," jawabku sambil membetulkan duduk.

Tiba-tiba aku terasa ada salutan di kepalaku.

"Arina... Hidup ni sementara. Siapa yang hadir dalam hidup kita, semua pinjaman dari Allah. Allah bagi kita peluang mengenali dan menyayangi seseorang itu untuk saling berkasih sayang. Namun, jikalau insan itu akan pergi jua, itu bermakna waktu pinjaman itu dah ternoktah. Kita kena redha, itu semua hak Allah. Siapa kita mahu menolak takdir, Reen?"

Nasihat ayah menusuk ke dalam jantung, aku tertunduk sayu. Aku seakan tersedar selama ini aku alpa, setiap yang hidup tidak akan kekal. Aku juga tidak kekal di dunia ini. Sesiapa sahaja akan meninggalkan dunia ini melainkan Yang Maha Pencipta. Mengapa hati aku masih berkeras tidak mahu terima takdir ini redha? Ya Allah, ampunkan aku.

"Ayah faham perasaan Arina. Memang perlukan masa, tapi jangan lama-lama. Nanti Allah tak suka hambaNya menolak takdir. Ingat tu, ye Arina?"

Sebak yang bergumpal menyempitkan dada. Takdir. Aku kena redha. Aku cuba tarik dan lepas nafas yang payah. Ukiran senyuman aku pamerkan depan ayah, sedikit lama aku angguk kepala.

"Terima kasih, ayah. Arina cuba." Aku tuturkan itu dalam nada ikhlas.

"Bagus anak ayah ni. Jom masuk ke dalam."

Kini giliran ayah mencarik senyuman. Sedikit tenang hatiku melihat senyuman ayah.

Aku angguk, lekas aku berdiri dan mengikut ayah dari belakang.

...

Writer's comment : Sebaknya rasa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top