BAB 65

Syt 65

RANTAI pemberian Ayyan yang menghias di leher aku bawa ke bibir. Aku kucup lama, air mata bercucuran jatuh. Sangat deras. Ya Allah, tolong aku.
Hati aku... sakit sangat. Sangat-sangat.
Aku tanggalkan rantai itu lalu hempas ke lantai. Aku benci, aku benci dia! Aku benci Ayyan!

Kakiku terjelopok ke lantai, lemahnya aku. Aku tak berdaya. Kenangan manis tika Ayyan kalungkan rantai ini menghentam kuat sanubari.
Aku tak rela untuk kembali ke masa itu. Aku tak rela kerana Ayyan dah hancur lumatkan hati aku.

Flashback di Pulau Cinta

"Sayang..."

Suara kesayanganku lunak memanggil aku. Pantas, aku lorekkan senyuman dan aku paut bahunya. Bersandar manja dengannya. Hari ini merupakan hari kedua kami di Pulau Cinta. Tadi pagi, kami bermain dengan ikan-ikan kecil. Seronok sangat, teruja tu makin bertambah apabila Ayyan ada bersama.

Dia siap merakam tingkah kanak-kanakku dengan camera dia. Aku pada mulanya terlalu malu, namun atas pujukan dia. Aku terpaksa mengalah. Walaupun memori waktu itu tidak mungkin kami lupakan, namun tidak salah rasanya merakamnya untuk kami tonton bersama. Pasti itu lebih indah.

"Abang selalu ada dekat mana, ye sayang?" Ayyan berbisik romantis. Ubun-ubunku dikucup setelah dia bertanyakan itu. Aku tersenyum senang dan lepaskan pautan tanganku di bahu dia.

Aku menghadap wajah kacak dia. Sedikit lama. Dia turut membalas renungan aku. Matanya bercahaya dengan sinar cinta kami. Aku dapat rasakan dia turut bahagia seperti aku.
Tangan sasa dia, aku angkat dan lekapkan di dada belah kiri. Di mana keberadaan jantung ini.

"Abang selalu ada di sini... Sentiasa ada, walau benci mana pun Reen pada abang dulu..."

"Sayang bencikan abang?" tanya Ayyan. Riaknya sedikit gusar mendengar jawapan aku.

"Reen benci sebab abang ada Ainura. Itu je, tak benci betul-betul pun. Kadang tu benci tu hilang, sebab rasa cinta Reen melebihi segalanya."

Dia tersenyum senang mendengar penjelasan aku. Mungkin lega.
Tangan dia di dadaku beralih tempat di dadanya, namun tanganku berada elok dalam genggaman dia.

"Sayang juga ada dalam ni. Dah lama, cuma abang yang tak sedar. Abang pula tak pernah benci dengan sayang, cuma itulah selalu geram bila sayang suka pendam masalah sorang-sorang. Abang rasa abang tak guna tau sebab sayang tak nak berkongsi masalah dengan abang. Abang kecewa dengan diri abang."

Mata Ayyan sedikit berkaca-kaca. Aku kemam bibir, suasana yang awalnya romantik bertukar syahdu. Aku turut dirundung sebak. Bukan niatku untuk menyakiti hatinya dahulu kala. Aku juga turut terseksa dan tersakiti.

"Reen minta maaf... Reen tak berani nak luah sebab Reen takut abang akan menjauh. Reen takut abang tak suka perasaan Reen pada abang..." Bibirku sedikit bergetar apabila teringat betapa sengsaranya aku dahulu. Pendam dan simpan rasa cinta dalam tempoh yang terlalu lama sehingga takdir menyatukan kami dengan ikatan perkahwinan.

Walaupun terikat dengan terpaksa dan mengaibkan, akhirnya kami temukan kebahagian sehingga sekarang. Bila teringat kembali peritnya tak tertanggung.

"Sayang... Sayang tak bersalah... Kita lupakan ye, jangan sedih-sedih. Kita nak honeymoon, tak boleh nangis-nangis."
Jari Ayyan menyeka air ditubir mata. Aku sendiri tidak sedar bila ia keluar.
Aku balut kesedihan dan tampal ia dengan senyuman.

"Sayang... abang ada hadiah nak bagi."

"Hadiah apa?" Teruja aku menyoal. Dada pun ikut berdebar. Tertanya-tanya hadiah apa yang Ayyan mahu beri kepadaku.

"Nak hadiah?" soal Ayyan. Hidungku dicuitnya.

"Nak. Reen nak!" Macam budak-budak, mataku terkerdip-kerdip mengharapkan hadiah.

"Betul ni, nak?"

Aku tarik muka. Geram pula, orang dah kata nak. Mahu soal lagi. Merajuklah macam ni.

"Majuk, ye?" Pipiku jadi mangsa cubitan dia. Tahulah pipi aku makin comel, tapi janganlah cubit-cubit. Aku jeling manja, dan tersenyum tanpa sengaja bila dia kenyitkan mata tiba-tiba. Haish, kacak sangatlah Ayyan ni! Susah nak merajuk kalau begini.

"Nak hadiah boleh tapi ada syarat."
Aku membetulkan rambut Ayyan yang terjatuh di dahi. Aku selak sedikit dan tak lama hidung dia yang mancung itu aku tarik. Sengaja nak mengusik.

Dia menarik jariku dan mengacah ingin menggigit. Tergelak aku cuba mengelak, sehingga aku terjerit suka.

"Hai bini abang ni. Jangan jerit-jerit. Kena sopan tau."

Ayyan paut pinggangku apabila punggungku hampir terjatuh ke hujung katil.

"Habis tu abang nak gigit jari orang kenapa. Hahaha." Aku sambung gelak dan memeluk bahunya semula.
Mata sibuk pandang mata Ayyan. Kalau boleh nak tenung siang malam. Tak jemu langsung untuk menatap mata dia sejak kami sudah tahu perasaan masing-masing. Aku cuba buang perasaan malu walaupun sukar.

"Syarat apa abang?" soal aku apabila dia diam dan tayang muka manis aje. Matanya asyik sekali meratah wajahku sampai malu aku mula muncul kembali.

"Syaratnya... sayang kena janji satu benda untuk abang... Boleh?"
Aku angguk kecil.

"Jawablah dengan mulut."

"Iye, boleh adikku Ayyan." Aku tayang gigi apabila muka Ayyan dah cemberut. Tahu dia tak suka panggilan adik. Aku sengaja mengusik.

"Adikku Ayyan?" Ayyan keraskan suara. Dahinya berkerut tidak suka.

"Siapa adik? Siapa Ayyan?" Soal dia lagi tidak puas hati.

Aku tutup mulut dan tahan gelak.

"Kakak... Adik nak kakak, boleh?" 
Suara Ayyan sumpah lain macam. Berderau darahku mendengar panggilan dia. Dia dekatkan pula wajahnya padaku, sehingga jarak kami hampir seinci.

"Abang... Janganlah..." Rayuku mohon dia menjauh.

"Adik nak kiss sikit je..." Suara dia dileretkan nakal.

"Okay. Reen sorry, janji tak sebut adik Ayyan lagi. Please..." Pipiku memerah macam udang masak merah. Tangan Ayyan sudah mengepung tubuhku. Erghhh, dah tak boleh lari.

"Hmm. Sebut aje lagi. Ayyan suka..."
Tak sempat aku elak, bibir aku dikucup sekilas. Terjegil mataku memandang dia apabila dia tersengih nakal.

"Ada ke seorang adik kiss kakak?" soal dia sambil naikkan kening sebelah.
Aku geleng dan tahan malu. Bibirku rasa beku aje nak keluarkan suara.

"Nak sebut lagi tak macam tu?"

"Tak mahu." Aku jawab juga, mata berlari ke tepi. Isi pipi aku gigit-gigit.
Jantung bergerak laju, berbahang aje suhu badanku waktu ini.

"Malu?"

Aku diam.

"Abang gurau je, sayang. Dah tengok muka abang."

Sedikit lega. Aku lega dia bergurau. Gementar yang menghuni tadi sedikit berkurang apabila mata aku menangkap wajahnya sudah berjarak sedikit. Tubuh kembali aku tegakkan dan bersandar ke kepala katil.
Aku perhati tingkah Ayyan menyeluk sesuatu di poket seluarnya. Aku tidak dapat nampak dengan jelas apa yang digenggam itu.

Ayyan kembali memberi perhatian kepadaku. Dia melorekkan senyuman manis.

"Sebelum abang kasi surprise. Abang nak sayang janji."

"Janji apa abang?"

"Janji mulai hari ni, semua rasa dalam hati kena luahkan. Jangan sesekali simpan sorang-sorang. Boleh?"

Aku menarik nafas dan lepaskan dengan berat. Permintaan Ayyan susah sekali untuk aku tunaikan. Aku dah terbiasa menyimpan masalah seorang diri, bagaimana untuk berubah bersikap terbuka kepada Ayyan?

"Kenapa diam? Tak boleh?" soal dia, matanya menanti jawapan aku. Dia turut menghantar isyarat supaya tidak menolak permintaan dia. Dia buat aku serba salah.

"Hmm... boleh..." Sedikit teragak-agak, aku keluarkan suara.

"Dengar macam tak ikhlas."

"Tak sedia, lagi?" soal dia lagi apabila sunyi meresapi ruang bilik ini.
Senyap. Aku masih tidak tahu untuk ungkapkan apa lagi. Jujur, aku tak sedia.

"I know. Abang ni siapa. Tak layak tahu apa dalam hati sayang. Abang ni adik angkat aje, kan. Budak mentah. Hurmm..." Nada rajuknya menjentik telingaku sehingga mataku beralih mencari wajahnya yang kian menjauh. Dia mencipta lebih jarak antara kami. Kepala bersandar kepala katil, matanya jauh termenung tanpa melihat sedikitpun aku di sini.

Urgh, merajuk pula Ayyan? Kena pujuk, tak?

Aku mengengsot sedikit untuk dekati dia. Tanganku naik ingin menyentuh pipinya, tetapi aku batalkan niat. Aku tak pandai memujuk. Perlukah aku biarkan dia merawat rajuknya sendiri?
Aku tertunduk, hanya menyapu pandangan tanganku saling bersula antara satu sama lain. Emosiku sedikit berlainan, aku tidak mampu memujuk. 
Aku pejam mata dan tarik nafas yang memberat. Mungkin aku perlu beri ruang pada Ayyan. Aku bergerak sedikit, untuk cipta jarak dan ingin berlalu dari situ. Namun, tingkahku terhenti tatkala tangannya menyambar tanganku.

Mataku ternaik memandang dia. Dia merenung aku dengan pandangan. Entah, aku sukar mengerti. Ada terpalit kesedihan tenggelam di situ.

"Sayang tak sudi pujuk abang?" Lemah suaranya kedengaran menyapu deria pendengaranku.

"Sudi, tapi..."

"Tapi apa?"

"Entah, tiba-tiba hilang mood." Aku berterus-terang.

"Hmm. Baiklah, abang tak merajuk. Sekarang ni sayang kena janji juga, abang tak kira."

Suaranya ada unsur ugutan membuatkan aku tidak mampu menolak. Aku angguk kecil.

"Iye... Reen janji..."

"Janji apa?"

"Janji tak nak simpan sorang-sorang masalah. Lepas ni Reen akan luah semua pada abang."

"Betul ni?"

"Betul. Reen tak tipu." Tangan sebelah kiri aku angkat bagi menyakinkan penyataan aku.

Akhirnya dia tersenyum senang.

"Abangpun janji. In Shaa Allah, semua rahsia abang beritahu kat sayang. Tak tertinggal satu pun." Jari kelingkingku bersatu dengan jarinya.

Aku senyum dan lega sedikit hati kerana selepas ini kami akan lebih jujur tentang hati dan perasaan kami. Itu pilihan yang terbaik untuk membina mahligai bahagia.

"I have surprise..."

Tangan yang digenggam belah kanan dia unjuk depan mataku dan dia buka...
Ting! Macam magic. Ada juntaian rantai bergemerlapan depan mata aku.
Hatiku tersentuh, mataku sudah tergenang air jernih. Aku terharu, sebab cantik sangat rantai ni. Loketnya berbentuk love.

"Nak abang pakaikan?"

Aku angguk, membenarkan.
Dia memakaikan rantai itu dileherku, aku tahan nafas. Gementar.

"Sayang suka?" Bisiknya lembut, masih lagi jarinya menyulam rantai di leherku.

"Suka sangat. Cantik."

Setelah selesai, lekas dia jarakkan wajah. Dia memandang aku dan aku membalas dengan rasa sayang dan cintaku yang melimpah untuknya.
Aku mencium loket berbentuk love itu dengan rasa bahagia yang menggebu.

"Cium loket je? Abang ni, tak nak?"
Menjadi kebiasaan, aku mencubit lengannya perlahan.

"Loket tu boleh buka tau. Cuba tengok dalamnya."

Lekas aku membuka loket itu, mataku bersinar melihat isi dalam itu. Ada nama. 'Ayyanreen' Nama gabungan kami, ke? Comelnya.

"Ayyanreen ni apa, abang?" Sengaja aku menyoal.

"Eh, buat-buat tanya? Nama abang dengan sayanglah. Sweet tak abang?"

"Sweet sangat. Abang ni macam perempuan jugak, eh. Suka gabungkan nama macam ni." Aku tergelak suka. Bibirku tidak henti hendak tersenyum lebar. Terlebih suka, rasa nak peluk ketat-ketat je Ayyan sekarang. Tapi, malu. Huhu.

"Abang ternampak sayang tulis dekat wallpaper handphone sayang. Tulis kat situ Ayyanreen forever. Haa, dari situlah otak abang jadi geliga. Haha."
Mataku terbuntang luas sebab aku terkantoi.

"Abang!" Aku tampar lembut lengannya sebab geram.

Dia tergelak kecil dan bawa aku kedalam dakapannya. Aku tidak menolak dan turut memeluk dia.

"Sayang. Abang harap tiada apa yang dapat pisahkan kita, melainkan ajal dan maut. Abang cintakan sayang sangat-sangat."

End flashback

TELEFONKU berdering nyaring. Terus memori itu tertimbus. Aku mengesat kasar air mata yang telah kecundang. Tidak henti-henti mengalir. Aku benci menangis sebab Ayyan! Aku benci!
Tidak aku hiraukan panggilan itu. Aku bangkit walaupun tubuhku hampir terjelopok lagi. Aku berpaut pada almari baju. Bagasi di tepi almari aku tarik dan hempas. Pintu almari aku buka dan segera pakaian aku, terus aku lemparkan ke dalam beg tersebut.
Aku nak keluar dari rumah ni! Aku dah tak nak tinggal berdua dengan Ayyan. Dia penipu! Dia hancurkan perasaan aku!

Aku tutup semula beg bagasi apabila baju yang aku main campak tidak muat. Aku tertuduk ke lantai. Tolong kuatkan, aku Ya Allah. Tolong.


...

Writer's comment : Kenapa dgn Reen? Apa yg Ayyan buat? Hmm, boleh tak sye minta vote dan komen byk2 utk bab ni? Utk naikkan semangat sye yg telah luntur. Thanks.

24 dec2019

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top