BAB 57
Syt 57
Di tanah perkuburan
Mentari tidak lagi menemani,
Yang hadir hanyalah mendung menyelebungi.
...
Pov Ayyan Irhan
...
SETITIK air jernih menitis jatuh di dahiku. Aku biarkan gerimis menyentuh tubuhku. Biarlah unsur bumi membasuh luka yang tidak sanggup aku lalui sekarang.
"Ayyan. Dah gerimis ni, kita balik dulu ye. Esok lusa kita datang lagi jenguk kubur arwah mama..." ujar Reen lembut, memujuk aku.
Aku pantas menggeleng, tidak mahu. Aku takkan tinggalkan mama seorang diri, aku nak teman mama di sisi. Jika ada ribut sekalipun, aku sanggup bertahan di sini. Untuk mengadu segalanya pada mama, luahan yang tidak sempat aku hamburkan pada mama.
Banyak lagi aku ingin mengadu. Aku rindu dengan dia. Biarlah kubur ini, nisan ini menjadi peneman aku. Aku tahu mama dapat rasai kehadiran aku... Dia... dia pasti mahukan aku di sini.
Aku usap nisan mama. Aku lentokkan kepala atas kubur mama. Titisan air makin kasar menghentam tanah, aku dapat rasai hujan mula merakus meratah tubuhku. Kesejukan mula menjalar di dalam urat nadi, namun aku biarkan.
"Mama... Ayyan teman mama ye, Ayyan takkan pergi mana-mana... Ayyan nak duduk sini, teman mama..." ucapku seorang diri, tanah rata aku usap membayangkan itu pipi mama. Aku kucup tanah basah itu, bibirku yang sedikit kotor disentuh tanah aku kesat sedikit.
"Ayyan... jangan macam ni, hujan lebat nanti Ayyan sakit. Ayyan belum kebah lagi sakit, badan Ayyan tak kuat lagi. Nanti kalau sakit Ayyan melarat macam mana?" Pujukan Reen kembali menjentik halwa telinga. Aku buat tidak dengar, aku tidak hiraukan dia. Aku tidak mahu peduli. Biarlah aku sakit sekalipun, biarlah jikalau kematian menjemputku asalkan aku akan berjumpa mama dengan lebih awal. Aku rindukan dia sangat-sangat, aku tak mampu hendak melayari kehidupan tanpa mama lagi. Aku tak sanggup!
"Woi, kau pekak ke?! Reena cakap hujan lebat, nanti kau sakit! Kau tak dengar?!" Jeritan seorang lelaki, yang berjaya melawan arus hujan namun ianya tetap tidak mengoyahkan pendirian aku untuk kekal di sini. Nak panggil aku pekak atau badak sekalipun aku tidak akan peduli!
Tubuhku ditarik sedikit, wajah Ian terpeta pada pandanganku. Aku keraskan kembali tubuh, tanganku berpaut pada nisan mama.
"Ian... jangan berkasar dengan dia..." Terdengar suara Reena memberi amaran kepada Ian, kembar aku.
Argh, kenapa aku ada kembar? Menyusahkan aku, sibuk sangat dengan urusan aku kenapa? Kata benci sangat pada aku? Kata aku penyebab mama pergi? Jadi, apa yang sedang dia cuba lakukan sekarang?
"Kalau aku tak berkasar, jantan ni takkan dengar. Macam cara kau, lembut sangat. Ada dia dengar, ada dia peduli?" Keras lontaran suaranya, membentak geram, mungkin kerana marah dengan perangai degil aku.
"Mama... jangan risau, Ayyan takkan tinggalkan mama... Ayyan takkan ikut Ian tu, dia penyibuk!"
Aku masih tenggelam dalam duniaku seorang diri. Wajah aku tekup ke tanah, badanku semakin menggigil. Kesejukan semakin mencucuk sehingga ke tulang hitam. Gigiku juga sudah ada getaran halus, berlaga sedikit akibat kedinginan yang semakin menggigit segenap tubuhku.
"M--ma... Ay--y-an n-nak j-ju-jumpa m--ma... c---ce-epat..." Tersekat-sekat alur nafas cuba melawan kesejukan. Bibir aku gigit kuat, ketap lagi. Aku tahan, aku tak sejuk.
"Kau ni memang degil, kan!? Ya Allah, kau memang pentingkan diri, kan?! Kau tak fikir ke perasaan Reena! Kau nak siapa lagi mati disebabkan kau, hah?!"
Menitis air mataku bergumpal bersama air hujan. Kenapa dia ungkitkan pasal mama lagi. Dan, kenapa perlu dia babitkan Reen aku.
"Ma--ma... Ay--y-an sa--yang Reen juga, tapi A--yan tak nak t--tinggalkan mama..." Aku merintih sayu, dadaku makin sesak, ruangan untuk aku bernafas seakan sedikit menghilang, gara-gara kesakitan mulai terasa di setiap penjuru tubuh. Mungkin juga kerana, lukaku mulai berdarah kerana aku menekan perutku ini di atas tanah. Bekas luka operate itu mulai rasa mencucuk diselangi rasa berdenyut-denyut.
"M--ma... K-kenapa sa-sakit?"
Mataku jadi kelam tiba-tiba. Semua kesakitan menghentam aku, tubuh ini rasa longlai. Kesejukan ini tidak dapat aku bendung. Kelopak mataku perlahan-lahan tertutup sendiri.
"M-ma... Ay--yan tidur kejap ye..." Bisikku lemah sebelum duniaku gelap dan suara mereka tidak dapat menembusi deriaku lagi.
...
Pov Nur Arina
AKU salut dahi Ayyan yang berkeringat. Mataku bergenang air lagi. Kesengsaraan yang aku saksikan depan mata serasa tidak sanggup lagi untuk aku biarkan dia.
Kalaulah sakit itu bisa dikongsi, aku ingin sekali mengambil semuanya sekali. Biar dia tidak lagi terseksa. Biar dia dapat menyedut nafas tanpa denyutan nadi sengsara.
Ya Allah.
Kuatkan Ayyan.
Aku mohon.
Pipi Ayyan, dahi Ayyan yang ada kesan parut luka akibat kemalangan merobek jantungku. Walaupun tidak terlalu besar, itu pasti menyakitkan.
Namun, sakit luarannya pasti tidak dapat menandingi kesakitan di dalam sanubarinya.
Ya Allah, kasihan Ayyan. Suami aku.
Aku seka air mata ini, seraut wajah Ayyan yang tengah diulit mimpi itu aku tenung lama. Nampak tenang apabila dia di alam mimpi, masih lagi nampak kacaknya wajah dia.
Rambut Ayyan yang terjatuh atas dahi, aku selak perlahan. Dahi itu aku sentuh sedikit. Suam-suam. Nasib juga Ayyan tidak mengalami suhu panas. Kalau demam, bahaya. Susah untuk kebah. Antibodinya masih lemah.
Tangan Ayyan aku genggam dan aku kucup lembut. Kemudian, aku usap perlahan-lahan. Jari jemari itu aku letak di pipi. Besar telapak tangannya melebihi telapak tanganku, tangan ini dahulu sering mengusap kepalaku. Namun kini, jiwanya tidak lagi tenteram diserang rasa bersalah dan penyesalan.
Kalaulah... kalau aku sempat menghalang dia keluar daripada rumah tempoh hari, mungkin juga Ayyan dan mama tidak jadi begini.
Astagfirullahalzim... Aku beristighfar dan mengucap beberapa kali. Aku alpa, ajal dan maut ditangan Tuhan. Kenapa aku fikirkan perkataan kalau?
Ajal itu tidak akan lambat sesaat sekalipun. Kenapa aku masih memikirkan kemungkinan mama akan hidup!
Ya Allah, maafkan hambaMu yang berdosa ini. Aku mohon, maafkan aku kerana lupa segalanya kerana ujian yang telah Kau beri untuk kami.
Tangannya aku kucup sebelum aku keluar dari bilik. Tidak sanggup berlama melayan perasaan.
...
TANGGA terakhir aku langkahkan kaki. Mata ini aku gerakkan memandang ke arah sofa. Ian sedang duduk bersandar sambil termenung jauh.
Aku menapak perlahan ke arahnya lalu aku mengambil tempat di sofa berhadapan dengannya.
"Ian... tak nak tukar baju ke? Ataupun buka mask tu dulu... Kan basah kena hujan lebat tadi..." tegurku sekadar berbasa basi. Sebenarnya malas hendak menegur memandangkan masih teringat kata-kata kejam dia lemparkan pada Ayyan. Aku masih sakit hati kalau terpandang wajah dia yang bertutup itu.
Mata Ian terus memandang aku. Dia diam sedikit lama. Lama juga dia merenung aku, menjadikan aku dicemar rasa tidak selesa.
"Hmm, kalau aku buka takut kau terkejut. Aku ni kembar Ayyan, kau jangan lupa... Nanti kau jatuh hati dekat aku, susah pulak jantan tu. Dah tiada siapa nak jaga dia."
Aku terasa ingin gelak lepas mendengar dia merepek. Walaupun ada benar juga, kemungkinan wajah mereka sama. Tapi, aku kenallah sayang aku bagaimana. Ayyan pasti lebih kacak dan memikat daripada Ian yang kasar tu.
"Asal diam? Kau nak sangat ke aku buka mask ni?"
Pertanyaan Ian aku biarkan bagai angin lalu. Aku berdeham sebentar, mata sedikit melingas ketepi, malas mahu memandang Ian.
"Mak mana?" soalku spontan apabila kelibat mak tidak kelihatan.
"Mak solat kat atas," jawab Ian pendek.
Suasana kembali hening. Aku ingin cakap sesuatu tetapi rasa janggal. Haish, sejak bila aku rasa janggal dengan dia ni? Adakah sejak teringat aku tampar dia 2 kali tempoh hari?
"Err, sorry tampar kau kuat sangat hari tu." Terkeluar kata maaf aku untuk dia. Haish, kenapa pulak aku minta maaf bukan ke memang layak pun dia terima habuan itu gara-gara mulut celupar dia?
"Sakit tahu tak. Nasib jugak, kau yang tampar kalau perempuan lain dah lama aku tampar balik..." ulas Ian sedikit diselitkan nada berseloroh. Akhir ayatnya terletus ketawa kecil yang dibuat-buat. Aduhai, janggalnya situasi ni.
"Sorry, aku tahu aku berkasar sangat dengan Ayyan. Aku sakit hati bila dapat tahu mama sakit terlantar kat hospital. Aku syak sebab dia, sebab aku dah terbaca surat mama untuk dia masa aku balik dari Australia sebab kau call aku beritahu tentang apa yang terjadi pada mama aku. Serius, perasaan aku tercabar bila Ayyan yang kau cinta tu rupanya kembar aku sendiri. Kembar aku yang buatkan mama aku sakit pulak tu. Itu makin berapi aku satu badan," luah Ian panjang lebar.
Mata kami kembali bertembung. Aku tak tahu hendak kalih bagaimana, kerana jiwaku terus ditebuk rasa sebak kerana ada sinar kesengaraan yang terpeta pada anak matanya persis Ayyan. Ya Allah, Ian juga terseksa kerana dugaan ini. Kasihan dia, mama yang selalu ada dihadapannya kini telah meninggalkan dia. Pasti ia berat sekali untuk dia terima.
"Jangan simpati sangat dekat aku... Aku ni kira macam abang daripada Ayyan tau sebab mama kata aku lahir awal 3 saat je daripada Ayyan. So, aku lebih matang daripada Ayyan budak cengeng tu. Tak sangka betul dia tu suka menangis. Macam perempuan, betul!" Getus Ian sedikit merungut. Aku bayangkan bibir dia memuncung waktu ini berdasarkan suara yang dipamerkan waktu ini.
Tak sangka betul Ian ni kembar Ayyan. Perangai terlalu lain, tetapi ada satu sikap yang ada iras sedikit. Apa dia, ye?
"Kau tengah fikir apa tu? Tengah bandingkan perangai aku dengan budak cengeng tu, ke?"
Erk, hampir nak tersedak aku kerana tekaan dia mengena tepat. Tapi, riakku terus bertukar tidak puas hati. Suka hati dia je panggil suami aku budak cengeng! Title cengeng tu aku je boleh dapat, tahu!
"Hmm. Kembar ni sikapnya mestilah lain. Sebab aku tak cengeng macam dia! Aku ni kuat, tak suka menangis. Waktu Arisa tinggalkan aku pun aku masih beku lagi. Tapi, bila kau tak terima aku, adalah sikit setitik air jatuh," sambung Ian dalam nada mendatar. Dia sentuh belakang tengkuknya. Mungkin malu terlebih jujur.
Aik. Kenapa aku percaya. Dia tu mungkin saja bergurau untuk hilangkan suasana suram ni. Husnuzon sahajalah.
"Gurau! Aku gurau!"
Aku nampak dia larikan pandangan. Aduh, gaya dia ni macam ada iras Ayyan. Pandang lain, kalau malu. Eh, kenapa aku nak samakan mereka ni?
"Lepas ni, habislah kau kena hadap aku hari-hari."
Terjongket keningku pelik dengan pernyataan dia.
"Why?"
"Aku nak jadi bos kau, ganti tempat mama. Dia pernah pesan pada aku, jagakan Purnama Publisher untuk dia. Aku kena tunaikan permintan dia. Dan, aku jugak kena selalu jenguk rumah ni nak tengok adik aku. Eee. Geli pulak panggil adik. Hmm... aku cuma nak pastikan suami kesayangan kau tu hidup, kalau harapkan kau jaga, susah jugak sebab kau terlalu berlembut dengan dia."
Aku kemam bibir, tahan geram. Ada saja ayat dia menyakitkan hati. Sabar ajelah, Reen.
"So... sekarang ni apa lagi ek nak dicakapkan. Hmm, kasilah idea sikit."
Aku geleng tanda tidak tahu.
"Aku naik atas dululah, kau baliklah." Kerana tiada modal untuk memanjangkan perbualan, aku sarankan begitu.
"Aik, cepatnya kau nak halau aku. Kasilah aku duduk rumah ni hari ni. Mak kau pun ajak tadi tidur kat bilik bawah. Kau ni kedekut, kenapa? Jangan fikir aku ni orang luar, aku ni abang ipar kau tahu tak?" Ian mula membebel.
"Aku tak halau. Manalah aku tahu mak ajak tinggal sini." Aku garu kepala yang tidak gatal. Serba salah pula apabila dia cakap aku kedekut.
"Kau tu memanglah asyik-asyik fikir Ayyan aje. Aku ni mana pernah kau nak fikir. Haish, kenapalah hidup aku ni menyedihkan sangat? Dah takde siapa nak sayang aku dah, sejak mama dah tiada," lirih suaranya terlantun. Aku makin ditekan dengan rasa serba salah.
Namun, rasa nak tergelak pun ya juga. Kata tak cengeng, tapi ayat dia tu makan dalam. Ayat orang hati tisu. Memang ada iras betul perangai.
"Ayah dengan Ash kan ada. Dorang tu sayang kau, mak pun sayang kau." Itu sahajalah jawapan untuk aku pujuk dia. Kering idea dah hendak memikir memandangkan malam semakin lewat.
"Hmm. Iyelah, dorang aje sayang aku. Kau tu bukan nak sayang aku." Rajuk Ian lagi.
Eh eh, rasa macam mintak penampar lagi aje Ian ni? Sabar betul kena layan orang jiwa kacau ni.
"Aku ni isteri orang, buat apa nak sayang kau." Hambik, jawapan aku pedas, kaki mula ingin melangkah meninggalkan Ian. Malas hendak panjangkan cerita lagi. Badan pun sudah terlalu letih dengan mandi pun belum lagi.
"Eleh, isteri orang sangat! Dah, aku pun penat, nah surat dari mama untuk lelaki pujaan kau tu. Simpan, jangan kasi terus kat dia. Takut dia meroyan tak sudah-sudah. Kau jugak yang susah."
Aku tengok sahaja kertas yang sudah lunyai itu. Dia ni, surat orang ada pulak sampai jadi begini. Simpankan elok-elok tak boleh, ke?
Pap!
Petikan jari dekat dengan wajahku. Wajah Ian sedikit dekat dengan aku. Terkejut aku sampai terundur kebelakang. Sejak bila dia berdiri depan aku pun aku tidak perasan.
"Tak payah berangan lebih-lebih! Aku dah move on, aku tak harapkan kau lagilah minah cengeng!"
Terkedu aku bila dahiku dijentik sampai aku tertutup mata gara-gara terkejut. Dengan selamba, dia menonong pergi meninggalkan aku terpinga-pinga.
...
Writer's comment : siapa yg rndu Ian, nah hadiah. Agak2 muka kembar ni sama tak? Kalau Ayyan dah takde, Ian ke penggantinya?
21 nov 2019
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top