BAB 56

Syt 56

Ada flashback di bab ini, baca betul2 jgn jangan anda pening xD


Pov Ayyan Irhan
...


Belum sempat tangannya ku gapai,
Dia menghilang meninggalkan aku terkapai-kapai.


...

Seminggu kemudian...

TANAH yang masih merah itu aku genggam sekuat hati. Sakit... sakit dihatiku tidak dapat aku tanggung lagi, kenyataan pahit ini tidak dapat aku terima.

Mama... Mama... dah tiada di dunia... Dia... dah tinggalkan aku...
Ya Allah, kenapa kau ambil dia? Kenapa?!

Aku meringkukkan badanku, memeluk batu nisan putih yang masih baru. Nama mama yang terukir di situ bagai menyiat-nyiat isi kulit. Pedihnya sungguh tidak terperi.

"Ma--ma! Kenapa tinggalkan Ayyan!" Aku merintih, hatiku tidak rela dia pergi. Aku perlukan mama untuk teruskan hidup. Tapi, kenapa dia tinggalkan aku? Aku belum sempat merasai kasih sayang daripada insan bergelar ibu. Aku dahagakan kasih sayang itu. Tapi, kenapa takdir aku dan mama sekejam ini? Kenapa kami berpisah untuk kali kedua?

"Mama... Mama tipu Ayyan... Mama kata mama nak jelaskan semua pada Ayyan... Tapi... Kenapa mama pergi tinggalkan Ayyan? Kenapa?!" Bibirku bergetar.

Nafasku rasa semakin sesak dibelenggu rasa sakitnya kehilangan mama. Aku tak sanggup kehilangan dia lagi, sakitnya terlalu berat untuk aku tanggung. Ya Allah, apa dosaku sampai kau beri aku ujian sehebat ini? Aku tak berdaya. Aku tak sangggup!

Bahuku diusap oleh seseorang. Dia Reen, isteriku yang masih setia di sisiku. Puas aku menolak dia supaya pergi tidak hiraukan aku ini, dia berkeras untuk memilih bersamaku. Maka, aku tiada pilihan. Aku biarkan sahaja dia saksikan rintihan aku yang tidak berguna ini.

"Ayyan... jangan meratap macam ni. Ini takdir, Ayyan kena terima... Terima qada dan qadar daripada Allah. Ajal dan maut ditangan Tuhan. Mama pergi kerana dah sampai waktunya, Ayyan. Jangan meratap lagi, Ayyan..." Nasihat dari Reen menyusup masuk memasuki ruangan kalbu. Aku tergeleng lemah, tak mampu menerima takdir. Aku terlalu lemah.

"Ayyan dah lama tunggu mama... Ayyan tak boleh terima semua ni... Ayyan nak mama... Ayyan nak dia! Ayyan tak nak mama tinggalkan Ayyan!" Batu nisan itu aku cium bertalu-talu, membayangkan mama berada di depanku. Hidup. Memandang aku dengan senyuman manisnya, dan renungan redupnya yang penuh kasih sayang untuk aku. Pertemuan terakhir aku dan mama mulai terlambai-lambai di ruangan mata. Aku tenggelam mengenang saat waktu itu berlaku.

Pulang sahaja dari melawat mama, aku duduk termenung. Mataku tidak pernah kering dengan air mata yang berjuraian. Mata ini terbayang wajah mama yang sedang tenat, terlantar hanya ditemani wayar dan mesin pernafasan. Tak pernah langsung terlintas difikiranku untuk menyaksikan mama terseksa menanggung kesakitan begitu. Ya Allah, ini mesti salah akukan?

Bisikan halus terus bertelagah menyalahi diri aku. Aku ditimpa penyesalan, seksanya beban emosi ini menjadikan setiap jiwa dan ragaku lemah. Sakit di tubuhku juga bagai ditimbus oleh derita perasaan yang terpaksa aku tanggung ini.

...

Flashback di hospital~

Pintu bilik berkeriuk menyentakkan aku. Posisi tubuh aku kekalkan, tidak pula aku jenguk siapa yang hadir itu. Aku tidak mahu peduli. Mungkin juga itu nurse atau Reen.

"Kenapa kau tak terima je mama sebelum jadi teruk macam ni?" Suara garau yang tidak aku kenali meragut jiwaku kasar. Kepala aku pusingkan sedikit, menghadap gerangan itu.
Mataku menangkap figura lelaki memakai mask. Mata itu merenung aku tajam.

"K--kau siapa?" soalku keliru.
Dia tuding jarinya ke dadanya.

"Kenapa nak tahu? Aku tanya kau tadi, kan jawab ajelah! Kenapa kau tak terima mama, hah! Mama dah lama nak jumpa kau, bodoh! Dia sayangkan kau, ini balasan kau pada dia! Ini balasan kau!" Melengking suara lelaki itu bergema. Aku terkejut menerima tengkingan sebegitu rupa. Hatiku tergores luka, mula mengalir darah di hujungnya. Pedih kerana terpaksa telan kata-kata dia yang ada benarnya... Ya, aku bodoh! Terlalu bodoh kerana mensiakan peluang untuk berbaik dengan mama sebelum ini.

"Kau seronok ke sekarang tengok dia tenat macam tu? Kau seronok?! Kau kena sedar, kalau dia. Perempuan tua tulah yang lahirkan kau! Dia yang kandungkan kau sampai 9 bulan sampai kau keluar dari dunia ni. Dia yang beri kau peluang untuk lihat dunia. Tapi, kau tak fikir langsung pengorbanan dia. Kau pulak fikir ego kau je sampai dia sakit macam ni!"
Aku hampir hendak tersungkur, tetapi aku tahankan tubuhku yang hampir melorot jatuh. Kenyataan dan seksaan kata-kata dia merejam aku di setiap penjuru sehingga semua rasa yang memberat di jiwa semakin membunuh aku.

Aku rasa nak mati kerana tak sanggup lagi dengari dia. Air mata tidak segan mengalir lesu, aku teresak-esak sambil menumbuk katil.

Bencinya aku terhadap diriku sendiri tidak terkira bilangannya. Aku benci diri aku! Aku benci!

"Aku menyesal tinggalkan mama seorang diri! Aku menyesal! Kalaulah... kalaulah aku ada di sisi dia, dah lama aku kerjakan kau sampai lunyai! Kalau jadi apa-apa pada mama aku, siaplah kau! Aku takkan maafkan kau! Aku takkan!"

Menggigil tubuhku mendengar ungkapan dia. Bukan kerana aku takut dengan amaran dia, namun aku takut jikalau mama benar-benar akan pergi tinggalkan dunia ini gara-gara aku. Ya Allah, aku mohon jangan ambil dia. Aku belum sempat merasai secebis kasih
daripada mama. Tolong aku, Ya Allah.
"Ian! Apa awak buat ni! Stop cakap bukan-bukan dan salahkan dia! Ini dah takdir mama accident!" Suara Reen muncul tiba-tiba memarahi lelaki itu. Entah bila Reen datang, aku sendiri tidak sedar.

Aku hanyut menelan air mata. Sakit yang dihati semakin bertambah, tidak berkurangan walaupun sedikitpun walaupun Reen ada di sebelahku kini.

"Huh? Takdir Reena cakap? Sebab dia, mama terlantar tau tak! Kalaulah Ian tahu jadi begini, dah lama Ian bawa pergi mama, jangan dekat dengan jantan tak guna ni! Reena... Aku rasa lebih baik kau jauhkan diri daripada dia, dia tak layak jadi suami kau! Jantan tak sedar diri, patut dia yang mati!"
Hirisan di hatiku semakin dalam dan mencengkam. Lahar marah mencelah, aku terketar seluruh badan mendengarkan itu. Aku cuba untuk mengawal nafas yang semakin sesak.

Walaupun memang aku patut mati seperti yang dia perkatakan, namun aku tak sanggup berdiam diri tanpa membalas satu perkataan pun.
Sedang aku cuba mengumpul tenaga dan aksara huruf...

Bunyi tamparan kuat menerobos telingaku. Aku panggung wajah, memandang ke depan. Terkesima aku menyaksikan Reen melayangkan penampar di muka lelaki itu.
Tidak cukup sekali. Dua kali.

"Kau jaga mulut kau! Kalau kau datang sini semata-mata nak sakitkan hati suami aku... Lebih baik kau berambus! Kau tiada kat tempat dia, sebab tu kau boleh hina dia lempar kata nista pada dia sesuka hati kau! Kau tak tahu betapa derita dia selama ni, kau tak nampak semua tu! Aku... aku tahu semua tu, aku rasa perasaan sakit dia... sekarang ni, aku tak boleh sabar lagi tengok kau perangai macam ni! Tolong, aku cakap baik-baik. Sebelum aku tampar kau lagi, lebih baik kau keluar! Kau, keluar!" Reen menengking sekuat hati. Bahang amarah Reen aku kira sudah sampai ke kemuncak. Aku sendiri terkesima menerima bait yang terlontar daripada bibirnya. Sedikit sebanyak hatiku tercalit dengan rasa terharu kerana dia sudi berpihak dengan aku. Aku rasa aku tidak keseorangan.

Lelaki itu tergelak dan mengusap pipinya yang beralas mask. Aku kerut dahi melihat dia. Nampak sangat dia ingin mempersendakan aku dan Reen.
"Aku tak faham kenapa kau sayang sangat dengan jantan ni! Shit! Apa lebihnya dia daripada aku? Tell me, now. Pada aku, lelaki ni tak sesuailah untuk kau Reena. Sakit, tempang! Otak dia tu pun macam dah biul! Nak ke kau jaga lelaki ni seumur hidup?"
Sinis kata dilemparkan. Tetapi, aku tidak rasai sakit dihati. Memang kenyataannya begitu, aku tak layak untuk Reen. Aku sedar diri aku. Aku tak guna.

"Kau diam..." Kata-kata Reen termati tatkala tombol pintu kedengaran dipulas dari luar. Muncul seorang nurse, seperti menyelamatkan keadaan yang genting ini.

"Assalamualaikum. Maaf mengganggu, Doctor Lee nak jumpa dengan pewaris Puan Suraya. Ada hal sedikit nak bincang..."

"Saya, saya pewaris Puan Suraya. Saya anak dia, saya nak jumpa Doctor Lee!" ujarku laju, tubuh aku cuba bangun sendiri. Reen terus memapahku setelah terlihat aku terkial-kial bangun.
Lelaki itu sudah keluar awal-awal.


...


"Keadaan Puan Suraya sudah ditahap kritikal. Kami tidak boleh lakukan apa-apa lagi memandangkan kanser rahimnya telah merebak semakin parah. Sistem dalam badannya juga seakan-akan tidak mahu berfungsi lagi. Maafkan kami, Encik Ayyan. Kami dah cuba sedaya upaya kami. Kami nasihatkan Encik Ayyan sekeluarga bersiap sedia, kuatkan semangat untuk hadapi kemungkinan yang berlaku kelak.

Dan, Puan Suraya tersedar waktu sekarang, kami pun kurang pasti mengapa dia boleh sedarkan diri walaupun peratus yang kami fikirkan itu tidak mungkin berlaku. Bila kami fikirkan kembali, kemungkinan ini peluang Encik Ayyan sekeluarga untuk bertemu dengan Puan Suraya buat kali terakhir."

Duniaku gelap serta merta apabila setiap bait katanya menerobos masuk ke halwa telinga. Tubuhku menggigil, bibirku bergetar hebat tidak dapat menerima berita yang telah disampaikan ini. Wajah mama terpapar depan mata, rayuan dia... tangisan dia... merentap kasar tangkai jantung.

Harapan aku selama ini untuk bersama mama... menikmati hidup dengan mama... Berkecai berderaian terhempas ke bumi. Semuanya hancur. Tidak dapat aku cantumkan semula.

"Ma--ma..." Tubuhku terlorot jatuh, sakit segala sendi ini namun sakit di hati lebih tak terjangkau perihnga ini. Aku cengkam dadaku. Sesak bergumpal sebak di dalam relung hati.

"Ayyan..." Reen seru namaku. Bahuku dipeluk, belakang tubuhku disalut lembut namun sedikitpun rasa sebak ini tidak mahu pergi. Aku menangis semahuku, air mata berlimpah deras.

"Sabar... Kita doa untuk mama... Kita doa... Jangan putus asa, Ayyan..." Esakan kecilnya menitik di tepi telingaku.
"Ayyan tak nak mama pergi. Ayyan tak nak!" Aku meraung sekuat hati tanpa fikir disekeliling. Ada mata-mata merenung aku dengan riak simpati.

Kau boleh simpati pada aku, tetapi tidak kau tahu kesakitan yang terpaksa aku telan ini. Salahkah angan-anganku ini mengecapi kebahgian bersama mama? Salahkah? Kenapa aku diuji begini? Tidak layakkah aku untuk rasai kebahagian bersama mama?

...


"Ma--ma..." Hampir tak terkeluar seruan ini. Aku tak kuat. Aku bangun dibantu oleh Reen. Wajah mama aku renung setiap inci, mata mama merenung aku dalam dan ada air jernih bertakung di situ.

Walaupun sakit. Mama nampak cantik. Ya Allah.

"Ay--y-an..." Namaku diseru jugak tetapi tersekat-sekat. Mungkin dia terlalu sakit waktu ini, anak tekaknya sudah kering. Aku cecah jariku dengan sedikit air zam-zam dan usap pada bibir mama yang kering.

Tangannya aku cium berulang kali. Aku letak belakang tangannya di pipiku.

"Maafkan Ayyan, mama... Mama... jangan tinggalkan Ayyan..." Rayuku bersungguh-sungguh, air mata turut jadi peneman kala ini.

"M--ma.. dah maafkan... A--yan..." Suara halus mama menyusup ke dalam telinga apabila aku dekatkan sedikit wajahku pada mama.

Nafasnya kedengaran tidak teratur menerpa wajahku. Aku tahan esakkan yang semakin merosakkan suasana, aku tidak mahu menangis sahaja tanpa dapat mengungkap kata untuk mama. Aku takut ini kali terakhir untuk kami. Aku takut. Ya Allah, tolong beri aku lebih masa. Aku mohon, Ya Allah.

"Mama sayangkan Ayyan..." Sebutan kali ini sedikit jelas. Aku tidak dapat menahan rasa, pipi mama aku cium dua tiga kali.

"Ayyan pun sayangkan mama. Sayang sangat-sangat... Ayyan rindukan mama... Rindu sangat-sangat..." Aku adu dan luah semuanya pada dia tanpa berselindung lagi, aku tidak mahu penyesalan lagi kerana tidak dapat mengungkap rasa sayang ini kepada dia. Aku mahu dia tahu saban hari aku menunggu dia tanpa mengeluh lelah meskipun dendam kerana dia tidak memunculkan diri di hadapanku tidak sedikit mencantas rindu itu.

Namun, jauh di sudut hatiku paling dalam. Aku tidak pernah berdendam, aku cuma terlalu meninggikan ego. Ego yang selama ini aku pendam, dan ianya melepaskan diri dan memakan diriku sendiri. Kini, aku sungguh-sungguh menyesal dengan sikap aku. Sikap yang tidak sepatutnya hadir merasuki aku.

"M--ma... Sayang Ayyan... maafkan mama, sayang... Ian... Dia... Kembar Ayyan, jaga dia untuk mama ye... Mama tak boleh lama..."

Tangisanku pecah makin kuat. Aku geleng kepala, tak sanggup dengar kata-kata terakhirnya itu. Ucapan Ian kembarku itu, tidak langsung menetap di dalam fikiran.

"Panggil Ian... Mama nak cakap dengan dia... Ash anak sulung mama mana... Suami mama... Menantu mama... Besan mama..."

Aku masih di sisi mama, sementara Reen memanggil yang lain untuk memenuhu permintaan mama. Aku genggam erat tangannya, sejuk sangat. Genggaman aku terbalas longgar, tenaga mama mungkin perlahan-lahan menghilang.

Aku terpaksa melepaskan pegangan untuk memberi ruang kepada yang lain.

Setelah itu, aku kembali menghadap mama. Aku peluk tubuhnya seeratnya. Dia salut kepalaku perlahan, hampir tak terasa gerakan itu.

Tubuh itu sejuk, tidak hangat seperti pertama kali mama mendakap aku ketika itu. Terimbas kembali sikap kejamku itu, hatiku bagai tertusuk duri panjang dan tajam dihunus beberapa kali. Sakitnya mengenang sikap kejamku, kalaulah aku tidak lakukan itu. Mungkin... ya mungkin, aku akan bahagia bersama mama. Semua ini mungkin takkan terjadi.

Dada mama tiba-tiba terasa berombak kuat. Aku melepaskan pelukan, perasaan kaget terus menyerbu aku.
Mata mama berair tidak merenung aku lagi, matanya naik ke atas. Sedikit membulat. Ya Allah.

Semua mendekati mama, ayah mengajar mama mengucap. Aku pula tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menangis ditemani tangan mama. Aku pegang seeratnya, memberi kekuatan kepada dia disaat menempuh sakaratul maut.

Titt...

Bunyi mesin bergema memenuhi ruangan bilik kecil ini. Aku terus mendakap mama, menangis semahuku. Ya Allah, kenapa kau ambil dia secepat ini?
...


Writer's comment : Mama :'(
20 nov 2019

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top