BAB 53

SYT 53

Serangkai kata menyapa deraian hati,
Sekelip mata bisa sakit itu lenyap mati.

Pov ?

KABUS menyeliputi pandangan. Kabur tanpa dapat aku jejaki ke mana arah mata ini pergi membawa diri. Aku seakan berdiri di awangan, tubuhku terasa ringan. Tidak aku ketahui lantai bumi mana sedang aku singgahkan kakiku yang rasa mengeras ini. Aku cuba gerakkan, namun gagal. Ia berjalan tanpa keizinanku, puas hatiku menegah ia tetap teruskan arah yang aku sendiri tidak mengerti di mana.

Angin sejuk saling berkeliaran menampar pipi, sesekali rambutku terasa pedih di cucuk oleh deruan angin yang kadang-kadang kuat, kadang-kadang lemah- gemalai mengusik. Ibarat rasa sayang dan benci. Terkadang sayang sekali, terkadang benci teramat.

Kabus gelap berwarna kelabu masih kekal utuh memunculkan diri, tidak putus asa menghalang pandanganku. Aku jadi sang penunggu, menanti seseorang... mengharapkan seseorang menarik aku daripada terus terpelosok ke dalam lembah dalam ini.

Tiba-tiba aku dapat rasakan ada satu hentaman dari arah belakang. Pedih... Namun, aku tak berkuasa untuk menghalang, menghadap ke belakang pun tidak dapat aku lakukan. Ya Allah, apa yang terjadi pada aku? Saat genting begini, baru lidahku tanpa segan silu merintih kepada Yang Maha Pencipta langit dan bumi.

Hentaman kali kedua lebih dalam, sehingga aku terjelopok jatuh. Bisa mula mencucuk kulit dagingku yang terhempas di lantai ini.

Deruan angin makin kencang. Tangan ini cuba menggapai sesuatu, untukku kawal imbangan tubuh yang seakan mahu terjunam.

Aku luruskan pandangan ke hadapan. Bayang putih, samar-samar menangkap deria aku.

Perlahan-lahan kabus itu bergerak seperti kepulan awan, meninggalkan suasana kelam itu menjadi terang dan jelas.

Seraut wajah seseorang dari kejauhan dapat aku lihat dengan jelas. Sangat jelas. Dia... Kenapa dia ada di sini? Deruan nafasku naik turun, dadaku mula sesak menampung rasa yang memberat.

Serentak itu, tubuhku terdorong ke hadapan. Lutut ini jatuh ke lantai keras. Aku mengaduh sakit namun dalam hati.

Mata itu terus memandangku, setia. Tidak beralih arah, walaupun sesekali tubuh itu nampak tidak stabil. Sayu pandangan yang dia berikan, sehingga aku terasa semakin ditujah rasa sakit. Sakit menanggung racun di hati yang perlahan mengalir di dalam urat nadi. Sakit yang entah berapa kali aku terpaksa tahankan sahaja.

Dalam sekelip mata, tubuh itu mendekati aku. Dalam samar, mataku dapat menangkap titisan jernih menuruni lekuk pipi itu.

Aneh.

Rasa sakit aku tertimbus dek air mata itu. Sakit yang selama ini aku pendam, hilang terbang melayang. Dendam kepada dia seakan sirna dihapuskan kabus tebal.

"Sayang..." Seruan itu mula bergema, memecahkan kesunyian suasana.

'Mama!' Aku cuba membalas panggilannya, namun tidak mampu terlepas daripada peti suara. Aku tekan halkum, yang menempatkan peti itu. Mulut ku buka luas-luas.

'Mama! Mama! Mama!' Aku menjerit sekuat hati, namun tiada kedengaran langsung suaraku di telinga. Langsung, tiada!

Ya Allah, adakah aku sudah bisu?

Kaki ini aku cuba bangun, aku tak boleh berdiam dan hanya memandang mama. Aku ingin menyentuh tubuh itu, sebagai ganti seruan dia tidak aku sambut tadi gara-gara suaraku ini menghilang secara tiba-tiba. Aku ingin meraih tangannya, untuk memohon maaf di atas segala dosa-dosa aku pada dia.

Ya Allah, tolong aku!

Usahaku sia-sia, aku jatuh tersembam menyembah bumi. Mukaku jatuh pada permukaan tanah, perit dan pedih apabila habuk tanah memasuki mata.

'Mama... Tolong Ayyan...' Rintihku sendirian.

Aku cuba bangun, namun tidak mampu. Kudratku seakan dipasung oleh besi berat, tiada daya lagi yang tersisa.

Aku mengalah jua, air mata keluar lesu menangisi nasib aku. Mungkin ini balasan buat aku, anak derhaka.

"Sayang... Mama pergi dulu ye, Mama tak boleh lama-lama... Mama penat dah, penat dengan semua ni... Mama nak tenangkan diri... Mama pergi dulu, ye sayang?"

Alunan suara mama mencarik perasaanku. Mama... Jangan pergi, mama... Ayyan belum minta maaf lagi, Ayyan bersalah, Ayyan berdosa dengan mama... Tolong jangan pergi... Ayyan mohon sangat-sangat, jangan pergi mama! Rintihan aku disirami air mata, berjuraian melempiaskan rasa di hati.

Kepalaku di sentuh lalu disalut perlahan. Aku cuba bergerak, namun kerasnya tubuh ini tidak berjaya meruntuhkan kunci pada tubuhku waktu ini.

"Mama minta maaf Ayyan... Mama tahu mama jahat, mama tingggalkan Ayyan... Mama minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut. Mama harap Ayyan temui bahagia, bahagia sampai akhir hayat. Mama doakan Ayyan dari jauh... Mama nak anak mama bahagia... Mama tak harap lain dah, sayang..."

Luluh aku mendengarkan luahan mama. Penyesalan menekan dadaku kuat, aku hilang ketenangan untuk bernafas seperti biasa. Esakan aku makin nyaring, aku tak terdaya menanggung penyesalan ini. Aku berdosa pada mama, namun kata maaf tidak mampu aku persembahkan untuk dia. Kenapa aku jadi begini, Ya Allah? Adakah ini balasan kepada semua sikap kurang ajar aku kepada dia? Adakah ini balasannya, Ya Allah?

Aku kepal tanganku sekuat hati, tekan pada tanah agar dapat aku bangkit. Namun, ia sia-sia. Tubuhku rebah semula tatkala aku merasai nafasku kian lelah dan lemah. Tiada daya lagi.

...

Tit tit tit.

Bunyi mesin kuat menampar gegendang telingaku. Nafasku seakan ditarik dari atas, berombak dadaku cuba menongkah tolakan kuat itu.

"Doktor, tolong suami saya!"

Suara itu memenuhi ruangan deriaku kala ini. Aku cuba melawan tolakan kuat yang semakin menyesakkan dada. Ya Allah, sakitnya. Segala tulang belulangku mula digigit dengan sakit yang bukan kepalang.

Apa yang berlaku, Ya Allah?

Kenapa sakit, sangat Ya Allah?

Aku rebah kembali tatkala dayaku kian lemah.

Sempat aku tangkap namaku diseru oleh seorang perempuan.

...

Pov Nur Arina

PIPIKU sudah basah dengan air mata. Tidak henti- henti mengalir, puas ku seka, namun masih gagal.

Bunyi mesin tadi terngiang-ngiang di telinga, berulang kali mendera jiwaku. Keadaan Ayyan tadi yang seakan sedang bergelut dengan nyawa telah meremuk redam hatiku sehingga aku hampir tidak dapat menahan diri daripada meraung.

Ya Allah. Sungguh aku tidak mampu berhenti membayangkan keadaan Ayyan. Sudah 2 hari, dia terlantar di hospital, dan tiada tanda-tanda dia akan bangun. Namun, baru beberapa jam berlalu, Ayyan kembali sedar dalam keadaan begitu.

Duniaku malap menyaksikan keadaan Ayyan.

Dia... Seakan hilang dalam dunianya, tenat. Dia masih lagi tenggelam dalam dunianya. Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan dia.

Tolong sedarkan dia, Ya Allah.

"Adik... In Shaa Allah, Ayyan akan sedar nanti. Kita berdoa banyak-banyak pada Allah. Adik jangan lupa Allah ada, Allah ada untuk kita, Sayang..."

Bahuku dielus oleh mak. Kata-kata ssmangat mak tidak sampai ke hati. Jiwaku telah lemah longlai, aku dah terlanjur ditelan perasaan sedih yang bergelutan dalam sanubari. Terikat rapat di dalam dada sehingga setiap nafas yang ku telan sangat menyesakkan dada, hampir membuatkan aku hilang rasa untuk meneruskan hidup.

Mutiara sengsara ini masih berjuraian. Aku tunduk, dahiku ditekap atas lengan. Menutup muka daripada diteliti oleh mak. Pasti mak luluh melihat keadaan aku, namun aku insan yang lemah. Apabila keadaan suamiku tenat begitu, apa lagi dapat aku lakukan selain menangis. Menangis menyimbah duka dan keperitan dugaan besar ini.

Aku lemah.

"A... yan... d-dia... sa-sakit... sangat... mak..." Luahku bersama esak yang makin kuat. Aku tumbuk dada yang terasa sakit. Tubir mata terbayang keadaan Ayyan, dada dia berombak ganas tika itu sehingga fikiranku sudah terbayang ajalnya akan sampai. Ya Allah, aku tak sanggup. Tak sanggup mengimbas kembali situasi itu!

Kepalaku disalut penuh kasih. Mak peluk belakang tubuhku.

Sentuhan mak mengingatkan aku pada Ayyan. Teringat peristiwa sebelum kami singgah makan di restoran. Dia peluk tubuh aku, seperti mak. Erat...

Ya Allah, bila lagi aku dapat merasai pelukan hangat dia, Ya Allah?

"Jangan putus harapan, Ayyan akan sedar juga... Ayyan akan sedar..." Mak masih berusaha memujuk rawan dihatiku.

"Ka-kalau dia tak... Apa yang adik nak buat, mak..."

"Adik... adik kena kuat..."

"Tak boleh, adik tak kuat. Adik sayangkan dia, adik sayangkan Ayyan, mak!" Jeritku menghamburkan perasaanku selama ini, yang aku kuburkan kerana perkara bodoh. Bodoh kerana terlalu memikirkan jikalau perasaanku ditolak mentah-mentah. Jadi, sekarang apa yang kau dapat, Reen? Apa kau dapat? Adakah hati kau senang? Bahagia?

Kau terseksa bukan, kerana andai nyawa Ayyan berakhir. Sampai bila-bila dia tidak ketahui bagaimana perasaan kau pada dia? Ini yang kau, nak kan?

"Sebelum dia kemalangan, dia marahkan adik... Dia marah adik! Sebab aturkan pertemuan dengan mama... Ini salah adik, mak! Salah adik! Kalaulah adik tak buat dia marah dan kecewa, mungkin dia tak sakit macam ni, mak! Dia takkan sakit, mak!"

Sakit dihatiku makin dicengkam kuat. Aku tumbuk dada lagi. Kecewa dengan diri sendiri. Imbasan suara Ayyan dua hari semalam menjajah kotak pemikiranku tanpa belas kasihan. Aku terseksa.

BUNYI pulasan tombol pintu menambah resah dalam hatiku. Aku sulam jariku ditemani rasa takut. Aku tahu, dia datang...

Mata ini ingin mencari wajahnya, aku risaukan dia. Namun, aku takut untuk menghadapi dia. Aku takut dia marahkan aku.

"Ayyan suka kejutan ni. Tak sangka, Reen sanggup tikam Ayyan, kan?"

Gema suara Ayyan berkumandang. Keras dan ada titik noda benci tersalut di situ. Jiwaku tidak ada sekelumitpun ketenangan.

Dari suara dia, aku dapat rasakan pertemuan tadi gagal. Ayyan dah terlanjur bencikan mama dia, dan... Aku pula... Apa nasibku? Pasti dia dah bencikan aku. Ya Allah, apa perlu aku lakukan lagi?

"Ayyan tak kesah kalau orang lain buat Ayyan macam ni. But... Reen... Orang yang Ayyan paling percaya sanggup lakukan perkara yang Ayyan paling benci... I just, I just can't accept it!"

Prang.

Bunyi kaca terhempas. Tubuhku bergegar, rasa takut tak dapat disembunyi. Kali ini, aura amarah Ayyan tahap tertinggi. Aku pasti, dia tersangat kecewa kepada aku. Namun, apa pilihan yang aku ada? Aku cuma mahu kebahagian dia. Salahkah?

Perlahan, aku balikkan tubuh. Ingin melihat keadaan dia bagaimana. Dahiku berkerut serta merta menyaksikan ada darah mengalir di tangannya. Kaca berkecai disirami darah menjamah mataku waktu ini. Ya Allah, apa Ayyan cuba buat?

"A... Ayyan... Reen buat semua ni untuk kebahagian Ayyan..."
Lemah aku mencuba untuk bersuara. Aku tidak mahu dia salah tafsir niatku.

"Kebahagian?! What rubbish is that?! You don't know me well, Reen! Sikit pun hati aku ni tak rasa bahagia jumpa perempuan tu! Sikit pun, tak! Mana datang bahagia tu, cuba cakap? Mana datang!" Nada suara Ayyan tidak terkawal, kaca yang berkecai itu dipijak tanpa perasaan sakit. Hati dah berdarah mengalir lautan kesengsaraan, tiada apa lagi yang lebih menyakitkan. Dia hampiri aku dengan riak terpamer kecewa.

Tertunduk lagi. Aku kalah untuk melawan tentangan matanya yang sangat jelas dia terlanjur kecewa terhadap aku. Hatiku terus ditusuk duri, sakit melihat wajah itu diselaputi duka lara gara-gara aku.

"Kenapa kau tak faham aku, Reen! Kenapa? Aku... aku dah tiada sesiapa lagi... Dah takde... Kenapa kau buat aku macam ni... Apa salah aku?"
Asakan soalan Ayyan menghancur lumat lubuk hatiku. Pedihnya tak tertanggung.

"Aku rasa silap besar kau selamatkan aku dulu! Kalaulah aku mati, sakit dalam ni. Sakit dalam ni..." Dia tumbuk dadanya sendiri kuat.

Aku tahan sebak. Ayyan... Jangan kau ungkapkan kata seperti itu.

"Sakit ni takkan aku rasa! Aku patut mati lebih awal... Aku patut mati... Aku tak nak hidup lagi... Aku tak nak!"

"Puan Arina..."

Panggilan seorang perempuan meleraikan penyeksaan peristiwa itu. Aku bingkas bangun, wajah nurse itu merenungku dengan simpati.

"Suami saya macam mana, nurse?"

Nurse itu diam membisu. Merenung aku dan mak silih berganti.

....

Writer's comment : Ayyan kata jgn sedih2, doakan dia :')

Sorry sye ambil masa lama utk update, thanks kpd yg masih setia. Dengarlah lagu imran ajmain - seribu tahun, bila nak baca.

5 nov 2019

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top