BAB 52
Bab 52
Pov Ayyan Irhan
...
AJAKAN dia ke restoran yang agak berjauhan daripada rumah aku turuti sahaja. Aku teguk liur, pemandangan restoran serba mewah ini membuat mataku tidak berkelip. Alahai, mana aku nak cekau duit ni... macam mahal je tempat ni... Reen ni pun, kenapa ajak aku tempat macam ni?
Kakiku melangkah beriringan dengan Reen. Lenganku dipeluk erat oleh Reen, aku dibawa berdekatan dengan satu bilik. Kerutan tidak dapat aku sembunyikan lagi. Kenapa pula restoran siap ada bilik sekali? Ni nak makan atau nak tidur?
Mataku terlirik pada riak wajah girang Reen. Tadi, parasnya biasa-biasa sahaja. Ini berubah ceria. Suka sangat ke dapat menikmati makanan di tempat ini?
"Tempat ni... err, mana Reen jumpa?" tegurku apabila Reen selesai memesan makanan kesukaannya. Aku ikutkan makanan yang dia pesan, hendak memilih malas. Tekak pun dah tiada selera apabila membayangkan duit akan terbang melambai-lambai pergi.
Reen pandang aku lalu tersenyum. Dagunya ditongkat dan sengihan terus menetap di bibirnya.
"Kenapa? Risau mahal? Ayyan tak payah risau-risau, Reen belanja hari ni..."
"No! Mana boleh, Ayyan lah bayar."
Aku pangkah katanya, tak mungkin aku biarkan dia bayar semua ini sedangkan aku sendiri ingin membawa dia makan. Lagi pula aku bertanggungjawab atas dirinya, makan minum dia aku perlu tanggung selepas terlafaznya akad nikah di bibirku. Aku suaminya, bukan adik angkat seperti dahulu kala.
"Takpelah Ayyan... Reen je bayar, Reen tahu Ayyan kan belum kerja, Reen tak nak susahkan Ayyan..." Bicaranya lembut dan dia senyum lagi bagai memujuk aku terima sahaja alasan dia. Tanganku dielus perlahan, sentuhan itu hangat. Aku suka, dan dalam diam hatiku sedikit bergetar. Lelaki... apabila disentuh perempuan bagaimana rasanya? Aduh, kadang-kadang aku rasa lain macam sangat. Namun, aku tahan sahaja gelora lelakiku ini. Reen dan aku masih perlukan masa.
Dan... aku sendiri perlu beri ruang masa pada diriku sendiri yang sedang terumbang ambing dihempas ombak dugaan. Aku masih fikirkan lagi perihal mama, setiap saat wajah dia terlayar di tubir mata. Setiap kali wajah itu muncul, hatiku terobek kejam. Bagai dicincang-cincang lumat. Aku sakit... sakitnya menanggung rasa ini, yang tidak aku tahu bila akan berakhir...
"Ayyan..."
Aku tersentak. Lantas aku renung dia. Dia memandang aku tetapi tidak lagi seceria tadi. Ada garis halus muncul di dahinya menandakan dia sedang ditimpa kegusaran.
"Ye, kenapa sayang?" Aku genggam tangannya, sejuk... Sesejuk salji... Kenapa agaknya? Dia nervous atau apa?
Dia diam menunduk, tidak pandang aku lagi. Aku pula dipagut resah melihatkan keadaan dia sebegitu. Tangan itu aku bawa ke bibir lalu ku cium lembut. Entah apa yang aku cuba lakukan, spontan sahaja tanpa aku sedar.
Dia masih kelu, dan kaku. Namun, dalam beberapa saat dia tarik tangannya. Aku masih keraskan pegangan.
"Kenapa ni sayang? Tiba-tiba je muram?" Soalku penuh prihatin.
Pipinya aku lihat merona merah. Dia malu? Perempuan ini, sungguh tidak dapat aku duga perasaannya. Kadang-kadang aku dapat rasakan dia sukakan aku melebihi daripada seorang kakak kepada adik angkat. Tingkahnya seringkali menarik perhatianku. Aku perhati sahaja, dia selalu tak tentu arah apabila aku melakukan sentuhan, buktinya apabila aku peluk dia. Mulalah tu dia kelam kabut nak lepaskan diri. Sumpah, comel sangat melihat dia sebegitu. Lama-lama aku pandang, tak nampak langsung dia tua lebih daripada umurku. Kalau lebih muda adalah, sebab comel sangat... Sebab itulah aku suka mengusiknya, dan... Aku hadirkan kucupan mesra di dahinya apabila aku rasa aku mula rasa kasih kepada dia.
Perasaan kasih itu muncul tanpa aku duga. Mungkin ia hadir semulajadi kerana title suami sudah tergalas di bahuku kini. Mungkin itu sebabnya...
"Reen nak ke toilet... Ayyan makanlah kalau dah sampai makanan tu..."
Eh. Dia ni boleh pula suruh aku makan dulu. Kenalah saing?
"Reen... What's wrong with you, dear?"
Aku dekatkan sedikit jarak kami apabila pertanyaan telah aku lontarkan. Dagunya aku dongakkan supaya memandang aku di tepinya.
Mata kami bertembung, tetapi cepat-cepat dia bawa ke tepi. Macam tidak mahu aku baca isi hatinya.
"Sayang..." Lembut aku bersuara.
"Nanti... Ayyan jangan marah Reen lama-lama tau, macam Reen... Tak pernah marah Ayyan lama-lama... Ayyan pun kena macam tu... Reen buat semua ni untuk Ayyan, Reen nak tengok Ayyan bahagia... Itu je, itu je yang Reen nak..." tuturnya lirih. Matanya perlahan memandang aku, dan lidah itu kembali kelu.
"Reen ada buat something yang akan buat Ayyan marah, ke? Kenapa cakap macam tu?"
Aku soal lagi, fikiranku sedikit berkecamuk. Aku masih tidak faham, mengapa perlu dia katakan itu, adakah dia bakal menyakiti hatiku nanti?
"Maybe... Ayyan janji jangan marah, ye?" Matanya memohon simpati aku.
Aku jadi terngadah. Bisakah aku menolak permohonan dia? Apa agaknya yang akan berlaku? Rasa-rasa patut ke aku berjanji sedangkan aku masih tidak tahu menahu tentang apa yang bakal berlaku sampai Reen bertingkah begini.
"Kalau Ayyan marah, jangan sampai tak maafkan Reen... Reen tak nak jadi berdosa, tak nak jadi isteri yang tak cium bau syurga. Ayyan... syurga Reen sekarang... syurga Reen..."
Reen ketap bibir dan mimiknya keruh sekali. Matanya juga sedikit berkaca-kaca. Aku hilang kata-kata... Mataku masih ralit membaca tinta rahsia di dalam matanya itu. Aku dapat rasakan rimbunan kesedihan sedang melarat dalam tubir mata itu sekaligus menempatkan aku di dalam situasi keliru. Aku keliru untuk dengarkan sahaja kata-katanya yang lirih itu ataupun persoalkan lagi penyebab Reen melahirkan kata yang bukan-bukan seperti itu.
Sungguh, aku bingung.
"Ayyan..." Pipiku rasa hangat menerima usapan jari jemari Reen. Aku sentuh dan pegang tangan itu.
Usapan itu terhenti. Dia diam kembali, mungkin menyusun kata-kata untukku. Aku panasaran menunggu, terasa lama detik berlalu.
"Kita hidup kat dunia tak lama, Ayyan... boleh tak Ayyan beri peluang pada diri Ayyan untuk rasa tenang dan bahagia dengan memaafkan dia..."
Dia... Apa maksud Reen? Dia?!
"Siapa dia?"
Reen menunduk, dia tarik tangannya dan aku lepaskan jua. Hatiku sedang dilanda rasa kurang enak.
"Mama... Reen nak Ayyan buka hati untuk mama... dia... dia pun dah lama terseksa..."
Terjegil mataku memandang dia. Tak menyangka isu perempuan tua itu akan dibangkitkan waktu ini. Patutlah dia bersungguh tayang simpati pada aku. Rupanya ini penyebabnya.
"You should stop talking... I don't want hear anything about her!" Aku tahan marah dari muncul memusnahkan suasana. Kalau boleh aku tidak mahu marahkan dia. Aku tak mahu!
"Ayyan... kenapa tak cuba... She is your mom, darah daging Ayyan... 9 bulan dia kandungkan Ayyan, susah payah bawa Ayyan kemana-mana... Takkan secebis sayang pun tak ada dalam hati Ayyan sampai Ayyan tutup pintu hati macam ni? Please, buang ego tu... jangan sampai Ayyan menyesal nanti!"
Panas! Panas hati! Meja kayu itu aku jadikan lempias sakit hati, kuat aku tumbuk sampai dari ekor mata aku nampak Reen terkejut.
Aku bingkas bangun, kaki bergerak mundar mandir di dalam bilik itu. Haba panas itu aku cuba sejukkan semampu aku. Takut terlepas aku akan menengking dia seperti tempoh hari. Tak sanggup aku lukakan hati dia lagi.
"Nak simpan dendam sampai bila Ayyan? Dendam tu takkan hilang, hati Ayyan yang akan sakit. Ayyan akan lebih terseksa..."
Suara dia menikam jiwa. Aku tak boleh dengar! Dia... sanggup dia ungkapkan kata tanpa memikir retak hatiku yang tak mampu bercantum lagi. Sanggup, dia?!
Aku kepal penumpuk dan tahan nafas kasar yang terhembus dari celah bibir ini.
"Takpelah Ayyan... Reen tahu Ayyan tak nak dengar dah apa-apa. Reen pergi toilet kejap..."
Terasa bahuku disentuh perlahan sebelum kedengaran pintu bilik ditutup. Aku pejam mata rapat, dahi ini aku rehatkan pada dinding. Argh! Jeritan kuat aku sembur dalam hati. Kalaulah, kalaulah aku bisa buang hati ini. Mesti aku tak rasa sakit begini.
...
MAKANAN sudah terhidang depan mata, namun bayang Reen masih belum muncul. Keluhan terlepas dari bibir. Merajuk ke dia dengan aku?
Perempuan ni... susah... merajuk tak tentu hala, padahal yang bersalah sekarang dia... siapa suruh bangkitkan perkara yang membuatkan aku berangin satu badan. Memang suasana rosak, mungkin nanti kami makan dihiasi suasana gua. Sunyi sepi.
Kedengaran pintu dibuka. Aku keraskan badan. Rasa berdebar menyerangku tiba-tiba tatkala hidungku terbau haruman yang lain daripada Reen.
Takkan bukan dia?
Bahuku disentuh oleh tangan asing. Makin dekat, makin detak ini tidak tentu arah. Perlahan-lahan kepalaku pusing, hendak melihat siapa gerangan itu.
Saat paras itu singgah di mata.
Aku... aku... Rasa nyawaku hampir hilang melayang.
Jantungku dicengkam lalu dirobek kejam daripada tangkainya. Perit, sakit.
Bibirku bergetar tanpa aku dapat bendung.
Ya Allah. Dugaan apa lagi Kau beri?
Kenapa? Kenapa dia hadir lagi dalam hidup aku? Kenapa?!
Mata itu sayu, ada genangan air jernih bertakung. Aku nampak jelas, dia meneroka setiap inci wajahku.
Tubuh ini rasa lemah, aku cuba bangun namun terhalang apabila tangan itu memegang bahuku. Sentuhan itu mematikan segala urat saraf ini. Tak terdaya untuk dilawan. Tenagaku seakan hilang terbang.
Ya Allah, tolong jangan lemahkan aku. Aku tak nak terus berada di sini. Aku benci dia! Aku benci dia!
"A... Ayan... Ma... ma... datang..."
Tubuhku diterpa lalu dirangkul. Aku beku. Tak dapat bergerak.
Rasa sakit makin menanah apabila aku rasa pelukan itu makin erat. Kenapa? Kenapa aku biarkan aje?! Kenapa?!
"Mama rindu anak mama. Mama rindu sangat, mama dah lama teringin nak dakap Ayyan... Mama rindu sangat-sangat..."
Rasa sakit makin mencengkam dan dalam tatkala mendengar suara dia bergema, dan berakhir dengan tangisan. Aku benci dengar tangisan dia! Aku tak mahu dengar!
Sedaya upaya aku cuba keluarkan peti suara, tenaga aku kerahkan semaksima mungkin untuk menolak tubuhnya yang melekat dengan tubuhku.
Kehangatan pelukan dari dia mencarik-carik dinding dada ini. Makin perit, makin sakit...
Berani dia perlakukan aku sebegini? Berani dia?!
"A... aku... nak kau lepaskan aku! Lepaskan aku!" Tersekat-sekat, suara ini aku rejam memekik dekat dengan telinganya.
"Ayyan... jangan buat mama macam ni, mama sayangkan Ayyan... Sayangkan Ayyan..."
Aku tidak hiraukan kata-katanya, aku cuba menolak tubuhnya, tetapi dia makin berdegil. Aku tak rela dipeluk oleh wanita tua ini. Aku tak rela! Dia pembohong! Perempuan tak guna!
"Kau jangan sampai aku bertindak lebih kasar! Kau jangan cabar!" Tengkingku kuat, tidak kukira lagi di mana aku berada. Yang aku mahu, pelukan ini terlerai. Aku lemas lama-lama, aku lemas dalam lautan kesengsaraan ini. Sungguh menyeksa jiwa ragaku. Tak terperi sakitnya. Aku tak dapat menanggungnya lagi.
Aku terseksa.
"Mama tak nak lepas... Mama tak nak..."
Tangan sasaku cuba menarik lengan tuanya. Aku tarik kasar sehingga terlepas pegangan itu.
Tubuhnya terdorong sedikit kebelakang. Aku cuba bangun, dan digagahkan kaki yang hampir terjelopok.
Tangan dia cuba meraih aku. Aku tepis dan mataku mencerlung menikam anak matanya. Panas segala rasa membahang di dalam dada. Tanpa sempat dia gapai tubuhku lagi, aku melangkah menuju ke pintu. Sebelum aku keluar, aku hamburkan amarah dendam ini yang tercela penuh dendam.
"Kau jangan harap apa-apa daripada aku! Kau takkan dapat apa-apa daripada aku! Sebab hati aku ni dah bencikan kau! Sampai aku mati! Kau faham tak?!" Tengkingku sekuat hati, nafasku terasa sesak selepas itu apabila dadaku seakan dijerat oleh emosi amarah bercampur kecewa yang teramat sangat.
Dia tergeleng lemah dan mencuba bangun untuk mendapatkan aku. Tetapi, dia gagal kerana dia terjelepok jatuh. Tiada siapa akan membantu dia. Mungkin itu balasan untuk perempuan tua itu.
Sejurus keluar daripada bilik, nafasku tercunggap-cunggap cuba mencari oksigen. Aku lelah. Hampir rasa sakitnya seperti ditarik nyawa. Sungguh terseksa.
Sanggup kau, Reen buat aku begini. Aku tekan dada. Sakit, Reen! Sakit! Aku sangka kau dapat merawat luka ini, namun kau sendiri meracun segalanya. Kau khianati aku, Reen. Sanggup kau... Aku dah tiada sesiapa yang dapat memahami aku lagi. Perlukah aku tamatkan riwayat hidupku sendiri? Aku dah tak sanggup. Ya Allah.
...
Writer's comment : Kesian Ayyan. Benci x Ayyan pd Reen nanti?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top