N

Aku berdiri di hadapn sebuah rumah . Aku memandangnya dengan pandangan kerek . Dahlah mulut aku kena solatep lepastu tangan kena ikat .

" Padan muka . Bising macam langau lepastu tangan bergerak macam sotong kan dah kena . " balas lelaki kemudian dia membuka mangga di pagar rumahnya .

Kau nak tahu kenapa aku jadi macam ni ? Meh aku baling semula . Maksud aku throwback .

Selepas dia nampak bagaimana aku menjadi seorang yang kecoh , dia terus berhentikan keretanya di tepi jalan .

" MAIGAD AKU KAT MANA NI ANDHEJZOWMKZNEUSBSIAUU OIT !! " Aku mengusap tempat yang dia cubit .

" Minah tak boleh diam ke ? " tanyanya kemudian dia menjelingku .

" Kau sendiri nak tengok aku jadi gelabah . " balasku .

" Tak sangka kau macam tu orangnya .. " katanya perlahan tapi aku tidak dengar .

" Kau ada kata pape ke ? "

" Mana ada .. "

" Tipuuuuu . Bagitahulah ! " rengekku .

" Tak de tak de .. "

" Bagitahulah bagitahulah bagitahulah bagitahulah bagi-- hmph !! " lelaki tadi terus soletap mulut aku . Aku memandangnya dengan pandangan tajam .

" Diam pun .. Sekarang kita gerak ya , honeyy " balasnya dengan senyuman creppynya .

Aku apa lagi .. Aku menampar badannya sekuat hati .

" Oit oti sakitlah gila ! Bapak tangan kau ni besi apa ! Berhentilah setan ! " lelaki tadi cuba menangkap tangan aku namun gagal . Aku terus memukul badannya . Lelaki tadi keluar dari kereta membuatkan aku terpinga-pinga .

Lelaki tadi masuk semula dengan segulung tali di tangannya . Lelaki tadi terus mengikat tangan aku .

" Uhm hmpeb djabdiwhsianab " gumamku .

" Sekarang kau tidur , atau pistol ni singgah di kepala kau . " ugutnya .

Hmph ! Suka sangat ugut ¡


Lelaki tadi menarik baju aku supaya aku ikutnya sekali . Aku masih menahan marah aku terhadapnya . Macam ni ke cara dia culik orang ?

" Duduk . " arahnya .

Aku duduk di sebuah kerusi manakala dia duduk di hadapan aku . Meja menjadi penghalang di antara kami berdua .

" Senang juga nak culik kau ke sini .. Siti Nabilah binti Hanafiah " kataku . Aku sedikit terkejut sebab dia tahu nama penuh aku .

" Hanafiah bapak kau , seorang CEO yang amat terkenal di serata Malaysia manakala Ibu kau seorang peguam yang amat digeruni oleh semua orang . Tak sangka anak dia terlampau bodoh bagi aku  . " Lelaki itu diri dan pusing mengeliling aku .

" Aiconehdoandj "

" Apa kau kata ? Ouh lupa soletap ada lagi . " Lelaki itu mencabut soletap di mulut aku dengan kasar .

" Aww ! Sakitlah ! Cabut tak boleh ke baik-baik ! " marahku .

" Kau kenal siapa aku ? " tanya lelaki aku sebaik sahaja dia duduk semula di hadapan aku .

" T-tak .. " gagapku kerana dia tenung muka aku habis-habisan .

" Kenal Rayyan ? " soalnya .


Rayyan ? Hmm kejap eh .. aku ada ramai kawan lelaki nama Rayyan malah perempuan pun ada yang nama Rayyan ni .

" Tak . " jawabku pendek .

" Rayyan  Min ? " soalnya lagi .

Aku sedikit terkejut apabila dengar nama panjang itu . R-rayyan Min ?

" Kau kenal . Kau kenal siapa nama tu ? " soalnya lagi .

Aku diam membatu .

Dum !!

Meja di hadapan aku menjadi mangsa hentakkan dia . Aku dengan pantas menggelengkan kepala .

" Aku tahu kau kenal dia .. Dia .. Abang yang aku paling sayang .. Tapi disebabkan kau !!! Dia tinggalkan kami sekeluarga . Disebabkan kau juga , keluarga aku tinggalkan aku seorang diri di atas bumi ini . " kata lelaki itu kemudian aku ternampak cecair jernih mengalir dari matanya .

" Kau keji , Bella .. Kau tipu abang aku .. Kau tipu dia sebab duit !! " aku tergamam . Sebab apa ? Dia tuduh aku tipu Rayyan Hakim sebab duit ..

" T-tak .. Aku tak tipu dia .. " balasku perlahan .

" Aku Rayyan  akan hancurkan kebahagiaan yang engkau dapat selamani . Aku nak kau rasa apa yang aku rasa . " ujar lelaki itu . Dan lelaki itu bernama Rayyan  .

Rayyan mencengkam dagu aku membuatkan aku rasa ingin nangis .

" Kau Siti Nabilah akan duduk di sini dan siap sedia untuk rasai satu per satu seksaan yang aku beri . " Rayyan melepaskan dagu aku dan beredar dari situ .

Aku nangis di situ juga . Rasa takut mula serang dalam diri aku . Dia tidak tahu perkara sebenar ..

X


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top