M

Sejak kebelakangan ini , banyak kes pembunuhan berlaku . Makin bahaya untuk perempuan seperti aku untuk keluar seorang diri . Semua manusia di sekeliling kita kekadang tidak boleh dipercayai .

" Terkini , pihak polis terjumpa lagi mayat yang ditoreh lengannya dan berbungkus di dalam plastik . Saya harap semua di luar sana dapat menjaga diri terutama kaum Hawa kita . "

Mataku tak lepas memandang skrin televisyen . Sungguh aku mengigil ketika ini . Nama aku Siti Nabilah tapi orang panggil Bella . Sungguh aku tidak faham kenapa polis masih belum menangkap pembunuh tu .

" Sudah-sudahlah kau duduk depan tv lepastu renung tv tu macam nak makan je aku tengok .. " sampuk si Housemate aku , Lucy .

Aku menjelingnya . Dia tidak faham perasaan aku . Aku anak kacukan , begitu juga dengan Lucy . Kami kawan rapat dari sekolah rendah tapi apabila kami pergi ke sekolah menengah , ibu bapa Lucy terpaksa pindah ke America .

Namun kini kami bersatu semula . Lucy mengambil tempat di sebelah aku . Bungkusan makanan ringan dicapai olehnya .

" Kau tidak faham apa yang aku rasa . "


" Apa maksud kau ? "

" Kau bolehlah cerita ada seni pertahankan diri tapi aku ? Nampak tikus pun lari , apa lagi nak hadapi dunia luar yang penuh agenda tersembunyi . " balasku kemudian aku mengeluh .

" Kau jangan cakap begitu , Bell . Apa guna aku jadi kawan kau ? Aku akan lindungi kau sepanjang masa ataupun sehingga nafas aku yang terakhir aku akan lindungi kau " kata Lucy kemudian dia memeluk bahu aku .

Aku melentokkan kepalaku di bahu kanannya .

" Kau jelah satu-satunya kawan yang aku ada .. " ujarku perlahan .

Lucy menepuk peha aku lalu bangun . Aku memandangnya mendongak .

" Jomlah kita masuk tidur .. Nanti esok pagi lambat pula ke kelas . Kau tu dah lah lambat siap . " kata Lucy sekali itu dia memerli aku .

Aku mencebik .

Lucy menghulurkan tangannya dan aku menyambut hulurannya . Lucy menarik aku supaya aku dapat bangun dari duduk .

" Sudah .. Mari kita tidur . Matikan TV " kata Lucy .

Aku anggukkan kepala dan mencapai alat kawalan jauh dan menekon butang off . Skrin TV yang menyala terang-benderang kini tiada hanya ada skrin gelap berwarna hitam sahaja .

Lucy sudah masuk ke dalam bilik . Aku memeriksa pintu terlebih dahulu . Kena pastikan pintu dah kunci kalau tak abis ! Ketika aku hendak mengunci pintu aku ternampak seseorang berdiri di hadapan kereta aku yang berada di luar halaman rumah .

Aku menyelak sedikit langsir dan mengendap . Siapa lelaki itu ? Apa dia buat di situ ? Kenapa dia memandang kereta aku ? Banyak tanda soal di fikiran aku .

Aku hanya abaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam bilik . Lama-kelamaan aku mula lelap dan pergi ke alam mimpi .

" Sleep tight , honey .. "


Aku segera membuka mata aku dan memandang sekeliling . Siapa yang bercakap tadi ? Aku memandang Lucy yang sudah terlena di sebelah aku .

Aku boleh buat ! Desis hatiku .

Aku turun dari katil dan mula membuka flashlight dari telefon aku . Seluruh bilik aku suluh .

BUM !!

Aku terkejut . Bunyi apa itu ?! Aku keluar dari bilik dan memandang ke arah dapur . Aku yakin bunyi itu dari situ .


" Siapa tu ?! Kalau kau pencuri baik kau blah ! Bapak aku najib , mak aku rosmah ! Bapak kau shrek , mak kau fiona ! " apa sahaja yanh terlintas di otak aku kukatakan . Biar nampak merepek , asalkan aku bersuara .

Kaki aku mula menapak ke arah dapur dengan perlahan . Suis lampu dapur dibuka . Dapur diterangi dengan lampu . Tiada apa-apa jadi bunyi apa tadi ?

Sebaik sahaja aku pusing ke belakang , seseorang berdiri di hadapan aku .

" BAPAK KAU SHREK ! BABI !!!!! " jerit aku kemudian lelaki itu menekup mulut aku dengan kain dan aku terhidu sesuatu bau membuatkan aku pengsan .

Bersambung (ง ˙ω˙)ว

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top