G
Situasi Rayyan
Aku terjaga dari tidur disebabkan bunyi daripada telefon aku dan itu cuma penggera yang aku dah set . Aku teringat pasal semalam .
Aku mula bau sesuatu yang wangi . Dengan pantas aku keluar dari bilik dan turun ke bawah . Aku nampak Bella tengah memasak di dapur .
Setelah Bella nampak aku , dia terus menarik aku duduk di meja makan .
" Kau duduk sini . Kejap lagi makanan sampai . " kata Bella .
Selesai Bella masak , dia letakkan makanan di hadapan aku .
Aku hanya tenung makanan tersebut .
" Aku tak tahu makanan tu sedap ke tak .. First time buat .. " kata Bella kemudian dia senyum .
Tangan aku mengigil mula mencapai sudu . Sebaik sahaja makanan tersebut masuk ke dalam mulut aku , air mata aku keluar .
" Weh .. kenapa nangis ? Tak sedap ke ? " tanya Bella .
Aku mengesat air mata aku .
" Sedap ... Sama macam mak aku masak .. " suara aku bertukar sayu daripada biasa .
" Kau rindu masakan mak kau ? Yes .. Makanan paling fav aku pun masakan ibu . " balas Bella .
" Nasi Goreng Kimchi .. Macam mana kau dapat bahan semua ni ? " tanyaku kemudian aku memandang mukanya .
" Aku tengok internet lepastu .. Aku suruh bodyguard kau beli .. " kata Bella dengan senyuman yang manis .
" Thanks Bella ... "
" No problem .. "
X
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top