Situasi Bella

Aku segera memejam mata apabila aku terdengar bunyi pintu bilik aku dibuka . Bunyi derapan kaki semakin dekat .

" Bella .. Maafkan aku .. " ucapnya perlahan .

Aku mengenggam tangan aku .

" Aku kurung kau sebab .. " ayatnya tergantung kerana dia mengeluh .

" Aku tak sanggup tengok kau dengan lelaki lain . Ye , aku tahu kau tiada teman lelaki tapi .. Abang aku dia nak kan kau balik .. Dia sendiri cakap macam itu di hadapan aku . "

***

" Abang nak apa ? " kata Rayyan sebaik sahaja dia duduk di kerusi .

Hakim yang duduk bersilang kakinya memandang Rayyan . Sebuah sampul surat dibaling di hadapan Rayyan .

" Apa ni ? "

" Ambil duit tu . Kemudian tinggalkan Bella . " kata Hakim dengan tenang .

" Tinggalkan Bella ? " Rayyan mengerutkan dahi .

" Aku nak hak aku balik . Aku nak bersama dengan dia semula . " kata-kata Hakim membuatkan Rayyan bangun dari duduknya .

" Kalau abang nakkan Bella , kita guna cara adil . Rayyan malas nak terima duit haram abang ni . Kalaulah mama dan papa tahu abang macam ni .. Tentu mereka kecewa . " Rayyan terus pergi dari situ .

***

" Sebab tu , aku tak bagi kau keluar . Kalau boleh aku nak jadikan kau awal dan terakhir dalam hidup aku . " Rayyan meraup mukanya .

Aku memusingkan badan dan bangun dari baring . Rayyan memandang aku dengan pandangan terkejut .

" Lepaskan aku ... Dan kita boleh bersama di dunia dan akhirat . " kataku sambil tersenyum lemah .

" M-maksud kau ? "

" Yup . Kita khawin . Kau serahkan aku dan aku takkan cerita apa yang berlaku sebaliknya aku akan cakap kau yang selamatkan aku . "

" K-kenapa kau buat macam ni ? " tanyanya .

Aku diam seketika . Sejujurnya aku tiada jawapan untuk soalan itu .

" Itu rahsia .. "


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top