BAB 3

Aydan baru sahaja balik dari masjid selepas solat Isyak. Tubuh disandarkan pada sofa. Laju tangannya scroll Tiktok. Sekejap ketawa seorang diri sekejap diam serius.

"Nah, susu untuk abang." Hanan muncul dengan segelas susu suam di tangan.

Aydan memandang Hanan dengan kerutan di dahi. Pelik dengan gelagat Hanan. Biasa kalau buat baik mesti ada makna.

"Adik nak racun abang ke?"

Hanan mencebik.

"Apa pula? Adik buat ikhlas ni tau tak. Tak nak takpe, adik minum sendiri." Pantas gelas yang dihulurkan Hanan tarik kembali.

"Ehh mana boleh buruk siku." Aydan mengambil susu itu lalu meneguknya perlahan.

Hanan mengambil tempat di sebelah Aydan dengan sengihan. Dagunya ditongkatkan dengan mata tertumpu pada Aydan.

Makin pelik Aydan melihatnya. "Adik dah kenapa tersengih-sengih pula ni?"

"Ehehe... nak tanya sikit boleh?" Sopan sekali Hanan meminta izin penuh makna.

Aydan jongket kening sambil menghabiskan susu di dalam gelas. Telefon diletakkan di atas meja, memberi sepenuh perhatian kepada si adik.

"Bila abang kenal Zuheyr Iman? Macam mana abang kenal dia? Kenapa adik tak pernah tahu pun dia kawan abang?" Bertalu talu soalan dilontarkan oleh Hanan.

Aydan mengelap mulutnya dengan belakang tapak tangan terlebih dahulu. Gelas diserahkan kepada Hanan. Wajah Hanan ditilik pelik.

"Jap jap sebelum tu, kenapa adik sibuk sangat nak tahu pasal dia? Selama ni abang ke hulu hilir keluar dengan kawan abang, adik tak pernah kisah pun."

"Hmmm. Saja nak tahu."

Aydan masih memandangnya tidak percaya. Hanan yang dia kenal tak pernah berminat dengan lelaki apatah lagi kawan-kawannya.

"You're interested with him, right?" Tebak Aydan tanpa berlapik.

Bang! Tepat menusuk ke hati Hanan. Lambat-lambat dia mengangguk dengan wajah yang sedikit merah.

Aydan tersenyum nakal.

"Finally."

"Apa?" Soal Hanan pelik.

"You've found someone that makes you blush."

"Abang!" Laju Hanan memukul lengan abangnya. Makin merah wajahnya dengan usikan Aydan. Aydan pula seronok ketawa.

"Patutlah susah nak berkenan. Tinggi taste adik rupanya."

Terangkat kening Hanan mendengar kata-kata abangnya.

"Kenapa? Dia anak Dato ke? Anak Tan Sri ke?" Mana tahu rezekinya dapat kahwin dengan orang kaya. Maklumlah, dunia sekarang semua perlukan duit.

"Ish, bukanlah."

Hanan menggoncang tubuh Aydan sekejap.

"Abang, cakaplah."

Aydan membetulkan duduknya dan pamer muka serius.

"Rasanya adik nampak sendiri kan, dia tak selesa dengan adik."

Hanan angguk.

"One thing you should know about him, dia tak layan perempuan dan sangat susah nak mesra dengan orang baru. So, I wish you good luck then."

"Tak layan perempuan je kan, bukan tak suka perempuan," bidas Hanan.

Kepalanya dihempuk Aydan.

"Auch sakitlah bang!" Hanan menggosok kepalanya sambil menjeling Aydan tidak puas hati. Gurau sikit pun tak boleh.

"Cepatlah cerita bang macam mana abang kenal budak tu." Hanan mengedipkan matanya beberapa kali.

"Eii tak payahlah buat muka macam tu! Nak muntah abang tau tak?"

Hanan buat muka meluat.

"Abang selalu jumpa dia masa solat jemaah kat masjid. Tak ramai orang muda yang ada, jadi lama lama kami kawan lah." Tapi seperti yang dia katakan tadi, bukan mudah untuk dia dan Zuheyr berada di tahap sekarang.

Hanan senyum lebar. "Ooo elok sangat ni."

"Apa yang elok nya?"

"Elok buat jadi bakal suami adik!" jawab Hanan diiringi ketawa kecil.

Aydan hanya menggelengkan kepala. Sah adiknya betul-betul serius.

"Dia kerja apa bang?"

"Itu adik carilah sendiri. Malas abang nak cerita lebih-lebih."

"Alaaa umur dia?" Digoncangnya lagi tubuh Aydan.

"Dah, cukup. Abang tak nak kongsi apa-apa dah. Adik usaha sendiri." Jawapan Aydan membuatkan Hanan memuncungkan mulut.

"Tapi dia cukup umur je kan, bang? Risau pula kut budak-budak."

Kecil besar je Aydan pandang adiknya sekarang. Rasa nak dihempuk lagi kepala itu. Geram dengan soalan pelik Hanan.

"Eiii ya Allah, budak ni. Kalau dia bawah umur, abang takkan bagilah adik suka dekat dia. Jangan risau. Yang penting dia bukan budak bawah umur."

"Maksudnya, dia lagi muda daripada adik?" Tebak Hanan dengan kerutan di dahi.

Aydan mengangkat bahu.

"Tak tahu, tak tahu. Adik cari sendiri."

"Alaa, abang ni. Tak membantu langsung." Hanan mendengus geram. Tangan disilangkan. Wajah Aydan ditatapnya dengan riak tidak puas hati.

Aydan tenang membalas pandangan adiknya.

"Adik serius suka dia?" soal Aydan.

Hanan mengeluh perlahan. Terdiam sekejap.

"Adik tak tahu. Tapi dia buat adik rasa sesuatu yang adik tak pernah rasa sebelum ni," luah Hanan. Cinta pandang pertama? Dia pun tak pasti, tapi semudah itukah cinta itu hadir? Kepalanya menunduk sambil meramas jari-jemari sendiri.

Aydan tersenyum kecil melihat reaksi adiknya.

"Perasaan tu tak salah. Dia hadir dengan izinNya. Adik yang kena bijak uruskan perasaan tu. Satu je pesan abang. Jangan mainkan perasaan dia walaupun dia lelaki, dia pun ada hati dan perasaan. Jaga hati adik sendiri and do not cross the line. You're 27, Afnan Hanan. You should know better already." Dalam kelembutan ada tegasnya Aydan sebagai seorang abang.

Hanan mengangkat kepala memandang abangnya.

"Amboi, abang. Hanan adik abang ke dia? Beria abang takut adik mainkan dia pula. Tak takut dia mainkan adik?"

"I trust him. And I trust you too, adik. Just as reminder, okay?" Aydan mengusap lembut kepala Hanan.

"Jadi, abang approve kalau Zuheyr jadi adik ipar abang?"

Aydan sedikit terkedu. Memandangkan Hanan tetap serius maka Aydan cuba sehabis baik untuk kekal serius juga.

"Abang tak pernah terfikir kawan abang akan jadi adik ipar sendiri. Tapi kalau Iman, abang takde bantahan langsung. I know him very well, his background and attitude. Lebih daripada bersyukur kalau lelaki sebaik dia dapat jaga satu-satunya adik abang."

Hanan ternganga sedikit. Biasa dia baca novel, watak abang akan membantah hubungan kawan dengan adik sendiri. Tetapi abang dia lain pula. Apa istimewanya Zuheyr Iman sehingga abangnya terlalu memuji?

"Wow, cara abang cakap macam dia tu terlalu sempurna."

"No, he's not tapi dia sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik."

"Layak ke adik dengan dia? Orang kata nak kahwin kena cari pasangan yang sekufu." Perlahan suara Hanan. Tiba-tiba, hatinya disapa rasa rendah diri.

"Wahh dah fikir sampai kahwin eh! Orang tu tak kata apa pun lagi." Bergema rumah dengan tawa Aydan.

Wajah Hanan berubah merah.

"Abangg.. adik tanya betul-betul ni," rengek Hanan.

Aydan mengembungkan pipi. Cuba memenangkan diri daripada terus ketawa. Tarik nafas. Hembus. Wajah Hanan ditatap semula.

"I can see you're really serious, adik. You're not only falling in love but you really wanna make him yours, huh?" Parah sungguh adiknya ini.

Dengan muka serius, Hanan mengangguk.

"Adik tak nak buang masa bercinta sebelum halal. Not my style."

Aydan angguk dengan senyuman.

"Abang tak setuju dengan kata-kata dia terlalu baik untuk saya. Kalau dia terlalu baik, kenapa tak usahakan diri menjadi lebih baik? Kata cinta, mesti sanggup buat apa saja kan?" Dalam kata-kata Aydan.

"Dan jangan lupa doa, adik. Doa banyak-banyak. If he's mean to be yours, he'll eventually come to you."

Aydan mengusap lembut kepala adiknya yang kelihatan sedang mencerna kata-katanya.

"Besar dah adik abang rupanya. Dah boleh jadi isteri orang. Nanti takdelah orang abang nak usik lagi."

Bibir Hanan mengukir senyuman nakal.

"Apa kata kita kahwin serentak?"

Laju Aydan meluku kepala adiknya.

"Jangan nak mengarut. Adik nak kahwin, kahwin jelah. Nak libatkan abang pula." Aydan bangun dari duduk.

"Alah, abang pun dah tua. Peminat berderet tunggu abang. Tinggal pilih je."

"Dahlah, malas nak layan adik. Bye, selamat malam." Pantas Aydan meninggalkan Hanan seorang diri di ruang tamu. Gelak Hanan dapat dia dengar ketika melangkah ke bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top